Bagaikan sudah menjadi tradisi apabila Syawal menjelang tiba, setiap muslim akan bermaaf-maafan terutamanya dengan ibu bapa tercinta.
Kebiasaannya anak-anak akan mencium tangan ibu bapa atau mencium dahi untuk memohon ampun namun lain pula caranya buat sebuah keluarga di Indonesia ini.
Siapa tidak kenal dengan Ayu Ting Ting iaitu penyanyi dangdut terkenal Indonesia yang popular dengan lagu berjudul "Sambalado".
Pemilik nama sebenar Ayu Rosmalina, 22, menunjukkan kasih sayang terhadap bapanya dengan cara yang dianggap tidak wajar dan keterlaluan hingga mengundang kritikan netizen.
Difahamkan, gambar yang diambil pada Hari Raya Aidilfitri itu tular dan menjadi perbincangan hangat kerana gambar itu jelas menunjukkan Ayu dan bapanya mencium bibir (comolot).
Walaupun mungkin pada mereka, ciuman seperti itu hanya sekadar tanda eratnya kasih sayang antara anak dan bapa namun perlakuan seperti itu tetap mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen.
Gambar atas Ayu bergambar di samping keluarga. Ayahnya mendukung anaknya.
Pada pendapat anda, apakah tindakan mereka bermaaf-maafan seperti itu adalah perkara normal dalam sesebuah institusi kekeluargaan? - CARI
|