View: 4670|Reply: 15
|
Dari pejabat Mufti : Penerangan usul Fiqh siri I & II - Irsyad Usul Fiqh
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 12-11-2016 07:52 AM
IRSYAD USUL FIQH
IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI 1: USUL AL-FIQH: DEFINISI, PERKEMBANGAN DAN KEPENTINGANNYA
Ditulis oleh Admin2Diterbitkan: 28 Mac 2016
MUKADIMAH
Alhamdulillah, kami merasakan amat perlu untuk diberikan penjelasan berkaitan dengan ilmu usul al-fiqh. Ini kerana, ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dalam mengistinbat hukum, mentarjih, serta mengeluarkan sesuatu fatwa. Justeru, adalah amat baik sekiranya kami asingkan suatu perbincangan khusus berkaitan hal usul fiqh yang seringkali datang ke meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan secara berterusan. Insha Allah kami akan berusaha sekadar yang termampu untuk mengupas pelbagai isu yang berhubungkait dengan usul fiqh dalam rangka memberi penambahan ilmu dan penjelasan kepada masyarakat awam.
DEFINISI USUL FIQH
Telah menjadi adat kebiasaan para ulama ketika membicarakan berkenaan dengan mana-mana ilmu mereka akan menyebutkan tentang mabadi’ ‘asyrah (10 prinsip asas) Antara nazham yang paling masyhur berkenaan 10 prinsip ini adalah sebagaimana kata Syaikh Abu al-Irfan Muhammad bin Ali al-Sobban (1206 H.) rahimahullah yang menyebutkan kesepuluh prinsip asas tersebut adalah: - Al-Hadd iaitu definisi sesuatu perkara atau bidang.
- Al-Maudhu’ iaitu tajuk sesuatu ilmu.
- Al-Thamarah (الثمرةْ) : Iaitu kesan dari ilmu atau bidang tersebut.
- Nisbah iaitu sandaran ataupun hubungannya.
- Al-Fadhl iaitu kelebihan mempelajarinya.
- Al-Waadhi’ yang merupakan pengasas ilmu atau bidang tersebut.
- Al-Ism iaitu nama bagi ilmu atau bidang tersebut.
- Al-Istimdad yang bererti sumber pengambilan ilmu tersebut.
- Hukum Syaari’ iaitu hukum mempelajari ilmu tersebut.
- Masa’il iaitu isu-isu yang dibincangkan di dalam ilmu atau bidang itu.[1]
Justeru, di sini kami akan fokuskan berkenaan definisi usul fiqh dari segi bahasa dan juga istilah.
USUL FIQH DARI SUDUT BAHASA
Perkataan usul fiqh merupakan murakkab idhafi yang terdiri daripada dua kalimah iaitu usul dan juga fiqh. Untuk kefahaman yang lebih jelas kami akan huraikan pengertian keduanya satu persatu.
TAKRIF USUL
Kalimah usul merupakan kata jamak (banyak) bagi kalimah al-ashlu. Al-Ashlu membawa maksud: Apa-apa yang terbina ke atasnya selain daripadanya. Al-Imam al-Isnawi ketika mendefinisikan kalimah al-ashlu ini mengatakan ia mempunyai beberapa makna seperti berikut: - Al-Dalil. Maka dikatakan: Asal bagi masalah ini adalah ijmak. Iaitu: Dalil bagi masalah ini adalah ijmak. Maka dengan makna ini Usul Fiqh adalah dalil-dalil fiqh.
- Al-Rajih. Ini seperti ungkapan: Asal bagi sesuatu ucapan adalah secara hakikat. Maka maksudnya adalah: Yang rajih (tepat) bagi sesuatu ucapan adalah dengan meletakkanya mengikut makna hakikat bukannya makna majaz.
- Al-Qa’edah (kaedah). Ini seperti ucapan: Keharusan memakan bangkai bagi orang yang dalam keadaan dharurat menyelisihi asal. Iaitu menyelisihi kaedah yang umum.
- Al-Mustashab. Maka dikatakan: Yang asalnya adalah lepas dari sebarang tanggungan atau bebanan. Iaitu yang diistishabkan adalah sunyinya seseorang daripada sebarang tanggungan daripada ia disibukkan dengan sesuatu.[2]
TAKRIF FIQH
Fiqh dari segi bahasa membawa maksud: Mempunyai ilmu terhadap sesuatu dan memahaminya. Akan tetapi penggunaannya di dalam al-Quran menunjukkan bahawa fiqh itu merupakan kefahaman yang mendalam. Al-Imam al-Baidhawi mendefinisikan fiqh dari sudut istilah dengan katanya: Ilmu berkenaan hukum-hakam syarak yang bersifat amali atau praktikal yang diambil dari dalil-dalil tafsili (bersifat juz’i). Lihat Minhaj al-Usul, al-Baidhawi. Hlm. 22.
USUL FIQH DARI SUDUT ISTILAH
Seterusnya dibincangkan pengertian Usul Fiqh dalam konteks ia sebagai satu nama khas atau disebut sebagai `Alamiyyah. Dinyatakan disini makna Usul Fiqh melalui kitab Mausu’ah Mustolahat Usul fiqh `Indal Muslimin oleh Dr. Rafiq al-‘Ajam: - Usul fiqh ialah jalan-jalan fiqh, cara beristidlal dengannya dan apa yang dituruti cara istidlal
- Usul fiqh ialah suatu yang dibina atasnya untuk mengetahui segala hukum syara’.
- Usul fiqh ialah dalil-dalil yang didirikan ilmu fiqh di atasnya, dan yang sampai dengannya kepada dalil dalil ijmal.
- Usul fiqh ialah suatu yang didirikan ilmu fiqh di atasnya dan cabang daripadanya.
- Usul fiqh ialah dalil-dalil, cara dan martabat-martabatnya serta cara beristidlal
- Usul fiqh ialah dalil-dalil yang menunjukkan atasnya dari aspek jumlah (menyeluruh) bukan secara terperinci.
- Usul fiqh ialah dalil-dalil fiqh dan pandangan dalil-dalilnya atau hukum syara’ serta kaifiyat keadaan yang didalilkan dengannya dari aspek umum bukan secara terperinci.
Setelah kita memahami bahawa di antara maksud bagi kalimah usul dari sudut bahasa adalah dalil-dalil dan juga kaedah-kaedah, maka kita dapati para ulama seperti Ibn Nujaim dan juga al-Mahlawi mentakrifkan usul fiqh sebagai: Ilmu berkenaan kaedah-kaedah dan dalil-dalil yang bersifat ijmali (kulli) yang digunakan dengannya untuk sampai kepada proses istinbat hukum fiqh. Lihat Fath al-Ghaffar, Ibn Nujaim. Hlm. 7.
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH
Usul fiqh telahpun wujud semenjak wujudnya fiqh itu sendiri. Selama mana di sana terdapat fiqh maka sudah pastilah usul, dhawabith, serta kaedah-kaedahnya turut wujud bersama. Akan tetapi, penulisan fiqh dilihat lebih terkehadapan dan lebih dahulu berbanding penulisan usul fiqh. Namun ini tidaklah bermakna ia tidak wujud melainkan setelah ia ditulis. Bahkan ia wujud lebih awal dari itu selari dengan keujudan fiqh itu sendiri.
Realitinya, kaedah-kaedah ilmu ini berserta dengan manhaj-manhajnya sudah terdapat di dalam jiwa-jiwa para mujtahid. Mereka berjalan di atas petunjuknya sekalipun mereka tidak menyebutkannya secara jelas. Hal ini dapat dilihat daripada ucapan ataupun fatwa dari kalangan para sahabat Nabi S.A.W sendiri. Saidina Abdullah Ibn Mas’ud R.anhu sebagai contohnya, apabila beliau berkata: Sesungguhnya iddah bagi seorang wanita hamil yang kematian suaminya adalah dengan keluarnya kandungan. Beliau berdalilkan firman Allah S.W.T:
وَأُوْلَٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مِنۡ أَمۡرِهِۦ يُسۡرٗا
Maksudnya: Dan mereka yang mengandung itu tempoh (iddah) mereka adalah sehingga keluarnya kandungan dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan segala urusannya mudah.
(Surah al-Thalaq, 65:4)
Beliau berhujah bahawa surah al-Thalaq yang terdapat padanya ayat ini ia turun selepas surah al-Baqarah yang padanya terdapat firman Allah:
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ
Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber′iddah) selama empat bulan sepuluh hari.
(Surah al-Baqarah, 2:234)
Berdasarkan hujah ini, ia jelas menunjukkan kepada satu kaedah daripada kaedah-kaedah usul iaitu: Sesungguhnya nas yang terkemudian memansuhkan nas yang terdahulu. Sekalipun beliau tidak menyebutkannya secara jelas.
|
|
|
|
|
|
|
|
PENULISAN ILMU USUL AL-FIQH
Semasa zaman Rasulullah S.A.W, penulisan dan pembukuan usul fiqh tidaklah menjadi keutamaan dan juga keperluan. Ini kerana baginda masih hidup dan berada di sisi para sahabat. Justeru, segala permasalahan fatwa dan penjelasan hukum dapat segera dirujuk kepada Nabi S.A.W yang menunjukkan tidak ada sebarang hajat untuk para sahabat berijtihad ketika itu. Maka apabila tidak ada ijtihad sudah pastilah manhaj-manhaj untuk istinbat juga tiada dan tiada keperluan untuk menyusun kaedah-kaedahnya.
Setelah kewafatan Nabi S.A.W telah berlaku beberapa kejadian dan peristiwa yang dihadapi yang memerlukan proses ijtihad itu berlaku serta usaha untuk mengistinbat hukum daripada al-Kitab dan al-Sunnah itu dijalankan. Akan tetapi, para fuqaha dari kalangan sahabat tidak merasakan keperluan untuk membincangkan berkenaan kaedah-kaedah ijtihad serta jalan-jalan intuk beristidlal dan mengistinbat hukum. Ini kerana mereka sudah menguasai bahasa arab dan uslub-uslubnya, sudut pandang pendalilan, serta makna-maknanya. Juga disebabkan pengetahuan mereka yang meliputi rahsia-rahsia pensyariatan dan hikmahnya dan mereka mengetahui sebab-sebab penurunan ayat al-Quran dan juga Sunnah. Demikianlah berlalunya generasi para sahabat dan ilmu usul fiqh masih belum ditulis dan dibukukan.
Setelah berlalunya generasi para sahabat, negara-negara Islam makin berkembang pada zaman tabiin. Maka telah banyak berlakunya perkara-perkara baharu dan bercampurnya golongan arab dengan golongan ajam (bukan arab). Lalu banyaklah proses ijtihad dan juga mujtahid. Ketika inilah bermulanya pembukuan ilmu usul al-fiqh. Dikatakan bahawa individu terawal yang menulis berkenaan usul fiqh adalah Imam al-Qadhi Abu Yusuf akan tetapi tidak sampai satupun kepada kita berkenaan itu. Yang meluas di sisi para ulama adalah orang yang pertama menulis ilmu ini adalah Imam al-Syafie melalui kitabnya al-Risalah. Beliaulah orangnya yang menulis ilmu ini dalam bentuknya yang tersendiri. Di dalam kitab tersebut beliau menyebutkan berkenaan al-Quran serta fungsinya menjelaskan hukum-hakam. Fungsi al-sunnah dalam menjelaskan al-Quran, ijmak, al-qiyas, al-nasikh dan Mansukh, perintah dan juga larangan, berhujah dengan khabar ahad, dan seumpamanya dari perbahasan-perbahasan usul.
|
|
|
|
|
|
|
|
KEPENTINGAN ILMU USUL FIQH
Kepentingan ilmu usul fiqh dapat kita peroleh dengan cara mengetahui tujuan mempelajari ilmu ini terlebih dahulu. Tujuan mempelajari ilmu usul fiqh adalah untuk sampai kepada hukum-hakam syarak yang bersifat amali dengan cara meletakkan kaedah-kaedah serta manhaj-manhaj untuk sampai kepadanya. Kita tidak boleh untuk sampai kepada hukum-hakam jika tidak mempelajari usul terlebih dahulu. Ia sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama:
مَنْ حُرِمَ الأُصُول حُرِمَ الوُصُول
Maksudnya: Sesiapa yang terhalang daripada usul (ilmu usul fiqh) dia juga terhalang dari sampai (kepada hukum-hakam).
Berikut disertakan beberapa kelebihan dan juga faedah mempelajari ilmu usul fiqh:
Menjaga syariah islamiah. Ini kerana ilmu usul fiqh memelihara dalil-dalil pensyariatan daripada disalahguna oleh orang ramai. Sebagaimana ia juga turut menjaga hujah-hujah dan juga sandaran bagi hukum-hakam.
Menyusun secara tepat usul-usul pendalilan. Dengan menjelaskan dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan membezakan dalil-dalil Sunnah yang sahih dengan yang dhaif.
Memudahkan proses ijtihad serta memberikan hukum yang bersesuaian bagi setiap kejadian semasa yang berlaku.
Menghalang daripada berlakunya pentafsiran nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah hanya semata-mata berpandukan akal dan juga hawa nafsu.
Membantu memberikan penjelasan tentang cara menghimpunkan di antara dalil-dalil yang dilihat terdapat percanggahan di antara satu sama lain pada zahirnya.
Dapat mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama seterusnya dapat menjauhkan kita daripada sifat taksub kepada satu pendapat dan tokoh tertentu.
Akhir kalam, marilah kita sama-sama mempelajari dan menekuni ilmu usul fiqh ini supaya ia dapat membentuk kefahaman kita yang tepat dalam mendepani nas-nas ilahi dan juga hadis- hadis Nabi serta dapat membantu kita dalam meleraikan kekeliruan yang terhasil daripada isu-isu khilaf dalam fiqh. Semoga tulisan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan asas kepada kita semua berkenaan ilmu usul fiqh. Ameen.
Rujukan:
[1] Rujuk Hasyiah Ali al-Sobban ‘ala Syarh al-Asymuni.
[2] Lihat Nihayah al-Suul Syarh Minhaj al-Ushul, al-Isnawi. Hlm. 8 |
|
|
|
|
|
|
|
i think untuk sesiapa yg berminat dalam ilmu dan disiplin ilmu islam berminat ...ini may bebasic intro level ...
dari tak tahu kepada tahu ... |
|
|
|
|
|
|
|
IRSYAD USUL FIQH
[size=1.8em]IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-2: KITAB-KITAB BERKAITAN ILMU USUL AL-FIQH
Ditulis oleh Admin2Diterbitkan: 29 Mac 2016
Mukadimah Sepanjang perkembangan ilmu usul fiqh yang bermula dari penulisan terawalnya menerusi kitab al-Risalah karya Imam al-Syafie, telah banyak kitab yang ditulis oleh para ulama selepasnya berkenaan ilmu ini. Ia terbahagi kepada penulisan ulama mutaqaddimin (terdahulu) dan juga mutaakhirin(kontemporari). Demikian juga terdapat kitab-kitab usul fiqh yang ditulis mengikut mazhab-mazhab fiqh tertentu. Percambahan ilmu yang makin pesat menjadikan penulisan ilmu usul fiqh semakin berkembang di zaman ini. Justeru, di dalam siri kali ini kami senaraikan beberapa kitab-kitab penting untuk dijadikan sebagai rujukan bagi mereka yang berminat dalam menekuni ilmu usul fiqh.
Kitab-Kitab Usul Al-Fiqh Turath/Mutaqaddimin Antara kitab-kitab turath yang ditulis berkenaan ilmu usul al-fiqh adalah seperti berikut: 1- Kitab Al-Risalah Seperti yang kita tahu, individu pertama yang mula menulis sebuah karya khas berkaitan ilmu usul fiqh adalah al-Imam al-Syafie (204 H.) rahimahullah menerusi kitabnya al-Risalah. Sebab ditulisnya kitab ini adalah hasil daripada permintaan Imam Abd al-Rahman bin Mahdi yang merupakan seorang ahli hadis yang terkenal. Beliau telah meminta al-Imam al-Syafie untuk membuat suatu kitab yang terdapat di dalamnya ma’aani al-Quran, kehujahan al-Ijmak, penjelasan berkenaan al-nasikh dan al-mansukh di dalam al-Quran dan juga al-Sunnah. Lihat al-Intiqa’, Ibn Abd al-Barr. Hlm. 27. Kata al-Allamah Ahmad Syakir rahimahullah: Kitab al-Risalah ini merupakan kitab terawal yang ditulis dalam usul al-fiqh. Bahkan ia juga merupakan kitab pertama yang ditulis di dalam ilmu usul hadis. Lihat Mukadimah Kitab al-Risalah, Tahqiq Ahmad Syakir. Imam Fakhru al-Razi berkata: Mereka dahulu sebelum datangnya al-Imam al-Syafie berbicara mengenai permasalahan-permasalahan usul fiqh. Mereka saling beristidlal juga saling membantah antara satu sama lain. Akan tetapi tidak ada satu kanun yang menyeluruh untuk mereka merujuk kepadanya dalam mengenalpasti dalil-dalil syarak berserta cara-cara untuk mentarjihkannya. Maka al-Syafie lah yang telah mengistinbatkan untuk mereka ilmu usul al-fiqh serta meletakkan suatu kanun yang menyeluruh untuk orang ramai yang boleh untuk dijadikan rujukan berkenaan cara mengenalpasti kedudukan dalil-dalil syarak. Maka telah sabit penisbahan al-Syafie kepada ilmu syarak sebagaimana sabitnya penisbahan Aristotle kepada ilmu akal. Rujuk Manaqib al-Syafie. Hlm. 57.
2- Kitab Al-Fusul Fil Usul Kitab ini merupakan antara karya terawal yang ditulis di dalam ilmu usul fiqh. Ditulis oleh al-Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas (370 h.) rahimahullah yang merupakan tokoh besar mazhab Hanafi. Kitab al-Fusul fil Usul ini ditulis dengan menggunakan tariqah al-hanafiyyah. Metodologi penulisannya adalah dengan mentaqrirkan kaedah-kaedah usul mengikut apa yang dinukilkan daripada imam-imam berdasarkan furuk (cabang-cabang fiqh). Iaitu kaedah-kaedah disusun berdasarkan pemerhatian mereka ke atas ijtihad para mujtahidin serta cara-cara mereka mengistinbat hukum.
3- Kitab Al-Burhan Fi Usul Al-Fiqh Kitab ini merupakan karya tulisan al-Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini (478 H.) rahimahullah. Ianya ditulis mengikut tariqah al-mutakallimin (ahli kalam) iaitu suatu metodologi penulisan yang cenderung kepada pendalilan berdasarkan akal serta tidak taksub kepada mana-mana mazhab. Kitab al-Burhan ini juga turut mendapat tempat di sisi para ulama yang datang selepas al-Juwaini sehingga ia disyarahkan serta diringkaskan. Antara kitab yang mensyarahkan kitab al-Burhan adalah al-Tahqiq wal-Bayan fi Syarh al-Burhan fi Usul al-Fiqh karangan al-Syeikh Ali bin Ismail al-Abyari (618 H.) Lebih awal dari itu sebuah kitab berjudul Idhah al-Mahsul min Burhan al-Usul karya Abu Abdillah al-Maziri al-Maliki (536 h.) yang mensyarahkan kitab ini. Sekalipun al-Juwaini merupakan tokoh bagi mazhab al-Syafie, akan tetapi kedua-dua penulis kitab yang kami sebutkan di atas merupakan tokoh dari kalangan mazhab Maliki. Al-Imam Ibn al-Subki mengatakan bahawa telah datang seorang tokoh dari Maghribi bernama Al-Syarif Abu Yahya yang menghimpunkan di antara dua syarahan di atas. Lihat Thabaqat al-Syafi’eyyah al-Kubra (5/192).
|
|
|
|
|
|
|
|
4- Kitab Al-Mustasfa Min Ilmi Al-Usul
Al-Mustasfa adalah antara karya agung yang ditulis oleh Hujjatul Islam al-Ghazali (505 h.) rahimahullah. Beliau dianggap sebagai orang pertama yang memasukkan perbahasan mantiq di dalam ilmu usul fiqh. Beliau sendiri telah menyatakan di dalam kitab tersebut sebab ditulisnya kitab ini iaitu hasil dari permintaan beberapa kelompok yang mempelajari ilmu usul fiqh kepadanya. Kitab al-Mustasfa ini telahpun disyarahkan serta diringkaskan oleh tokoh ulama terkemudiannya. Antara kitab yang mensyarahkannya adalah Syarah al-Mustasfa min Ilm al-Usul karya Dr. Abu Bakr bin Abdullah al-Sa’dawi. Manakala kitab yang merupakan ringkasan bagi kitab al-Mustasfa adalah Lubab al-Mahsul fi Ilm al-Usul karya Abu al-Fadhail al-Qairuwani (632 H.)
5- Al-Musawwadah Fi Usul Al-Fiqh
Kitab ini juga merupakan antara kitab usul fiqh yang ditulis oleh tokoh terdahulu. Menariknya kitab ini kerana ia ditulis oleh tiga generasi keturunan Taimiyyah yang bermula daripada zaman datuk sehingga ke cucunya. Kitab ini mula ditulis oleh Syeikh Majd al-Din Abu al-Barakat Ibn Taimiyyah (652 h.) seterusnya disambung oleh anak lelakinya Abd al-Halim bin Taimiyyah (682 h.) dan diakhiri oleh cucunya iaitu Syeikhul Islam Ahmad bin Abd al-Halim Ibn Taimiyyah (728 h.) rahimahumullah. Kitab ini telah ditahqiq oleh tokoh ulama semasa iaitu Dr. Ahmad bin Ibrahim bin Abbas cetakan Dar al-Fadhilah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitab-Kitab Usul Fiqh Mutaakhirin/Kontemporari
Antara kitab-kitab kontemporari yang ditulis di dalam ilmu usul al-fiqh adalah seperti berikut: |
|
|
|
|
|
|
|
1- Ilmu Usul Al-Fiqh
Kitab ini ditulis oleh al-Syeikh Abd al-Wahhab Khallaf rahimahullah. Ini merupakan antara kitab usul fiqh kontemporari yang mudah lagi ringkas sehingga dijadikan silibus pengajian di kebanyakan universti di timur tengah khususnya.
2- Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh
Salah sebuah kitab moden yang sangat baik dalam menceritakan berkenaan ilmu usul fiqh. Ditulis oleh seorang tokoh ulama besar iaitu al-Allamah al-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah. Kitab ini turut dijadikan silibus bagi pengajian usul fiqh baik di universiti tempatan mahupun di luar negara.
3- Al-Usul Min Ilmi Al-Usul
Sebuah kitab ringkas yang telah ditulis oleh Fadhilah al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah. Beliau sendiri kemudiannya telah mensyarahkan kitab ini yang dinamakan sebagai Syarh al-Usul Min Ilm al-Usul yang menjadikan ia sejilid kitab yang tebal. Penggunaan bahasa yang mudah membantu pembaca dalam memahami ilmu usul fiqh dengan lebih jelas.
4- Al-Wadhih Fi Usul Al-Fiqh Lil Mubtadi’in
Ini merupakan antara kitab yang ditulis oleh Fadhilah al-Syeikh Dr. Muhammad bin Sulaiman al-Asyqar rahimahullah. Sebagaimana nama kitab ini yang memfokuskan kepada golongan permulaan yang ingin mempelajari ilmu usul fiqh maka ia sangat membantu dalam proses tersebut.
5- Al-Muyassar Fi Usul Al-Fiqh
Kitab ini ditulis oleh al-Syeikh Dr. Ibrahim bin Abdullah Salqini rahimahullah. Beliau merupakan tokoh agama yang besar di Syria bahkan merupakan Mufti bagi kawasan Halab sehinggalah hari kewafatan beliau. Sebagaimana nama kitab, ia menjelaskan usul fiqh dengan cara yang mudah untuk difahami. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab-Kitab Usul Fiqh Mengikut Mazhab
Sebelum kami kongsikan berkenaan kitab-kitab yang ditulis di dalam ilmu usul fiqh mengikut pecahan mazhab, suka untuk kami jelaskan bahawa di antara keempat-empat mazhab fiqh yang ada, golongan yang paling banyak menulis ilmu usul fiqh adalah al-Syafieeyyah, kemudian Al-Ahnaf (mazhab Hanafi), kemudian Al-Hanabilah, kemudian Al-Malikiyyah. Justeru, berikut kami sertakan kitab-kitab tersebut dengan kami nyatakan sekali kitab-kitab paling penting mengikut mazhab dan juga di susun mengikut turutan mazhab fiqh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab-Kitab Usul Al-Fiqh Mazhab Hanafi
Antara kitab usul fiqh mazhab Hanafi:
Al-Taqrir wal-Tahbir karya Muhammad bin Muhammad Amir al-Haj al-Halabi.
Syarh al-Talwih ‘ala al-Taudhih oleh Mas’ud bin Umar al-Taftazani.
Fath al-Ghaffar Syarah al-Manar, Ibn Nujaim.
Al-Fusul fil Usul, Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas.
Al-Usul oleh Ali bin Muhammad al-Bazdawi.
Al-Usul, al-Syaasyi.
Kitab usul fiqh terpenting mazhab Abu Hanifah:
Al-Fusul lil Usul, Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas.
Taqwim Usul al-Fiqh, Abu Zaid al-Dabusi.
Al-Usul, al-Sarkhasi.
Kasyf al-Asrar Syarh al-Usul al-Bazdawi, ‘Ala’uddin Abdul Aziz bin Ahmad al-Bukhari. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab-Kitab Usul Al-Fiqh Mazhab Maliki
Antara kitab usul fiqh mazhab Malikiyyah:
Syarah Tanqih al-Fusul karya Ahmad bin Idris al-Qarafi.
Al-Muwafaqat oleh Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Syathibi.
Al-Isyaarat fi Usul al-Fiqh oleh Sulaiman bin Khalaf Abu al-Walid Al-Baji.
Kitab usul fiqh terpenting mazhab Maliki.
Nafais al-Usul fi Syarh al-Mahsul oleh Ahmad bin Idris al-Qarafi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab-Kitab Usul Al-Fiqh Mazhab Al-Syafie
Antara kitab usul fiqh mazhab Syafie:
Al-Risalah oleh Muhammad bin Idris al-Syafie.
Al-Ibhaj fi Syarah al-Minhaj.
Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam karya Saifuddin al-Amidi.
Irsyad al-Fuhul oleh Muhammad bin Ali al-Syaukani.
Al-Bahr al-Muhith fi Usul al-Fiqh oleh Muhammad bin Abdillah al-Zarkasyi.
Al-Burhan fi Usul al-Fiqh Abdul Malik al-Juwaini.
Jam’ul Jawamik karya Abdul Wahhab bin Ali al-Subki.
Hasyiah al-Attar ‘ala Syarh Jam’ul Jawamik oleh Jalaluddin al-Mahalli.
Syarah al-Mahalli ‘ala Jam’ul Jawamik karya Jalaluddin al-Mahalli
Fawatih al-Rahamuut karya Ibn Abd al-Syakuur.
Al-Mahsul fi Ilm al-Usul oleh Fakhrur al-Razi.
Al-Mustasfa fi Ilm al-Usul, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.
Nihayah al-Sul Syarah Minhaj al-Usul oleh Abdullah bin Umar bin Muhammad al-Baidhawi.
Al-Tabsirah fi Usul al-Fiqh oleh Abu Ishak al-Fairuz Abadi.
Kitab usul fiqh terpenting mazhab al-Syafie:
Al-Burhan oleh Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini.
Al-Mustasfa oleh Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.
Qawathi’ al-Adillah oleh Mansur bin Muhammad bin Abdul Jabbar al-Tamimi al-Sam’ani.
Syarah al-Luma’ oleh Abu Ishak Ibrahim al-Shirazi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab-Kitab Usul Al-Fiqh Mazhab Hanbali
Antara kitab usul fiqh mazhab Hanabilah:
Syarah al-Kaukab al-Munir oleh Muhammad bin Ahmad bin Abdul Aziz Ibn al-Najjar.
Al-Uddah fi Usul Fiqh oleh Muhammad bin Husain Ibn al-Farra’ Abu Ya’la.
Al-Musawwadah fi Usul Fiqh karya Aalu Taimiyyah.
Raudhah al-Nazhir oleh Muwaffaquddin Abdullah bin Ahmad Ibn Qudamah.
Usul al-Fiqh oleh Abu Abdillah Muhammad Ibn Muflih.
Al-Tahbir Syarh al-Tahrir karya Abu al-Hasan al-Mardawi.
Kitab usul fiqh terpenting mazhab Hanbali.
Syarah al-Kaukab, Muhammad bin Ahmad bin Abdul Aziz Ibn al-Najjar.
Musawwadah fi Usul al-Fiqh karya Aalu Taimiyyah.
Al-Uddah oleh Abu Ya’la Muhammad bin Husain.
Akhir kalam, kami berpesan kepada penuntut-penuntut ilmu yang masih diperingkat permulaan belajar ilmu usul fiqh ini supaya memulakan pembacaan melalui kitab-kitab usul fiqh yang ringkas serta bahasa yang mudah. Juga lakukanlah pembacaan di hadapan guru-guru untuk mendapat ilmu yang lebih banyak. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat yang berguna kepada masyarakat. Ameen.
Wallahua`lam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|