Gambar sekadar hiasan
Bayi kerap menangis terutamanya di waktu malam sudah pasti membuatkan ibu bapa menjadi runsing.
Banyak punca-punca yang menyebabkan bayi menangis, antaranya adalah kerana merasa tidak selesa. Perut kembung, lapar atau mungkin juga lampin pakai buang terlalu keras.
Sebenarnya, nak pakai lampin pakai buang pun ada cara-caranya. Anda bolehlah mencuba tip ini tentang cara-cara untuk membuat bayi lebih selesa apabila memakai lampin pakai buang. Jom baca perkongsian berguna yang dipetik dari Facebook saudara Taufiq Razif.
Ni la teknik 'ramas' dan 'perah' pampers yang isteri saya ajar. Memang ajaib pun teknik ni. Anak nampak lebih nyenyak tidurnya. Siap berdengkur lagi!
Permukaan pampers kan kadang-kadang agak keras. Kalau kena dengan baby yang kulitnya jenis sensitif memang boleh iritasi kulit si comel kita. Pedih tu!
Tu la kenapa kita 'perah' dan 'ramas' pampers ni dulu sebelum pakaikan kat anak kita supaya permukaan pampers tu jadi lebih lembut bila bersentuhan dengan kulit si comel kita. Jangan risau, pampers takkan bocor pun kalau buat camni.
Silalah mencuba, semoga bayi anda dapat tidur lebih nyenyak. - CARI
|