Penerbangan jarak jauh sememangnya membosankan apatah lagi jika menaiki pesawat tambang murah.
Oleh kerana penerbangan bajet tiada kemudahan televisyen atau akses WIFI, kebiasaanya penumpang akan memilih untuk membaca buku atau tidur sepanjang penerbangan.
Namun mungkin aktiviti seperti membaca buku dan tidur terlalu "mainstream" bagi pasangan ini apabila mereka memilih untuk melakukan hubungan intim ketika pesawat sedang terbang pada ketinggian melebihi 10,000 kaki.
Kejadian yang berlaku di dalam pesawat penerbangan bajet Ryan Air semasa di dalam perjalanan dari Manchester, UK menuju ke Ibiza, Sepanyol ini telah mengejutkan penumpang yang berada bersebelahan dengan mereka.
Aksi ghairah pasangan itu sempat dirakam secara curi-curi oleh salah seorang penumpang dan rakaman video itu telah dimuatnaik ke laman Facebook hingga menjadi tular di seluruh dunia.
Walaupun masyarakat Barat mengamalkan gaya hidup bebas, namun rata-rata menyifatkan perbuatan pasangan itu agak keterlaluan kerana melakukan hubungan seks di tempat terbuka.
Memang tak tahu malu dan biadab sungguh pasangan itu! Jika anda berada di tempat mereka, apakah perkara yang anda akan lakukan ketika merasa bosan dalam penerbangan? - CARI