View: 3873|Reply: 24
|
Sabar Orang Dulu Dan Tak Sabar Orang Sekarang!
[Copy link]
|
|
Sedar tak sedar, dunia ini semakin pantas dan orang semakin tidak mampu menahan sabar. Antara buktinya, kita semakin tidak berdaya menahan lapar sebab semua sudah ada di depan mata. Nak makan tak perlu masak. Hidupkan enjin kereta terus ke drive through lalu makan dalam kereta.
Dulu, kalau nak makan ayam, kena tunggu ayam bertelur dan menetas. Kemudian, setiap hari perlu ke reban ayam untuk beri makan. Berbulan-bulan menunggu, sampai kita hafal semua nama ayam dan warna bulunya. Bila raya tiba, maka ayam pun besar. Macam tahu-tahu saja. Kena timing kata orang.
Maka, abah pun sembelih ayam dan mak menyiangnya. Kita jadi penonton sambil menelan air liur. Mula terbayang paha ayam yang enak diratah. Kita sabar menunggu sampai ayam sudah jadi gulai. Barulah dapat makan ayam. Tak mainlah ayam goreng semata. “Tak muai,” kata mak.
Memang dulu bukan senang nak makan ayam. Lama masa yang diperlukan dan banyak pula cabaran yang perlu dilalui. Silap hari bulan, ayam yang disembelih itu masih boleh bangun dan lari. Maka, kita dan adik-beradik lain pun terpaksalah mengejarnya keliling kampung.
Begitulah praktis sabar zaman dulu, berbulan-bulan menunggu semata-mata mahu makan ayam. Itulah saya generasi ‘ayam kampung’. Namun sekarang? Segalanya serba mudah buat generasi ‘ayam bandar’ kerana tak perlu menunggu lama.
Kini, anak merengek sahaja mahukan ayam goreng, kelam-kabut kita hidup enjin kereta dan terpacak di depan restoran makanan segera. Kalau staf lambat dan terhegeh-hegeh, pasti kita akan mula tarik muka atau sound direct.
Zaman serba canggih ini, membuatkan kita tidak dapat belajar erti sabar yang jitu. Sepuluh minit bagi kita terlalu berharga untuk dibazirkan. Cepat benar darah kita menggelegak.
APAKAH KESAN TIDAK SABAR PADA DIRI DAN KELUARGA KITA?
1. KURANG PRIHATIN
Suruhlah anak naik bas jika ingin ke bandar. Pelbagai alasan akan diberinya. Baginya dia tidak suka naik bas kerana lambat. Dia mahukan servis yang efisyen dan semestinyalah servis daripada ibu bapa yang menghantar dan menjemputnya di pintu stesen komuter atau LRT.
Jika tidak, silalah sediakan duit Grab atau Uber. Alasannya tentulah dia tidak mahu naik bas. Pendek kata, anak-anak sekarang tidak gemar menunggu lama.
Anak tidak dapat meletakkan perkataan ‘jimat’ atau ‘kesian’ dalam kamus hidupnya. Baginya antara naik bas, kereta dan Grab adalah dia mahu yang paling cepat. Dia tidak kira wang yang perlu dibelanjakan. Bahkan anak tidak ada rasa kesian pada ibu bapa yang penat menjemput dan menghantarnya.
2. KURANG CERGAS
Setahun sekali bersukan atau merentas desa, sakitnya berminggu-minggu. Setiap malam pasti suruh ibu bapa menyapu minyak angin. Betis yang lembik terasa macam ditusuk-tusuk kerana otot jarang bekerja.
Berbeza benar dengan kita waktu dulu. Dek kerana sering praktis kejar ayam, turun naik bas, angkat air atau angkat padi, maka betis kita pun keras dan padu. Tidak seperti betis anak sekarang yang penuh dengan lemak tepu.
Suka tidak suka, saiz badan anak-anak sekarang jauh lebih besar berbanding kita, 20 atau 30 tahun lalu. Pergerakan yang terhad, kemudahan yang efisyen dan makanan segera membuatkan isu obesiti semakin menjadi-jadi.
3. TIDAK BERDIKARI
Tidak betah menguruskan pakaian dan bilik sendiri gara-gara semuanya dibuat oleh orang lain sama ada orang gaji atau pun ibu bapa yang ‘penyayang’. Orang sekarang memang terlalu ‘sayang anak’.
Sudahlah tidak pernah dipukul dan dimarah, bahkan kerja pun jarang disuruh. Mereka tidak sabar melihat anak pandai lipat baju dan kemas katil dengan betul. Anak pula ‘take for granted’.
Akhirnya anak membesar tanpa berdikari. Tidak pandai mengurus diri. Anak dara atau bujang dua kali lima. Dua-dua tidak berusaha untuk membantu diri dan akhirnya jadi pemalas. Malas berfikir, masalah belajar dan malas berusaha.
Maka, terus-terusanlah ibu bapa menjadi pembantu peribadinya sepanjang hayat hanya kerana tidak dapat bersabar dalam proses pembelajaran anak dan tidak mahu melihat anak susah sedikit.
BAGAIMANA MELATIH DIRI AGAR LEBIH BERSABAR DAN BERDIKARI?
Memang tidak adil untuk kita bandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak-anak sekarang. Bagaimanapun, kita masih boleh mendidik anak-anak agar lebih bersabar dengan kaedah yang lebih efisyen dan berkesan.
1. JADI CONTOH TAULADAN
Bila kita memandu dan orang lain tiba-tiba memotong jalan, apa yang kita cakap? Adakah kita terus memaki dia? Bahkan kalau ada yang memandu terhegeh-hegeh apa yang kita kutuk dia? Anak-anak di dalam kereta saksi pada tingkah laku buruk kita.
Jadi, tunjukkan contoh yang baik. Bersabar sedikit dan tidak perlu menggunakan kata-kata kesat. Kalau orang nak potong jalan kita, biarlah. Kita tidak rugi apa-apa pun.
2. BERGERAK AKTIF DAN ORGANIK
Dunia IT dan gajet canggih sering buat kita kurang cergas. Ajaklah anak-anak bersantai dan bersiar-siar ke tempat-tempat alam semulajadi. Jika pulang ke kampung, ajaklah dia berkebun atau membetulkan reban ayam.
Tunjukkan dia bagaimana proses ‘makan ayam ‘ organik yang pernah kita jalani dulu. Dia mungkin tidak tertarik tetapi tidak rugi kita berkongsi pengalaman. Mengajarlah dengan penuh kesabaran. Begitu juga yang belajar mesti ada kemahuan.
3. AJAK BEKERJASAMA DAN BERDIKARI
Kejut anak bangun pagi dan mula lakukan kerja rumah bersama-sama. Ajak dia memasak, mengemas dan bercucuk tanam. Biar dia belajar bersabar dengan melakukan sesuatu mengikut proses A-Z sebelum dapat menikmati hasilnya.
Biarlah 100 kali silap asalkan tidak pernah putus asa. Practise make perfect!
Foto: Carian internet
Tidak semestinya lambat itu tidak baik. Bahkan yakinlah bahawa bukan semua yang pantas dan segera itu baik. Bertenanglah dan jangan biarkan darah sering dan terus memuncak. Insya-Allah penyakit darah tinggi pun akan hilang.
Benarlah sabar itu sebahagian daripada iman. Dengan sabar dan redha macam orang dulu, kita akan bebas stres. Amalkan gaya hidup secara organik dan fitrah. Duit tak mampu beli segala-galanya! |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lg..remaja skrg cepat bosan klu membaca atau dengar ceramah/penerangan...sbb mereka dah terbiasa klu online skip saja mana2 bhg yg mereka x minat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kadang2 terbawak gak sifat xsabar ni. Mgkn sbb dok kt tgh bandar n jalan always congested...so masa sangat berharga lompat jer dlm kereta terus jalan...n aku semua bnda buat kena laju xnak lembab...
Mak aku pn ada tegur...slowly...xpayah laju |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg semua nk cepat..mati pun cepat |
|
|
|
|
|
|
|
mmg zmn skrg semua nak cepat jeeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Haa..dl klu nk mkn ayam mmg kena tangkap dl,sembelih,rebus n cabut bulu ayam.br bole potong jd 16 then br la bole msk..biasa ms raya je mkn ayam/daging ni.mkn kepsi setahun skali pun blm tentu lg. Biasa hari2 mkn ikan darat n laut sbb dl2 lbh murah drpd ayam. Pglmn buat kita lbh matang n sbr. |
|
|
|
|
|
|
|
skrgmau mampus la hari hari makan ikan..kopak
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin tak sabar..waktu pun makin singkat..kjp je sedar2 dh mlm.. |
|
|
|
|
|
|
|
takleh nak salahkan jugak. dunia globalisasi dek sekarang ni...
ko buat2 lambat mmg tertinggal la. |
|
|
|
|
|
|
|
mender yg tak sabar, nak cepat tu la yg jadi peluang bisnes org...
servis lipat baju, servis potong kuku...semua jadi duit |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa dimanjakan malas berfikir semuanya disediakan jadi survival skill jadi makin kurang |
|
|
|
|
|
|
|
bab mati tu aku suka... dah semua nk cepat kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Good article. I suka mesej yang nak disampaikan. Sabar tu hakikatnya kemenangan yang tak terhingga. Sebab bukan semua org mampu bersabar. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 8-5-2017 11:07 AM
skrgmau mampus la hari hari makan ikan..kopak
Dl ddk kg..ikn laut murah sbesen (dlm 15-20 ekor saiz biasa ke sedang rm3).Abg sy rajin menjala ikan darat/cari siput on weekend..udang lipan org x reti mkn,sebakul rm 2..la ni mmg x dpt..
Skrg mmg koyak..lg ddk area lembah klang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sendiri rasa payah nak bersabar...kadang kala lambat served je da membuak buak panasnya. Berpeluh sekejap je da bising. article yg bermanfaat buat ku. |
|
|
|
|
|
|
|
ymmg payah nk bersabar zamn skrg ni. lambat dgn lembap lain mksdnya |
|
|
|
|
|
|
|
dulu msa lmbt.skrng msa cepat SBB byk bnde mudah.kau xleh expect org SBR SBB org kjr masa..ada pun sikit je..
. |
|
|
|
|
|
|
|
Sgt berbeza. Sekrg mcm mcm penyakit akibat tak sabar. Tapi selari dgn dunia modern kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|