CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8028|Reply: 37

Nasi lemak anak dara. betul-betul dara...

[Copy link]
Post time 27-8-2016 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 27-8-2016 03:11 PM

bertabah la biy



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulilah saya dapat order 100 bungkus nasi lemak anak dara untuk pagi ini (semalam). Tetapi hamba Allah ini bagi amanah kepada saya untuk sedekahkan kepada sesiapa yang singgah di gerai saya pagi tadi.

"Terima kasih tuan, moga makin murah rezeki tuan,"

Hanya dalam masa 50 minit, licin semua jualan. Alhamdulillah, rezeki Allah. Mesti ramai yang nak tahu kisah hidup saya dan macam mana saya boleh buka gerai nasi lemak anak dara kan?

Okay, sebelum itu saya ceritakan latar belakang saya dulu. Nama penuh saya, Siti Hajjar binti Ahmad, berusia 24 tahun, anak ketiga dari lima beradik. Tinggal di Sungai Petani, Kedah. Saya degree, fresh graduate Electronic Engineering (Medical Electronic) dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan inshaAllah Oktober ini saya akan konvo dengan beralaskan CGPA 3.33.

Saya sebenarnya baru merantau dan tinggal di Shah Alam sudah hampir 3 minggu. Alasan saya tinggal di sini sebab selalu dapat interview dan bagi saya lebih elok saya menetap di sini terus. Alhamdulillah selepas saya membuat keputusan itu, saya terus mendapat tawaran kerja sebagai Cost & Design Engineer di Subang Jaya, tetapi akan mula bertugas pada bulan September kelak.

Saya sebenarnya langsung tidak merancang untuk berniaga. Tiba-tiba ilham datang untuk buka gerai nasi lemak. Lagipun hobi saya memasak, jadi lebih baik saya gunakan kelebihan saya itu daripada membazir masa dengan benda yang tidak berfaedah. Bagi saya, berniaga ini sangat enjoy dan salah satu sunnah Nabi. 90% pintu rezeki itu adalah daripada perniagaan.

Saya datang ke Shah Alam ini memang tak bawa apa-apa dari Kedah. Tetapi kain baju itu semua bawalah. Hehe! Dengan berbekalkan semangat yang ada, saya cuba berdikari untuk mencari rezeki sendiri. Bagi saya, saya sudah mampu untuk menguruskan soal diri sendiri tanpa menyusahkan mak atau keluarga saya. Saya akan bangga kalau dapat menunaikan permintaan arwah ayah saya untuk tengok saya berjaya.

Tentang mak saya, memanglah dia risau saya datang ke sini sebab saya anak perempuan, macam-macam boleh terjadi. Tetapi inshaAllah atas berkat doa seorang ibu, saya akan berjaya juga satu hari nanti. Terima kasih mak.

Kata Datang Bawa Pakaian Saja, Mana Datang Modal Berniaga?

Okay, mesti korang pelik bagaimana saya dapat modal sebab tadi kata datang ke Shah Alam tak bawa apa-apa kan? Saya memang ada bisnes brand shawl saya sendiri, Qaseh Stalista. Tetapi saya saya simpan duit dari bisnes shawl saya itu untuk bisnes baru. Saya dapat modal buka gerai nasi lemak anak dara pun dari teman rapat saya. Mujur dia boleh tolong saya bagi modal.

Asal Kedah, Tetapi Kenapa 'Promote' Nasi Lemak Dalam Bahasa Kelantan?

Korang tak pelik ke macam mana saya boleh tulis bahasa Kelantan "Nasi Murah, Hargo Pecoh Palo!"? Sebabnyo kawe meme fasih kelate. Hok mano ore kelate tu, boleh jah nak kecek kelate ng kawe. Kawe pehe belako demo oyak. Haha! Lagi satu, ore kelate banyak nego sebab tu kawe suka juga.

Okay, selepas itu saya pun mulalah beri barang semua. 100% saya buat semuanya sendiri termasuklah memasak. Berbekalkan ilmu memasak yang saya belajar dari mak, saya masak semuanya sendiri.

Saya sebenarnya berniaga di tepi simpang ini pun seorang diri. Adakalanya kawan-kawan datang temankan. Masuk hari ini merupakan hari keempat saya berniaga. Sepanjang saya berniaga, memang tak cukup tidur sebab nak siapkan semua makanan. Tetapi disebabkan customer kesayangan semua, saya sanggup korbankan utnuk memuaskan hati customer. Saya paling suka bila orang suka makan masakan saya. InshaAllah saya akan sentiasa memperbaiki skill saya.

Selesai berniaga nasi lemak itu, saya terus kemas barang dan balik ke rumah di tingkat paling atas, flat PKNS. Tetapi jangan risau, inshaAllah saya kuat dari segi mental dan fizikal. Nampak saja kecil dan lembut, tak semestinya tak boleh buat kerja berat seperti itu. Saya rasa semua orang boleh buat, nak atau tak nak saja kan.

Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu berjaya, anda perlu berusaha. Jangan hiraukan apa yang orang cakap tentang kita asalkan apa yang kita buat itu di bawah keredhaan Allah.

Bisnes Sekejap Atau Berterusan?

InshaAllah akan berterusan sampai bila-bila sebab saya ada perancangan nak buka kedai sendiri. Jadi selepas ini korang bolehlah rasa dan terus makan di kedai nasi lemak anak dara itu terus. Tetapi inshaAllah bila saya dah cukup modal nanti, saya akan buka dan maklumkan kepada korang.

Bagaimana Dengan Tawaran Di Subang Jaya?

InshaAllah dalam proses buat solat istikharah untuk meminta petunjuk yang mana sesuai. Tetapi jangan risau, nasi lemak anak dara sentiasa ada setiap hari, cuma akan tutup bila cuti sahaja. Kalau gerai saya tutup, saya akan informkan di Facebook saya ya.

Setakat ini sajalah kisah hidup saya sebagai gadis penjual nasi lemak anak dara. Harap dapat menjadi sumber inspirasi untuk mereka yang lain untuk terus berjaya. Tiada dalam dunia ini semua kerja senang, asalkan kita usaha dan terus berusaha sampai berjya. Yang penting doa, doa senjata umat Islam sebab Allah yang beri kita rezeki dan kawal semua yang kita buat. - Siti Hajjar Ahmad | PIXEL MEDIA




Blok 2, Jalan Plumbum 7/95,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor.
(Berdekatan simpang besar sebelum masuk ke blok)
Waktu operasi: 7.30pg (setiap hari)
Whatsapp untuk tempahan: 013-2382xxx (nombor penuh tak ditertera bagi mengelakkan set-set RED dan batang tua kecik 30saat, hanya untuk tempahan!)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada orang mintak duit perlindungan sila report polis ye dik macam drama gerak khas smalam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 03:06 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 27-8-2016 03:00 PM
Nanti ada orang mintak duit perlindungan sila report polis ye dik macam drama gerak khas smalam.

Tak apa, nanti Abam Spidey akan melindungi gadis comel ini jika ada orang jahat kacau dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp rege murah?kt smpang sec7 sebelah kfc tu sebungkus mau 5-6 ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 27-8-2016 03:34 PM
Knp rege murah?kt smpang sec7 sebelah kfc tu sebungkus mau 5-6 ringgit

Murah sbb anak dara masih takde pengalaman  
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:45 PM | Show all posts
sweetnya awak, nasiblah jauh nk beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2016 05:48 PM | Show all posts
cantiknya.. mungil...

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Naif muka adik ni..kt sec7 tu ramai boya memalam angkut students uitm subuh bru htr blik umah sewa.yg students lak nk cari duit lebih phm2 la.nti nk g kls sarung la tudung balik.semoga adik ni dimurahkn rezeki di jauhkan set2 kawan tak elok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 06:39 PM | Show all posts
sweet muka dia......semoga bisness nasi lemak dia semakin maju.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 09:03 PM | Show all posts
Tunang dia meroyan di setiap komen FB minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 27-8-2016 09:03 PM
Tunang dia meroyan di setiap komen FB minah ni

Manaaaa?? Tepek pls..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 11:05 PM | Show all posts
Ni dah mohon lesen belum ni kang tak pasal2 kena angkut dengan orang perbandaran lak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
@juliez ni marketing ploy ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 01:39 AM | Show all posts
Semoga maju jaya untuk sis ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni pandai marketing..muka pn kiut..tp salute la..bkn sng nak cari anak dara pandai masak zaman skng..pandai melantak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 04:24 PM | Show all posts
perlu ke nk letak nama mcm tu? aduhai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 05:44 PM | Show all posts
chinta89 replied at 28-8-2016 04:24 PM
perlu ke nk letak nama mcm tu? aduhai...

ala...tu kan marketing strategi.
bile nama pelik sikit baru lah boleh viral.....

tak sepelik nama kedai anak normah damanhuri tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 09:17 AM | Show all posts
dah viral ni, adalah nanti datuk dato nak jadi kan no 2, 3, 4 ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 09:26 AM | Show all posts
Moga berjaya dik!

Ai baru discover, nasi lemak feveret yg baru:

Nasi Lemak Saleha
Kg Pandan, KL.

Unbelievable.. kualiti & authentic!!

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 05:58 PM | Show all posts
aku.semut.merah replied at 27-8-2016 09:03 PM
Tunang dia meroyan di setiap komen FB minah ni

Sape nama tunang die??? Rajin selfie
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.347400 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list