CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3172|Reply: 15

Aku si anak ustaz yang garang

  [Copy link]
Post time 3-11-2017 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Assalamualaikum….
Aku anak seorang lelaki yang alim orangnya. Ayah aku ni seorang kaki masjid. Alhamdulillah…

Cuma lemahnya ayah aku ni suka sangat menegur orang bila tengok buat salah dalam agama.

Seperti korang tahu, xbanyak orang suka dengan ustaz garang ni. Aku rasa sedih sangat bila orang seperti tak suka apabila tahu kehadiran ayah aku dalam mana2 tempat.

Secara jujurnya aku yang sebagai anak pun xboleh terima cara teguran ayah aku sebab sangat kasar tapi bila diberi jawapan dari ayah aku baru aku faham kenapa ayah aku menegur.

Cuma dari pandangan org luar yang belum mendengar niat baik ayah aku terus assume ayah aku seorang yang suka menjatuhkan maruah orang.

Aku sebagai anak rasa kesian kat ayah aku kerana kadang2 ayah pernah tanya kenapa adik beradik dia tak suka dengan ayah sedangkan niat ayah nak betulkan mana yang salah…aku pernah tegur ayah aku supaya jangan terlalu prihatin sangat kat orang.

Ayah aku kata mana boleh dah org tu buat salah. Susahlah nak cakap kat ayah aku. Baran jugak. Kesian ayah aku. Niat baik tapi cara salah. Apa korang buat kalau ada ayah macam ni? Apa cara terbaik utk nasihat ayah yang agak baran dan bagi kesedaran kat ayah jangan terlalu prihatin sangat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 02:29 PM | Show all posts
ayah awak ada amalan patageni ke? atau amalan wirid tertentu di amalkan semasa silat? atau pun mana2 perguruan?

ada sorang saya kenal ada amalan patageni makan bertih jagung, zikir dalam gua . benda tu lah ikut dia. kalau org buat salah langgar agama marah dia lain macam air muka dia sebiji harimau. orang kampung pernah cerita pusat judi kelapa sawit (bukan milik 9 dragon)kt kampung dia lah pergi bakar musnahkan halau orang kampung daripada berjudi. angin dia taufan kalau orang buat maksiat.

kalau ada banyakkan sabar zikir dan buang benda tu. tp mostly perawat cakap benda tu baik teman xperlu dibuang cuma perlu kawal emosi dengan banyak sabar.

sebaik2 pendakwah rasulullah jd follow sunnah nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 03:03 PM | Show all posts
cuba bagi contoh teguran macam mana yang biasa ayah awak bagi/buat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 04:12 PM | Show all posts
ini pandangan saya,
saya tahu..ayah kamu mempunyai ilmu agama...tetapi mungkin caranya tidak kena...tiada hikmah, tiada kasih sayang,...dan empati untuk berdakwah antara sesama insan.

ambil kisah bagaimana...nabi memberi nasihat....

“Wahai Rasulullah izinkan aku berzina,” demikian kalimat seorang  pemuda.

itu yang membuat para sahabat marah. Mereka hendak memukuli pemuda itu. Permintaannya kepada Rasulullah, menurut para sahabat, sudah masuk kategori kurang ajar.

Namun, tidak demikian dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. “Mendekatlah,” Beliau memanggil pemuda tersebut. Wajah Rasulullah tetap teduh, tak ada kemarahan, tak ada kata-kata kasar.

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada ibumu?” tanya Rasulullah.
“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu”
“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa ibu-ibu mereka.”

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada putrimu?” Rasulullah melanjutkan sabdanya.
“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah”
“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa putri-putri mereka.”

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada bibi-bibimu, saudari ayahmu?”
“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah”
“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa bibi-bibi mereka.”

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada bibi-bibimu, saudari ibumu?”
“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah”
“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa bibi-bibi mereka.”

begitulah berhikmahnya rasullah menegur dan memberi pengajarannya.

so saudari boleh praktiskan cara rasullah.....dalam menegur ayah....sebab ayah saudari bukan maksum...dan tidak dapat lari kelemahan dan kekurangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 04:15 PM | Show all posts
Salam wbt TT ...

Ayah TT mengamalkan konsep berkata benar biarpun pahit ...

Pada ayah TT, dia dah laksanakan tugas dia untuk menegur ...

Cuma, mungkin kalau TT nak nasihatkan dia .. cuba cakap elok2 mintak ayah tu tegur dengan cara berhikmah ... teguran membina yang tidak mendatangkan kemarahan orang lain ...

Tapi, ayah2 kita ni ada ego dia sendiri .. so, kalau boleh TT slow talk la elok2 .. if not, mungkin kawan2 seangkatan dengan dia yang patutnya tegur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa2 pun tak suka diaibkan di khalayak ramai.
Mungkin betul dia ada buat salah i.e tak tutup aurat, melambatkan solat, atau apa2 je..
Tapi tak payah la sergah atau naikkan suara depan orang lain.. kita bukan budak2
Nak berdakwah, buat secara berhemah.

Bersabar aje la TT.
Orang yang suka mengajar secara “sergah” ini biasanya sukar untuk dinasihati.
Apalagi bila dia itu seorang yang sangat dewasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2017 06:56 PM | Show all posts
bg je ayah kau baca komen2 kt porem ni, komfem baran dia hilang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 11:44 PM | Show all posts
abangadek replied at 6-11-2017 06:56 PM
bg je ayah kau baca komen2 kt porem ni, komfem baran dia hilang

Baca komen komen manak...to be more precised????







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2017 11:47 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 6-11-2017 05:47 PM
Siapa2 pun tak suka diaibkan di khalayak ramai.
Mungkin betul dia ada buat salah i.e tak tutup aura ...

Sedangkan yang dah dapat sijil penghalalan dari pihak Jakim untuk jadik ustaz , Tak boleh nak menerapkan nilai herkhemah ketika berdakwah ..apa lah lagi insan kerdil macam manak...Kan odah????


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mannnaaakautau replied at 6-11-2017 11:47 PM
Sedangkan yang dah dapat sijil penghalalan dari pihak Jakim untuk jadik ustaz , Tak boleh nak mene ...

Tak payah ada gelaran ustaz/ustazah pun nak berdakwah ni.

Sesiapa pun boleh... asalkan secara berhemah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 10:37 AM | Show all posts
mannnaaakautau replied at 6-11-2017 11:44 PM
Baca komen komen manak...to be more precised????

manak gila
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 12:12 PM | Show all posts

Anak buah manak yg baru nak tanggal pusat Minggu depan kata...it takes one to noe the other....


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 12:13 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 7-11-2017 06:27 AM
Tak payah ada gelaran ustaz/ustazah pun nak berdakwah ni.

Sesiapa pun boleh... asalkan secara b ...

Jap.... kalau dalam kategori layannn syiookkk macam manak...tak terpakai hemah khemah Nee Kan odah??


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 02:46 PM | Show all posts
aku rasa ayah TT ni dapat syndrome org tua tak pernah salah... hati dah keras sbb tak boleh terima teguran org lain... sama je mcm ayah aku... kalau aku tegur ayah aku mau dia tengking aku depan org.. mmg selalu dia cakap tu betul tp x kene cara... tp walau mcm mana pun dia tetap ayah aku.. ayah yg sgt bertanggungjawab.. membesarkan aku dengan baik... so aku tegur sikit.. dan aku selalu berdoa agar org lain paham yg ayah aku hanyalah org tua yg rasa dirinya betul sebab lebih dahulu makan garam
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:14 PM | Show all posts
abangadek replied at 6-11-2017 06:56 PM
bg je ayah kau baca komen2 kt porem ni, komfem baran dia hilang

Jangann....nanti ayah TT register masuk forum ni...habis semua terhambur lari keluar hari2 kena sembur...

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 01:24 PM | Show all posts
orang yang dah berusia takkan dengar nasihat orang muda. mereka dah terbiasa dengan cara mereka. trust me, i know.

cadangan saya pada awak walaupun agak cliche ialah berdoa. takde cara perbincangan yg boleh awak praktikkan pada ayah awak melainkan mohon supaya Allah yang lembutkan hati dia utk berdakwah secara berhemah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 2.752945 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list