View: 4140|Reply: 30
|
Zat Allah dan Tempat Menurut Imam Al-Ghazali
[Copy link]
|
|
Zat Allah dan Tempat Menurut Imam Al-Ghazali
Datang pula soalan kepada sahaya bertanyakan tentang pegangan Imam Al-Ghazali tentang Zat Allah dan tempat. Maka sahaya pun menulis jawapan ringkas dengan memetik daripada Imam Al-Ghazali (dengan sedikit penjelasan ringkas) sekiranya dirasakan perlu.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Aqidah :
“Tidaklah Dia (Allah) itu jauhar dan tidaklah Dia ditempati oleh jauhar-jauhar. Tidaklah Dia itu aradh dan tidaklah Dia ditempati oleh aradh-aradh.”
“Bahkan Dia tidak serupa dengan yang maujud dan tidak suatu pun yang maujud yang serupa dengan Dia. Tiadalah seperti-Nya sesuatu dan tidaklah Dia seperti sesuatu.”
*Maksudnya Zat Allah langsung tidak sama dengan suatu apa pun.
“Dia istiwa’ atas ‘Arasy menurut firmanNya dan menurut erti yang dikehendakiNya, istiwa’ yang suci daripada tersentuh dengan sesuatu, suci daripada tetap dan tenang, suci daripada BERTEMPAT dan berpindah.”
“Dia TIDAK BERTEMPAT pada sesuatu dan tidak ada sesuatu BERTEMPAT padaNya.”
*Yang BERTEMPAT ialah makhluk. Zat Allah tidak terlibat dengan tempat, lokasi atau terlibat dengan ruang. Yang bertempat, berlokasi dan beruang adalah makhluk.
“Maha Suci Dia daripada dipengaruhi oleh TEMPAT, sebagaimana Maha Suci Dia daripada dibataskan oleh waktu/masa/zaman. Tetapi adalah Dia sebelum dijadikan waktu/masa/zaman dan TEMPAT. Dia sekarang menurut apa yang Dia ada.”
*Masa dan TEMPAT adalah makhluk. Sebelum adanya masa dan TEMPAT, Zat Allah sudah sedia ada. Pada azali, yang ada hanyalah Allah. Oleh itu, Dia qadim. Pada azali, selain Allah, belum ada. Kemudian, barulah Allah menjadikan masa dan TEMPAT. Selepas Allah menjadikan masa dan TEMPAT, ZatNya tetap seperti pada azali juga, langsung tidak mengalami sebarang perubahan kerana Dia baqa’. Apa sahaja yang mengalami perubahan, adalah makhluk. Jangan kita tersembah makhluk. Jika pada azali ZatNya TIDKA BERTEMPAT, selepas azali sampailah bila-bila pun, ZatNya tetap kebal daripada TERKENA TEMPAT.
“Kerana pada azali yang ada hanyalah Dia Yang Maha Esa sedangkan selain Dia tidak ada.”
“Allah Taala itu qadim, senantiasa, azali, tidak ada bagi wujudNya permulaan.”
“Tidaklah Allah Taala itu jauhar yang terbatas di SESUATU TEMPAT.”
“Bagaimanakah adanya Dia BERTEMPAT pada jisim sedangkan Dia sudah maujud pada azali sendirinya dan tidak ada beserta Dia yang lain-lain (termasuklah TEMPAT, ruang, lokasi).”
“Maha Suci ZatNya daripada ketentuan arah. Arah itu adakalanya di atas atau di bawah, di kanan atau di kiri, di hadapan atau di belakang.”
“Tentang mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa kepada Allah ke arah langit adalah kerana langit itu qiblat doa.”
*Bukan kerana Zat Allah berada di udara, di sebalik awan, di kahyangan, di atmosfera, di angkasa lepas, di Sistem Suria, di Galaksi Bima Sakti, di alam semesta, di langit ketiga atau sebagainya yang seumpamanya.
“Demikianlah dengan hal istiwa’. Jika dibiarkan ertinya sebagai menentap dan BERTEMPAT, tentulah yang BERTEMPAT itu jisim yang bersnentuh dengan ‘Arasy. Adakalanya seperti ‘Arasy ataupun lebih besar atau lebih kecil daripadanya.. Yang demikian itu adalah mustahil.”
MAKLUMAT TAMBAHAN
Siapakah antara golongan yang meyakini bahawa Zat Tuhan bertempat?
Antara yang berpegang bahawa Zat Tuhan itu bertempat ialah beberapa golongan daripada ahli-ahli falsafah Yunani/Greek.
Ahli-ahli falsafah Yunani terdiri daripada banyak golongan. Untuk memudahkan pembicaraan dalam menolak apa yang salah dan apa yang lemah daripada ajaran kaum falsafah itu, Imam Al-Ghazali membahagikan mereka kepada 3 kelompok besar iaitu golongan Dahriyyun, golongan Tabi’iyyun dan golongan Ilahiyyun. Padahal jumlah golongan mereka adalah lebih lagi.
Dalam banyak-banyak golongan itu, ada golongan daripada golongan Ilahiyyun yang meyakini bahawa Zat Tuhan qadim dan zat makhluk juga qadim. Maksudnya Tuhan dan makhluk sudah sedia ada serentak sejak azali. Oleh itu, Zat Tuhan dan tempat sudah sedia wujud serentak. Mereka percaya Tuhan perlukan tempat untuk Dia ada. Oleh itu, Tuhan bertempat. Mereka tidak dapat menerima jika dikatakan Zat Tuhan tidak bertempat.
Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifah : “Umumnya ahli-ahli falsafah bersepakat mengatakan bahawa alam ini qadim.”
Semoga kita tidak berpegang dengan i’tiqad salah kaum falsafah itu. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
8 Oktober 2016
http://alexanderwathern.blogspot ... enurut-imam-al.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Aqidah Kristian Triniti : Mustahil Zat Tuhan Tidak Bertempat
Terlalu banyak bukti menunjukkan bahawa aqidah Kristian Triniti sama ada secara langsung atau tidak langsung meyakini bahawa : “Mustahil Zat Tuhan tidak bertempat”, yang berbeza dengan aqidah ajaran Islam bahawa : “Zat Allah mustahil bertempat”. Berikut adalah salah satu bukti.
Dalam Alkitab (Bible versi Terjemahan Baru Indonesia) mengatakan :
“(Pada Hari Akhirat nanti digambarkan bahawa ) Dia (TUHAN) YANG DUDUK DI TAKHTA ITU nampaknya bagaikan permata yaspis dan permata sardis; dan suatu pelangi melingkungi takhta itu gilang-gemilang bagaikan zamrud rupanya.” (Kitab Wahyu @ Book of Revelation 4:3)
“Dan DI SEKELILING TAKHTA (tempat Tuhan duduk) ITU ada dua puluh empat takhta, dan di takhta-takhta itu duduk dua puluh empat tua-tua (makhluk-makhluk yang dekat dengan Tuhan), yang memakai pakaian putih dan mahkota emas di kepala mereka.” (Wahyu 4:4)
“Dan setiap kali makhluk-makhluk (para malaikat) itu mempersembahkan puji-pujian (bertahmid : “Alhamdulillah”), dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia (Tuhan), YANG DUDUK DI ATAS TAKHTA ITU dan yang hidup sampai selama-lamanya.” (Kitab Wahyu 4:9)
"(Mereka memuji Tuhan yang duduk di atas takhta itu) YA TUHAN DAN ALLAH KAMI, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan." (Wahyu 4:11)
“Maka aku (Yohanes @ John) melihat DI TANGAN KANAN Dia (Tuhan) YANG DUDUK DI ATAS TAKHTA ITU, sebuah gulungan kitab, yang ditulisi sebelah dalam dan sebelah luarnya dan dimeterai dengan tujuh meterai.” (Wahyu 4:12)
Jelas, Zat Tuhan dipercayai oleh kaum Kristian Triniti sebagai mustahil tidak bertempat kerana :
1. Zat Tuhan boleh bertempat di atas sebuah takhta. Tuhan akan DUDUK/BERADA di atas takhta itu.
2. Takhta tempat Zat Tuhan bertempat/duduk itu jelas bertempat kerana DIKELILINGI oleh takhta-takhta yang lain. Maksudnya bertempat di tengah-tengahlah.
3. Zat Tuhan dikatakan DUDUK DI ATAS TAKHTA itu. Maksudnya bertempat, berarah, berposisi, beruang, bersempadan..... sama seperti zat makhluk.
4. Zat Tuhan boleh ada TANGAN KANAN yang sedang memegang satu lembaran bergulung. Makudnya Zat Tuhan “mustahil tidak berjisim dan beranggota”. Bagi mereka, boleh sahaja Zat Tuhan itu berjisim dan beranggota, malah bertangan seperti makhluk.
Mengapa kaum Kristian Triniti sangat menolak aqidah “Zat Allah mustahil bertempat”? Kerana zat Tuhan mereka sendiri iaitu Jesus Christ kan bertempat, beranggota, berjisim dan lain-lain? Jika mereka mengakui “Zat Tuhan mustahil bertempat” sebagaimana pegangan umat Islam, hal itu akan menafikan keTuhanan Jesus Christ, dan hal itu sangat mereka takuti.
Berikut adalah ayat-ayat Alkitab/Bible yang kita petik tadi daripada Bible versi New KIng James Version sebagai semakan :
“And He WHO SAT THERE was like a jasper and a sardius stone in appearance; and [there was] a rainbow around the throne, in appearance like an emerald.” (Revelation 4:3)
“AROUND THE THRONE [were] twentyfour thrones, and on the thrones I saw twentyfour elders sitting, clothed in white robes; and they had crowns of gold on their heads.” (Revelation 4:4)
“Whenever the living creatures give glory and honor and thanks to Him (God) WHO SITS ON THE THRONE, who lives forever and ever.” (Revelation 4:9)
"You are worthy, O Lord, To receive glory and honor and power; For You created all things, And by Your will they exist and were created." (Revelation 4:11)
“And I saw in THE RIGHT [HAND] of Him who sat on the throne A SCROLL written inside and on the back, sealed with seven seals.” (Revelation 4:12)
Sesungguhnya yang bertempat, berjisim, beranggota, berarah, berposisi, beruang dan berlokasi hanyalah zat makhluk dan mustahil bagi Zat Allah. “Laisa kamithlihi syai’” dan “Walamyakullahu kufuan ahad”.
Abu Zulfiqar
27 November 2016
http://alexanderwathern.blogspot ... i-mustahil-zat.html |
|
|
|
|
|
|
|
Zat Allah Tidak Bertempat itu Aqidah Syiah?
DAKWAAN DI SALAH SATU GROUP WHATSAPP, TULISNYA :
Allah wujud tanpa bertempat tu berasal dari kitab Syiah ulama Kulaini.
JAWAPAN RINGKAS DAN SEGERA UNTUK GROUP ITU :
Selama hari ini, saya tidak pernah tahu pun tentang tulisan al-Kulaini itu. Tulisan itu wujud atau tidak, tidak menambah atau mengurangkan apa-apa pun keperluan saya dalam aqidah. Hal ini kerana selama hari ini saya meyakini bahawa “Zat Allah tidak bertempat (dan sebagainya)” adalah dengan mengambilnya terus daripada kitab Al-Quran, bukannya daripada kitab al-Kulaini.
“Laisa kamithlihi syai’” (Asy-Syura : 11)
Maksudnya : “Tidak ada suatu apa pun yang sama/serupa/sebanding dengan-Nya.”
“Syai’” itu pula ialah segala sesuatu atau ringkasnya seluruh makhluk.
Apabila Allah mengakui dalam Al-Quran bahawa ZatNya langsung tidak sama dengan segala sesuatu (syai’) iaitu makhluk, hal itu sudah pun menjelaskan kepada saya dengan terang-benderang bahawa Zat Allah tidak bertempat, kerana zat makhluk iaitu syai’ yang bertempat. Langsung tidak perlu saya merujuk kepada mana-mana kitab termasuklah kitab al-Kulaini sebagaimana yang cuba didakyahkan oleh kaum Salafi Wahhabi (V6-4) tersebut.
Bahkan bukan sekadar ZatNya tidak bertempat, dengan ayat tadi sudahpun memberi tahu saya juga bahawa Zat Allah tidak berwarna atau jernih kerana yang berrwarna atau jernih termasuk dalam syai’, Zat Allah tidak licin atau kasar kerana yang licin atau kasar adalah termasuk dalam syai’, Zat Allah tidak beruang dan berbentuk kerana yang beruang dan bentuk termasuk dalam syai’, dan seterusnya.
Jadi, aqidah saya termasuklah Zat Allah tidak bertempat, termasuk juga tidak berwarna, tidak licin atau kasar, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berarah, tidak beruang, tidak pepejal atau cecair dan seterusnya. Semua ini saya dapat terus daripada ayat Al-Quran. Mengapa mengapa mereka cuba kaitkan dengan tulisan Syiah al-Kulaini?
Rasa-rasanya kita boleh agak dah bagaimana permainan mereka (Salafi Wahhabi V6-4). Mereka secara licik cuba kaitkan aqidah “Zat Allah tidak bertempat, tidak berwarna, tidak berbentuk, tidak beruang dan seterusnya....” dengan fahaman Syiah. Maka orang-orang awam yang tidak tahu akan hal ini pun dengan mudah akan jadi “makanan” mereka. Begitulah cara mereka selama ini.
Yang peliknya, mengapa aqidah Zat Allah tidak bertempat sahaja yang mereka cuba hi-lite tetapi mendiamkan tentang aqidah Zat Allah tidak berwarna (warna perlukan tempat), Zat Allah tidak berbentuk (bentuk memerlukan tempat), Zat Allah tidak beruang (ruang memerlukan tempat) dan seterusnya, mengapa tidak mereka bising-bising? (Semua itu kan berkait dengan tempat?) Padahal aqidah saya bukan sekadar meyakini Zat Allah tidak bertempat, bahkan kesemua yang disebutkan tadi.
Jelaslah bahawa secara langsung ataupun tidak langsung, selama ini mereka berpegang dengan aqidah “Zat Allah bertempat” atau aqidah “mustahil Zat Allah tidak bertempat”. Bahkan aqidah mereka termasuk juga Zat Allah tidak mustahil berwarna, berbentuk, berupa, beruang, berarah dan sebagainya kerana semua itu berkait dengan tempat. Apabila kita menafikan tempat bagi Zat Allah, maka kita sudah pun menafikan yang lain-lain itu juga.
Adakah kaum Salafi Wahhabi (V6-4) tidak menafikan warna (yang perlukan tempat), bentuk (yang perlukan tempat), posisi (yang perlukan tempat) dan sebagainya itu bagi Allah? Jika mereka tidak menafikannya, maksudnya selama ini mereka sudah tersembah selain Allah. Mereka sudah tersembah syai’ yang disangka sebagai Allah. Alangkah bahayanya?
Jika mereka menafikan Zat Allah berwarna, maka bukankah itu maksudnya mereka sedang menafikan Zat Allah bertempat (kerana warna perlukan tempat untuk wujud)?
Jadi, kita tanya semula kepada mereka :
1. Zat Allah yang kamu yakini itu berwarna atau tidak? Jika dikatakannya berwarna, maka dia selama hari ini berIlahkan makhluk. Jika dia kata tidak, maka selama ini dia juga beraqidah “Zat Allah tidak bertempat”, sama dengan saya. Jika dikatakannya tidak tahu, maka aqidahnya sangat bermasalah kerana dalam beraqidah dan beriman mana boleh ragu-ragu, kena yakin.
2. Zat Allah yang kamu yakini itu berbentuk atau tidak?
3. Antara Zat Allah dengan tempat (iaitu salah satu makhluk), mana yang ada terlebih dahulu? Zat Allah dahulukah? Zat makhluk daulukah? Atau sama-sama qadimkah?
Perlu diingat, yang menolak aqidah Zat Allah tidak bertempat antaranya ialah Namrud dan Firaun. Kedua-duanya cuba naik ke langit (antaranya Namrud dikatakan bina kenderaan dan Firuan arahkan bina bangunan tinggi untuk ke tempat di langit) untuk melawan Allah kerana mereka yakin Zat Allah bertempat di langit dan di angkasa lepas. Jadi, aqidah “mustahil Zat Tuhan tidak bertempat” jelas-jelas adalah aqidah Namrud dan Firaun. Selain mereka, yang meyakini bahawa “mustahil Zat Tuhan bertempat” ialah agama kuno Skandinavia, Rom, Kristian Triniti, sebahagian penganut agama HIndu, sebahagian orang asli Kalimantan dan lain-lain (*tulisan2 tentang ini akan saya usahakan dari semasa ke semasa). Wallahua’alam.
Abu Zulfiqar
17 November 2016
http://alexanderwathern.blogspot ... pat-itu-aqidah.html |
|
|
|
|
|
|
|
Masih samar2.
Soalan : Hari2 kita ucap nama Allah. Jika benar zat Allah tidak bertempat, kenapa Allah swt syariatkan namanya disebut2kan?
Boleh jelaskan? Takat ini, tak der jawapan dari mufti. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by monyet_2015 at 10-1-2017 11:13 AM
Segala yang wujud di alam ini adalah penzahiran wujud Allah . wujud alam adalah gambaran dariNya.
masa sebenarnya tidak wujud, masa adalah gambaran dariNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 9-1-2017 07:24 AM
Segala yang wujud di alam ini adalah penzahiran wujud Allah aku adalah Allah kamu adalah Allah.
sia ...
Jika Allah menyumpah masa, mana mungkin masa tidak wujud.
Kamu sesat lagi menzalimi diri kamu dgn mengingkari ketetapan Allah dgn nyata.
Dosa yg tidak diampunkan Allah meskipun dinyatakan di forum ini.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Zat Allah itu meliputi Asma Ul-HusnaNya. Bertempatnya zat Allah itu sesuai dgn apa yg Dia nyatakan sahaja. Adapun yg cuba utk tahu, cukuplah tahu dan jgn difahami akanNya.
81 nama Asma Ul-HusnaNya jika cuba difahami, akan menjurus ke arah kebatilan nyata. Adapun 18 nama Aama Ul-HusnaNya, jika cuba difahami, akan menjurus ke arah kebenaran nyata. Lihatlah tapak tgn sendiri. Itu antara bukti keberadaan dariNya kpd yg berakal sebagai bukti dariNya atas ciptaanNya.
Kerana itulah, memahami akan zat2 Allah HANYA tertakluk kpd 18 nama Asma Ul-HusnaNya sahaja. Adapun mengamalkannya, Allah swt menjelaskan di dalam Al-Quran, mensyariatkan kpd sesiapa yg mahu menyebut Asma Ul-HusnaNya yg baik2 utk diamalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika tanya saya "Apakah 18 nama Asma Ul-Husna itu? Ini pula jawapan saya "Kita ada pemerintah dan mereka yg dilantik pemerintah, tanyalah mereka. Buat apa bertanya dgn orang yg bukan dilantik oleh pemerintah."
Eh? Kita semua pernah dgr sifat 20 kan? Apasal ek saya kata 18 aje yer? Gi lah tanya Allah "jika diizinkanNya".
Tidak sia2 tiap yg diciptakanNya. Cumanya, manusia itu byk yg suka mensia2kannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by monyet_2015 at 9-1-2017 01:24 PM
Allah tidak menyumpah masa, aku sebut masa tak wujud adalah pada peringkat tertinggi.Dia yang mewujudkan apa yang kamu panggil sebagai masa..masa lalu masa sekarang dan masa akan datang sebenarnya adalah kosong..Dia sendiri adalah masa,yang bersumpah dengan masa adalah tuhan.
kenal dulu siapa Allah sebelum kata aku sesat..kamu selam ini telah di tipu oleh orang-orang yg mendakwa diri mereka ulama..dengan percaya bulat-buat apa yg ditulis dan difikirkann mereka.
pengetahuan kamu amat cetek
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 10-1-2017 03:33 AM
monyet_2015 replied at 9-1-2017 04:03 PM
Allah tidak menyumpah masa, aku sebut masa tak wujud adalah pada peringkat tertinggi.Dia yang mewu ...
Bila Allah menyatakan "Demi Masa"
1) Ini antara bukti wujudnya masa. Menolak bererti tidak beriman kpd Allah
2) Mana mungkin Allah tidak menyatakan bilamana Dia mahu menjelaskan samaada seseorg itu mukmin ataupun kafir terhadap ketetapan Allah
3) Menyebarkan dusta terhadap apa yg disumpah Allah antara bukti kefasikkan yg diilhamkanNya yg akhirnya merosakkan alam seisinya hasil pilihan manusia yg bersifat dunia yg menyebabkan yg berkata itu antara penghuni neraka.
4) Adapun kepada yg kembali mentaati ketetapan Allah disebabkan oleh kejahilan samaada diilhamkan Allah atau diilhamkan syaitan, maka yg akan mengampunkan akan dosa2 "menyanggahi ketetapan Allah" itu hak milik Allah Yang Maha Pengampun.
Itupun kalau Allah ampunkan. Tunggu bila berada dipadang mahsyar kelak. Jawapan sudah saya sertakan mengikut kefahaman saya. |
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 9-1-2017 04:03 PM
Allah tidak menyumpah masa, aku sebut masa tak wujud adalah pada peringkat tertinggi.Dia yang mewu ...
Bila disebut masa, baginda Rasullullah telah pun menjelaskan hal ehwal masa.
Menyanggahi Sunnah ini bermaksud TIDAK LAYAK UTK MENDAPAT SYAFAAT DARI BAGINDA RASULLULLAH.
Ada yg tak jelas? |
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 9-1-2017 04:03 PM
Allah tidak menyumpah masa, aku sebut masa tak wujud adalah pada peringkat tertinggi.Dia yang mewu ...
Antara ketetapan Allah terhadap masa adalah "masa tidak boleh diundurkan, akan tetapi bergerak ke hadapan."
Di dalam AlQuran, ada dinyatakan hal ehwal ini.
Berdasarkan apa yg kamu nyatakan, membuktikan "kamu tak ada usaha utk beriman kpd Al-Quran".
Maka, saya MENOLAK KESEMUA HUJJAH KAMU yg JELAS MENYANGGAHI KETETAPAN ALLAH ke atas alam ini |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Sebelum nak berkubang, nak tanya sikit.
- 'Zat' tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 9-1-2017 04:03 PM
Allah tidak menyumpah masa, aku sebut masa tak wujud adalah pada peringkat tertinggi.Dia yang mewu ...
Masa antara makhluk ciptaan Allah. Di dalam surah Al-Kahfi, utk maklumat kita bersama, Allah menjelaskan masa yg mana WUJUD pada kisah Ashabul Kahfi.
Dan pastinya, Ashabul Kahfi diujiNya dgn masa atau dgn lebih mudah faham "Mereka yakin kpd Allah akan tetapi tidak faham dgn SUMPAH MASA dari Allah.
Iyelah kan, dulu lain, kini lagi ler lain
Saja nak cerita permata ilmu. Semoga ceria2 selalu |
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 9-1-2017 07:24 AM
Segala yang wujud di alam ini adalah penzahiran wujud Allah aku adalah Allah kamu adalah Allah.
sia ...
Makna sebenar Allah itu "nama kepunyaanNya". Ilaha itu antara maksudnya "kepunyaanNya".
Alam ini kepunyaanNya. Ini hakikatnya. Bila Dia menamakan dirinya Allah, simboliknya kita diajarNya hanya perlu menyembah nama kepunyaanNya dan bukan pula selain dari nama kepunyaanNya.
Antara ayat di dalam AlQuran, pada ayatul kursi, kalimah lahu merujuk kpd makna punyai. Dan kita perlu SEDAR, ayatul kursu antara ayat yg dipeliharaNya bukan sahaja dari segi sebutan arabnya, akan tetapi termasuk juga tafsirannya.
Bila kita berkata itu dan ini adalah Allah, secara automatik terkeluar dari dasar tauhid kpdNya atau dgn kata lain "syirik yg tidak diampun Allah". Sebagai ganti, Allah akan ilhamkan seseorg itu dgn menzahirkan "dirinya tuhan" yg mana diilhamkanNya pada makna kefasikkan utk diuji akan iman org2 yg beriman agar berhukum sesuai dgn ketetapan Allah (syariat). Sedangkan Dia menamakan diriNya Allah agar manusia kenal, semua itu kepunyaanNya.
Kalimah syahadah tauhid HANYA perlu diamalkan, dan bukan pula perlu DIFAHAMI. Ini kerana, ianya akan "mengaibkan" diri sendiri JIKA memahaminya ketika HATI masih terpaut dgn DUNIA.
Allah itu BUKAN MAKHLUK, akan tetapi Dia mengajar manusia menerusi perantaraan kalamNya yg mana termasuk dalam hal ehwal makhluk agar makhluk kenal, ALLAH ITU BUKAN MAKHLUK.
|
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 9-1-2017 04:03 PM
Allah tidak menyumpah masa, aku sebut masa tak wujud adalah pada peringkat tertinggi.Dia yang mewu ...
Cara mudah nak faham makna kepunyaanNya.
IBARAT :
Katakanlah, kita ada kawan bernama si fulan. Si fulan itu ada kedai, kereta, motorsikal dan sebagainya. Maka semua itu kepunyaan si fulan. Kita akan berkata itu kedai kepunyaan si fulan, kereta kepunyaan si fulan dan sebagainya. Secara amnya, semua kepunyaan si fulan.
Katakanlah, si fulan itu letak nama kedainya si fulan ent. Maka itulah nama agar orang kenai kedai kepunyaan si fulan itu namanya si fulan ent.
Sebenarnya, mudah jika kita faham semua itu ciptaanNya. Dan pastinya, tak akan ada harapan utk masuk ke syurga JIKA menjelaskan kalimah syahadah tauhid TANPA tahu akibatnya.
Kita sering dengar "Tiada tuhan selain Allah/ Tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah" dan mcm2 versi. Sedangkan hari2 kita baca surah Al-Fatihah, kita tau "Rabb" itu merujuk kpd makna tuhan, celah lagi firaun pun menyebut "Rabb" bagi dirinya, SIAPA KITA YG SANGGUP MENOLAK KETETAPAN ALLAH yg jelas menyatakan di dalam AlQuran "Setiap manusia bersama tuhannya"? Tak ke kita dah MENOLAK ketetapan Allah dgn mengingkariNya?
Saja saya biarkan lama2, last sekali, JADI MCM TU JUGAK LER. LANTAK KORANG LER. Yg menanggung tu korang.... saya berlepas SESUDAH MENGINGATKAN BERKALI2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajar orang yg rasa pandai tapi TAK SEDAR diri tu tak bersyukur kpd Allah hakikatnya ibarat mencurah air ke atas daun keladi aje.
Sama saja kalau terlebih pandai. PHD lagi besar dari AlQuran. Mcm mana ler nak lalu diatas titian sirat?
Ada faham ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Wokehlah, korang nak gebang korang tu tuhan ke apa ke, lantak korang ler. Akhirat nanti kita tgk, yg terlebih pandai tu selamat tak diakhirat kelak?
Ilmu dari Allah ni free aje. Tak payah bayar pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kamu terlalu yakin, aku juga seperti kamu dahulu.
aku tulis ini supaya kamu tidak menyesal nanti. guna sikit akal fikiran kamu tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kamu sudah salah faham terhadap Allah,
|
|
|
|
|
|
|
| |
|