Edited by dauswq at 7-6-2017 04:52 PM
[Kemaskini] TOP dilaporkan ambil dadah berlebihan, sedang bergelut dengan kematianby daus · Published June 7, 2017 · Updated June 7, 2017
Choi Seung Hyun atau dikenali sebagai TOP berada dalam kondiksi yang agak teruk dan sedang bergelut dengan kematian. Berdasarkan sidang media dilakukan doktor Hospital Mokdong sebentar tadi, TOP masih tidak sedar diri dan hanya bertindak balas terhadap ujian ‘stimulus’ yang dilakukan.
TOP dimasukkan ke dalam hospital baru-baru ini apabila emaknya mendapatinya tidak sedarkan diri. Beliau dilaporkan mengambil dadah secara berlebihan setelah emaknya melihat banyak pil tidur di tempat tidurnya. Namun setelah pemeriksaan dilakukan doktor, ujian darahnya mendapati kandungan karbon dioksida agak tinggi sehingga menyebabkan situasinya menjadi sangat kritikal. Ia juga tak tolak kemungkinan TOP cuba untuk membunuh diri setelah mengalami kemurungan (‘depression’) akibat skandal penyalahgunaan dadah, yang mana beliau amat kesali dan pernah meluahkannya dalam surat terbuka dipamerkan agensi hiburan YG kelmarin.
Apapun moga TOP cepat pulih. Menjadi seorang selebriti bukan sesesuatu yang senang, lagi-lagi kena hadap kecaman dan tuduhan daripada orang ramai akibat kesalahan kecil dilakukan. Tapi, jangan lah sesekali bunuh diri. Jumpalah kawan atau sesiapa boleh dipercayai, untuk meluahkan perasaan terbuku di hati. Jangan biarkan kemurungan menguasai diri anda.
Sumber: Sport Chosun
|