CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 5

ONLY IN JAPAN OK !! --> RM75,600 kahwini figura hologram

[Copy link]
Post time 3-12-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by auntyaya at 3-12-2018 05:28 AM

KEGILAAN TAHAP APA KAH INI !!


AKIHIKO KONDO bergambar bersama  isterinya Hatsune Miku yang merupakan penyanyi figura kartun dekat kediamannya di Tokyo.

                        
JEPUN -  Impian seorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga idaman akhirnya tercapai apabila berkahwin dengan wanita impiannya yang merupakan figura hologram.

                     
Akhihiko Kondo, 35, menjalin hubungan bersama Hatsune Miku, artis hologram yang popular bukan sahaja di Jepun, malah seluruh dunia.

  
Namun perkahwinan tersebut tidak direstui keluarga Kondo atas sebab populariti yang dimiliki Miku.
Tidak seorang pun ahli keluarga Kondo hadir 
pada majlis perkahwinan 
yang dilaporkan menelan belanja RM75,600 (AS$18,000) itu.
Tentunya Miku yang hanya sebuah figura rekaan, hadir di majlis perkahwinan tersebut dalam bentuk patung permainan.
“Saya tidak pernah menduakannya. Malah saya sentiasa mencintai dan memikirkan tentangnya setiap hari.
“Saya jatuh cinta pada keseluruhan konsep Hatsune Miku. Tetapi Miku yang saya kahwini adalah yang berada di kediaman saya” kata Kondo.
Perkahwinan Kondo dan Miku bukanlah satu hubungan yang sah dalam undang-undang di Jepun.
Malah Gatebox, syarikat yang mereka Hatsune Miku telah mengeluarkan 3,700 sijil perkahwinan untuk mana-mana individu yang ingin berkahwin dengan figura hologram itu.
Walaupun keluarga berharap Kondo berkahwin dengan wanita sebenar satu hari nanti, namun lelaki tersebut mengesahkan perkara itu tidak akan belaku.
“Karakter dua dimensi tidak curang, meningkat usia atau mati. Semua elemen itu tidak berlaku pada wanita sebenar,” katanya lagi.– HUFFPOST



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 01:25 PM | Show all posts
yg keris tu nk tusuk kat mana nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai lak y kawin ngn hatsune miku ni..hentai betul!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pengantin baru.. hati2 jgn sampai kena karen
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:56 AM | Show all posts
ramai suami hatsune miku ni. nak dekat 4000 orang wei. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 09:37 AM | Show all posts
LipasComel replied at 4-12-2018 12:56 AM
ramai suami hatsune miku ni. nak dekat 4000 orang wei. hahaha

ya kahhhh hahahaha semua berpoligami la nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048155 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list