CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 1

hmm ....tatabu ar rukhas...on mazhab ...

[Copy link]
Post time 28-11-2016 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 28-11-2016 11:07 PM

Al-KAFILI AL-FATAWI
AL-KAFI #474: MENGGABUNGKAN BEBERAPA MAZHAB DALAM SATU JENIS IBADAH
Ditulis oleh Syed Husaini Syed HassanDiterbitkan: 28 November 2016
sumber asal : http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/954-al-kafi-474-menggabungkan-beberapa-mazhab-dalam-satu-jenis-ibadah
soalan:

Bolehkah untuk saya menggabungkan beberapa mazhab dalam satu jenis ibadah? Sebagai contoh di dalam solat.













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2016 11:04 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-11-2016 11:13 PM

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Untuk menjawab persoalan di atas, kami nukilkan di sini beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum mengamalkan sesuatu ibadah ataupun mengambil pendapat mazhab yang lain dalam sesuatu ibadah:

  • Jika ianya bertujuan untuk tatabu’ al-Rukhas ( تتبـع الرخص ), maka seharusnya dielakkan. Tatabu’ al-Rukhas yang dimaksudkan di sini adalah mengambil jalan/pendapat yang mudah dalam satu-satu permasalahan fiqh khususnya tanpa melalui proses pentarjihan yang syar’ie serta mengikut hawa nafsu. Al-Imam Ibn Abd al-Bar dan al-Imam Ibn Hazm mengatakan perbuatan ini dilarang secara ijma’. Turut berpendapat bahawa tatabu’ al-Rukhas ini ditegah perbuatannya adalah al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Nawawi, al-Imam Ibn al-Qayyim dan juga al-Imam al-Syatibi.
  • Sekiranya terdapat hadith yang sahih berserta kefahaman yang benar terhadap hadith tersebut, maka ianya boleh diamalkan. Ini sepertimana yang selalu disandarkan kepada al-Imam al-Syafi’e Rahimahullah yang mana beliau menyebutkan:


                                                                                                      إذَا صَحَّ الْحَدِيثُ فَهُوَ مَذْهَبِي

                                                                           Maksudnya: Jika sahih sesuatu hadith itu, maka itulah mazhabku[1].

  • Mengikuti satu mazhab serta mendalaminya, kami fikir lebih utama untuk diamalkan bagi melihat keseragaman dan juga keluar dari khilaf dipandangan orang lain yang mana boleh menimbulkan persepsi selagi mana perkara tersebut bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah.
Wallahu a’lam.


[1] Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr (15/461), Tuhfah al-Muhtaj (1/54( & Mughni al-Muhtaj. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah (1/110)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054158 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list