Edited by bianglala at 9-1-2019 09:21 PM
[size=0.75em]-foto Facebook Malaysian Response Team
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Seekor gajah betina ditemui mati di Gerik, Perak selepas dipercayai terkena renjatan elektrik wayar hidup. [size=0.98em]Menurut Pengurusan dan Ekologi Gajah-Gajah Malaysia (Meme), gajah tersebut dianggarkan berusia sekitar 40 tahun. [size=0.98em]Pengurus lapangannya, Alicia Solana berkata terdapat kemungkinan bahawa gajah itu sedang bunting atau baru melahirkan anak. [size=0.98em]"Kami tidak pasti tentang perkara ini pada masa ini, tetapi ada susu yang keluar dari putingnya," katanya kepada Star Online, Selasa.
[size=0.98em]Kejadian itu berlaku berhampiran kem tentera di Pulau Banding, Gerik. [size=0.98em]Beliau menambah, gajah itu mungkin sebahagian daripada sekumpulan gajah betina dan anak gajah lain yang sering mencari makanan di situ. [size=0.98em]"Haiwan ini memang biasa berkeliaran di kawasan seberang lebuh raya ini kerana ada banyak rumput dan makanan yang sesuai untuk mereka," katanya. [size=0.98em]Solana berkata, gajah itu dipercayai terkena renjatan selepas menyondol zink sebuah rumah sementara yang dibina di kawasan itu, yang terletak di sebelah lebuh raya. [size=0.98em]Tiada seorang pun berada di sekeliling kawasan kejadian, tambah Solana. [size=0.98em]"Ia adalah satu kehilangan yang penuh emosi kerana kami tahu tentang kumpulan ini dan dapat mengenal pastinya. Kami sering melihatnya," katanya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... o9SetPxt9fL2SfK4.99
|