CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 3

from Pengarah Kesihatan KKM : Produk ternolol

[Copy link]
Post time 6-1-2017 05:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 6-1-2017 05:47 AM

Kenyataan Akhbar Kenyataan Akhbar KPK 5 Januari 2017 – Panggil Balik

  • Kenyataan ini dikeluarkan untuk menasihati pesakit-pesakit hipertensi yang menerima  produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad untuk:
  • menyemak samada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan mereka.
  • Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggil balik kelompok berkenaan berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan Ternolol 50 manakala label pada blister telah dicetak dengan Ternolol Tab 100mg.
Produk ini telah didaftarkan oleh Pihak Bekuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ. Ternolol 50 Film-Coated Tablet mengandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi.
Sekiranya kelompok tersebut ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipohon agar tidak mengambil ubat tersebut dan memulangkannya dengan kadar segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan di mana ianya dibekalkan. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan sekiranya perlu.
NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah ianya berlaku. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
5 Januari 2017
sumber asal :

https://kpkesihatan.com/2017/01/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-januari-2017-panggil-balik-produk-ternolol-50-film-coated-tablet-mal19940057az-di-malaysia/
Posted by DG OF HEALTH on JANUARY 5, 2017



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2017 05:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Naper sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 06:44 AM | Show all posts

tu dia habaq salah label ...tu setakat yg dinyatakan oleh pernyataan akhbar tu...

wow awal bangun ye you ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039394 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list