CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5504|Reply: 9

bahasa pertuturan nabi adam as

[Copy link]
Post time 29-10-2016 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 29-10-2016 09:39 PM




Soalan:
Assalamualaikum Datuk Mufti, apakah bahasa pertuturan yang digunakan oleh Nabi Adam A.S. ?

Jawapan:
Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Di dalam al-Quran al-Karim, tidak terdapat suatu nas yang jelas menunjukkan akan bahasa yang digunakan oleh Nabi Allah Adam A.S. dalam pertuturan baginda. Akan tetapi, terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang ditafsirkan oleh para mufassirin dengan menyebutkan akan bahasa yang digunakan oleh Nabi Adam A.S.

Berikut merupakan beberapa pendapat berkenaan bahasa pertuturan Nabi Adam A.S.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2016 09:39 PM | Show all posts
Pertama: Nabi Adam Mengetahui Kesemua Bahasa

Di dalam surah al-Baqarah Allah S.W.T berfirman:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا

Maksudnya: Dan (Allah) telah mengajarkan kepada Adam nama-nama keseluruhannya.

Surah al-Baqarah (31)

Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya berkata: Telah berkata ahli takwil (mufassirun) bahawasanya Allah S.W.T mengajarkan kepada Adam keseluruhan bahasa. Kemudian setiap seorang dari anak-anaknya bertutur dengan satu bahasa lalu mereka berpecah-pecah di setiap negara dan setiap kumpulan daripada mereka mempunyai satu bahasa yang tersendiri. Lihat Ma’alim al-Tanzil, al-Baghawi, (1/80).



Manakala di dalam surah Al-Rahman terdapat suatu firman Allah S.W.T:

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

Maksudnya: Dia (Allah) telah mengajarkannya (Adam) al-Bayan.

Surah al-Rahman (4)

Ketika menafsirkan ayat ini, al-Imam al-Baghawi rahimahullah berkata: (Allah telah mengajarkan kepadanya) nama-nama kesemua benda.

Dikatakan: Allah telah mengajarkan keseluruhan bahasa kepada Adam dan Adam itu bertutur dengan 700 ribu bahasa dan yang paling afdhalnya adalah bahasa Arab. Lihat Ma’alim al-Tanzil, al-Baghawi.

Imam al-Qurthubi rahimahullah pula ketika menafsirkan ayat tersebut berkata: (Allah mengajarkan kepadanya) nama-nama setiap sesuatu. Dikatakan: Allah mengajarkan keseluruhan bahasa kepadanya. Rujuk Al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi.

Imam Ibn ‘Ashur rahimahullah pula menafsirkan ayat tersebut dengan katanya: Allah menciptakan padanya (manusia) persediaan untuk mengetahui perkara tersebut (al-Bayan) serta diilhamkan kedudukan bahasa untuk saling berkenalan. Lihat Al Tahrir wa Al-Tanwir, Muhammad bin Tahir Ibn Ashur.



Kedua: Nabi Adam Bertutur Di Dalam Bahasa Al-Siryani.

Pendapat ini bersandarkan kepada sebuah hadis iaitu:

خَرَجَ آدَمُ مِنَ الْجَنَّةِ وَلُغَتُهُ السِّرْيَانِيَّةُ

Maksudnya: Adam telah keluar daripada syurga dan bahasanya adalah bahasa Siryani.

Riwayat Imam Ahmad di dalam ‘Ilal (5797)

Komentar kami: Setelah kami meneliti dan menekuni riwayat ini, kami mendapati bahawa hadis terhenti kepada Imam Hasan al-Basri. Beliau merupakan seorang tabiin dan ini menunjukkan bahawa riwayat tersebut maqthu’ (disandarkan kepada tabiin). Oleh itu, hadis ini tidak boleh dijadikan hujah kerana ia melibatkan perkara yang memerlukan nas yang jelas lagi sabit dari al-Quran ataupun hadis yang sahih.



Di sana juga terdapat sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abu Zar al-Ghifari R.anhu:

يَا أَبَا ذَرٍّ أَرْبَعَةٌ سِرْيَانِيُّونَ : آدَمُ وَشِيثُ وخَنُوخُ وَهُوَ إِدْرِيسُ وَهُو أوَّلُ مَنْ خطَّ بِقَلَمٍ وَنُوحٌ

Maksudnya: Wahai Abu Zarr, ada empat orang dari kalangan Siryaani: Adam, Syith, Khanukh iaitu Idris dan beliau merupakan manusia pertama yang menulis dengan pena dan juga Nabi Nuh.

Riwayat Abu Nuaim, Hilyah al-Awliya (555)

Komentar kami: Hadis ini telah dihukum oleh al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir sebagai gharib jiddan dan di sana terdapat isnad lain yang la ba’sa bihi. Rujuk Irsyad al-Faqih (2/336).

Selain itu, hadis di atas turut dinilai sebagai dhaif di sisi al-Imam al-Suyuthi. Kata Imam al-Suyuthi: Yang tepatnya hadis ini dhaif. Ia tidak sahih dan tidak pula palsu. Rujuk Al-Durr al-Manthur, al-Suyuthi (5/132).



Tarjih

Setelah kami meneliti beberapa pendapat ulama-ulama besar di dalam bidang hadis terhadap hadis ini, kami berpendapat bahawa hadis ini tersangat lemah dan tidak boleh untuk dijadikan hujah mengatakan bahawa Nabi Adam A.S. bertutur dalam bahasa al-Siryani.



Kesimpulan

Setelah kami meneliti kedua-dua pendapat di atas, kami lebih cenderung kepada pendapat bahawa yang zahirnya adalah Nabi Adam A.S. mengetahui keseluruhan bahasa iaitu usul (pangkal/pokok) setiap bahasa tersebut. Inilah pendapat yang tepat berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا

Maksudnya: Dan (Allah) telah mengajarkan kepada Adam nama-nama keseluruhannya.

Surah al-Baqarah (31)

Semoga dengan pencerahan di atas dapat memberikan kepada kita kefahaman yang jelas berkenaan isu ini. Ameen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2016 09:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 11:50 PM | Show all posts
nabi adam tahu semua bahasa?
bahasa bnyk2 dia nk nk comunicate dgn sape je pn pd masu tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2016 12:21 AM | Show all posts
NORIZALHAMZAH replied at 6-11-2016 11:50 PM
nabi adam tahu semua bahasa?
bahasa bnyk2 dia nk nk comunicate dgn sape je pn pd masu tu?

may be keratan di atas yg di' copy paste' kan ni boleh bagi clue pada persoalan yg anda ajukan , itu perhaps?

Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya berkata: Telah berkata ahli takwil (mufassirun) bahawasanya Allah S.W.T mengajarkan kepada Adam keseluruhan bahasa. Kemudian setiap seorang dari anak-anaknya bertutur dengan satu bahasa lalu mereka berpecah-pecah di setiap negara dan setiap kumpulan daripada mereka mempunyai satu bahasa yang tersendiri. Lihat Ma’alim al-Tanzil, al-Baghawi, (1/80).
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 02:03 PM | Show all posts
Nabi adam cakap bahasa isyarat lah..masa tu mana ada lagi bahasa bahasa ni.bahasa mula di cipta setelah manusia pandai membuat bunyi bagi menerangkan maksud.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2016 03:15 PM | Show all posts
bahasa dicipta selepas manusia pandai buat bunyi ye. ish ish.

Adam diciptakan di dalam syurga. X mustahil apa yg mbfcsf  ketengahkan itu adalah salah satu sumber utk persoalan di atas.

Kalo betul pun Nabi Adam dpt menguasai semua bahasa tersebut kita tiada cara untuk uji. Tapi tidak juga terlalu mustahil jika Nabi Adam dpt menguasai kesemua bahasa tersebut juga kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
1. By the time n adam wafat, keturunannya diriwayatkan dah ada approx. 200k org.
2. Setiap kali Hawa melahirkan, anak tersebut akn diberi & dihantar ke satu wilayah sorang satu. Jgn bayangkan merk hidup mcm kita. Kisah 2 kembarnya yg pertama, merk  bukan duduk serumah mcm org hari ni.
3. Allah mengajar nabi adam sst di syurga via malaikat Jibril. Bila di bumi, Jibril juga mengajar n adam mcm mana nk survive eg nak masak ka, nyalakan api, pakai baju etc.
4. Jibril menjadi pengantara utk rasul2 lain. Diriwayatkan apabila rasul2 terima wahyu, merk menerimanya dlm b. Arab ttp  apabila nk disampaikan wahyu2 tersebut disampaikan dlm bhs tempatan umat tersebut. So, apa kelas Jibril main sign language dgn n.adam kan? Sedangkan bhs dah ada dlm syurga kuasa Allah nak bagi satu kebolehan luar biasa pada ciptaanNya yg terbaik.
5. Diriwayatkan bahasa nabi adam adalah roots kpd semua perkataan, then diexpand oleh cucu cicitnya menjadikan ia lebih besar & localised. Ambil contoh bhs melayu klasik dgn sekrg sudahlah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 05:39 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 22-11-2016 05:45 PM


@NORIZALHAMZAH

terpulang kepada Allahlah bagaimana nabi adam itu diajar......

tugas kita bila berdepan wahyu, dengar dan taat....

jika menapis wahyu guna akal, mungkin akan jadi atheist.....

sedangkn atheist menghilangkan Tuhan....

sedangkan Tuhan adalah pemilik alam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:46 AM | Show all posts
baulu replied at 21-11-2016 04:24 PM
1. By the time n adam wafat, keturunannya diriwayatkan dah ada approx. 200k org.
2. Setiap kali Haw ...

baulu.. i like how you explain dalam bahasa yg simple and mudah.. jadinya sampai la kat org2 yg berbahasa simple.. thank you!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.217824 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list