View: 1469|Reply: 6
|
Lebih 200kg sampah dalam rumah !!
[Copy link]
|
|
![](static/image/smiley/default/2.gif)
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.914179.1544486235!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg)
NILAI - Dek kerana keupayaan diri yang kini terbatas sejak terlibat kemalangan jalan raya Oktober lalu menyebabkan seorang warga emas terpaksa tinggal dalam keadaan kotor dan tidak terurus di Flat Taman Semarak di sini.
Menerusi program gotong-royong anjuran Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai dan Pusat Libat Sama Masyarakat dan Jaringan Industri, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin, lebih 200 kilogram sampah telah dibawa keluar dari rumah sewa Halus Nadek, 71.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai, Mohd Bajuri Abjat berkata, pihaknya mengetahui keadaan kehidupan warga emas itu pada kunjungan kali pertama dilakukan sebelum ini dalam sesi ziarah diadakan.
“Dua bilik penuh dengan pakaian dan pelbagai jenis barang dan satu lagi penuh longgokan sampah seperti barang lusuh, plastik makanan dan timbunan kotak.
“Bayangkan bagaimana warga emas yang terlantar terpaksa tinggal dalam keadaan begitu, memang tak selesa dengan bau busuk lagi. Sebab itu kami ambil inisiatif anjurkan gotong-royong," katanya.
Menurutnya, anak lelaki warga emas itu memberitahu pernah cuba membuang barang yang tidak perlu, tetapi dilarang ibunya.
Mohd Bajuri berkata, wanita berkenaan sewaktu sihatnya suka membawa pulang barang yang dikutip di tepi jalan dan lama kelamaan menyebabkannya semakin banyak.
"Makcik ini tinggal dengan anak lelakinya sejak empat tahun lalu selepas kematian anak perempuannya yang alami masalah kesihatan.
"Sekarang dia bergantung sepenuhnya dengan anak lelaki yang kerja sebagai pengawal keselamatan. Cuma, jarang ada di rumah kerana bekerja shif," katanya.
Sementara itu katanya, selain keadaan rumah yang kotor, masalah lain dihadapi ialah tiada kemudahan air dan banyak suis serta lampu yang rosak.
Katanya, wanita berkenaan turut mendapat bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pernah dibantu oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
" ada program diadakan, seramai 100 orang yang terlibat dalam program gotong-royong terbabit yang bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, anak lelaki warga emas itu memberitahu pernah cuba membuang barang yang tidak perlu, tetapi dilarang ibunya.
Mohd Bajuri berkata, wanita berkenaan sewaktu sihatnya suka membawa pulang barang yang dikutip di tepi jalan dan lama kelamaan menyebabkannya semakin banyak.
teringat ade thread.. psl mak ayah yg suka kutip2 brg n simpan.. atau yg jenis suka simpan brg2 lama tersedia ade dlm rmh, sedangkanbrg tu dh tak ada fungsi pun.
siap ade komen antara peminat brg antik dan org yg simpan sampah2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah.. jangan pula ada haiwan berbisa..![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku suka simpam brg![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
Aku suka buang barang.. opposite
Rimas barang2 tak guna disimpan... boleh migraine aku![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hishhh.. Ni attitude dasar pemalas dan pengotor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu katanya, selain keadaan rumah yang kotor, masalah lain dihadapi ialah tiada kemudahan air dan banyak suis serta lampu yang rosak.
ape anak lelaki makcik ni buat?? ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ank lelaki dia xtlg ke apa yg patut? |
|
|
|
|
|
|
| |
|