Impian pelakon wanita 'kacak' Ruby Rose tercapai apabila dia mendedahkan bakal membawa watak Batwoman dalam drama bersiri adi wira.
Memetik Time, adi wira lesbian pertama itu bakal membuat kemunculan pertamanya dalam rancangan adi wira CWTV yang menampilkan adi wira dari DC Comics Arrow, Flash dan Supergirl pada Disember ini.
Difahamkan siri Batwoman untuk musim 2019-2020 masih dalam pembikinan.
Sementara itu, Ruby menerusi Instagramnya menyatakan keterujaannya mengenai filem berkenaan.
"Inilah impian saya sejak saya menyertai komuniti LGBT yang terasa seperti dipinggirkan industri. Terima kasih semua," tulisnya.
Kredit foto: IG Ruby Rose
Rancangan itu berkisarkan kisah Batwoman atau nama sebenarnya Kate Kane yang membuat kemunculan pertamanya pada 2006.
Wah, makin mendunialah golongan LGBT selepas ini! Ada ke di kalangan pembaca yang mahu menontonya? - CARI |