View: 1490|Reply: 2
|
Dos 856.8mg/hari EGCG (estrak teh hijau) menurunkan berat badan, mengurangkan li
[Copy link]
|
|
Bismillah,
Satu kajian randomized double blind placebo controlled trial telah dijalankan oleh hospital di Taiwan.Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan dan keselamatan dos tinggi ekstrak teh hijau (Epigallocatechin gallate, EGCG) yang diambil dalam dos harian sebanyak 856.8 mg pada pengurangan berat badan dan perubahan profil lipid kepada wanita gemok (obese)
Seramai 115 peserta wanita dengan obesiti telah disaring di klinik namun hanya 102 daripada mereka dengan BMI ≥ 27 kg / m (2) dan lilitan pinggang (WC) ≥ 80 cm telah berjaya dipilih untuk kajian.
Wanita-wanita ini secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan teh hijau berdos tinggi atau kumpulan plasebo. Jumlah masa rawatan adalah 12 minggu.
Penyelidik memfokuskan kepada hasil utama iaitu ukuran antropometrik, profil lipid, dan kaitan hormon kepada obesiti termasuk leptin, adiponectin, ghrelin dan insulin.
Setelah 12 minggu penyelidik mendapati penurunan berat badan yang ketara daripada 76.8 ± 11.3 kg kepada 75.7 ± 11.5 kg (p = 0.025), serta pengurangan dalam BMI (p = 0.018) dan lilitan pinggang (p = 0.023) telah diperhatikan dalam kumpulan rawatan dengan dos tinggi EGCG.
Kajian ini juga menunjukkan trend yang konsisten jumlah kolesterol dimana ,penurunan mencapai 5.33%, dan juga tahap plasma LDL.
Terdapat toleransi yang baik rawatan di kalangan peserta tanpa sebarang kesan sampingan.Tahap hormon ghrelin didapati lebih rendah dan peningkatan tahap adiponectin juga dikesan dalam kumpulan kajian berbanding dengan kumpulan plasebo.
Akhirnya,penyelidik membuat kesimpulan bahawa selepas 12 minggu rawatan dengan dos tinggi ekstrak teh hijau telah menyebabkan penurunan berat badan yang ketara, mengurangkan lilitan pinggang, dan penurunan konsisten dalam jumlah paras kolesterol dan LDL plasma tanpa sebarang kesan sampingan atau kesan buruk pada wanita gemok (obese).
Mekanisma anti obese dalam dos tinggi ekstrak teh hijau ini dikaitkan sebahagiannya kepada perencatan rembesan hormon lapar (ghrelin) yang membawa kepada tahap hormon adiponectin meningkat.
Sumber:
Therapeutic effect of high-dose green tea extract on weight reduction: A randomized, double-blind, placebo-controlled clinical trial.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26093535
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutla digalakan minum teh hijau kalo nak diet.. |
|
|
|
|
|
|
|
KENE BELI TEH HIJAU LA TRY DULU |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|