View: 10201|Reply: 88
|
Wanita jadi 'stalker' menakutkan, hantar 160,000 mesej selepas cintanya ditolak
[Copy link]
|
|
Jacquelyn Ades berkenalan dengan seorang jutawan yang kemudian tidak mahu meneruskan hubungan dengannya.
SEORANG wanita yang cintanya tak berbalas oleh lelaki yang ditemuinya di laman web janji temu jutawan ditahan.
Wanita itu didakwa memburu lelaki berkenaan dan menghantar 159,000 mesej teks yang tidak diingini.
Jacquelyn Ades, dari Florida, juga didakwa mengugut ketua eksekutif syarikat penjagaan kulit itu dengan memberitahunya: "Saya akan buat sushi dengan buah pinggang kamu dan buat chopstik dengan tulang tangan kamu."
Pakar kecantikan berusia 31 tahun itu sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan 'mengintip' dan perlanggaran jenayah di Arizona, Amerika Syarikat.
Dalam satu siri mesej teks yang mencetuskan gangguan, dia didakwa membuat ancaman seperti 'Oh apa yang akan saya buat dengan darah kamu! Saya nak mandi di dalamnya' dan banyak lagi.
Ades ditangkap pada Mei selepas muncul di tempat kerja lelaki itu dan mengaku dia adalah isterinya.
Sebulan sebelum dia ditangkap ketika sedang mandi di rumah lelaki tersebut semasa dia berada di luar negara.
Wanita ini mengganggu lelaki yang dikenalinya dengan ribuan mesej teks. -foto Magicaldelight/IG
Mereka hanya pernah bertemu hanya sekali sahaja pada janji temu pertama, lapor Daily Mail, tetapi lelaki itu yang hanya dikenal pasti sebagai CEO sebuah syarikat di kawasan Scottsdale tidak berminat untuk meneruskan hubungan dengannya.
Bagaimanapun Ades tetap menghantar beribu-ribu mesej dan kadang-kadang sehingga 500 mesej sehari.
Dia ditangkap pada Mei 2018 atas tuduhan mengintip dan menceroboh.
Polis pada masa itu percaya dia telah menghantar sebanyak 65,000 mesej selama 10 bulan.
Tetapi siasatan selanjutnya mendapati jumlah mesej yang dihantar adalah lebih dari dua kali ganda.
Ades berkata dia bertemu lelaki itu melalui Luxy, sebuah perkhidmatan janji temu untuk ramai jutawan.
Ahli perniagaan itu menghubungi polis pada Julai 2017 apabila dia melihat kereta wanita berkenaan diletakkan di luar rumahnya di Paradise Valley.
Dia didakwa terus menghantar mesej ugutan dan pada April tahun lepas memutuskan untuk mandi di rumah mangsa.
Lelaki itu dikatakan melihatnya melalui video pengawasan rumah semasa dia berada di luar negara dan menghubungi polis, yang menemuinya di dalam tab mandi.
Wanita itu juga didakwa juga menyimpan pisau di tempat duduk penumpang dalam keretanya.
Menjelaskan apa yang dibuat di rumah lelaki itu, dia dilaporkan memberitahu polis: "Saya rasa saya membuat keseluruhan senario yang ada dalam kepala saya yang menyatakan saya tinggal di sini, jadi saya datang ke sini dan berpura-pura ia berlaku."
Apabila ditanya lebih lanjut untuk menjelaskan apa yang dimaksudkannya, dia mula merujuk persamaan saintifik.
Susulan kejadian itu, dia didakwa terus menghantar mesej: "Kamu buat apa sahaja yang perlu kamu buat, tapi jangan pernah cuba tinggalkan saya. Saya akan bunuh kamu. Saya tak mahu jadi pembunuh."
Selepas ditahan pada Mei, dia memberi jaminan kepada polis bahawa dia tidak berniat untuk mencederakan lelaki itu dan ia adalah sesuatu yang terlintas di kepalanya ketika dia menghantar teks-teks tersebut, yang dianggap lucu.
Dia memberitahu polis bahawa dia faham lelaki itu tidak mahu bersamanya dan tahu mesejnya itu tidak normal.
"Tak kisahlah kalau itu yang dia rasa.
"Seseorang yang lain harus mencintainya, dia ada segalanya untuk dicintai, dia sangat comel, saya tak percaya dia takut dengan saya."
Rekod polis menyenaraikan Ades menunjukkan tanda-tanda penyakit mental.
Dia kini ditahan di Penjara Maricopa County menjelang perbicaraan yang dijadualkan pada Februari.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
muka lawa........ tapi gila |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tapi klu org dah tak nak ..move on jela kak..ramai lagi lelaki lain..sbbkan dia jutawan je ko dah jadi saiko mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba teringat ex kawan aku.
bf khayalan tak layan dia, so dia pon buat fake acc nak huru hara hubungan dorg.
pastu pura2 terkejut. gila punya org tue. |
|
|
|
|
|
|
|
scaryyyyyy
jangan laaa taksub sgt
org dah x sudi...buat apa nak terhegeh2
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo
ni la orang cakap don't stick your d*ck in crazy tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Hensem ke laki tu
Ada x macam ranbir kapoor
Tak pun cam shahrukhkhan |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan tgh baca cerita kt CI |
|
|
|
|
|
|
|
ainie_1008 replied at 8-1-2019 12:08 PM
tetiba teringat ex kawan aku.
bf khayalan tak layan dia, so dia pon buat fake acc nak huru hara hub ...
Errr bf sebenarnya ade ke tidok? |
|
|
|
|
|
|
|
gigih la stalk sebab jutawan. cuba lelaki tu buat kerja kampung yg income tak menentu, mesti pandang sebelah mata je. Dasar materialistik. |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan yang obses kat mana2 lelaki ni memang mental. |
|
|
|
|
|
|
|
dorg tak couple pon. tp gurl tue cerita kat kwn2 dorg couple, pastu laki tue obses gila kat dia. (sebenarnya dia yg obses gila kat laki tue)
pastu bila laki tue up pic dia ngan awek dia, gurl nie wat fake acc. konon2 macam backup "diri sendiri".
mmg ex kawan aku nie obses gila ngan laki tue. nak cerita pjg. tp klu korg tau mmg terkejutlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ainie_1008 replied at 8-1-2019 02:22 PM
dorg tak couple pon. tp gurl tue cerita kat kwn2 dorg couple, pastu laki tue obses gila kat dia. ( ...
Apa aine rasa sebab kawan jadi mcm tu?.
Kurang kasih syg?
Tak cantik?
Tak bahagia?
Ada bf tapi bf x hensem dan tak kaya?
Atau sebab apa?.... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb "kurang kasih sayang"
dia ank bongsu. kakak atas dia pon umur dah belas tahun waktu dia lahir.
pastu kitaorg pernah bgtau kat fmily dia prob dia. blh fmily dia buat tak tau je.
pastu blh ckp "hidup dia lantak dia lah".
kesian jugak kat dia, tp dia yg pilih jalan tue.
tapi aku putus kawan dgn dia bkn sbb dia obses ngan jantan tue, tp sbb lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
ainie_1008 replied at 8-1-2019 02:48 PM
sbb "kurang kasih sayang"
dia ank bongsu. kakak atas dia pon umur dah belas tahun waktu dia la ...
Oh....betul juga tekaan kaka. ..salah 1 dari list. ...lelaki yang dia obses tu laki bujang ka dah kawin? ... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu bujang. skrg dah kawen.
bila dia tau laki tue nak kawen siap gi rumah tunang laki tue mengamok, pastu serang rumah laki tue sekali.
time kawen fmily laki tue smua berwalkie talkie. buat report polis bagai takut dia serang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ainie_1008 replied at 8-1-2019 02:22 PM
dorg tak couple pon. tp gurl tue cerita kat kwn2 dorg couple, pastu laki tue obses gila kat dia. ( ...
Ini mmg betul...perempuan yang obses kat mana2 lelaki ni atau sebaliknya. .mereka akan create cerita yang orang yang depa obses tu yang nak depa. ..contoh..konon ajak dia kawin. ..ajak dia duk bersama. .ajak pergi mana2lah. .padahal mereka yang obses(mental ) ni yang ikut ke mana orang yang mereka obses tu pergi. ..
Kaka rasa ni satu penyakit jiwa. .hidup realiti mereka kosong dan tak bahagia. ...sakit mental. .jiwa kacau. ...mereka ni sanggup buat apa saja untuk dapatkan perhatian orang yang mereka obses |
|
|
|
|
|
|
|
ainie_1008 replied at 8-1-2019 02:58 PM
dulu bujang. skrg dah kawen.
bila dia tau laki tue nak kawen siap gi rumah tunang laki tue menga ...
Orang macam ni dia tak peduli apa orang sekeliling kata. .kalau berkeluarga pula sanggup tinggalkan family ...demi nak bersama orang yang mereka obses. ..
Wah...kes kawan annie dah kira teruk. ... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh wat movie seram nie.. mesti best |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|