View: 2422|Reply: 11
|
Ya Allah, sedihnye --> Kejam sangat tu!
[Copy link]
|
|
Humans r cruel creatures ![](static/image/smiley/miluegg/faint.jpg)
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/10hm6geram1_1544410806.jpg)
Kuala Terengganu: Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) menyangkal dakwaan gambar kerbau patah dua kaki dan cedera teruk pada badan yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu berlaku di negeri ini.
Pengerusinya Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada penternak berkaitan kes berkenaan.
“Berpandukan pada gambar itu, memang tidak wajar binatang diperlakukan seperti itu dengan apa alasan sekalipun.
“Orang yang bertanggungjawab menyeksa dan mencederakan ternakan itu perlu dibawa ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.
“Pihak berkuasa perlu menyiasat dan PPNT sedia memberi kerjasama jika kes itu terbukti berlaku di negeri ini,” katanya di sini, semalam.
Abdul Hamid berkata, tindakan mencederakan kerbau tidak patut dilakukan dan dikategorikan sebagai zalim.
“Masih banyak cara dan jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk memberi pengajaran kepada penternak tidak bertanggungjawab.
“Jangan kerana marahkan penternak yang melepaskan ternakan berkeliaran, ternakan tidak berakal itu diseksa.
“Menjadi lumrah ternakan yang dilepaskan tertarik dengan makanan iaitu rumput di halaman rumah, justeru cukup sekadar menghalau ia keluar tanpa menyeksanya,” katanya.
Beliau berkata, masalah haiwan ternakan berkeliaran boleh diselesaikan bersama secara baik dan penternak perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran sehingga mengganggu orang ramai.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kes itu.
“Perbuatan itu menyalahi peraturan di bawah Akta Kebajikan Haiwan dan pemilik ternakan serta pelaku kedua-duanya boleh didakwa kerana kesalahan berkenaan.
“Pemilik didakwa kerana tidak menyediakan tempat sesuai yang berada dalam pemantauan atau kawalannya.
“Pelaku pula boleh didakwa melakukan kezaliman kepada haiwan dan mereka boleh dihadapkan ke mahkamah yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sejak Jumaat lalu, gambar seekor kerbau tular didakwa sengaja dicederakan kerana menyelinap masuk ke halaman rumah.
Kerbau berkenaan patah dua kaki selain kesan kelar pada badan, sekali gus mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni kerbau lah bukan lembu |
|
|
|
|
|
|
|
Bela kerbau tapi main lepas tampa kawalan masuk pulak kebun orang mau tak macam tu jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Trengganu.....
Apa nk heran.....bapak & nenek pun di parangkannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
siapalah yang kejam sangat ni???![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pepasal kerbau jadi mangsa dek kebodohan tuan sendiri. Orang yang buat kerbau cenggini pon sangat kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak nampak gambar...![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Adakah hijab sis tertutup..huuu |
|
|
|
|
|
|
|
Sayunya mata kerbau tu, sakit kut weyy![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously.. my friend yg duk trg penah masuk lokap because of lembu yg berkeliaran. Accident sbb nk elak lembu. Dan accident tu membunuh org lain. Patut semua lembu yg dibela ni kene ade lesen. Pastu lembu2 tu sume kene ade cop atau tanda di badan tu kepunyaan sape. Bila jd kemalangan maut, yg tuan empunye lembu patut dikenakan hukuman seberat2 nya kerana menyebabkan kematian org. |
|
|
|
|
|
|
|
ak geram kat penternak haiwan x reti jaga binatang peliharaan tp takde sampai nak aniayakan haiwan mcm ni yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Kat trg memang haiwan2 brkeliaran.lembu,kerbau,kambing.pelik sgt2
Tmpat lain pon membela jgk,tp xde la lepas bebas sgt smpai tepi trafik light pon ada
Tp yg pukul haiwan2 ni pon spesis xberakal,baran
Ko halau je la.ni xcukup dgn kelar ko patahkan lg kaki dia.mna perasan perikemanusiaan?kejam!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|