Hasad dengki atau cemburu buta mungkin akan menyebabkan seseorang itu bertindak di luar batasan dan biaasalah kalau dah terlampau sakit hati, ramai yang hilang pertimbangan.
Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghantar benda halus, santau serta sihir semata-mata untuk membalas dendam terhadap seseorang.
Pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdillah Mignolet berdepan dengan perkara ghaib ini agak menyeramkan.
Menurutnya dia menerima satu bungkusan yang dikirim melalui pos. Namun apa yang menghairankan selepas dibuka, tiada apa-apa langsung di dalamnya.
Nama pengirim, alamat dan maklumat juga tidak jelas. Apa yang pasti hanya ada bau wangi semacam melekat di tubuhnya dan semakin kuat apabila berpeluh.
Foto: Facebook Abdillah Mignolet
"Esoknya aku bangun, aku jadi lemah sgt. Aku jadi pelupa, semangat hilang, jiwa aku kosong. Aku jadi tak suka bercakap dengan orang, suka duduk dalam gelap, tak suka makan. Cuma suka minum sebab badan aku panas."
Foto: Facebook Abdillah Mignolet
Statusnya menjadi tular dan mendapat perhatian dari netizen yang kebanyakannya berasa bimbang dan membincangkan perihal tentang santau moden yang menjadikan medium pos laju sebagai pengantaraan.
Namun, ada juga yang mempersoalkan kesahihan kisah tersebut dan menyatakan lelaki tersebut hanya mereka-reka cerita dan hanya mahukan perhatian.
Menurut seorang netizen, cerita tersebut adalah karut mana mungkin pihak pejabat pos tidak perasan bungkusan tersebut kosong.
Walau bagaimanapun, Abdillah menyatakan dia tahu perbuatan tersebut angkara siapa namun langsung tidak menyimpan apa-apa dendam.
Kadang-kadang kita mungkin tak sedar telah menyakiti hati atau menyinggung perasaan orang lain. Jadi diharap selepas ini semua akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata atau membuat sebarang tindakan.
Tidak kiranlah kisah yang dinyatakan tadi benar atau tidak, yang pasti ianya boleh dijadikan pengajaran bersama. Tak begitu? -CARI |