Assalamualaikum dan good morning all.
Buku akan datang ialah "MASJID ADALAH GEDUNG PAHALA".
Pelbagai maklumat,kajian,wawancara dll sdg dikumpulkan untuk buku ini .
Jd aku minta semua porumer bg pendapat n cadangan,masalah,apa2 shj berkaitan pengalaman korang berkaitan masjid.
Semasa di Yathrib aku belajau di Masjid Nabawi dr Syeikh Abu Bakar Al -Jazair lps maghrib ,menadah kitab yg ditulis olehnya "Kitabul masjid "
Dikhabarkan beliau masih hidup nmn uzur akibat sakit tua .Dari ilmu ,pengalaman dan kajian,aku berminat nk tulis satu buku berkaitan masjid ,sbb aku lihat masjid2 di Malaysia tak cuba belajau dr sejarah masjid 2 zmn Islam golden era .
Lihat kutipan masjid RM3000 pd Jumaat ,tp bila pi tandas masjid ,selak kunci pintu tiada,bau busuk ,longkang penuh sampath etc.
Aku selalu pi Singapore dan lihat management masjid di sana lebih sistematik dan bersih,malah telefon awam dan akhbar ada di masjid.
Di sini aku paparkan beberapa bab penting ttg isi buku ini :
KANDUNGAN
Prakata
Masjid Adalah Gedung Pahala
Bab Satu : Masjid Menyatukan Ummah
Bab Dua : Sejarah Masjid Nabawi
Bab Tiga : Kemajuanmasjid zaman Khalifah Islam
Bab Empat : Fungsimasjid
Bab Lima : Tanggungjawab Pentadbir Masjid.
Bab Enam : Masalahberkaitan masjid.
Bab Tujuh : Definisi Masjid Tempat Ibadat.
Bab Lapan : Adab-adabmasjid.
Bab Sembilan : Tips memakmurkan masjid
Bab Sepuluh : Masjid Gedung Ilmu.
Bab Sebelas : Pentadbiran Hawau Masjid Lahabau
Penutup
Lampiran
Sumber Rujukan dan Bacaan Utama
Prakata Dengannama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih
Firman Allah SWT maksudnya :“Hanyalahyang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepadaAllah dan hari kemudian, serta tetapmendirikan solat, menunaikan zakatdan tidak takut (kepada siapa pun) selainkepada Allah, maka mereka lah orang-orang yang diharapkan termasuk golonganorang-orang yangmendapat petunjuk.” (Quran al-Karim ,Surah at-Taubah ayat 18) Nabi SAW bersabda; Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan azabdan seksa bagi penghuni bumi namun bilaAku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) danmereka yang beristighfar di waktu fajarAku elakkan azab-Ku yang Ku rencanakan itu." (Hadis Riwayat Imam Baihaqi rahimahullah ) (HADIS QUDSI )
Pengarang membaca firman Allah danhadis SAW ,lantas tercetus ilham untukmenulis sebuah buku mengenai masjid.
Masjid adalah gedung pahala kepada umat Islam.Masjid bukan sahaja berperanan untukmenunaikan solat Jumaat,solat fardhu lima waktu dan iktikaf ,namun masjid juga mempunyai banyak fungsi dalam Islam. Umat Islam wajar memahami konsep sebuahmasjid,peranan dan pelbagai fungsi masjid.Apabila umat Islam menjauhimasjid,rahmat Allah akan jauh dari seseorang hamba-Nya.
Pada akhir zaman ini,umat Islam seringditindas dan dianiaya.Selepas tragedi bangunan WTC runtuh di Amerika,umat Islamdibuli dan diganyang oleh kuffar.Afghanistan ditawan,Iraq diserang habis-habisan hingga jutaan nyawa melayang dancedera.Negara-negara arab yang kaya kucar-kacir ,malah berperang sesamasendiri ekoran tindakan Munafik,Yahudi dan Amerika.
YABhg Tun Dr Mahathir pernah menasihatinegara-negara Islam supaya bersatu agar kuat dan maju.Masih banyak negaraIslam miskin seperti Somalia danEthopia.Namun negara Islam yang kaya dan maju tidak pernah mendengar nasihat DrMahathir.Negara arab yang kaya dan maju hanya mementingkan diri sendiri ,hatta Palestin diganyang Israel sejak tahun1948 dan mengorbankan puluhan ribu wargaPalestin pun mereka tidak peduli .Orang Islam seramai 1.8 bilion tidak mampumelakukan apa-apa untuk menyelamatkan bumi Palestin.
Umat Islam perlu memahami kepentingan masjid.Jika masjid maju dan makmur dan berfungsi sebaiknya sebagaimana zaman Nabi SAW dan Khulafa’Rasyidin serta khalifah-khalifah Islam suatu waktu dahulu,maka umat Islam akan bersatu,maju dan cemerlang.
Buat permata gemilang AMIRUL ERFAN,NUR AS SHAFIAH,NUR ASSAFA,NUR AS SYAHIRAH,NUR AMIRAH AS SYAFIQAH ,jadilah manusia yang amat pekadengan masjid dan memakmurkan masjid.Buat ibu bapa,al-Fatihah.Selamat membaca.
“Man who look Dummy but not DUMB!”
Pandangan,pendapat,masalah,isu,pengalaman dr semua amat dihargai dan aku target Disember 2019 akan siap buku ini dgn izin Alah SWT .
|