View: 6313|Reply: 42
|
Suami Yang Suka Peluk Isteri Umurnya Akan Lebih Panjang Lima Tahun
[Copy link]
|
|
Tahukah anda? Kasih sayang dan belaian mesra antara pasangan suami isteri bukan sahaja membahagiakan hidup malah mampu memanjangkan jangka hayat seseorang.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh".
"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Gambar sekadar hiasan
"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Walaupun ajal sudah ditentukan ilahi, peluklah isteri anda setiap hari dalam usaha untuk memanjangkan umur. Logiknya, jika hidup sentiasa ceria risiko datangnya penyakit pun berkurang, tak begitu? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nak lagi panjang,kene la eksesais skali |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih tertarik dgn gambar hiasan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain lagi Fathia peluk Fatah... |
|
|
|
|
|
|
|
NekNgah replied at 14-7-2017 05:04 PM
Lebih tertarik dgn gambar hiasan.....
Hahaha..samala aku pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada 4 isteri you multiply by 5...you get 20 yrs extension to your life....itu belum kekasih gelap.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kekerapan tolong tukar dyper la...lagi pjg umur...ehehheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah zaman bile tu? plain nya muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang beriman cakap pasal peluk isteri..
Mmg dapat pahal menyenangkn hati isteri n vice versa
Orang tak da iman asyik ingat nak buat maksiat...
Nauzubillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Seorang anak lelaki yang memeluk ibunya setiap hari, sebelum heading for school, work....how??
Tak applicable??
Seorang lelaki Yang memeluk kekasihnya, Tak applicable?? Tak boleh secrete that endorfinn?? endorfinn ini hanya wujud / embedded dalam orang Yang beriman sajork???
Nak manak sambung lagik??
|
|
|
|
|
|
|
|
Dyper very close to kain kapan.....
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke suami peluk isteri setiap hri? |
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 15-7-2017 09:38 AM
ada ke suami peluk isteri setiap hri?
Assalammu'alaikum onexox97.
Ada je suami peluk isteri everyday. Nk keluar gi kerja or gi memana, suami isteri salam n peluk dulu kt pintu. Pastu masing2 babai kt tingkap. Suami dari tingkap kereta, isteri dari tingkap rumah. Kalau dua2 kerja, pelukle dulu before going out sama2. Jgn lupa plak ckp i love u. Nk ckp bahasa melayu, french ke ikutlah. Bahasa german pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
why not??? The very fact masih Tak cukup dapat peluk sorang isteri walau Hari Hari....sebab tuh sampai nak tambah isteri lagik???
Make sense???
|
|
|
|
|
|
|
|
So,peluklah isteri anda |
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 15-7-2017 09:38 AM
ada ke suami peluk isteri setiap hri?
Dah kawen belum? Time tido pun peluk.. time jalan2 pun peluk. Time letih kerja peluk. Buat apa kawen kalau tak peluk |
|
|
|
|
|
|
|
armin replied at 15-7-2017 08:40 PM
Dah kawen belum? Time tido pun peluk.. time jalan2 pun peluk. Time letih kerja peluk. Buat apa kaw ...
anak dh empat tapi napa xda peluk peluk pum
hihihih |
|
|
|
|
|
|
| |
|