CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28416|Reply: 69

Himpunan kisah2 aku.

[Copy link]
Post time 13-3-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by snipersnake at 14-3-2019 10:05 AM

Salam.

Aku dah lama join forum cari nih, dari zaman bujang kuat main game sampai dah zaman beruban nih.15 years to be exact. sepanjang hidup aku nih, aku banyak dengar kisah2 mistik dan pelik dari ramai org. membaca pon ada. so aku rasa, aku nak jadik contributor la dalam forum nih. so ada cerita, aku pernah ceritakan. ada yg baru. so, nikmatilah kisah aku yg tak seberapa nih. ada yang agak panjang. ada yang pendek. kalau korang nak copy and paste, ok je. cuma give the credit to me properly. kalau respon okay dan bila aku ada masa, aku type lagik. chiow.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 11:39 AM | Show all posts
Edited by snipersnake at 14-3-2019 03:04 PM

Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat
Aku anak sulong. So lepas grad je, aku takder luxury nak lepak2 mcm org lain. sebelum aku habis final exam, aku dah mula kerja.

aku kerja kat sebuah MNC di Cyberjaya. masa tuh, cyberjaya tak la mcm sekarang. ada tiga je bangunan, line telepon pon mcm segan2 dan stesen minyak terdekat ada di Dengkil. solat jumaat pon kat putrajaya

oh ya, aku kerja graveyard shift, meaning masuk pukul 9 malam, balik pukul 6 pagi. kami serve US punya client.

benda nih jadik masa hari ketiga aku kerja sana. mlm ketiga to be exact. anyways kerja aku tak stress sebenarnya, banyak chill dari kerja haha. yelah service in nature kan. bila busy mmg busy, bila lepak mmg tak buat apa2 satu hari.

anyways masa tuh aku ngan boss aku tgh chill kat pantry. kami lepak sambil tgk Astro.  aku ingat lagik , masa tuh tgh tgk ulangan XPlay. tetiba ada bunyik tapak kaki lalu belakang kami, tanya kami nak Milo ke. aku ngan boss aku ok kan aje. org nak jamu kan. senior kat tempat aku nih rata2nya mmg friendly.  then member tu pon senyap la buat milo, dengar la bunyi cawan ngan sudu berlaga2 kat pantry.

then masa yg sama, dalam pukul 2am kot, boss aku punya phone menjerit.

dia dapat sms. aku buat dek. lepas dia check sms tuh,dia  tetiba ajak aku pi cyberia, mcm port mamak la sana. aku baru kerja, so mana la ada duit. aku cakap, abang pi lah, saya nak tgk tv. lagik pon aku tgh tunggu milo aku kot.

dia berkeras nak aku ikut, kata nak blanja bagai. dia tarik tangan aku, then mcm org terdesak nak terkincit, kami cepat2 turun ke parking bay. dia start kereta, trus laju ke cyberia. masa drive dia senyap je.

sampai sana, dia suruh aku order. aku cakap wallet aku tertinggal kat workstation, yelah dia nak cepat sampai aku tertinggal menatang tuh.

dia kata order je, on the house. ok, aku pesan roti pisang ngan neslo. boss aku light sebatang, mcm pandang ke atas..terkenang anak bini kot. yelah, dia sebatang kara duk cyber, anak bini kat kampung. Sarikei rasanya. tak ingat aku.

Anyways dia tunjuk aku telepon dia. nokia 3310. ok. dia suruh aku baca sms dia.

"Boss, saya EL hari nih. Anak demam la. nak bawak pi hospital, thanks boss. Jali"

boss aku tanya aku kenal tak Jali mana satu. Aku cakap aku tak kenal, aku kan baru tiga hari situ.

Boss aku kata, Jali tuh tadik yg offer buat Milo. Aku pon diam je makan roti pisang aku. Dia still sedut rokok dia. tiga hari dia demam lepas tuh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 12:02 PM | Show all posts
aduiiii bukan si Jali ropenya....Joyah punya kerja la ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 12:22 PM | Show all posts
Edited by snipersnake at 14-3-2019 03:05 PM

Hingga Hujung Nyawa
Borhan dah mengantuk sangat. Mata dah berair. Tapi nak tak nak cargo nih kena sampai port klang mlm tuh gak. esok dia boleh balik rumah. tido.

Lepas peristiwa hitam 12 tahun lepas, dia masih tak boleh lupa, anak isteri dia terbakar dalam rumah mereka. dia tak boleh lupa anak dia berguling2 terbakar. bini dia cuba nak padamkan api, tapi dia pon sama. Borhan memang tak boleh maafkan diri dia. Patutnya aku mati sekali, kata Borhan.

Tapi dia masih berpeluang bernafas. puas mak dia suruh dia kawin baru, dia buat tak tau. hidup dia sekarang, just jaga mak dia ngan kerja.

bertugas sebagai pemandu lori, kerja selalu malam2. mudah katanya, bayaran pon okay. cuma yeah, badan mmg sakit2. you win some, you lose some.

laluan indra mahkota sunyi. member tekan minyak sampai dia nampak mcm ada kedai makan. berehentilah dulu, pekena sup ke, katanya sendiri.

dia turun lori menyeret langkah letih. kosong kedai tuh. takdak orang. nampak seorang lelaki tgh tgk wrestling kat tv. owner la tuh.

"Bang, bagi neslo panas satu, sup ekor dua orang makan, nasik putih bang" Borhan melaungkan order.

"Ok" kata lelaki tuh, confirm la owner.

Sambil menunggu, Borhan perasan abang tuh masih pakai VCR. Yang tertayang pulak summer slam 98. Pergh, old skool orang tua nih. teringat Borhan tentang isteringa yang memang tak minat wrestling tapi temankan dia tgk wrestling. isteri solehah.

" Nah " kata owner tuh sambil menghulurkan hidangan. Borhan pon seperti hamba Allah yang lapar, terus makan. bismillah pon lupa.

owner tanya borhan, sapa nama, dari mana, nak ke mana, bagai mata2 pencen. borhan pon melayan la sambil memuji2 masakan orang tua tuh.

owner mengenalkan siri sebagai Pak Hasan. Kecik je orangnya, tapi tegap. tangan berurat. misai lebat. pakai songkok. korang ingat tak mcm pelakon extra cerita indonesia tahun 80an? mcm tuh lah.

selepas makan dan sembang lebih kurang, borhan membayar dan mintak diri. Pak Hasan kata, nanti kita jumpa lagi. Borhan couldnt be bothered, perut dah kenyang, badan pon dah refreshed, dia harus kejar masa.

Borhan tekan pedal minyak, lori menjerit melalui jalan sunyi yang berkabus. lepas 10 minit, Bornah mcm nampak cahaya tepi jalan. dia terlihat, warung pak hasan.

aik, dia pelik. mungkin khayalan je kot. Borhan ignore benda tuh, dia terus memandu. setengah jam kemudian, sekali lagi dia nampak benda yang sama. kali nih siap dia nampak Pak Borhan melambai2 padanya.

terkumat kami Borhan mengalunkan ayat suci. tanya je pada driver lori, sapa je tak pernah kena kacau. setakat nampak orang nak tahan lori tuh biasa. Borhan selalu mendengar benda2 mcm nih, tapi tak sangka kali nih benda tuh siap melambai2.

tak sampai 10 minit, sekali lagi dia nampak warung tuh. member dah panas, dia berhentikan lori dia sambil membawa golok yang dia sorok bawah seat.

Oi setan, apsal kau kacau aku?! jerkahnya pada Pak Hasan.

Pak Hasan senyum, mana ada kacau balasnya. Nak minum ke, tanya mesra.

Borhan memang panas, sebab dia nih bukan la tak percaya benda2 nih cuma dia mengejar masa. Pak Hasan mempelawanya duduk, minum dulu.

Anehnya, Borhan duduk. Pak Hasan bertanyakan Borhan pasal anak bininya. Borhan mula2 reluctant nak cerita, tapi tiba2 Pak Hasan kata

" aku boleh kembalikkan anak bini kau mcm kali terakhir kau nampak depa "

kali nih mmg Borhan bangun, mengeluarkan goloknya dari sarung.

" woi kau jangan main2 benda mcm nih boleh? kurang ajar punya orang tua" bentak Borhan.

Pak Hasan senyum je, mana ada aku main2. aku cakap betul2 nih. kau tak rindu depa ka, balas orang tua tuh.

Borhan terduduk, dia menangis semahu2nya. Aku rindu...aku rindu...teriak Borhan.

Pak Hasan menepuk bahu borhan. Dah dah, katanya. aku boleh kembalikan depa pada kau. cuma...

cuma apa, tanya borhan sambil mengelap hingusnya.

"aku akan kembalikan depa mcm aku cakap tadik, tapi lepas 10 tahun aku nak nyawa kau. boleh?" tanya Pak Hasan sambil menepuk2 seluarnya.

" Boleh! " kata Borhan. Dia tak sangup lagik hidup sorang. dia rindu isterinya. rindu ketawa anaknya. rindu bila dia balik, anaknya akan menyanyi2 " Daddy balik, Daddy balik" Dia rindu sangat.

"Ok sudah" kata Pak Hasan. Borhan pelik, eh takkan itu je? mcm mana semua benda tuh possible? Kau nih sapa sebenarnya, tanya Borhan.

"kau anggap je ah aku nih sebagai seorang yang selalu disalah ertikan," balas Pak Hasan.

Borhan terus menghidupkan enjin lori. dia terus menuju destinasi selaju mungkin. tak sabar dia nak berjumpa keluarganya. tapi, benda tadi tuh khayalan ke? dia pon dah sangsi.

Sampai je rumah, hari dah senja. lama sangat urusan kat port tadik. dia tgk tempat selipar, masih kosong. rumahnya gelap. aku dah agak dah, semuanya khayalan, katanya sendiri. dengan kecewa dia mencapai rokok dan goloknya. kalau ditinggal mmg kena kelepet dengan mat rempit lah nanti.

Borhan kuak pintu rumah, tiba2 terdengar suara dari dapur, " Abang, abang ke tuh?" Ah??

Suara Salmah isterinya, "kejap bang, tgh masak nih. Sarah, pi salam daddy"

" yay yay daddy balik" dia cam sangat suara sarah, anak perempuan tunggalnya. hampir pengsan Borhan. tapi dia tersenyum.

tiba2 kedua2 anak dan isterinya keluar dari dapur. kelihatan jelas di hadapat Borhan, anak dan isterinya tersenyum simpul, di balik kulit dan bibir mereka yang terbakar.

anaknya terhencut2 berlari mendapatkan daddynya. susah barangkali nak belari bila kaki rentung sebelah. tersenyum isterinya sambil mendepakan tangannya yang dibalut kulit hangus dan kelihatan isi perut isterinya menitik2 di lantai... Masak apa tuh sayang, tanya Borhan yang tersenyum, sambil perlahan2 mengeluarkan goloknya dari sarung...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 12:58 PM | Show all posts
wuuuuuu..seram

nk lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 01:26 PM | Show all posts
Edited by snipersnake at 14-3-2019 03:05 PM

Bukan Power Rangers
Baru tiga bulan Salman bekerja sebagai Renjer hutan. sebelum masuk kerja, dia menghadiri kursus selama 6 bulan di salah sebuah taman negara di Sarawak. Orangnya ceria dan suka tersenyum.

Dia bertuah sebenarnya sebab ditugaskan berhampiran kampung halamannya di Semenanjung. Semasa kursus, di samping pengetahuan asas, dia juga diajar menguruskan benda2 yang, jatuh dalam gray area. so, book knowledge ada lah.

kini beliau bertugas di semenanjung dan di pasangkan bersama Apoi. Apoi dah setahun bertugas. Dia merupakan orang asal yang berkampung dekat dengan kawasan kerjanya. baru setahun, tempoh yang sangat pendek. Apoi nih orangnya gempal, suka ketawa dengan kuat
dan sudah berkeluarga. Tiga orang anaknya. Nakal2 haha!

Senja tuh sunyi. Salman baru nak menghabiskan rondaannya di sektor B. Sektor B nih kawasan beruang, so memang dia berhati2 sikit. Ada kalanya gajah pon ada.
tiba2 beliau mcm ternampak sesuatu, diteropongnya. kelihatan benda putih seakan bergerak perlahan, dan benda itu seakan2 memandangnya dari jauh. Salman istighfar panjang. Kali ini direzekikan melihat makhluk dimensi lain. Takutnya tak payah cakap, tapi amanah tetap kena jalan. bulan lepas teruk dia kena marah sebab ada poacher lolos masuk dengan niat nak memburu seladang. kali nih, dia takkan biarkan kena marah lagik. dia call apoi menggunakan walkie talkienya. Apoi pulak masa tu stuck meronda tempat lain, so Apoi suruh dia chekidaut benda tuh. nanti kena marah lagik, kata Apoi.

4x4 dihiupkan enjinnya. usang. dah mcm zaman british punya 4x4. padahal tak la selama tuh. maintainece mmg out.  berderum enjin menuju tempat tadi. sekoyong2 enjin tuh mati. ah kacau. baru separuh jalan.

Salman bangkit dari seat 4x4 tuh, mula bukak2 enjin. tiba2 beliau terdengar bunyi. berdesir2 daun. ah sudah. ditoleh belakang, kelihatan sesuatu yang sedang berdiri tegak dihadapanya.

tak nampak sangat detail muka, tapi pakaiannya compang camping. nampak jelas bola matanya. giginya menitis2kan sesuatu. berkedut2 kulit tangannya. ketawa pon mengilai2. lemah lutut Salman.

teringat petua orang tua2. beliau ambil tanah dihadapannya, dihembuskan bismillah 7 dibaling pada makhluk tuh. makhluk itu seakan terduduk. ah, Salman lari ke depan. dia mencari2 makhluk tuh , hilang.

kemudia beliau ternampak pulak makhluk putih tadik...ah setan nih, kali ini dia sedikit confident sebab pengalaman sebentar tadik.

belum sempat dia menyauk tanah, terdengar makhluk putih tuh ketawa..ada tiga suara semuanya. tiba2 kelihatan tiga orang kanak2 keluar dari makhluk tuh, yang rupanya cadar. ketawa sambil pegang perut.

Apoi menghubungi Salman, betawa berdekah2. anak2nya rupanya. mmg salman bengang. beliau memintak maaf, nak bergurau katanya. kasar betul gurauannya.

then Salman cakap " korang ni betul la, tuh sapa pulak perempuan yang menyamar hantu mcm nenek kebayan tuh, bini kau ke? nasib baik tak gugur jantung aku tadik. real betul mekapnya"

anak2 Apoi termenung. Apoi bertanya dari walkie talkienya,

"Perempuan mana Man?"

Semua sunyi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 03:20 PM | Show all posts
hebat bohhh... sambung lagi...
otai berkongsi cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:54 PM | Show all posts
power

ada kick
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 08:23 AM | Show all posts
pergh dahsyat cerita tt .boleh tulis novel dah ni ha .confirm larissss
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita menarik,teruskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 10:04 AM | Show all posts
tengkiu korang. jap aku nak masuk meeting KPI bodoh nih. nanti aku tulis lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:03 AM | Show all posts
best ceritanya. nanti tolong cerita lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 03:45 PM | Show all posts
Edited by snipersnake at 14-3-2019 03:47 PM

Tingkat 8

"Anything, YOU WILL HAVE TO MAKE THIS DEAL HAPPEN!"

Terngiang2 suara boss di telinga Fadhil. Ya, dia paham, dia tak meet target dah tiga bulan. Kadar komisen dia pon terkesan.

Dia dah cuba, namun entahlah. Mana yang silap. Ada Jack, kawannya menawarkan khidmat mistik (nota : Bomoh, jangan la, dosa wei) dari Siam. Pemanis katanya. Supaya customers senang cair. Ditolak mentah oleh Fadhil. Dia masih ingat Tuhan. Dia yang beri rezeki, bukan bomoh #donedakwah

Hujan makin lebat. Jalan dah tak nampak. Dia nak tak nak kena bermalam di Ayer Hitam. Dekat dengan site client dia esok. Dia rasa

ada hotel kat situ, takkan lah takda. Dalam kepalanya cuma ada pasal keluarganya. Sampai hotel, mandi, solat, lepas tuh practise skit2 sales pitch. Esok tak la menggagau.

Kelihatan hotel di depan. Bangunan lama. Suram je lampunya. Lega hati Fadhil. Park elok2, dipunggahnya barang semua, terus ke reception.

Lobi hotel penuh. Padat dengan tetamu. Beberapa kali Fadhil terlanggar tetamu lain. Namun beliau berjaya berhadapan dengan pekerja counter.

Sistem hotel yang lama. Nampak kunci berbaris di belakang pekerja itu. Masih guna kunci, bukan access card. takpalah, sesekali retro tak salah, senyum Fadhil.

"Tingkat 9 bilik 23 ye Tuan", kata budak front desk tuh.

" Okay, sini ada wifi tak?" tanya Fadhil

" Takder Tuan. wiring tak berapa cantik, hotel lama la katakan," jelas budak tuh.

"Takpa, janji hotel meriah, ramai nampaknya. Masyuk la korang nih ", balas Fadhil tersenyum.

Budak front desk tu kelihatan hairan.

Masuk je lif, segerombolan tetamu lain turut masuk bersama Fadhil. Macam2 bangsa ada. Takda adab langsung, bisik hati kecil Fadhil.

Dia perasan, lif tuh takda button tingkat 8. dari 7 terus ke 9. Pelik. Tapi dia mcm tak ambil port.

Sampai bilik, dia terus mandi dan lain2. Sejuk aircond bilik tuh. Fadhil terus mengeluarkan material untuk esok, terus dia practise sales pitch dia.

Kemudian dia terdengar mcm ada suara org menangis. pelan je. lelaki. Dia buat dek je lah, ada org mabuk kot, fikirnya.

Fadhil terus berlatih, kali nih dia terdengar lagik suara tuh, melolong bagai. betul2 dari tingkat bawah. Fadhil bengang, trus dia menghentak2kan kaki tanda protest. Terdiam suara tuh.

Dia pon terus balik dengan agendanya. Lafik sekali suara tuh kedengaran. Makin kuat. bengang, Fadhil keluar dan ketuk bilik sebelah, dibuka seorang perempuan.

" maaf ganggu cik, ada tak dengar suara org buat bising kat bawah,?" tanya Fadhil.

" takda pulak. encik, kami nak tidor nih, maaf ya" balas perepuan tuh sambil menutup pintu. kedengaran pintu dikunci.

Fadhil tak puas hati, dia telefon front desk untuk mengadu.

" takda org cik bawah tingkat encik. mungkin bunyi angin kot. nanti esok pagi saya hantar org check" kata budak tuh

"Angin tengkorak kau, " kata Fadhil dalam hati.

sekali lagi suara tuh kedengaran. kali nih sekejap ketawa sekejap menangis. Fadhil dah tak boleh sabar, dia decide nak turun bawah. whatever happens, he need to make the sale tomorrow.

bila depan lif, dia baru teringat yang lif takda tingkat 8 punya button. so dia melilau carik fire escape. Jumpa.

so dia turun tingkat bawah, dia perasan pintu tuh dah mcm jam. dia terajang pintu tuh. nampak tingkat 8. elok terang.

dia pergi ke bilik betul2 bawah bilik dia. dia bagi salam. tak berjawab. dia ketuk, pintu terbukak. Fadhil mcm kaget gak, tapi dia masuk.

nampak bilik kemas. tapi takda siapa. tipu la kalau aku kata Fadhil tak rasa cemas. so dia pon sebagai hipster lain, kuarkan phone buat video, tiba2 dia terdengar bunyi air melimpah dari bilik air. pelan2 dia berjalan ke bilik air. kelihatan tub air melimpah, telefon dia masih digengam kemas. mana tetamu bilik nih, soal hati Fadhil.

dia decide nak tutup tap tub tuh. masa dia menghulurkan tangan, dia mcm ternampak ada kelibat dalam tub mandi tuh...tiba2 nampak kelibat tuh mencelikkan mata..ah sudah. Fadhil nampak jelas muka dalam air tuh, memandang dia dengan marah.

suddenly satu bilik takda lampu, dek terkejut Fadhil tergelincir dan terjatuh serta  telepon dia tercampak entah mana tah. dia tak nampak sebab bilik dah gelap. tapi kata Fadhil, dia masih ingat bunyi kelibat tuh mcm keluar dari tub air tuh, bunyi air jatuh bagai. then terdengar kaki kelibat tuh keluar dari tab, mcm bunyi tapak kaki basah.

Fadhil nekad, dia terus bangun, berlari ke tingat bawah. sepanjang lariannya, dia perasan koridor tingkat 8 tu semua gelap, siap bersawang. sampai je depan kaunter, dia menahan perut mcm nak muntah. panik, takut, pelik, hairan semua ada. budak kaunter tuh pon menjengah dan tanya dia apsal. Fadhil terangkan apa yang jadi dah apa dia nampak.

budak tuh terdiam. dia bukak drawer dia, kuarkan file. ada keratan akhbar. akhbar dalam tahun 80an.

" abang nampak dia nih ke?" tanya budak tuh sambil menunjukkan gambar seseorang kat Fadhil.

" ha dia lah, aduhaiii, sapa dia nih??! " tanya Fadhil

" dia nih bang, bunuh diri dalam bilik tuh. kecewa sebab bini dia curang. tiga hari dia kurung diri dia dalam tuh. menangis2. sampai cleaner jumpa mayat dia dalam bath tub.

sejak kejadian tuh, banyak benda pelik jadik kat tingkat 8 bang. so management seal tingkat tuh. " terang budak tuh.

" la, biar betul. bukan ke ramai je guest korang nih. penuh kot tadik" bentak Fadhil.

" mana ada bang, selain ada couple sebelah bilik abang tuh, mana ada orang. tengok kunci bilik pon elok tersusun belakang saya nih ha" terang budak tuh, sedikit marah.

terdiam Fadhil. dia nekad nak tido umah mak sedara dia mlm tuh. dia mintak budak tuh temankan dia balik bilik nak kemas barang. budak tuh dah muka kaget, temankan gak lah si Fadhil tuh. tapi not without pak guard punya cotar tuh.

sampai je tingkat sembilan, depa berdua berjalan ke arah bilik Fadhil. Fadhil ternampak something depan pintu bilik dia, telepon dia, dalam keadaan basah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:34 AM | Show all posts
pergh tt dah update .terima kasih tt .padu cerita-cerita tt
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 02:22 PM | Show all posts
kisah benar diri sednri atau dari org lain diolah semula tt?

blom abis baca smua best..tbc

more pls
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 11:39 AM
Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat
Aku anak sulong. So lepas grad je, aku takder luxury nak lepak2 ...

Hehe.....seram komedi ni....jalan cerita menarik. ...teruskan TT....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 12:22 PM
Hingga Hujung Nyawa
Borhan dah mengantuk sangat. Mata dah berair. Tapi nak tak nak cargo nih kena s ...

Ni citer benar ke karut? .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 05:35 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2019 04:58 PM
Ni citer benar ke karut? .....

ada yang dari cerita orang..ada dari pembacaan..ada yang aku karang...jumble up haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 09:34 AM | Show all posts
boleh tak aku nk mencelah skit. psal buai ayun sndiri kt RNR PERASING tu.
aku sndiri tgk kot. ak tggu kt situ 10 minit. ade 4buai tp 1 je yg berayun. waktu tu awal lg. bru kul 10mlm. aku bkn xpercaya bunian atau makhluk halus. tp xpenah jd dpn mata sndiri.
so, ade ape2x teori sains yg aku tak tahu ke? ade sape2x leh share x?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:05 PM | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 11:39 AM
Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat
Aku anak sulong. So lepas grad je, aku takder luxury nak lepak2 ...

tahun bila tu uols. iols keje cyber gak, HP campus dulu. tapi bukan graveyard shift la, hehe. aiols ikut masa aussie time tu. masuk 4/5am.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.754707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list