CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1282|Reply: 3

tazkirah umum....untuk si soleh Jumaat ....

[Copy link]
Post time 21-10-2016 05:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 21-10-2016 05:59 AM

AL-KAFI #386 : HUKUM BERCAKAP ATAU BERKATA-KATA SEWAKTU KHUTBAH JUMAAT

Written by Umar Mukhtar bin Mohd Noor.



Kredit gambar: Alfianamy, upload.wikimedia.org
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 386 (17 SEPTEMBER 2016 M / 15 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:
Salam. Apa hukum bercakap ketika khutbah?


JAWAPAN:


Waalaikumussalam wbt,

Hukum bercakap ketika khutbah jumaat ialah disunatkan diam dan tidak bercakap.
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata:

“Adakah diwajibkan senyap dan haram untuk bercakap (ketika khutbah Jumaat)? Padanya ada dua qaul yang popular. Itu disebut oleh pengarang kitab (al-Muhazzab) pembahagiannya dalam bab hai’ah al-Jumu`ah (amalan-amalan sunat di hari Jumaat). Pendapat yang sahih ialah yang yang masyhur dalam qaul jadid (baru) ialah disunatkan diam, tidak wajib, dan tidak haram untuk berkata-kata. Pendapat yang kedua seperti mana yang dinaskan dalam (qaul) lama dan dalam (kitab) al-Imla’ daripada pendapat baru bahawa wajib senyap dan haram bercakap. Telah sepakat dalam kalangan ashab (Syafi’eyyah) bahawa yang sahih ialah yang pertama.”
Rujuk al-Majmu’ (4/523)


Sekalipun begitu sebaiknya adalah tidak bercakap untuk keluar daripada khilaf ulama yang mengharamkan perbuatan bercakap ketika khutbah.

Ini dikuatkan dengan sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ
Maksudnya: Jika engkau berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat, “Senyap!” sedangkan imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya telah sia-sia.”


Hadis riwayat Imam Bukhari (934) dan Imam Muslim (851)


Saidina Ali RA berkata, “Barangsiapa yang sia-sia bererti tidak beroleh apa-apa pada solat Jumaatnya.” Ertinya tidak diperolehi kelebihan Jumaat yang dituntut dan pahala yang diharapkan. Rujuk al-Mu`tamad (1/533)


Justeru kami mencadangkan supaya tidak bercakap sewaktu khutbah kecuali pada perkara darurat seperti menyelamatkan orang daripada tertimpa kebinasaan.
Wallahua’lam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2016 05:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:53 AM | Show all posts
mcm mana pula....solat sunat jumaat sebelum solat wajib.
maksudnya selepas azan kedua sebelum katib naik atas mimbar...ada tak solat sunat sebelum solat wajib jumaat.
infor yang di baca tentang solat....tiada solat sunat sebelum solat wajib jumaat.
ada setengah pendapat Nabi tak pernah buat solat sunat qabi sebelum solat jumaat.
mohon p[encerahan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.101478 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list