View: 2722|Reply: 21
|
Prof Madya Khalif Muammar on 'isme in islam ...fitnah extremist liberal
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 18-12-2016 06:47 AM
Bersatu banteras ancaman liberalisme
05 Oktober 2016 6:00 PM
PESERTA Sesi Percambahan Fikiran Wasatiyyah Siri II mendengar penerangan daripada Khalif Muammar A. Harris berhubung isu liberisme.w
PENGARUH dan ancaman liberalisme sememangnya diketahui umum sebagai satu agenda yang sangat berbahaya terutama kepada umat Islam kerana kefahaman tersebut menerapkan kebebasan melampau.
Tidak sahaja menolak dan menyisihkan syariah dalam kehidupan serta cara hidup umat Islam, malah liberalisme juga cuba menghapuskan sistem kesultanan dan masyarakat Melayu berdaulat di negara ini.
Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris berkata, pengamal fahaman Barat yang telah menular di negara ini cuba untuk menghapuskan institusi keagamaan, selain menidakkan institusi diraja di Malaysia. Beliau yang turut bertugas di Pusat Pengajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, bagi liberalisme, semua perkara tersebut tidak lagi relevan dan perlu dihapuskan, sekali gus menerapkan nilai kebebasan melampau.
Jelas beliau, ancaman liberalisme bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada masyarakat majmuk di negara ini, malah sebagai ancaman terbesar kepada negara, agama Islam serta kelangsungan bangsa Melayu. “Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara berpegang kuat kepada ajaran agama Islam, maka perkara ini yang mahu dihapuskan oleh pendukung fahaman liberalisme. “Ini kerana liberalisme menolak segala kepercayaan dan autoriti dalam beragama termasuk autoriti Allah SWT dan Rasul,” katanya. Beliau berkata demikian ketika pembentangan tajuk Mendepani Arus Muslim Liberal dan Pluralisme Agama bagi Sesi Percambahan Fikiran Wasatiyyah Siri II anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) di Putrajaya, baru-baru ini. Pengarah IWM, Datuk Mohd. Yusof Din mempengerusikan sesi percambahan fikiran tersebut. Yang turut hadir, Timbalan Dekan Fakulti Tun Abdul Razak Sekolah Pengajian Kerajaan, Datuk Dr. Muhammad Hamzah; Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Halim Shin; Ketua Unit Integriti Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Zakkuan Talib; wakil Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan Institut Integriti Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 5-10-2016 11:23 PM
GERAKAN TERSUSUN
Mengulas lanjut, Khalif Muammar berkata, gerakan liberalisme di negara ini sememangnya tersusun malah mempunyai dana yang diperoleh dari luar, selain diperkuatkan dengan jaringan yang luas dan hebat.
Katanya, bukan sahaja mahu Malaysia mengikut aliran liberalisme, lebih teruk lagi apabila mahu negara ini mengikut telunjuk golongan tersebut sepenuhnya seperti mana yang telah berjaya dilaksanakan di negara-negara luar.
Menurutnya, usaha penyebaran dan penularan idea liberalisme di negara ini giat dijalankan oleh golongan tersebut sehingga tujuan utama untuk mengamalkan ajaran Islam terhakis dan peranan institusi-institusi Islam di negara ini dapat dihapuskan.
“Mereka cuba menukar pemerintahan dan sistem politik di negara ini. Oleh yang demikian, mereka cuba memasuki dan menyebar luas idea liberalisme menerusi saluran politik,” tegasnya.
Selain itu, katanya, golongan liberalisme di negara ini cuba menguasai masyarakat dengan menumpukan golongan muda terpelajar sebagai sasaran utama.
Jelasnya, bukan sahaja golongan muda negara mudah diperdayakan dengan idea yang dibawa kononnya segar dan baharu seiring dengan peredaran zaman, malah golongan yang naif itu mudah dipergunakan sebagai pemimpin masa hadapan untuk menyebar luas fahaman tersebut.
“Golongan bijak pandai ini mahu dibentuk untuk menjadi tonggak kepimpinan golongan liberalisme pada masa hadapan dan cuba digunakan untuk mendapat sokongan, selain dalam masa yang sama dibentuk menjadi golongan pemimpin yang mempunyai corak pemikiran yang sealiran dalam liberalisme itu,” katanya.
SEMAKIN BERBAHAYA
Tambahnya, pengaruh kumpulan tersebut dilihat semakin lama semakin besar dan kuat, maka tindakan segera perlu dilakukan oleh agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia.
Beliau berkata, apabila suara-suara liberalisme, persamaan dan kebebasan ini bersama hak kebebasan semakin berpengaruh, maka pastinya akan merubah landskap politik negara dan lebih malang apabila peradaban Melayu juga akan terhapus.
“Adakah sistem pemerintahan sekarang yang dilihat berjaya mempertahankan kedaulatan Islam dapat dikekalkan pada masa hadapan sekiranya liberalisme meluas di negara ini? Adakah ia juga mampu memelihara sistem kesultanan dan kuasa Melayu untuk dipertahankan?.
“Langkah terbaik untuk membendung ancaman ini, semua agensi dan NGO Islam di seluruh negara perlu bertindak dan bekerjasama membendung fahaman salah ini. Semua jabatan agama Islam negeri perlu memainkan peranan masing-masing.
“Jangan hanya berharap kepada satu atau dua agensi sahaja melaksanakan tugas membendung gejala negatif ini. Pihak yang faham tentang keburukan liberalisme ini perlu bertindak mengatasinya daripada terus menular dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Menerapkan kebebasan melampau - menyisihkan syariah daripada kehidupan, hapuskan sistem beraja, masyarakat Melayu berdaulat.
http://www.utusan.com.my/rencana ... iberalisme-1.390940 |
|
|
|
|
|
|
|
i think bagi siapa yg mengikuti ulasannya tentang pseudo salafi - menarik ye dalam slot tarbiyyah IKIM.
good review on sejarah pseudo salafi , terrorisme oleh beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha, baru aje saya cerita di fb hal yg betul di fb ikim pun dah kena kick. Lagi nak saya caya ikim? Pui...
Ke laut aje bagi saya... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Karut marut SEMUA yg berpenyakit Wahn. Hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
awak memang 'hebat - hebat' belaka kan, Cute?
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 5-10-2016 10:10 PM
awak memang 'hebat - hebat' belaka kan, Cute?
Yang hebat tu Allah. Kerana tiap sesuatu itu ujianNya cumanya ramai yg lalai. |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg hebat itu, bila diberi kuasa, harta, jawatan dan kedudukan, mereka byk sgt bantah terhadapNya. Mcm2 spekulasi yg mereka nyatakan utk HALALKAN perbuatan mereka sedangkan mereka tiada mengambil perjanjian dgnNya utk mendustakan kebenaranNya.
Maksudnya, yg hebat tu MERASA SUCI dan MASDUR sedangkan mereka terlupa, maksum itu termasuklah "apa jua pendustaan yg DIAMPUNKAN ALLAH" (bebas dari dosa).
Bagi saya, tiap org pasti berdusta. Akan tetapi "siapa pula" yg berdusta tapi "dibenarkanNya" yer? Apa pun, tinggi mana ilmu yg diketahui, apa jua jenis pendustaan yg mana "tiada sebarang janji KESELAMATAN" dariNya, maka anggap aje diri sendiri penghuni neraka. Standard yg perlu manusia fahami. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abangcute at 6-10-2016 09:22 AM
Dajjal itu pendusta. Dajjal itu wujud sesuai dgn kehendakNya. Tak rasa hairan akan kisah seorg manusia yg disuruhNya berjanji utk jadi dajjal sedangkan dajjal itu SUDAH LAMA WUJUD malah setiap "NABI?" memberi amaran mengenai Dajjal?
Ouch, benda "isme2" ni perkara kecik aje.Yang besarnya "pendustaan itu dosa atau tidak berdosa"?
Islam photostat, mana sama Islam Original. Itupun jika faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia hari ini SUDAH pun dikawal oleh PEREMPUAN. Cumanya, BELUM ZAHIR tanda2 besar perempuan jadi pemimpin aje. Kalau ada pun, behind the scene aje.
MACAM LER SAYA TAK TAHU. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman ni, seorg demi seorg ulama kembali kpdNya secara drastik (jumlah yg ramai).
Apa leh buat... Dia ambil utk lengkapkan jadualNya.
Huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abangcute at 6-10-2016 10:28 AM
Ada tak cerita si pendusta yg MASUK KE SYURGA di dalam hadis Qudsi?
Mesti ada kan kan kan? Korang semua ni, lelaki tu ke? Kalau bukan, tak yah fikir diri sendiri"maksum" ataupun pendusta yg diampunkan Allah. Angan2 mat jenin aje tu kan kan kan?
Kecik sangat dunia ilmu ni. Cumanya kita tak diberi kefahaman kerana JEM dihati. Hahahaaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ancaman pelampau agama
OLEH ASMA HANIM 
MAHMOOD AGAMA@UTUSAN.
COM.MY
| 11 November 2016 6:00 PM
GELARAN ‘pelampau’ kini bukan lagi eksklusif untuk kumpulan yang mentakrif Islam dalam konteks sempit bahkan terminologi itu turut merujuk kepada golongan memperjuang mentaliti liberal yang mahu meruntuhkan benteng agama.
Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan gajet pintar seolah-olah menjadi kunci emas kepada kedua-dua ‘ekstremis’ menerobos pemikiran ummah seantero dunia tanpa batas masa dan sempadan.
Melayari Internet dan media sosial seolah-olah berada di atas kapal yang dibadai laut ganas, bila-bila masa sahaja kapal akan karam jika nakhoda tidak pandai mengemudi.
Lantaran itu, kita dapat saksikan bagaimana insan bijak dan berpendidikan tinggi juga mudah dipengaruhi unsur negatif di media sosial yang memudaratkan diri bahkan sanggup mempertaruh nama agama dan membiarkan Islam dipandang jelek.
Kita menjadi tidak hairan lagi dengan tindakan bijak pandai yang berani menyanggah agama secara terang-terangan ataupun episod warga tempatan terlibat dengan militan yang menjahanamkan nama Islam sehingga mendapat tempat dalam laporan media antarabangsa.
Kisah bagaimana individu termasuk pelajar boleh terpengaruh hanya menerusi Facebook dengan kumpulan pengganas luar negara sehingga sanggup mengorbankan harta dan nyawa bukan lagi satu dongengan begitu juga cerita ‘gembira’ keluarga murtad yang mendapat sokongan yang bukan sedikit di media sosial.
Menyedari hakikat ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan kerjasama Pusat Islam dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan dan Alumni Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Seminar Isu-isu Akidah di Media Sosial Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.
Program itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Jaheaik, Dr. Hasnan Ramli mewakili Pengarahnya, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan disertai lebih 500 orang dengan tujuan utama memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya mahasiswa mengenai kepentingan menjaga kesucian akidah Islam dalam era serba canggih dan dunia tanpa sempadan.
Yang turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad; Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed dan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Madya Dr. Khalil Muammar A. Harris.
Mohammad Shukri membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, manakala Khalil Muammar pula membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Liberalisme.
Sementara itu, Mafauzy berkata, penganjuran seminar itu yang menyasarkan mahasiswa adalah tepat memandangkan mereka mewakili golongan muda yang merupakan pengguna media sosial paling aktif dan teramai.
Katanya, kajian menunjukkan kumpulan terbesar pengguna Internet di negara ini adalah golongan belia berumur antara 18 hingga 24 tahun iaitu 73 peratus, sekali gus menunjukkan medium itu sangat penting kepada kumpulan umur ini sehingga ada yang menjadi ketagih.
“Kita mahu jelaskan kepada masyarakat terutama pelajar IPT beragama Islam akan peranan mereka menjaga kesucian akidah serta membendung gejala negatif penyebaran maklumat palsu melalui media sosial.
“Keasyikan dengan media sosial bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi akademik dan produktiviti bahkan jika kurang ilmu akan mudah terjebak dengan pengaruh ajaran sesat, kumpulan anti-Islam dan pengganas yang cuba mempromosi ideologi mereka contohnya fahaman syiah, Islam liberal dan militan Daesh yang disebar ke seluruh dunia.
“Mahasiswa seharusnya bijak menggunakan media sosial, gunakan sebaik-baiknya peluang di universiti untuk meraih ilmu bukan sahaja ilmu akademik untuk kemajuan negara tetapi juga ilmu agama supaya dapat menjadi benteng untuk diri dan umat Islam,” katanya.
- See more at: https://www.utusan.com.my/rencan ... thash.HrZLFFGq.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-11-2016 05:00 AM
Ilmu lawan puak liberal
OLEH ASMA HANIM 
MAHMOOD
AGAMA@UTUSAN.
COM.MY | 11 November 2016 6:00 PM
ANTARA gaya pemikiran mendominasi media sosial pada masa ini ialah golongan liberal berkiblatkan Barat yang sama ada sengaja atau tidak, seringkali cuba mengelirukan masyarakat Islam dengan hujah kelihatan bernas tetapi bertentangan dengan agama.
Contohnya kewajipan menutup aurat atau menunaikan solat sering diperkotak-katik malahan ada puak liberal yang mengaku Muslim dengan berani mendakwa mereka mempunyai hak untuk mentafsir al-Quran mengikut logik akal mereka.
Menyentuh perkara ini, Prof. Madya Dr. Khalil Muammar A. Harris berkata, golongan liberal terutama di media sosial hanya boleh mengelirukan orang Islam sekiranya orang Islam itu sendiri jahil dan tidak mementingkan ilmu.
“Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 2006 memutuskan aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
“Namun fatwa hanyalah satu mekanisme menghalang penyebaran fahaman ini, namun benteng sebenar terletak kepada individu Muslim itu sendiri, jika pertahanan rapuh maka mudahlah fahaman asing meresap masuk,” katanya.
Tambah Khalil Muammar, fahaman liberalisme lahir pada kurun ke-17 hasil daripada tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama 1,000 tahun, namun kemudiannya berkembang menjadi cara hidup dan kepercayaan yang berlawanan dengan agama.
Menurutnya, liberalisme adalah suatu kepercayaan, falsafah hidup dan gerakan yang meletakkan idea kebebasan sebagai prinsip tertinggi dalam usaha membebaskan manusia daripada sebarang kawalan moral dan menggantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu serta masyarakat.
Beliau berkata, sejak awal abad ke-20, ramai cendekiawan Muslim berfikiran sekular dan liberal giat mempromosikan idea serta nilai Barat kerana didorong rasa rendah diri akibat kemunduran yang mencengkam dunia Islam.
“Kita tidak menafikan adanya kebaikan pada idea-idea yang dinyatakan tokoh liberal seperti John Locke dan John Jacques Rousseau yang memperjuang kuasa pemerintahan terbatas, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan di Barat.
“Begitu juga idea diketengahkan Hobhouse dan Green mengenai tanggungjawab sosial dan negara berkebajikan.
“Namun sebagai orang Islam yang mengkaji sejarah Islam dan Barat, sewajarnya kita tahu bahawa idea-idea seperti ini bukanlah baharu kerana ilmuwan Islam seperti al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibnu Khaldun telah membicarakannya dalam karya-karya mereka,” katanya.
Tambahnya, liberalisme diterima masyarakat Kristian di Barat kerana mereka tiada pilihan melainkan tunduk kepada arus kuat aliran tersebut selain kelemahan agama mereka dan kegagalan gereja memimpin masyarakat ke arah kemajuan tetapi Islam tidak begitu.
Hakikatnya, kata Khalil Muammar, Islam yang membawa cahaya peradaban kepada kegelapan tamadun manusia termasuk di Tanah Melayu yang mula menjadi hebat setelah kedatangan Islam ke sini.
Merombak syariah kerana didakwa sebagai produk ulama ratusan tahun selepas wafat Rasulullah SAW.
LIBERALISME
Lahir pada kurun ke-17 hasil tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme, teokrasi masyarakat Barat.
Diterima masyarakat Barat kerana tiada pilihan selain kelemahan agama Kristian, gereja memimpin masyarakat ke arah kemajuan.
Suatu kepercayaan, falsafah hidup, gerakan meletakkan idea kebebasan sebagai prinsip tertinggi.
Berkembang menjadi cara hidup, kepercayaan berlawanan dengan agama.
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia memutuskannya sebagai sesat.
Ciri Muslim Liberal- Berfikiran sekular, liberal kerana didorong rasa rendah diri akibat kemunduran dunia Islam.
- Mentafsirkan
 semula Islam mengikut kaedah baharu 
agar bersesuaian dengan faham liberalisme.
- Mendakwa mempunyai hak mentafsir al-Quran mengikut logik akal.
- Mendokong hak kebebasan bersuara, hak asasi manusia dengan tafsiran sekular, seperti kelompok LGBT, sesat diberi hak sama rata.
- Menyamaratakan semua agama agar umat Islam turut mengakui kebenaran agama lain.
- Mempertikai keutuhan 
al-Quran sebagai wahyu Allah.
- See more at: https://www.utusan.com.my/rencan ... thash.7G9EDl65.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Mendepani fitnah liberalisme ekstrem
13 Disember 2016 6:00 PM
1 1 Google +1
UMAT Islam jangan hanya menang sorak dalam alam maya, tetapi menggadai prinsip kebenaran atas nama liberalisme. - GAMBAR HIASAN
PENELITIAN di media sosial kebelakangan ini amat membimbangkan. Komen-komen dan pendapat fahaman liberalisme ekstrem tersebar luas dalam facebook, twitter, blog, laman sesawang dan sebagainya. Lebih memeranjatkan, segelintir tokoh beragama Islam turut menyatakan pandangan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini.
Hari ini, fahaman liberal ekstrem seolah-olah mutlak, bercakap tentang ‘freedom of press’ dan ‘freedom of speech’ berlandaskan idea kebebasan tanpa batasan akhlak, sempadan undang-undang dan peraturan. Mereka menyuarakan persamaan agama, hak lelaki dan wanita di samping mempromosikan demokrasi dan kebebasan. Pandangan sebegini merupakan fitnah kepada agama Islam.
Pengguna media sosial kebanyakannya generasi muda perlu diberi kesedaran untuk bertanggungjawab menerima, menilai serta perlu tabayyun memeriksa kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ANTARA PANDANGAN LIBERAL EKSTREM DI MEDIA SOSIAL : |
|
|
|
|
|
|
|
i. Meragui al-Quran dan Sunah: Seorang penulis yang dikenali memuat naik status dalam akaun facebook: “Islam yang saya percaya membebaskan manusia untuk memilih apa jua kepercayaan yang ingin dianuti, al-Quran sendiri memesan bahawa (mafhum) jika Allah mahu seluruh penduduk di langit dan di bumi beriman, siapakah yang mahu menghalangnya? Tetapi Allah telah memberikan pilihan (free choice, bukan free will) kepada manusia itu sendiri, sama ada untuk menjadi kafir atau beriman, memilih untuk syurga atau neraka”. Terdapat pandangan daripada penulis lain yang menyatakan perlu penilaian semula terhadap hadis, ia bercanggah dengan sains, sejarah dan akal malahan mempertikaikan hadis-hadis yang diriyawatkan oleh para sahabat. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.Ihv3B7Ku.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
ii. Mempersoalkan akidah: Terdapat status twitter : “Aku pun tak faham kenapa orang kita nak bising sangat perihal Melayu yang nak murtad, aku tak cakap pasal kebebasan tengah hari buta ini. Bagi aku syurga bukan untuk Melayu sahaja, kalau Melayu nak masuk neraka sangat buat apa kita nak halang? Kalau semua orang nak masuk syurga, neraka nanti nak bakar siapa? Rugi sahaja Allah cipta neraka, tapi tak ada apa-apa untuk dibakar.” - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.Ihv3B7Ku.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
iii. Pandangan mengelirukan: Beberapa status mengelirukan di twitter antaranya: “Berkenaan babi, siapa yang cipta babi? Tuhan atau manusia? Kau yang ciptakan, pastu kau haramkan, orang dekati apa yang kau ciptakan.” “Berkenaan seks bebas pula, yang menciptakan rangsangan-rangsangan semua ini Tuhan juga. Kalau tak nak orang buat seks bebas tak payahlah cipta manusia. Nak buat apa?” “Saya tidak kisah pemimpin saya LGBT, tak ada agama atau sosial, yang penting, dia jaga rakyat dan negara serta tidak salahguna kuasa.” “Dah tidak wajib solat jumaat zaman ini kiranya kita berimamkan imam yang reda dan kagum dengan kezaliman pemerintah.” - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.Ihv3B7Ku.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
iv. Pandangan tidak patuh syariah : l Sebuah kumpulan yang memperjuangkan isu hak asasi wanita mengeluarkan pandangan:
“Faith by compulsion may lead to hypocrisy” dan “Islam is not a one way street.”
v. Mempersoal institusi ulama: l Terdapat pandangan:
“Ulama sebagai para saintis seperti yang ditakrifkan dalam al-Quran dan sebagai satu kasta paderi.” - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.Ihv3B7Ku.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
| |
|