View: 8582|Reply: 66
|
Bakal menantu bukan pilihan
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum. Tujuan Kak Ros buka thread ni bukan lah untuk membuka aib keluarga tetapi untuk minta pandangan daripada semua tentang apa yang bakal Kak Ros utarakan nanti. Pendapat dan cadangan yang positif amat digalakkan.
Ada sorang anak sedara Kak Ros ni umur 28 masih belum bernikah.Calon ada tapi tak direstui ibu bapa. Boyfriend dia ni bercinta dengan dia sejak sekolah menengah. Anak sedara Kak Ros ni kerja bagus, perangai pun ok cuma dia ni tak pandai bergaul dan kurang keyakinan diri. Sejak berkawan dengan lelaki tu, anak sedara Kak Ros ni rasa macam kehadiran dia kat dunia ni akhirnya dihargai sebab tu dia sayang sangat boyfriend dia tu walaupun boyfriend dia selalu ambil kesempatan atas kelemahan dia. Kak Ros dapat tahu punca kakak Kak Ros dan abang ipar tak setuju anak diorang nak kahwin dengan lelaki tu sebab anak sedara Kak Ros ni banyak sangat menipu (cover bagi pihak lelaki) supaya lelaki tu nampak baik depan mata keluarga. Lelaki tu jenis panas baran. Kalau marah habis naik tangan, kaki dekat anak sedara Kak Ros ni tapi sebab sayang, ada je alasan dia, jatuh la tersadung la asalkan mak ayah dia tak putuskan hubungan diorang. Dia selalu mintak duit dekat anak sedara Kak Ros setiap bulan sampai kakak dan abang ipar Kak Ros pun pelik gaji anak dia sebulan 4k belum ada komitmen rumah tapi tak pernah cukup? Kadang-kadang mintak lagi dari mak ayah. Patut la boyfriend dia tu asyik mintak duit sebab lelaki tu tak pernah ada kerja tetap yang lebih dua bulan. Boyfriend dia ni spesis yang perasan bagus dan semua orang salah dia je betul. Kalau cakap tak nak kalah, boss mana yang suka?
Kakak dan abang ipar dah banyak kali bincang pasal benda ni dengan anak sedara, tapi dia diam tak jawab apa-apa lepas tu merajuk tak balik rumah jenguk mak ayah berbulan-bulan. Pernah jugak beberapa kali cuba kenalkan anak sedara ni dengan lelaki lain, tapi semua taknak terima bila kita terus terang masalah dia yang terlalu overly attached dengan boyfriend dia. Kak Ros yakin dia cuma selalu keluar je dengan boyfriend dia tapi belum sampai tidur dengan lelaki tu. Kakak dan abang ipar ada jugak pergi jumpa pengamal perubatan islam mana tahu mungkin anak dia dah kena guna-guna. Dah pergi jumpa ramai ustaz tapi keadaan anak sedara Kak ros ni masih macam tu. Tak boleh langsung nak berenggang dengan lelaki tu. Asyik nak jumpa, resah kalau sehari tak kerap call,mesej lelaki tu. Hujung tahun ni anak sedara Kak Ros plan nak kahwin dengan boyfriend dia tu, tapi cancel lepas kakak dan abang ipar Kak Ros mengamuk sebab lelaki tu langsung takde duit nak kahwin sampai kenduri pun nak buat sebelah perempuan je.
Maaf panjang pulak Kak Ros tulis. Keluarga kakak Kak Ros dah buntu dengan masalah anak sulung diorang ni. Sesiapa yang ada cadangan dan mungkin pengalaman macam ni boleh la bagi pendapat apa lagi yang patut kami buat nak selesaikan benda ni. Sesiapa yang nak cari jodoh atau kenal sesiapa nak cari jodoh boleh jugak pm Kak Ros ye. Terima kasih semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar je la dia nikoh jantan tu kak Ros. Nak buat cemana, dah sayang. Kang bunting anak haram kang femili kak Ros juga yang susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bercinta sejak sekolah menengah.
Umo dah 28.
Overly attached dengan boipren walau boipren hansuang.
Yet kak Ros yaqin meka tapenah terlanjur.
Hmm.
Sebagai orang luar, saya tak sehusunuzon itew. |
|
|
|
|
|
|
|
Beginner???
Byk sungguh masalah beginner skrg nih.
Utk x oT
Minta ank sedara kak ros dgn cakap mak ayh dia. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 8-10-2017 11:58 AM
Bercinta sejak sekolah menengah.
Umo dah 28.
Exactly my sentiment hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Carikanlah org lain.
Definitely not husband material |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik la..tp biar je kawen. Serius..nnt da kawen x pyh tlg. Biar kan rs nnt menanggung suami..sy bhusnuzon je sbb kenalan sy pun kena sepak terajang dgn laki dia,ttp stay je. So, I guess 'service' baik wlupun x keje.. |
|
|
|
|
|
|
|
lil_sparky replied at 8-10-2017 08:35 PM
Beginner???
Byk sungguh masalah beginner skrg nih.
Trauma itu masih ada kak. |
|
|
|
|
|
|
|
minta anak sedara kak ros sdiri bukak thread kt sini...biar kami brainwash dia. sure insap |
|
|
|
|
|
|
|
Woww dah tahu lelaki tu jenis panas baran dan suka naik tangan pun masih setia lagi? Kalau saya dah lama say baibai
Belum kawen dah berani naik tangan, lepas kawen tah apa lagi dia buat. Ke adakah konsepnya asalkan berlaki? Duhh |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak bawak bincang dia ni. Budaknya jenis yang bebal dalam diam. Takde nak marah marah ke apa cuma tu la kalau merajuk tu langsung taknak balik jumpa mak ayah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu satu-satunya lelaki yang pernah cakap nak kahwin dengan dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Panas baran,salu mintak duit,pernah pukul2 anak sedara kak ros...urm...tapi anak sedara kak ros xnak berpisah ngn dia...ada sesuatu ke y menyebabkan die overly attached tu? Maaf ckp,maybe die dah disentuh oleh lelaki tu?tu y die stay je walaupun sejahat,seburuk mana laki tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bab tu wallahualam. harapnya tak lah
|
|
|
|
|
|
|
|
kakros63 replied at 8-10-2017 10:07 PM
bab tu wallahualam. harapnya tak lah
Urm...harap2 anak sedara kakros sedar laa sebelum terlambat,dan boleh jd independent woman tanpa mengharapkan lelaki x guna tu..ikutkan cite kakros,die boleh dikategorikan sbg seorg y bjaya jgk ler..msti boleh dpt y lagi baik drpd laki tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya. I tak suka perempuan senang2 dipermainkan lelaki. Ada kenal kawan2 anak sedara itu? Mungkin minta kwn pula nasihatkan.
Pernah jumpa parent laki tak guna tu? Family laki tu jenis apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Family lelaki tu pernah datang rumah kakak. Bapak lelaki tu memang beria nak bermenantukan anak sedara kak ros ni sebab tahu ada kerja elok. Waktu tu kakak dan abang ipar ada jugak cakap pasal yang lelaki tu tak kerja macam mana nak menanggung anak dia nanti. Bapak dia balik2 cakap takpe, lepas kahwin ada lah tu rezeki diorang. Bapak dia kahwin 4 dan jenis yang cakap pun macam sembang kencang jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan kawan anak sedara yang Kak Ros kenal kebanyakan dah kahwin. Diorang pun mungkin takut nak bagi nasihat dekat dia sebab ye lah perempuan umur kalau dah agak lewat belum kahwin ni sensitif kalau cakap bab kahwin
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum.
Sekarang ni, umur 28 thn tu kira muda lagi. Sempat lagi jumpa org baru. Tp kahwinkan je la kalau anak sedara tu sanggup bela biawak hidup dan tgk anak2 kecil kena tendang terajang dgn ayah mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|