CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 6

sifat Al - Halim...

[Copy link]
Post time 21-8-2016 06:30 AM | Show all posts |Read mode
Allah sengaja tangguh azab
SUSUNAN MOHD. SHAH 
CHE AHMAD  |  20 Ogos 2016 6:13 PM


0 0 Google +0





























REALITI yang berlaku kini, perbuatan maksiat tidak lagi dapat lari daripada berlaku di depan mata. Bukan sahaja di negara bukan Islam, malah majoriti penduduk umat Islam juga dilihat melakukan pelbagai amalan menyalahi perintah agama secara terbuka, langsung tanpa rasa bersalah, seakan-akan telah sebati dalam diri.

Pensyarah Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Afrika Selatan, Sulaiman Moola berkata, Allah SWT boleh memberi balasan secara terus atau menurunkan azab kepada pelaku maksiat pada bila-bila masa sahaja, namun sengaja menangguhkannya.


Ini tambahnya, kerana sifat Halim yang ditunjukkan oleh Allah iaitu bermaksud Maha Penyantun atau Lemah Lembut kepada seluruh manusia dan makhluk lain tidak berdosa di muka bumi.
“Manusia menyekutukan Allah, tanpa rasa bersalah dan takut melakukan maksiat seakan-akan mencabar Allah. Bukan baharu, tetapi sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, orang kafir sentiasa mencabar baginda untuk menunjukkan azab Allah sebagai bukti kenabian.


“Diceritakan, Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang kafir: “Jika benar engkau seorang nabi, tuhan kamu (Allah) sudah tentu akan mengazab kami kerana sering menghina kamu. Sebaliknya, tetapi tiada apa yang berlaku atau bencana menimpa kami? Jika tuhan kamu tidak suka dengan apa yang kami lakukan, sudah tentu Dia akan mencegah kami, kenapa tidak?
“Lalu Rasulullah SAW menjawab, “kamu semua telah melakukan dosa, tetapi Allah juga mempunyai ‘tetamu’, kerana itu Allah tidak menghancurkan kamu,” katanya dalam satu ceramah terbuka.

soalan saya : ada ke sesiapa boleh bagi hurainan lengkap tentang pernyataan di atas?




Dilahirkan pada 1975, Sulaiman mendapat didikan agama sejak kecil. Pada usia 14 tahun, beliau telah menghafal seluruh al-Quran sebelum melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam termasuk ilmu Tafsir, Hadis, Akidah, Fikah dan Bahasa Arab.
Mendapat tajaan daripada organisasi Muslim World and the West, Sulaiman turut aktif menyebarkan dakwah ke seluruh dunia termasuk di Asia Barat, Afrika, Asia Tenggara dan negara-negara Barat.


Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, ulama mentafsirkan ‘tetamu’ Allah dimaksudkan adalah bayi masih menyusu, anak-anak kecil dan segala makhluk lain yang terdapat di bumi termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan di laut.

“Allah mampu menurunkan azab, menghukum dan menghancurkan pada bila-bila sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, tetapi Allah menahan diri-Nya dan sengaja membiarkan. Ini bagi menyantuni makhluk lain yang tidak berdosa.
“Seorang ulama pernah berkata, “ketika gempa bumi terjadi, sesungguhnya ia adalah ketentuan Allah, bukan kerana bumi terlepas daripada kendalian-Nya. Jangankan manusia, jumlah semut yang akan mati dalam gempa bumi itu pun sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah,” jelasnya.


Beliau berkata, bencana banjir besar atau tsunami melanda Banda Aceh yang mengorbankan nyawa dan harta benda sehingga menjadi padang jarak padang tekukur perlu dijadikan iktibar tentang dahsyatnya kekuasaan Allah.
“Ketika itu, saya berada di Kanada sebelum berangkat ke Amsterdam pada esoknya. Saya membaca akhbar dan mendapati kejadian bencana itu menjadi fokus utama hampir kesemua agensi berita seluruh dunia.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah artikel mengenai seorang wanita yang berkata, “Tuhan, kami tidak berbuat salah kepada-Mu, mengapa Kau menurunkan bencana ini kepada kami? Dalam kejadian itu, bukan sahaja manusia, tetapi semua makhluk di sana musnah dan terkorban.


“Setiap hari manusia melakukan maksiat tetapi Allah masih memberikan mereka rezeki, kesihatan dan menganugerahkan pelbagai nikmat lain. Ini bagi memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat dan insaf daripada dosa yang dilakukan,” ujarnya.


Sulaiman berkata, ia sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Jika Allah menghukum manusia kerana kezaliman, nescaya tidak akan ditinggalkan satu pun kehidupan di bumi, tetapi Allah menangguhkan sehingga sampai waktu yang ditentukan,” (an-Nahlu :61)







- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.hBdn5TvU.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2016 06:32 AM | Show all posts
adeke sumber pernyataan di atas?

nilah kalau tak ada rujukan bebenda macam ni susah nak rujuk...tapi  menarik untuk difikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 08:37 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 21-8-2016 08:52 AM

aku telah di bukakan apa sebenarnya agama, siapa yang cipta agama.

kamulah(penduduk tanah melayu) makhluk yg paling jahat di alam semesta yg pernah di ciptakan.

kamu telah melakukan kezaliman terhadap Allah dengan satu kezaliman yg tak pernah di lakukan oleh mana-mana makhluk sejak penciptaan alam, tapi kamu anggap  diri mu adalah makhluk terbaik.
padahal yg paling buruk di alam semesta.
tidak kenal Allah tidak boleh di jadikan alasan untuk melakukan kezaliman terhadap Allah, kerana makhluk-makhluk lain pun tak kenal Allah tapi mereka tidak lakukan kezaliman terhadap Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 21-8-2016 09:54 AM

159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknat. [Surah Al-Baqarah]

160. kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. [Surah Al-Baqarah]

161. Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya. [Surah Al-Baqarah]


162. Mereka kekal di dalam laknat itu; tidak akan diringankan siksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh. [Surah Al-Baqarah]

Bila seseorg hamba mula mendustakan Alquran, Allah SEPANTASNYA menghantar ujian yg datang dariNya menjelaskan kebenaran dari sisiNya itu TIDAK BOLEH DIDUSTAKAN (samaada berpura2 beriman ataupun mengaku beriman).

Saya nasihatkan, kpd sesiapa yg pernah berkata Alquran itu tidak benar (pada makna bahasa arabnya atau tafsirnya), maka bila ditimpakan kebenaran (ujian itu), ketahuilah Allah Maha Penyantun Lagi Maha Pengasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 21-8-2016 08:37 AM
aku telah di bukakan apa sebenarnya agama, siapa yang cipta agama.

kamulah(penduduk tanah melayu) ...

Kata2 kamu tidak menyandarkan tiap sesuatu itu ditentukan oleh Allah.

Kata2 iblis sahaja yg mengajar manusia menyandar sesuatu mengikut hawa nafsu dan bukan pula petunjuk Allah.

Berhati2 dgn bisikkan yg kamu zahirkan itu. Kerana bisikkan itu dari syaitan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 21-8-2016 06:32 AM
adeke sumber pernyataan di atas?

nilah kalau tak ada rujukan bebenda macam ni susah nak rujuk...t ...

Iblis pernah berkata "dirinya lebih baik dari Adam a.s". Yang kamu nyatakan itu SAMA SEPERTI yang dirakamkan di dalam Alquran.

Melabel/menghukum itu hak Allah. Pelihara hak Allah, Insya'allah Dia pelihara kita dihari akhirat kelak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 21-8-2016 08:37 AM
aku telah di bukakan apa sebenarnya agama, siapa yang cipta agama.

kamulah(penduduk tanah melayu) ...

Apa yg kamu nyatakan MENYALAHI dalil dari Allah pada ayatul kursi. Tafsir :

255. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [Surah Al-Baqarah]

Segala syafaat ketika kita berada di dunia atau akhirat itu milik Allah. Urusan batin seseorg BUKAN HAK KITA menghukumkan. Ianya hak Allah ketika dizahirkan oleh petunjuk makhluk dan petunjuk Allah.

Hindarkan melabel/menghukum makhluk sewenang2nya. Ianya perbuatan FASIK.

Jika mahu dalilnya, saya boleh sertakan disini. Apa cerita pun, kamu dari kalangan mereka2 yg menzalimi diri sendiri dan org lain TANPA DISEDARI.

Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042267 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list