CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 3

solat sunat ? nikah .

[Copy link]
Post time 14-12-2016 05:48 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD FATWA
[size=1.8em]IRSYAD AL-FATWA KE-155: SOLAT SUNAT NIKAH
Ditulis oleh Syed Husaini Syed HassanDiterbitkan: 13 Disember 2016
sumber asal :http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... 5-solat-sunat-nikah



Soalan:
Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik. Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:
إِنِّي تَزَوَّجْتُ جَارِيَةً شَابَّةً، وَإِنِّي أَخَافُ أَنْ تَفْرَكَنِي قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: إِنَّ الْإِلْفَ مِنَ اللَّهِ، وَالْفَرْكَ مِنَ الشَّيْطَانِ، يُرِيدُ أَنْ يُكَرِّهَ إِلَيْكُمْ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ، فَإِذَا أَتَتْكَ فَمُرْهَا أَنْ تُصَلِّيَ وَرَاءَكَ رَكْعَتَيْنِ.
Maksudnya: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)

Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:
تَزَوَّجْتُ وَأَنَا مَمْلُوكٌ , فَدَعَوْتُ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - فِيهِمْ ابْنُ مَسْعُودٍ وَأَبُو ذَرٍّ وَحُذَيْفَةُ - رضي الله عنهم - فَعَلَّمُونِي فَقَالُوا: إذَا أُدْخِلَ عَلَيْكَ أَهْلُكَ فَصَلِّ عَلَيْكَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ سَلْ اللهَ تَعَالَى مِنْ خَيْرِ مَا دَخَلَ عَلَيْكَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنْ شَرِّهِ، ثُمَّ شَأنَكَ وَشَأنَ أَهْلِكَ.
Maksudnya: “Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)

Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.
Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah. Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).
Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

13 Disember 2016 bersamaan 13 Rabi’ al-Awwal 1438 H.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2016 05:48 AM | Show all posts
athar
hadis

kena faham istilah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa pelaksanaan solat ni bukan isu utama. Sebab klu solat sunat tu nabi x buat kita boleh buat e.g. solat sunat mutlak, solat sunat malam sampai 1000 rakaat etc.

Isu yg jarang2 disentuh ialah kaedah pelaksanaannya terutama bila ada makmumnya & di mana ia dibuat. Klu kat rumah takpe, ni di masjid. Nak sunat silap2 jadi makruh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:31 AM | Show all posts
baulu replied at 14-12-2016 09:12 AM
Saya rasa pelaksanaan solat ni bukan isu utama. Sebab klu solat sunat tu nabi x buat kita boleh buat ...

yups...persoalannya tika dan situasi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.285912 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list