CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1364|Reply: 11

Palestine & United Nation Security Council - the recent resolution

[Copy link]
Post time 27-12-2016 02:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 27-12-2016 02:47 AM

Resolusi 2334 kembalikan harapan rakyat Palestin
AZRIL MOHD. AMIN  |  26 Disember 2016 6:20 PM

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xGBGybaX.dpuf



PEMERHATI Tetap Palestin ke PBB, Riyad H. Mansour (tengah) bersalaman dengan Wakil Tetap Sepanyol yang juga Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi Disember, Roman Oyarzun Marchesi sebelum bermesyuarat pada 23 Disember lalu. AFP - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xGBGybaX.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2016 02:43 AM | Show all posts
MALAYSIA melabuhkan tirai 2016 di persada antarabangsa dengan noktah terpuji apabila bersama tiga negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela telah berjaya meyakinkan negara anggota lain untuk mengundi bagi menyokong kelulusan resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB yang mendesak pembinaan pe-nempatan haram Israel di wilayah Palestin dihentikan.


Resolusi 2334 telah diluluskan pada 23 Disember lalu dengan 14 undi menyokong, dan Amerika Syarikat mengambil sikap berkecuali. Resolusi itu yang pertama mengenai Israel dan Palestin yang dibuat 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh lapan tahun. Pada asalnya, teks resolusi itu diperkenalkan Mesir tetapi akibat tekanan Amerika Syarikat, negara tersebut telah menarik balik resolusi berkenaan. Tindakan itu jelas sandiwara terkini presiden Abdel Fattah el-Sisi untuk menjaga hubungannya dengan bakal presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xGBGybaX.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2016 02:44 AM | Show all posts
Kejayaan resolusi 2334 mempunyai beberapa signifikannya tersendiri. Pertama, cara pengundian tersebut berlaku di Majlis Keselamatan menunjukkan bahawa negara-negara yang menjadi anggota tidak tetap Majlis tersebut bersedia dan sanggup mendau-latkan peraturan undang-undang (rule of law) di arena antarabangsa meskipun tindakan tersebut berlawanan dengan pendirian Barat dan negara-negara di Asia Barat yang cenderung terhadap Barat. Kedua, untuk rakyat Palestin, tirai hujung tahun 2016 akhirnya mengembalikan harapan optimis terhadap masa depan mereka setelah sekian lama terseksa di bawah dasar pe-nempatan haram Israel. Sekurang-kurangnya, mereka akan menemui sinar 2017 dengan suatu pencapai-an setelah sekian lama masyarakat antarabangsa gagal menyatakan pendirian jelas mengenai isu pe-nempatan haram di tanah air Pa-lestin. Ketiga, resolusi 2334 akan menjadi faktor berterusan untuk mengembalikan kestabilan serantau dan keamanan dunia.


Hakikatnya, Israel telah menca-buli 28 resolusi Majlis Keselamatan yang lain sebelum ini, dan de-ngan adanya resolusi 2334 ini, maka tekanan berterusan dapat dikenakan ke atas Israel supaya mematuhi dan menghormati undang-undang antarabangsa demi memastikan kestabilan serantau dan keamanan dunia dapat dikekalkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xGBGybaX.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2016 02:44 AM | Show all posts
Bagi kebanyakan pemerhati antarabangsa, resolusi 2334 ini akan hanya bermakna sekiranya PBB bertindak melaksanakan tuntutannya tanpa pilih kasih dan gentar terhadap Israel. Pada hemat penulis, sudah tiba masa-nya untuk PBB menilai semula keanggotaan Israel di dalam PBB. Sekalipun dengan berani melakukan pencerobohan secara terang-terangan terhadap wilayah Pa-lestin, Israel tetap menganggap diri mereka sebagai entiti yang luar biasa, justeru perlu diberikan layanan istimewa dan kekecualian daripada undang-undang antarabangsa. Hakikatnya, Israel bersikap demikian sebagai satu-satunya entiti yang diwujudkan melalui resolusi PBB 181(II), walaupun keanggotaannya adalah bersyarat sehingga ke hari ini.



Kendatipun setelah diterima sebagai anggota PBB dan meng-aku janji untuk menghormati resolusi pembahagian Palestin dan status kedudukan Jerusalem yang terkandung di dalam resolusi tersebut, Israel telah secara berterusan mencabul kewaji-p-an membenarkan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Oleh yang demikian PBB sepatutnya telah lama bertindak menggantung Israel daripada terlibat di dalam mana-mana badan dan institusi di bawah naungan PBB, sebagai yang pernah dikenakan terhadap rejim aparteid Afrika Selatan pada 1974 dan bekas Yugoslavia pada 1992. Namun kerana dibiarkan maka sikap Israel yang bongkak telah terus terzahir mengikut kemahuannya, termasuklah menarik diri apabila menerima tekanan semasa rekod hak asasinya disemak melalui mekanisme Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada Januari 2013.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xGBGybaX.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2016 02:45 AM | Show all posts
Sikap Israel terhadap perkembangan terkini yang berlaku adalah seperti dijangkakan apabila bukan sahaja menolak resolusi 2334 tersebut tetapi melabelkannya sebagai memalukan dan berikrar untuk tidak mengendahkan terma-terma yang diperakui Majlis Keselamatan PBB. Walaupun ini bukanlah sesuatu yang unik mengenai Israel, adalah jelas bahawa sikap yang sedemikian menjadi punca pertelingkahan di Asia Barat. Ancaman yang ditimbulkan akibat kedegilan Israel tidak boleh diambil ringan masyarakat antarabangsa.


Justeru untuk mengelakkan tindakan tersebut dizahirkan, masyarakat antarabangsa perlu mendesak agar dua perkara dilakukan dengan segera. Pertama, tekanan ke atas PBB perlu dite-ruskan untuk menggantung keanggotaan Israel daripada pertubuhan tersebut. Sekiranya usaha ini gagal, maka kempen agresif untuk mewujudkan sekatan ekonomi, diplomatik dan perjalanan perlu dilakukan ke atas Israel. Tindakan seumpama ini pernah dilakukan ke atas rejim aparteid Afrika Selatan dan telah menghasilkan impak yang nyata. Maka tindakan yang sama perlu dilakukan terhadap Israel untuk memastikan mereka mematuhi resolusi 2334.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xGBGybaX.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2016 02:46 AM | Show all posts
Keduanya, negara-negara Islam khususnya melalui Pertubuh-an Kerjasama Islam (OIC) perlu memastikan Mesir tidak lagi diberikan kepercayaan untuk me-ngendalikan sebarang inisiatif keamanan untuk Palestin. Sebagai sebuah negara yang kemudiannya menaja dan terlibat menjayakan kelulusan resolusi tersebut, Malaysia perlu berani bersuara untuk mengkritik tindakan memalukan Mesir yang menarik balik resolusi tersebut setelah menerima tekanan Amerika Syarikat.

Pendirian hipokrit sebegini semakin terserlah kerana Mesir sebagai salah sebuah negara anggota OIC dan antara negara yang telah meratifikasi lebih banyak instrumen hak asasi manusia daripada kebanyakan negara lain termasuk Malaysia, telah gagal dalam usaha-nya mempertahankan hak asasi rakyat Palestin yang semenjak sekian lama dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri. Tidak ada manfaat bagi Mesir yang telah mera-tifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai hak-hak Sivil dan Politik (ICCPR) 1976 tetapi mereka bersekongkol dalam menafikan hak rakyat Palestin untuk menjalani kehidupan menurut peraturan undang-undang antarabangsa. Hal ini perlu ditegaskan Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

PENULIS ialah seorang peguam dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra).
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/resolusi-2334-kembalikan-harapan-rakyat-palestin-1.424456#sthash.xGBGybaX.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2016 02:47 AM | Show all posts
mesir ? post morsi  dan ikhwan brothers , kita kan tahu  golongan mana yg berkuasa kan? so...apa yg diharapkan lagi kan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2016 02:49 AM | Show all posts
After this, we shall see Mr Trump and his US rep  Friedman ke tu ..busy busy ...huhuh with tel aviv...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2016 02:51 AM | Show all posts
wow Malaysia kena COMANGO tu back in 2013 semakan berkala yg dibuat oleh seorang itulah ...but israel boleh pulak

Namun kerana dibiarkan maka sikap Israel yang bongkak telah terus terzahir mengikut kemahuannya, termasuklah menarik diri apabila menerima tekanan semasa rekod hak asasinya disemak melalui mekanisme Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada Januari 2013.

hmm...double standard
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:10 AM | Show all posts
Berita yg tak menggembirakan DAP penerima dana israel
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:12 AM | Show all posts
Senyap rba....hehe


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 01:04 PM | Show all posts
tuhan / robb PBB gak yang diharapkan..(diseru/ tempat memohon hajat)

kesyirikan yang nyata...hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.239990 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list