|
As salam.
Saya nak tanya, apakah turutan nafkah yang betul oleh suami sebab saya rasa sekarang ni suami lebih dahulukan family/adik beradik dia daripada isteri. saya seorang isteri yang bekerja dan telah biasa berdikari (maksud berdikari di sini cth seperti pakaian saya beli sendiri) suami janji akan bayar semula sebab itu tanggungjawab dia..namun janji hanya tinggal janji).
Terima kasih
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gugel pun boleh jumpa artikel dek..
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL |
|
|
|
|
|
|
|
mmg boleh google..sy pn dh google sblm ni..cuma skg ni mcm2 version ada..ada yg kata isteri dulu baru mak...ada yg kata mak dulu baru isteri..
btw thanks...
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 17-11-2016 10:28 AM
gugel pun boleh jumpa artikel dek..
Kalau jenis lelaki yg support diri sendiri pon x lepas sampai kesudahlah xde lebihan nafkah utk isteri |
|
|
|
|
|
|
|
serikandi_007 replied at 17-11-2016 10:41 AM
mmg boleh google..sy pn dh google sblm ni..cuma skg ni mcm2 version ada..ada yg kata isteri dulu b ...
Yang dahulu kan mak tu dari segi kehendak. Contohnya mak ajak teman pergi pasar, bini ajak teman pergi shopping... harus dahulukan permintaan mak. Tapi nafkah yang wajib tu kena dahulukan isteri dan anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 17-11-2016 11:17 AM
dan bodoh pula la pompuan yang tau lelaki tu support diri sendiri pun tak lepas tapi sanggup terim ...
Xjugak..ada jenis laki nafsu besar.sblm kawen mcm bduit..lepas kawen semekin papa kendana rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
kat artikel ada kata boleh mintak cerai/fasakh klu laki gagal bagi nafkah..
|
|
|
|
|
|
|
|
i think depa yg bagi jawapan tu i pun belum tengok jawapan
mungkin dari aspek tanggungjawab kot anak lelaki kepada ibu & his family
tapi dari segi nafkah memang kena dahulukan diri and famili dia , isteri dan anak anak - i mean logically sebab ini yg diakad untuk ambik amanah jaga sampai meninggal ...tapi u know i bukan mufti so ...i give you the link untukpanjangkan soalan kepada mufti
|
|
|
|
|
|
|
|
saya upkan dan saya close sementara untuk mengelakkan thread dirosakkan akibat jemari yg berbuat fasad. |
|
|
|
|
|
|
| |
|