CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1500|Reply: 2

DAKWAH MELALUI LISAN,PERBUATAN,TULISAN DAN PSIKOLOGI

[Copy link]
Post time 14-11-2016 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt dan selamat malam
DAKWAH MELALUI LISAN,PERBUATAN,TULISAN  DANPSIKOLOGI
Seorang porumer Cari dengan kejamnnya menghantar PM aku dengan penuh bahasasindiran,mengaibkan,provokasi  dansebagainya namun aku tidak mampu membalasnya.
Ayat-ayat kasih sayang yang diberikan MENITISKAN MATAJANTANKU.
Aku sedar tidak mampu membalas katanya dan hanya menulis“TERIMA KASIH “
Islam telah turun lebih 1400 tahun lampau namun sikap umatIslam kini  amat nipis ilmu pengetahuanmereka tentang Islam .
Malah aku dipanggil IBLIS walaupun  aku berusaha menulis dan menulis berkongiiilmu di forum,blog dll.
Iblis dijadikan dari api,manakala aku lahir dr perut ibuku.
DAKWAH MELALUI LISAN
Seorang hukama’ berkata “Manusia dilahirkan mempunyai ribuan nikmat.Lihat haiwan bolehberjalan namun mereka sendiri tidak tahu ke manakah destinasi mereka.Gunungyang besar dan kukuh,namun tidak boleh melangkah walaupun setapak.Lihatlahdalam diri kita,semuanya nikmat hatta bulu di badan kita pun adalahnikmat.Tuhan jadikan bulu hidung untuk menapis pelbagai kotoran,habuk supayatidak memasuki rongga hidung.Tidak malukah kita kepada haiwan yang berzikirsiang malam sedangkan kita juga mempunyai lidah seperti mereka?”
Apabila Nabi SAW sah dilantik sebagai Nabi dan Rasul,Baginda SAW memulakan dakwah iaitu dengan LIDAH.
Pada hari pertama dakwah di bumi Mekah , seramai 4 orangtelah memeluk ISLAM.  
Mereka ialah Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda SAW ),Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda SAW ), Ali bin Abu TalibRA  (sepupu Baginda SAW ), beliau masihkanak-kanak dan di bawah jagaan  Nabi SAW) dan Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda SAW ).
Dakwah secara sembunyi akhirnya terangan dan mulalahtentangan hebat dari penduduk Mekah.
Tahun kesedihan ,di mana Nabi SAW kehilangan dua manusiapenting dalam hidupnya,Khadijah dan Abu Tholib .Kuffar mula melakukan seranganhebat iaitu memulaukan orang Islam hatta orang Islam hidup dalam kedaifan dantiada sumber makanan.
Seorang sahabat r.a pernah bercerita “Aku sedang buang airkecil  dan terpercik  air kencing di pasir.Lantas aku menguis pasirdan melihat tulang yang masih ada bersalut sedikit dagingnya,lantas ku basuhdan makan”
Begitulah peritnya orang Islam di Mekah pada zaman TAHUNKESEDIHAN.
Nabi SAW amat menyayangi Khadijah RA.Pada satu hari Nabi SAWmenceritakan kebaikan dan jasa Khadijah ,lantas disindir isterinyaAisyah”Mengapa selalu menyebut perempuan tua itu?”.Nabi SAW amat marah dankeluar rumah beberapa hari sehingga dipujuk ayah mertuanya Abu Bakar As-Sidik RAsupaya pulang ke rumah.
Aisyah RA adalah seorang isteri yang amat cemburu dan palingmuda di antara semua  isteri  Nabi SAW.
Permulaan Islam berkembang adalah melalui LIDAH,kemudian  dengan  akhlak baik ,seterusnya peperangan .
Bermula hanya 4 orang Islam ,kini 1.8 bilion penduduk duniamenganut Islam.

Berdakwah melalui LIDAH adalah paling sukar keranaseseorang perlu mempunyai ilmu balaghoh,fasohah,komunikasi,psikologi dansebagainya.
Aku bertemu seorang Pengarah jabatan kerajaan  bergelar Datokdan aku bertanya

“Datok tahu bahasa arab?”

Jawabnya tidak………….

Aku pun membalas “Datok tahu bahasa arab..Assalamulaikum,masjid,kopiah,jubah,nikah,wali,alhamdulillah,innalillahwainnarajiun
tu semua bahasa arab…Kta guna bahasa arab setiap hari…”

“Betul juga  yea…Terimakasih Tuan Haji ”katanya

Aku pun menasihati beliau “Lain kali jika ditanya tahubahasa arab,jawablah saya tahu sikit-sikit..”

Pengarah tersebut ketawa sambil menyalakan rokok di manapapan tanda “No Smoking “ amat besar di dinding pejabatnya.


Sebagai usahawan dan penulis memaksa aku naik turun pejabatkerajaan dan swasta seluruh negara.


Bukan mudah bertemu dengan pengarah jabatan kerajaan danswasta.Perlu buat appoinment dan sebagainya.itulah kehidupan.
Kadangkala appoinment jam  9 pagi namun pengarah ada di pejabat jam 11pagi.Dua jam aku buang masa melayan FB,baca buku,menulis nota,merayau daritingkat 1 hingga 11  dll menunggupengarah sampai ke pejabatnya


Aku ni amat mementingkan masa.Appoinment dengan Dr Mahathirjam 10 pagi,jam 8 pagi aku dah sampai ,sementara sampai masa  aku berbual dengan pengawal peribadi,pemandu,pegawai beliau.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2016 09:06 PM | Show all posts
Soalan pertama  akutanya ialah waktu tidur.
Jawab Dr M “Saya biasa masuk bilik tidur jam 10 malam danbaca buku.12 tengah malam saya lelapkan mata.6 pagi saya bangun.SolatSubuh,sarapan,baca akhbar dan ke pejabat”

Aku tanya “Sejak bila?”

Jawabnya “Sejak saya muda hinggalah sekarang…”

Wlupun waktu pejabat jam 8 pagi,Dr M biasa sampai seawal7.15 pagi.

Kata beliau”Manusia boleh membeli jam yang amat mahalharganya namun belum tentu boleh memanfaatkan masa sebaiknya”

Ketika aku belajau di Universiti di mana pelajarnya datangdari 100 negara dunia,perkara pertama aku lakukan  ialah belajau banyak bahasa.Aku mengajarAbdullah,pelajar dr China bahasa Melayu dan dia mengajar aku bahasa Cina.

Bila kami bertemu aku bertanya NI HAU MA? Dia jawab khabarbaik!Itulah antara kenangan di Universiti.
Imam Syafei rahimahullah adalah seorang yang amatberhati-hati dalam percakapan.Antara nasihatnya
“Berfikirlah sebelum bercakap walaupun bercakap seorangdiri”


Jika mahu menjadi pendakwah,perlu menguasai banyak bahasaterutama bahasa penting dunia spt Arab,Inggeris,Mandarin,Perancis dansebagainya.
Beusaha juga belajar dialek kaum dan etnik di Malaysiatermasuklah bahasa orang asli.


Aku mempunyai kawan baik berbangsa Cina bernama Ah Hong.Kamikenal sejak kami bujang lagi .Walaupun beragama Buddha namun amat menghormatiIslam,malah tahu memberi salam ketika bertemu dan SMS .


Belajar di kolej namun terpaksa berhenti sebab memenuhi permintaanayahnya untuk menggantikan bisnes.
Ketika aku bergelar Boss pada 90an,Ah Hong membantu  ayahnya berniaga.Apabila ayahnya sudahuzur,dia  menggantikan ayahnya hinggasekarang.
Apabila bertemu pada Ramadhan ,dia tak pernah makan minum dihadapan aku kerna menghormati orang yang berpuasa.Begitulah adabnya wlupnberagama Buddha kerna dia memahami sentimen agama org lain.


Sepupunya masuk Islam dan bekerja sebagai chef di sebuahhotel.

“Sejak dia masuk Islam,solat 5 waktu,puasa tak pernahponteng”kata Ah Hong.
“Lu bila maw msk Islam?”aku tanya
“Hayya..aku takutla kena potong…”
Itulah guraunya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 09:07 PM | Show all posts
Ketika Abu Tholib gering dan nazak,Nabi SAW mengajrnyakalimah Tauhid namun Abu Tholib enggan hinggalah nafas berhenti .Tangisanmembasahi hingga k ejanggut kerna sedih melihat bapa saudara tersayangmeninggal dunia dalam kekufuran.
Malah Quran mengherdik Nabi SAW yang cuba memohon keampunandari Allah buat bapa saudaranya.
Itulah hidayah.Hidayah itu amat mahal harganya namun orangIslam sendiri tidak pernah menghargai hidayah.Mereka hanya berbangga dalamMykad tertulis AGAMA ISLAM.Bagi mereka,cukuplah bergelar orang Islam.
Antara usaha dan cara berdakwah dengan LIDAH ialah :
Pertama  berusahafasih banyak bahasa dan dialek kaum.
Kedua banyakkan membaca buku-buku sirah dan kisah parasahabat.
Ketiga banyakkan berdoa ,antaranya  doa Nabi Musa ketika mahu berdepan Firaun.
Keempat  Berusahakhatam Quran sebulan sekali dan Imam Syafei rahimahullah khatam Quran 30 kalisebulan ,manakala pada Ramadan 60 kali.
Kelima  belajarmembaca Quran dengan tajwid yang betul.
Keenam perbanyakkan membaca kitab-kitab agama lain untuk mengetahui dan memahami agama penganutlain.
Ketujuh berusaha memahami ilmu falsafah.
Kelapan  memahamipsikologi manusia
Kesembilan memahami keadaan dan sosio penduduk dan negara
Kesepuluh  berusahamenarik minat pendengar dengan jenaka tidak keterlaluan.
Kesebelas tahu ilmu perbandingan agama
Kedua belas  memahamitafsir Quran spt Tafsir Ibnu Kathir dan Fi Zilalil Quran
Ketiga belas belajar dari tokoh seperti NabiSAW,sahabat,tabiin dan sebagainya.
Keempat belas kurangkan makan dan tidur.
Kelima belas berusaha solat tahajjud setiap malam.
Keenam belas sentiasa menambahkan ilmu dari  ulama’ sahih di masjid dan sebagainya.
Andainya tidak mampu berdakwah menggunakan LIDAH,cubagunakan perbuatan.
BERDAKWAH MELALUI PERBUATAN
Insya Allah bersambung

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037016 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list