Terus martabatkan syariah pada 2017
OLEH DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR | 29 Disember 2016 6:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.8YtF8ung.dpuf
PERUNTUKAN undang-undang yang memberi kelebihan kepada agama Islam dan orang Melayu masih dipersoalkan meskipun ia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - GAMBAR HIASAN - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.8YtF8ung.dpuf
BEBERAPA hari lagi, 2016 bakal ditinggalkan dan beranjak memasuki 2017. Masa berlalu sangat pantas, sama ada berjaya mengisinya dengan baik atau sebaliknya, ia tetap meninggalkan kita. Mustahil masa yang berlalu akan dapat dikembalikan. Kita hanya dapat merenung kembali apa yang berlaku sebagai sejarah. Sejarah mengajar kita lebih bertamadun, sekali gus bersedia menghadapi segala kemungkinan mendatang.
Terdapat banyak perkara berlaku sepanjang 2016 yang memberi kesan kepada masyarakat. Dari aspek perundangan, seperti tahun–tahun sebelumnya, 2016 menyaksikan beberapa perkara melibatkan perbincangan hebat kedudukan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutama melibatkan perkara 121 (1A) masih hangat diperbahas. Ia disulami dengan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU)Persendirian Akta 355 dibentang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Beberapa kes yang berlaku menyentuh isu ini sehingga membawa kepada perbincangan sama ada Malaysia negara Islam atau sebaliknya. Semua ini turut mewarnai tahun 2016.
Landskap politik yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya turut mewarnai dan memberi kesan kepada perundangan negara. Kemunculan beberapa parti politik baharu dan kemelut politik yang masih belum selesai menyebabkan rakyat meneliti setiap isu daripada lensa politik.
|