CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18254|Reply: 121

"Mak Tak Mampu Bang, Bunga Konvo Tu RM100"

[Copy link]
Post time 15-11-2016 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: IG Nizam



Ramai di antara kita yang menganggap majlis konvokesyen hanyalah sebuah majlis untuk meraikan mahasiswa yang sudah berjaya menamatkan pengajian di universiti. Malah ada yang hanya sambil lewa dan tidak ambil kisah tentang tujuan utama majlis tersebut diadakan. Ada juga yang tidak hadir dengan alasan sibuk dengan urusan masing-masing.


Anggapan bahawa acara tersebut tiada keistimewaannya, cuma memakai jubah dan mortar serta mengambil skrol di atas pentas. Namun, tidak semua orang bertuah kerana di sebalik konvokesyen, tersemat cerita di sebaliknya yang boleh dijadikan tauladan serta sangat memberikan inspirasi.


Inilah waktunya untuk ibu bapa berbangga menyaksikan anak mereka menerima segulung ijazah, hasil dari usaha bertahun-tahun, diiringi dengan segala penat lelah dan pengorbanan.

Sumber Foto: IG Nizam


Seorang graduan UTP melalui akaun Instagramnya telah menceritakan sebuah kisah yang mampu membuatkan sesiapa pun sebak dengan hanya membacanya. Kisah yang menceritakan tentang ibu dan bapanya yang sanggup bersusah payah membiayai pelajarannya selama ini walaupun hidup susah.


Menurutnya, ramai orang berasa hairan bagaimana ayahnya yang hanya bekerja sebagai 'security guard' boleh memberi kebenaran untuk anaknya melanjutkan pengajian di universiti swasta.


Bertambah meruntun jiwa apabila tiba hari konvokesyen, ibunya mahu membelikan sejambak bunga tapi tidak mampu.
"Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah tapi RM100, Mak tak mampu Bang"




Sumber Foto: IG Nizam


Menurut Says.com, disebabkan kesempitan wang untuk meneruskan pengajian, Nizam terpaksa meminjam dari salah seorang rakannya sebanyak RM 2500. Walaupun menyedari kos pengajian di unviversiti tersebut adalah agak tinggi, namun si bapa tetap memberi galakan kepada anaknya. Dia juga sanggup berkorban untuk memberikan sejumlah wang pinjaman bank untuk mengubah suai rumah kepada Nizam.


Selepas episod perit jerih yang dilalui mereka sekeluarga, Nizam kini bertekad untuk membalas kembali jasa kedua ibu bapanya. Pesanan Nizam:


Sumber Foto: IG Nizam


Ramai antara rakan-rakannya yang mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang terkesan dengan pengalaman dan kisah hidupnya.







Kisah seumpama ini memberikan sejuta makna dan pengajaran kepada pelajar yang sedang menuntut di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu-bapa masing-masing.


Jangan pernah berputus asa dalam menimba ilmu dan ingatlah bahawa setiap kesusahan itu akan membawa kepada kesenangan kelak. Banggakan ibu bapa dengan pencapaian cemerlang anda dalam pelajaran, ya? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 01:28 PM | Show all posts
jangan berjoli ptptn je bila masuk u..belajar rajin-rajin
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 01:40 PM | Show all posts
nadna replied at 15-11-2016 01:28 PM
jangan berjoli ptptn je bila masuk u..belajar rajin-rajin

bukan joli ptptn je, yg pinjaman lain pun sama. MARA, jpa, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku datang bawa diri je..non hado bunga segala. Sebab ayah merajuk sampai tak kasi semua datang... abang datang pun sebab mak yang minta datang.. 10 tahun juga lah ayah takmo cakap dengan i..

wuuu sedih wooo bila Ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik dlu pn sadis jua kisah

Pegi daftar masuk Uni usung beg baik bas..abah mak x hantar...abeh sem usung tediber dgn beg nek bas...abah bg belanja 50 je smggu..zaman macik dlu topup rm60 share dua atau empat kawan sbilik.,outing naik bas berdiri sejam dari UTP nk smpi bandar Ipoh...susah jd student waktu tu

Masa konvo xde pn bunga....tp mujur xde IG waktu tu...hihi pape pn tahniah dik...jejaka UTP mmg heloksss belaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku dat ...

Macik igtkan bapak macik sorg je yg majok...5 tahun x bcakap dgn macik  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2016 02:02 PM | Show all posts
dia confuse either dgn whether ke?

Aku dulu convo pun dpt bunga drpd junior je, mmg xla nk beli sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 15-11-2016 02:02 PM
Macik igtkan bapak macik sorg je yg majok...5 tahun x bcakap dgn macik

Tapi kita bapak yang berlainan kan    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku dat ...

Sebab apa sampai jadi macam tu? Huhuuuu

Masa saya konvo pun mak dengan ayah tak dapat datang. Ayah memang tak datang semua konvo anak dia. Mak pula masa tu sibuk layan cucu.

Nasib baik saya konvo serentak dengan kakak di uni yang sama. Ada juga peneman  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:04 PM
Tapi kita bapak yang berlainan kan

Wakakaka

Ekau jangannnnn

Entah2 adik badik sama bapak lain makkkkk huwaaaaaaaa hi adik  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 15-11-2016 02:04 PM
Sebab apa sampai jadi macam tu? Huhuuuu

Masa saya konvo pun mak dengan ayah tak dapat datang. A ...

Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 tahun tak bercakap, so kami sangat renggang..

Tapi dia sayang sangat anak i. Hari-hari belikan goreng pisang  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 15-11-2016 02:07 PM
Wakakaka

Ekau jangannnnn

Tak mungkin makcik...
Ayah i ok je dengan kakak. Kesayangan lagi hokey...
baka sama kot  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:07 PM
Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 ...

OKlah tu.... Ayah ada lagi...  

Arwah ayah saya tegas dengan anak-anak...tapi dia penyayang walaupun tak pernah tunjuk  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:21 PM | Show all posts
Aku konvo takda bunga, takda ayah....
tapi yg best, lepas blaja takda hutang ptptn!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:22 PM | Show all posts
aku dlu pon sme gak, nk konvo kan byk pki duit... private kolej plak, smpai aku ckp xnk konvo, duit xde... ayh aku nk jgak... aku usahakan jgak, rupanya bru aku tahu ayh aku nk jgak berbangga ada ank dia yg lepas konvo. wlpon diploma je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:27 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:07 PM
Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 ...

comel...

goreng pisang fav anak uols ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-11-2016 02:27 PM
comel...

goreng pisang fav anak uols ke?

Aah... kalau nampak goreng pisang, anak i akan cakap atok belikan pisang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:37 PM | Show all posts
alhamdulillah merasa juga convo dgn family even time tu arwah ayah ak sakit dpt juga tgok ank dia convo
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:38 PM | Show all posts
yg aku heran skgn ni sekolah rendah pun gigih nak buat hari konvo utk tahun 6...nk kena bayor jubahla, gambo konvo la, makan la....heiiiii wasting money sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 02:41 PM | Show all posts
ingat dulu konvo diploma... tapi mak ayah aku bangga sangat... naik train dtg dr jauh... nampak sgt muka mak ayah aku bangga..
tapi impian ayah aku nak soh aku further degree mase tu terkubur kejap..sebb masalah kewangan..n aku terus keje..
selepas 8 tahun rase bekerja...aku teruskan niat nak sambung degree... n skrg aku part time student kat salah sebuah uni...
tapi syg...arwah ayah xsempat nak tgk aku sambung degree...dia dah tinggalkan kami..
kalo dia ade..mesti dia bangga...sebb aku tunaikan hasrat dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.069331 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list