View: 20258|Reply: 103
|
JANGAN MATIKAN LAMPU TIDUR
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum..
Aku Nonis(nama samaran). Aku silent reader pagi ni sejak beberapa bulan lalu.
Macam2 kisah aku baca sampai addicted nak teruskan baca even waktu kerja curi2 baca huhu (sorry bos).
Semua gara2 pos
Dari kecil, aku ada masalah tidur malam hingga sekarang. Aku akan ambil masa lama untuk tidur,
senang terjaga dan biasanya akan terjaga sekitar jam 2 atau 3 pagi ke atas,
2 atau 3 kali satu malam. Dan kelemahan aku adalah tidur gelap KECUALI ada teman, itupun perlu ada sumber cahaya, bukan gelap 100%.
Aku bukanlah ade kelebihan melihat benda2 ghaib, bukan.. kalau boleh aku tak ingin walau sekali pun.
Tapi , aku pernah alami beberapa perkara misteri yang aku sendiri tak pasti puncanya.
Tapi, aku nak kongsikan satu cerita yang masih segar sampai sekarang dalam ingatan aku dan punca sampai
sekarang aku masih tak gemar tidur gelap berseorangan. Cerita yang aku sampaikan ini cerita benar 99%
(lagi 1% sebab aku ingat2 lupa nama watak jadi aku letak nama samaran sebagai mengidupkan watak )
dan aku bukan halusinasi atau separa sedar atau mengalami masalah mental. Tetapi penceritaan aku olah dalam bentuk plot
supaya lebih dramatik dan korang dapat bayangkan secara virtual.
Kejadian berlaku sekitar tahun 2010, waktu aku tahun 1 di IPTA pantai timur.
1 - CAMPING DAN MENDAKI
Hari ini tempat menunggu bas dikerumuni pelajar tahun 1 seawal jam 7.00 pagi. Kebiasaannya, pelajar
tahun 1 akan mengambil subjet KOKU 1, iaitu pelajar perlu menjalani aktiviti seperti berkhemah dan memanjat
gunung selama 2 hari 1 malam. Aku macam selalu, dari sekolah aku sangat suka aktiviti berkhemah dan aktiviti hutan
sebab aku sangat suka suasana hutan, penuh dengan pokok dan aku dapat cabar kekentalan diri aku yang acah2 kental ni hehe.
Cuma biasalah,bila sebut perkhemahan aktiviti wajib yang selalu ade Night Walk atau orang panggil burung hantu.
Jalan malam2 seorang atau kumpulan. Kalau membayangkan suasanya memang rasa cuak2 sikit, tapi nak buat macam mana, itu salah
satu pengalaman berharga boleh kongsi dengan anak cucu bila tua nanti kan hehe
Kami sampai tempat yang dituju kira2 hampir jam 11 pagi. Kawasan yang sangat jauh di pendalaman, gunung ganang terbentang
luas di kiri kanan, jalan yang sunyi tanpa hiruk pikuk kenderaan. Kami diberi taklimat dan penerangan tentatif program
untuk dua hari aktiviti oleh komando yg aku gelarkan sebagai cik A, orang yang sangat pakar dan berpengalaman tentang selok belok hutan .
Kelihatan masing2 teruja, ada yang tak sabar, yang masam kerana terpaksa datang, yang lapar sebab
belum makan tengahari. Aku pulak rasa berdebar2. Entah kenapa, perkhemahan kali ini terasa lain, tak seperti yang sebelum2 ini.
Tapi, aku cakap pada diri sendiri, tak lama pun esok da habis da boleh balik, hari ini akan berlalu jugak jangan fikir jangan fikir.
Petang itu selepas zohor, aktiviti pertama bermula dengan mendaki gunung. Di puncak gunung, kami diberitahu kita tak akan
terus turun tapi akan terus mendaki ke gunung yang bersambung bersebalahan nya dan akan berhenti rehat di puncak, dan dalam jam 5 lebih
kita dijangka turun menamatkan pendakian. Kali pertama aku mendaki gunung ni, ya Allah curamnya hanya tuhan tahu, mengerah tenaga
sehabis mungkin untuk panjat gunung yang berbatu2.Di kanannya batuan2 keras, di kirinya juram yang entah dalam mana dasarnya,
dalam hati rasa bengang juga dipaksa mendaki gunung yang extreme bagi aku ini, tetapi inilah pengalaman. Kalau bukan sekarang,
entah bila akan merasa.Bunyi unggas hutan dan bauan hutan yang nyaman amat menenangkan dan lama aku tunggu2 saat begini,
rasa rindu akan bauan udara hutan yang nyaman dan segar.
Pendakian kami berjalan lancar dan kami selamat turun dengan jayanya menjelang lanjut senja.Akhirnya, kaki yang sedari tadi
lenguh seakan beberapa skru hampir tercabut, serasa ketat semula apabila menjejakkan kaki ke jalanraya. fuhhhh.
Namun dalam hati rasa berdebar2 tadi masih belum reda entah kenapa. Resahnya memikirkan aktiviti night walk malam ini walaupun
pergerakan akan berjalan secara berkumpulan.
Jam 9.00 malam usai solat isyak dan makan malam, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan aku 8 @ 9 orang semuanya(anggaran),
perempuan dan aku terpisah dengan kawan baikku, aku gelarkan sebagai Di. Aku tak berapa mengenali kesemuanya, kerana berlainan kos.
Kami sepakat melantik Milah (bukan nama sebenar) sebagai ketua kumpulan, sebab gayanya yang agak lantang bersuara dan agresif sifatnya.
Milah terima dengan gembira, dan tak sabar untuk lead kumpulan kami untuk aktiviti malam ni. Aku membayangkan, mesti jalan ramai2
pegang tangan, tutup mata dengan kain, lepas itu dibawa oleh fasi ke tempat gelap, dan dilepaskan dalam track yang bertali dan ikut tali
hingga ke tempat tamat. Wahh, senangla macam tu, mata tutup tak nampak, kiri kanan mesti ade fasi yang tengok tapi acah2 kacau
untuk takut2 kan. Alah, da tau dah..camping sebelum ini pun pernah macam ini. Riaknya aku dalam hati sendiri berkata2.
Jadi, lebih kurang jam 12.30, kumpulan yang sebanyak 10 kumpulan (anggaran) berkumpul di tapak perhimpunan untuk diberi taklimat dan dilepaskan.
Aku macam biasa, setiap kali night walk, akan bersedia dengan yassin kecil dalam poket seluar sebagai penguat diri sendiri. Menjadi
amalan aku setiap kali camping untuk aktiviti night walk. Rasa berdebar2 makin menjadi2, tapi aku masih berlagak cool acah2 berani.
Entah kenapa aku rasa sangat berat hati dan lain macam aktiviti kali ini, tapi aku diamkan. Malas melayan perasaan sendiri.
"okey dengar sini semua, sebelum kita mulakan aktiviti kita malam ini, setiap kumpulan akan berjalan dalam kumpulan masing2 dalam keadaan
berbaris. Kumpulan akan dilepaskan setiap setengah jam, jadi kamu tak akan bertembung dengan kumpulan lain. Setiap kumpulan, saya
akan bagi satu peta, dan satu lampu picit sebab keadaan dalam hutan sangat2 gelap. Memang gelap. Jadi kamu pakat2lah dengan kumpulan kamu
siapa yang nak pegang peta siapa yang nak pegang lampu picit. Kita akan berkumpul di check point rumah Osama, di situ kamu akan cari
barang rahsia. Kumpulan mana yang tak jumpa barang rahsia sampai jam 5.30 pagi , markah akan dimerit dan ada denda." Panjang dan padat
penerangan dari cik A.
" Lagi satu, hati2. pastikan kamu bergerak dalam kumpulan, kamu akan jumpa lombong bijih timah lama yang ditinggalkan. Pastikan kamu jaga
keselematan antara satu sama lain. Kalau kamu betul2 ikut peta, selamat lah kamu sampai ke chek point.Kalau sesat saya tak tanggung,
pandai2 kamu lah." Sambungnya lagi.
jantung aku berdebar lebih laju dari tadi.Kalau cek blood pressure mahu infiniti bacaan meter huhu.
soalan2 mula bermain dalam fikiran aku satu per satu. Peta? Lampu Suluh ? Lombong bijih timah? Tak tutup mata? Satu je lampu suluh?
" Milah, kau kan ketua, kau duduk la depan sekali pegang lampu suluh dengan peta". Tempelak Aina (bukn nama sebenar).
"Eh kenapa pulak aku, aku tak nak duduk depan sekali aku tak nak, please aku tak nak, tolonglah.. " rayu Milah seakan nak menangis.
Aku yang dari tadi hanya diam membatu, dan melihat kumpulan pertama dilepaskan, akhirnya bersuara.
"aku volunteer duduk depan pegang lampu suluh."
Bersambung...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hoyehhhh ada cerita baru!! Sila teruskan TT... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. terima kasih sudi baca hatikudus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nonis at 16-8-2016 05:20 PM
Bersambung..... (part 2 : POKOK TUMBANG DAN GADIS MISTERI )
"aku volunteer duduk depan pegang lampu suluh." Konfiden sungguh aku bersuara. "okey, kau depan aku duduk belakang kau pegang peta." Milah memberi kata putus. Aku setuju, begitu juga yang lain. Aku bukanlah berani jadi kepala kepada yang lain di hadapan, iyelah,aku yang akan menyuluh jalan dan aku orang pertama yang akan nampak apa saja di hadapan. Siapa yang mahu nampak perkara2 tak diingini lebih2 lagi dalam hutan tebal dan gelap? tetapi, siapa lebih rela duduk di belakang sekali tanpa ada orang lain di belakang, tiba2 ada makhluk lain turut serta di belakang dalam keadaan gelap dan menyeramkan? aku memang tak rela! Lebih baik aku duduk di hadapan, aku ada kelebihan pegang lampu suluh dan ramai orang di belakang. huh, acah2 berani sungguh aku ni, bisik aku dalam hati.
Sambil menunggu satu-satu kumpulan dilepaskan, kami duduk dan berbincang tentang haluan berdasarkan peta. Laluan permulaan setiap kumpulan akan melalui jalan hutan sedikit dan akan menemui jalan raya berlampu, di mana disitu membawa kami ke track hutan. Mengikut peta, kami akan melalui jalan hutan dan akan keluar ke jalanraya lapang, terdapat bangunan2 yang kami tak pasti detailnya dan tak jauh dari situ adalah checkpoint yang kami perlu pergi iaitu Rumah Osama. Berdebarnya hati ya tuhan. Akhirnya, kumpulan kami dilepaskan lebih kurang jam 3 pagi. Aku yang memandu arah di depan berlagak cool, sambil mententeramkan rakan2 lain kita perlu jalan bersama dan jangan lepaskan pegangan tangan walau ape pun terjadi. dan aku akan berhenti bila perlu untuk menyuluh ke belakang bagi memudahkan perjalanan yang lain.
Kami berjalan dengan tenang dan berhati-hati hingga sampai ke jalanraya. Alhamdulillah, terang. Lampu neon melimpahi jalanraya dan menerangi kami. Sempat juga kami bergelak tawa, bergurau senda bagi menghiburkan hati yang berdebar-debar. Al maklumlah, semua perempuan. Kenalah acah2 berani bagi memberanikan diri yang tak berapa berani. eh berapa banyak berani daa huhu
Milah kembali melihat peta. Kami semua berhenti dan meneliti peta, mencari track ke hutan seperti yang diberitahu. Tidak jauh dari tempat kami berdiri, kami sudah hampir dengan track ke hutan. Berdebar hati bukan kepalang seakan jantung ada di beberapa tempat bahagian badan dan semuanya tak berdenyut seirama.( Oh sungguh hiperbola nya)
Bermulalah pendakian kami melalui jalan hutan yang gelap, dengan lampu jalan yang semakin lama semakin jauh di belakang. Menandakan perjalanan kami sudah semakin ke dalam. Suasana hutan amat berbeza dengan waktu siang. Bunyi cengkerik dan unggas bersilih ganti berbunyi tanpa henti, desiran angin malam yang sejuk hingga ke tulang, gelap gelita tanpa satu cahaya langit dek terlindung pokok2 merimbun. yang dengar hanya derap kaki kami dan omelan2 rakan2. " korang, jangan laju2". "slow weh,slow ,belakang tak nampak". " kite kat manee ni.... ".."weh gelapnya... takutt". " Orang depan suluh belakang please." berbagai dialog terungkap. Aku yang menjadi pandu arah di hadapan berdasarkan peta oleh Milah, sesekali berhenti bagi menyuluh rakan2 di belakang dan juga sering update jika terdapat halangan di hadapan. "depan ni ada ranting besar, langkah besar taw!". " hati2 pokok ni ada duri jangan pegang".. "korang, ade lubang depan ni lompat taw!" masing2 bekerjasama dan bantu membantu.Alhamdulillah, semua terkawal dan berhati2.
Tiba-tiba, " korang, kejap. Ade pokok besar tumbang depan ni. Ade tali kuning belang hitam sekali ikat dekat pokok ni. Berhenti, tak boleh jalan!" Aku menguatkan suara supaya dengar hingga ke belakang. Ah sudah, besarnya pokok ni lebih besar dari pemeluk. Pokok apa ni? Macam mana nak lalu? Nak lompat tak lepas ni tinggi sangat. Okey, aku dapat idea. Kita lalu di bawak pokok ni dalam keadaan membongkok, memandangkan pokok ini tumbang condong, masih ade ruang laluan di bawah pokok yang tumbang. Aku beri lampu picit pada milah, untuk menyuluh aku melalui bawah pokok tumbang itu. alhamdulillah, aku berjaya melepasi pokok itu. Lampu suluh kini beralih tangan pada aku. Mereka semua menuggu giliran dan menghadap aku. Aku sahaja yang akan menghadap mereka memberi suluhan lampu pada mereka. aku pun memusingkan badan ku mahu menghadap rakan2 yang sedari tadi menunggu.
Sewaktu aku sedang bangun sambil tangan menyuluh, suluhan ku tertancap pada sesuatu yang aku risaukan selama ini.Jantung aku berdegup laju, darah seakan terpercik ke muka , terkejut yang amat sangat. Ya Allah, betul ke ape aku nampak ni... siapa dia ni???
Bersambung... (lunch break hehe)
|
|
|
|
|
|
|
|
Menarik. Penuh perincian.. Pat skit nonis. Kau lunch brpa kali ni. Hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa.....bersambung pulak, tengah2 klimaks
cecepat sambung ye |
|
|
|
|
|
|
|
best best. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nonis at 16-8-2016 05:20 PM
Kejap ye baru lepas mengarang, kena cover line sikit depan bos kekekeke.
Okey jom layan part 3..
Bersambung.... PART 3 : LOMBONG GELAP DAN RUMAH OSAMA
Ya Allah, betul ke ape aku nampak ni... siapa dia ni??? Aku tak hiraukan apa yang aku nampak tadi. Aku terus menyuluh rakan2ku supaya mereka dapat melepasi pokok tumbang itu dengan selamat, tidak sikit pun aku menjerit khuatir perkara tak diingini berlaku. Al maklumla, semua perempuan. Sorang takut, semua takut. Silap2 ada yang meracau dan hilang dalam hutan. Parah nanti. Aku tak hiraukan apa yang aku lihat tadi. Tapi, dari ekor mata masih tak berganjak lagi, perempuan berbaju putih berambut panjang menutupi muka, di sebelah kanan tak jauh dari pokok tumbang, menghadap tepat ke arah aku. Aku langsung tak hiraukan apa yang aku nampak, aku hanya teruskan menyuluh rakan2 ku. Cepatlah, cepatlah habis. Aku mengomel sendiri dalam hati. Aku terlupa akan yassin yang aku bawa dalam poket. Takut ya ampun sampai lupa. Dia masih lagi di situ, berdiri membatu menghadap aku.
Akhirnya, rakan aku yang terakhir berjaya melepasi pokok tumbang. Alhamdulillah, cepat2 aku berpusing dan teruskan perjalanan. Aku tak nak ingat perkara tadi dan aku tak nak tahu siapa. Dalam hati aku tak habis2 memarahi fasi jika itu salah satu muslihat mereka untuk takut2kan kami. Sungguh aku jahat berburuk sangka waktu itu. huhu
Akhirnya, kami dapat melepasi track hutan dengan selamat. Kami tiba di jalan raya dan cahaya lampu jalan terang melimpahi bumi. Leganya hati bukan kepalang. Kami teruskan perjalanan mencari Rumah Osama. Di kawasan itu, terdapat beberapa bangunan seakan kubah/kubu, berbentuk bulat, dinding putih, terdapat beberapa lubang seakan jalan masuk. Pelik , inikah rumah Osama yang dikatakn tadi? Kenapa tiada sesiapa sedangkan kumpulan sebelum2 ini akan menuju ke checkpoint sama? kami sesatkah? kami berjalan mengelilingi kawasan itu, meninjau2 ke dalam. Uish, kubu ke ni. Kenapa tak ada dasar, seperti ada lubang dalam hingga cahaya lampu suluh tidak sampai ke dasar. Dengan keadaan lubang di sekitar bangunan itu tidak berpagar atau berpalang, sesiapa yang tergelincir dari tebing ke laluan masuk ini boleh jatuh ke dalam lubang yang gelap ini. Hmmmm. Tiba-tiba, " woi! apa kamu buat dekat sini? kamu tahu tak ini lombong lama, kalau kamu jatuh dalam lubang tu tadi macam mana? Bahaya dekat sini dah pergi sana, jangan datang sini lagi!" kami ditempelak oleh seseorang yang kami tidak pasti siapa. Seorang lelaki berpakaian gelap, mungkin penjaga keselamatan di kawasan ini. Kami yang terpinga-pinga berlalu meneruskan pencarian Rumah Osama.
Akhirnya, kami berhenti pada sebuah rumah yang sangat usang. Disitu ramai kumpulan2 lain yang masih mencari barang rahsia yang diperlukan. Penuh, padat. Aku seakan tak percaya dengan keadaan rumah tersebut. Rumah tersebut adalah rumah sebuah seakan rumah banglo setingkat, besar, tetapi terbengkalai atau sudah tidak dihuni lama.Usang, sangat usang. Aku berjalan memasuki rumah, keadaan gelap. Hanya disuluhi lampu picit dari kumpulan2 lain. Keadaan bumbung yang bocor, syiling runtuh, lantai yang sudah pecah mozek dan simennya,. kolah air yang sudah kering kontang dipenuhi sampah dan daun kering. Dinding yang berlumut, tandas yang sudah pecah dan kotor, pintu yang sudah tidak bertutup,tingkap sudah tidak berkaca. Ya Allah, rumah apa ni? Rumah siapa ni? Barang apa nak cari dekat sini kenapa takde tempat lain? Bahaya, sungguh bahaya untuk aktiviti beramai2 seperti ini. Aku marah dan membentak di dalam hati, tapi pencarian perlu di lalkukan kerana jam hampir pukul 5.30 pagi. Kepala aku sangat pening, masih dibayangi perempuan tadi dan aku tertekan dengan keadaan rumah yang menyeramkan, ditambah pula dengan barang rahsia yang tak tahu rupanya masih belum jumpa2. Nak menjerit rasa di hati. Tertekan. Hinggalah jam 5.30 pagi, kami diarahkan berkumpul. Kumpulan aku tidak berjaya menjumpai, tetapi beberapa kumpulan berjaya menemui sesuatu barang berbentuk buluh yang di tanam di bawah pecahan2 simen dan mozek di latai rumah itu. Aku tak pasti apa isi di dalam buluh tersebut dan aku tak ingin mahu tahu. Yang aku tahu, aku tak sabar mahu balik ke khemah dan membersihkan diri.Aku sudah hilang tenaga dan aku terima saja apa denda atau markah yang bakal ditolak nanti.
Bersambung....
Aku rasa setakat ni dulu untuk petang ini, kalau sempat nanti petang2 sikit atau malam sambung insyaallah. Aku pening ni coding aku ade error yang degil tak jadi2 dah berapa hari da huhu.
Post yang ni baru panaskan badan dulu, belum masuk lagi gangguan2 dan salam perkenalan dari "dia" hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu sambungan esok..best cite tak sabar tggu update
|
|
|
|
|
|
|
|
eh. cita baru. Keep it up TT! |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya ada cerita baru. Cepat sedikit sambungannya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeay!!!!! Syabas TT!!! Penceritaan yang menarik. Jangan lupa sambung okey... |
|
|
|
|
|
|
|
best la citer tt.. kipidap! |
|
|
|
|
|
|
|
hehe terima kasih semua sudi baca...
Kalau sempat saya sambung petang ini ye insyaallah, boss pun da keluar ni. |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyy.. tak sabar nak baca.. terbayang2 plak banglo terbengkalai tu.. good job TT |
|
|
|
|
|
|
|
alamak tkut nk tido sorang mlm ni..kne hangkut anak masuk bilik nih ekekkeke |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung malam nnt tau TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersambung ... PART 4 : SIAPA DEKAT BELAKANG TU?
Pagi itu, kami bergotong royong memasak juadah makanan tengahari. Yang perempuan sibuk di dapur merewang menyediakan bahan masak, lelaki berperang dengan ayam untuk menyembelih ayam-ayam. Aku masih lagi dalam keadaan celaru dengan apa yang aku Nampak malam tadi. Aku tak bercerita pada sesiapa, aku bercadang untuk “all out” di hostel nanti. Tak sabar mahu pulang ke kampus, mahu buat lompat jauh ke atas katil.Tapi katil aku tingkat atas, jadi lupakan saja niat dalam hati. Huhu
Petang itu kami bertolak pulang ke kampus. Masing-masing kepenatan ,semua tertidur dalam bas termasuklah aku yang jarang sekali dapat tidur tenang dalam kenderaan. Sesampai di hostel, apa lagi ,aku tak mampu melawan tarikan graviti yang kuat dari katil aku. Maka aku terdampar melekat kuat dengan tilam dan terapung2 di galaksi bima sakti (okey ni aku tambah2 jgn marah).
Selepas beberapa minggu balik dari camping, dan aku pun sudah memulakan semester baru di bilik yang baru, aku perasan sesuatu perkara pelik berlaku pada diri aku.Aku mula mimpi menakutkan dan mengarut. Aku selalu terdengar panggilan2 halus memanggil2 nama aku, kerap berlaku di rumah. Bunyinya tidaklah kuat, tapi cukup jelas didengar. Aku ade bercerita dengan mak dan adik aku, tapi mereka hanya anggap itu tak ada apa2. Aku pernah dengar ayah aku memanggil aku dengan pannggilan kakak, namun bila aku datang ayah aku selamba tengah kilatkan tayar lepas cuci kereta. Bila aku bertanya, ayah aku dengan bengang menjawab bila masa ayah panggil? Ayah aku ada kepantangan sedikit, bila dia sedang basuh dan kilatkan kereta, mood baik dia hanya tinggal 15%. Jadi, lebih baik jangan bertanya atau meminta apa2 .hehe
Satu malam, aku di dapur. Membancuh milo sejuk kesukaanku. Aku berdiri menghadap tingkap bilikku yang terbuka. Rumah ku tidaklah besar,tapi panjang ke belakang dan agak sukar mendengar apabila nama dipanggil dari depan. Sedang aku leka membancuh, tiba-tiba suara mak dengan nyaring memekik, “Nonissssss!!” aku yang terperanjat dan agak bengang apabila dipanggil dalam keadaan memekik, dengan tanpa dapat dikawal aku membalas “ Ye, kenapa, kejap tengah buat air ni!” suaraku agak tinggi kerana bengang. Dalam hati mengomel, kenapalah tak boleh panggil elok2, tak perlu menjerit. Aku pun menuju ke ruag tamu membawa milo tadi. Aik, pelik. Mak aku leka membaca suratkhabar. Adik aku pula leka menonton tv. ‘Mak panggil nonis ke tadi? Ade ape? Panggil la elok2..janganlah jerit2.’ Adik dan mak aku saling berpandangan. “bila masa mak panggil kau? “ mak bertegas. “Entah kau ni, aku dekat sini dari tadi, takde sape panggil kau.” Adik mencelah. Ah sudah, kenapa macam ni. Siapa yang nak main2 ni. Sungguh, sangat jelas dan kuat suara mak yang panggil. Aku stress, aku masuk bilik dan main hp.
Masa kecil2 dulu, aku beberapa kali dibawa berubat oleh mak ayah dan arwah opahku. Katanya aku suka bercakap dan ketawa sorang2, mengigau dan berjalan keluar rumah. Aku juge selalu menangis tak boleh tidur malam, aku takut sebab ada suara memanggil aku mengajak aku bermain. aku memang susah tidur dari kecil dan senang terjaga. Bila terjaga tak dapat tidur semula sebab ada yang memanggil. Aku pernah tidur bersama arwah opah aku dikampung semasa darjah 3, setiap malam aku akan terjaga pukul 3 pagi ke atas dan selepas itu aku tak boleh tidur semula. Sangat jelas suara yang memanggil aku di luar tingkap kayu, tingkat atas rumah arwah opahku.aku tak dapat gambarkan suaranya seakan garau seakan serak2. Hanya aku, arwah opah dan adik saudaraku sahaja di situ. Akhirnya mungkin kerana arwah opahku kasihan dengan diriku, arwah opah ada meminta tangkal pada kawannya yang pandai berubat. Masa itu, aku masih kurang ilmu dan masih kecil jadi aku ikutkan saja apa yang disuruh. Aku dipakaikan tangkal berwarna hitam , dan ade beg kecil pada tali dan diikat pada tangan aku seperti gelang. Selepas itu Alhamdulillah tiada lagi sebarang suara yang panggil selepas itu. Tetapi kali ini, panggilan2 dan suara itu kembali lagi setelah sekian lama.
Suatu hari di hostel, pulang dari kelas sekitar jam 6.30 petang, hanya aku dan sorang rumate ku saja di dalam bilik yang aku gelarkan Ani (bukan nama sebenar). Kami berempat kesemuanya, katil dua-dua dan mengadap satu sama lain. Petang itu, aku sedang makan sambil bervideo call bersama sepupuku dan keluarganya. Mereka anak beranak sedang makan juadah dari pasar malam. Sambil aku makan sambil aku bervideo call, melihat keletah anak2 buahku yang sedang makan. Ani sedang solat di penjuru bilik. Agak tersorok dari aku. Sepupuku ,aku gelar sebagai Im, menegur, “ dengan sapa kat bilik? Sapa kat belakang kau tu? “ aku terkejut. Siapa dekat belakang aku? Aku berpaling. Tiada siapa2. Ani sedang solat di penjuru kiri bilik, aku di belah kanan bilik. Im bertanya lagi, “weh tu sapa tu berdiri dekat belakang tu? “ Damn. Kali ni aku dah rasa meremang. Tapi aku endahkan, aku Cuma membalas “ tak kelakar okey. Jangan buat lawak, roommate tengah solat tapi jauh sikit.” Selepas itu, dia diam dan kami putuskan talian kerana aku minta diri untuk mandi bersihkan diri. Malam itu aku dah mula rasa gelisah. Aku on skype, terus aku chat dengan Im.
“Im,aku nak Tanya ni.Jawab jujur taw. Petang tadi ada Nampak apa2 ke?”
“ Ada, Nampak macam orang pakai baju hitam berdiri dekat belakang. Macam ninja pun ya,semua hitam, besar.”Im membalas.
“Janganlah main2, serius ni. Aku tadi berdua je dengan Ani tu pun dia solat time tu.”
“Betul aku Nampak. Bini aku pun Nampak tadi,tak caya p Tanya dia sendiri. Kami Tanya la sebab kami Nampak dia pelik.”
Damn. Damn. Berderau darah aku. Apa semua ni, siapa yang dia Nampak tu? Malam itu aku tak boleh tidur. Malam itu aku call sepupu rapatku yang ku gelar Long. Long dan aku hanya beza beberapa bulan. Kami sebaya dan aku adalah cucu sulung sebelah bapaku, iaitu arwah opahku. Arwah opah isteri ke3, jadi aku cucu sulung buat opah. Long mempunyai kelebihan melihat sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, dan juga mampu merawat orang dengan izin Allah. Aku ceritakan apa yang aku alami sejak dari camping hingga harini. Kemudian, along membuka cerita yang sebenarnya.
Bersambung….
P/s: Hari ini sampai sini dulu ye, insyaallah esok kalau ade masa free aku sambung... pengalaman aku takde lah se extreme cerita forumer2 lain, cuma aku nak berkongsi beberapa watak yang pada aku Allah beri kelebihan pada insan yang Dia kehendaki atas kesanggupan dan kebergantungan sepenuhnya pada tuhan... dia dihidupkan di bumi untuk bantu aku dan orang yang nak pulih dari gangguan.. mudah2an dimurahkan rezeki dan dipermudahkn urusan untuk kita semua.
Doakan aku boleh tidur nyenyak ye malam ini dan seterusnya. Lately ni, susah betul nak pejam mata ni huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|