CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2373|Reply: 12

Perihal Memanah atau Berenang ...

[Copy link]
Post time 15-12-2016 01:25 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-150: MEMANAH, BERENANG DAN BERKUDA
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 14 Disember 2016

sumber asal :

http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1338-irsyad-al-hadith-siri-ke-150-memanah-berenang-dan-berkuda




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2016 01:25 AM | Show all posts
Soalan: Apakah status hadith memanah, berenang dan juga berkuda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:26 AM | Show all posts
Matan Hadith

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:


عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ

Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir (5477)]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:26 AM | Show all posts
Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan hadith di atas, kita sering mendengar bahawa antara sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah berenang, memanah dan menunggang kuda. Ketiga sukan ini dikatakan ia digolongkan di dalam sunnah Nabi SAW. Selain itu, hadith seperti ini juga diriwayatkan oleh jalur yang lain. Antaranya, Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari, Jabir bin Abdillah dan Umar bin al-Khattab yang diriwayatkan secara mawquf (tidak sampai kepada Nabi SAW). Untuk itu, kami cuba untuk menjelaskan berkaitan masalah ini:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:27 AM | Show all posts
Hukum Hadith
Antara penilaian ulama’ berkaitan hadith ini:

  • Imam al-Baihaqi menilai salah seorang daripada perawi di dalam jalur Ibn Umar iaitu Ubaid al-Atthar adalah seorang munkar al-Hadith (ditolak hadithnya). [Lihat: Syu’ab al-Iman, 135/11]
  • Imam al-Zahabi mengatakan riwayat perawi bernama Salim bin Amr daripada Ali bin ‘Iyash adalah riwayat yang bathil iaitu melalui jalur Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari. [Lihat: Mizan al-‘Itidal, 231/2]
  • Imam al-Sakhawi mengatakan sanadnya (jalur Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari) adalah dhaif tetapi ia mempunyai syawahid. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 463/1]
  • Al-Albani menilai hadith ini melalui jalur Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari sebagai dhaif. Manakala melalui jalur Ibn Umar adalah teramat lemah dan melalui jalur Jabir adalah palsu.[Lihat: Silsilah al-Dhaifah, 334,335 dan 336/8]

Setelah melihat penilain di atas, kami melihat dan cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah teramat lemah (dhaif ). Selain itu juga, terdapat sebuah hadith yang dikatakan bahawa ia daripada Nabi SAW tetapi ia sebenarnya merupakan kata-kata Umar bin al-Khattab RA bukannya hadith Nabi SAW:

عَلِّمُوْا أَوْلَادَكُم الرِّمَايَةَ وَرَكُوْبَ الخَيْلِ وَالسِّبَاحَةَ
Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan juga berenang”.
Akan tetapi, di sana terdapat isyarat daripada hadith atau ayat al-Qur’an yang menunjukkan akan kepentingan memanah dan berenang ini.

Walaupun hadith ini dhaif, terdapat isyarat daripada hadith lain yang menunjukkan bahawa Nabi SAW memerintahkan kita agar mempelajari perkara-perkara ini. Antaranya:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:28 AM | Show all posts
  • Pertama: Memanah

Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata:


مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا

Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”. [Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)]



Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:


وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ

Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)”. [Riwayat Muslim (1917)]



Berdasarkan dua hadith sahih di atas, menunjukkan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2016 01:28 AM | Show all posts
  • Kedua: Berenang

Daripada Jabir bin Umair berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


كُلُّ شَيْءٍ لَيْسَ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ فَهُوَ لَهْوٌ وَسَهْوٌ، إِلَّا أَرْبَعَ خِصَالٍ: مَشْيُ الرَّجُلِ بَيْنَ الْغَرَضَيْنِ، وَتَأْدِيبُهُ فَرَسَهُ، وَمُلَاعَبَتُهُ أَهْلَهُ، وَتَعَلُّمُ السِّبَاحَةِ

Maksudnya: “Setiap perkara yang tidak disebut nama Allah SWT adalah sia-sia dan lalai melainkan empat benda: Perjalanan seorang lelaki di antara dua matlamat, seorang yang mengajar kudanya, bermesra dengan isteri dan juga belajar berenang”. [Lihat: Mu’jam al-Awsath (8147)] [Imam al-Haithami di dalam [Majma’ al-Zawaid 269/5] mengatakan bahawa perawi-perawi Thabarani adalah sahih kecuali Abdul Wahab bin Bukht dan dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai)]



Hadith di atas menunjukkan bahawa belajar menunggang kuda dan belajar berenang tidak termasuk di dalam perkara yang sia-sia dan juga melalaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:28 AM | Show all posts
  • Ketiga: Belajar menunggang kuda

Daripada ‘Urwah bahawa Nabi SAW bersabda:


الخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الخَيْرُ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Kuda yang tersimpul pada ubun-ubunnya segala kebaikan sehingga hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (2850)]



Berdasarkan hadith di atas, ia menunjukkan akan kelebihan yang terdapat pada seekor kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT. Selain itu juga, terdapat sebuah hadith di dalam Jami’ al-Tirmizi yang menunjukkan bahawa galakan memanah dan juga berkuda:



Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:


ارْمُوا وَارْكَبُوا

Maksudnya: “Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”. [Riwayat al-Tirmizi] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2016 01:29 AM | Show all posts
Penutup

Kesimpulannya, beriadhah atau bersukan amat penting di dalam kehidupan kita agar menjadi seorang mukmin yang sihat dan kuat. Ini kerana, di dalam sebuah hadith:



Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ، خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

Maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah SWT  daripada Mukmin yang lemah”. [Riwayat Muslim (2664)]



Untuk itu, kita memahami bahawa memiliki tubuh badan yang sihat adalah satu sunnah dan tuntutan di dalam agama. Tambahan pula, menembak dan seumpama dengannya boleh dimasukkan ke dalam maksud memanah kerana sifatnya yang hampir sama. Selain itu juga, Nabi SAW tidak menyebut agar kita mempelajari ketiga perkara ini secara khsuus, akan tetapi ia difahami melalui isyarat daripada Baginda SAW akan kepentingannya. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Amin.



Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 11:06 AM | Show all posts
Peralatan memanah empayar Islam
16 Disember 2016 6:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.0n3nTV0c.dpuf







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 11:08 AM | Show all posts
MEMANAH bukan sahaja aktiviti yang memerlukan kemahiran tetapi juga kekuatan fizikal. Secara amnya, sukan tersebut nampak mudah dengan peralatan yang ringkas, namun pada hakikatnya memanah lebih daripada itu.
Dalam Islam, memanah merupakan antara alat mempertahan diri yang digunakan dalam peperangan seperti disebutkan dalam sirah Nabi Muhammad SAW. Pasukan memanah merupakan pasukan khas yang selalunya berada di tempat tinggi dan strategik dalam sesebuah medan pertempuran.
Selain berburu dan berperang, memanah juga merupakan aktiviti yang berkait rapat dengan pertandingan atau pertunjukan. Memanah memerlukan dua jenis komponen utama iaitu busur dan anak panah.

Daripada lukisan miniatur yang dihasilkan oleh empayar Islam lain seperti Empayar Safavid atau Qajar di Parsi; Empayar Timurid di Asia Tengah dan Empayar Ilkhanid memperlihat peralatan memanah digunakan kerajaan tersebut.

Antara artifak berkaitan dengan aktiviti memanah yang disimpan dan dipamerkan sama ada di muzium, galeri kesenian Islam atau senjata dunia Islam ialah busur, anak panah, kotak simpanan anak panah dan cincin pemanah. Keempat-empat artifak ini memperlihat satu kebergantungan yang saling memerlukan satu dengan lain bagi memastikan aktiviti memanah tidak terjejas mahupun mendatangkan kecederaan kepada pemanah.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 11:08 AM | Show all posts
Kotak pemanah memastikan bahawa bekalan anak panah tidak tercicir dan sentiasa dalam satu susunan. Ia bertujuan memudahkan pemanah mengambil senjata itu terutama bagi pemanah yang menunggang kuda dalam pertempuran. Cincin pemanah pula berfungsi melindungi jari yang menjadi landasan sewaktu anak panah dilepaskan.


Elemen ini menggunakan pelbagai jenis bahan seperti kulit haiwan, batu jed, gading dan kayu. Cincin pemanah dikenali sebagai zihgir dalam empayar Uthmaniyah yang bermaksud cincin ibu jari. Sesiapa yang memakai cincin pemanah dalam era pemerintahan Uthmaniyah dikenali sebagai pahlawan.

Anak panah yang digunakan pula mempunyai dua jenis mata. Pertama ia merupakan mata runcing yang ditajamkan dari kayu atau buluh sama. Manakala yang kedua pula menggunakan mata yang pipih, berbentuk segi tiga dan tajam di kedua belah tepi serta runcing di bahagian hadapan.

Kepala anak panah sebegini selalunya diperbuat daripada logam atau tulang yang disambungkan kepada buluh atau kayu. Sewaktu empayar Mughal, bulu burung yang diletakkan di bahagian belakang anak panah selalunya berwarna hitam atau putih atau dikenali dengan nama ablaq. -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 11:09 AM | Show all posts
Busur merupakan struktur penting bagi melancarkan anak panah. Terdapat pelbagai jenis busur yang dihasilkan mengikut kegunaan dan teknik digunakan oleh pemanah. Busur yang sering digunakan oleh pemanah mempunyai bentuk melengkung ke dalam, di mana kedua-dua hujung busurnya diikat atau secara amnya berbentuk seperti “C” apabila talinya ditarik ke belakang bagi melancarkan anak panah.

Dalam sejarah Islam, Empayar Uthmaniyah dikatakan mempunyai sebanyak 120 teknik cara ikatan tali busar. Empayar Uthmaniyah dikatakan mempunyai satu teknik memanah yang sangat bagus namun malangnya ia telah semakin hilang ditelan zaman selepas pemerintahan Sultan Mahmud II pada awal abad ke-19 Masihi.


Busur - Struktur penting bagi melancarkan anak panah. Busur sering digunakan pemanah adalah berbentuk melengkung ke dalam seperti bentuk “C” apabila talinya ditarik ke belakang bagi melancarkan anak panah.

Kotak pemanah 
- memastikan bahawa bekalan anak panah tidak tercicir dan sentiasa dalam satu susunan.

Cincin pemanah - Melindungi jari sewaktu anak panah dilepaskan. Sesiapa yang memakai cincin pemanah dalam era pemerintahan Uthmaniyah dikenali sebagai pahlawan. Anak panah 
- Mempunyai dua jenis mata. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.0n3nTV0c.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.060734 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list