CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

Ultras Malaya selamatkan isteri Cheng Hoe

[Copy link]
Post time 17-12-2018 09:23 AM | Show all posts |Read mode

Kenderaan yang membawa isteri jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, Jocelyn Tan dan keluarga Dato Hamidin dirempuh penyokong Vietnam, malam tadi

TINDAKAN berani sekumpulan penyokong Malaysia termasuk Ultras Malaya berjaya menyelamatkan isteri jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, Jocelyn Tan daripada detik mencemaskan ketika cuba memasuki Stadium Nasional My Dinh malam tadi.
Dalam insiden yang berlaku jam 7 malam itu, kenderaan yang dinaikinya bersama keluarga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dirempuh penyokong Vietnam ketika terperangkap di luar stadium.
Ia berlaku selepas kenderaan van 16 penumpang yang mereka naiki gagal mengikut kenderaan pengiring dari belakang akibat kesesakan yang teruk sebelum aksi final kedua Piala AFF bermula jam 8.30 malam.
Jocelyn yang menceritakan detik cemas itu berkata, sekumpulan Ultras Malaya melindungi van mereka daripada terus dirempuh ribuan penyokong Vietnam yang berang kerana menghalang perjalanan mereka masuk ke stadium.
“Saya  nak ucapkan terima kasih buat Ultras Malaya sebab selamatkan kami, beri kami laluan terutama ketika cuba melindungi kenderaan kami daripada diasak penyokong Vietnam. Saya sangat terharu,” katanya yang pertama kali mengikuti suaminya ke perlawanan di tempat lawan.
“Walaupun lebih kurang setengah jam kami terperangkap, mereka (Ultras Malaya) buat kami rasa selamat.”
Sementara itu, seorang penyokong Ultras Malaya, Faizal Osman yang berada di tempat kejadian mengakui cuba membantu selepas mengetahui isteri dan anak-anak Hamidin menaiki kenderaan itu.
“Apabila kami tahu ada ahli keluarga presiden FAM dalam kereta itu, kami cuba menghalang rempuhan penyokong Vietnam yang ingin masuk ke dalam stadium.
“Mujur tiada di antara kami yang kena pukul teruk, cuma ada yang mengasak-asak kami, tolak-tolak dan ada juga yang kena baling botol.
“Tapi kami rasa ini tugas kami untuk melindungi orang kita, lagi-lagi bila tahu ada keluarga presiden FAM di dalamnya (kereta). Kami cuba membuka laluan kepada kereta itu untuk keluar dan akhirnya berjaya,” katanya.
Dalam insiden itu juga, seorang jurugambar dari Malaysia Khairil Jaafar mengalami kerugian RM800 selepas peralatan kamera miliknya rosak ketika diasak penyokong Vietnam.
“Memang ketika kejadian itu saya berada hampir dengan kenderaan yang membawa isteri jurulatih Cheng Hoe dan keluarga presiden FAM. Memang situasi agak teruk sehingga rosak ‘flash’ kamera saya,” katanya.
Pada aksi final kedua Piala AFF itu, tuan rumah Vietnam menang 1-0 ke atas Malaysia untuk bergelar juara menerusi agregat 3-2.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 1.372528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list