CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1458|Reply: 5

Hmmm....ouch hahaha

 Close [Copy link]
Post time 6-8-2016 10:07 PM | Show all posts |Read mode
KURANGKAN TONTON FILEM
SUSUNAN HASHNAN ABDULLAH  |  06 Ogos 2016 6:21 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.JTfWt3e7.dpuf




ISLAM menyeru umatnya agar berhati-hati dengan nikmat dunia. Ini kerana, ia mampu membuatkan seseorang Muslim itu hanyut atau lalai daripada mengingati Allah SWT.

Antaranya adalah filem, iaitu satu medium media yang amat popular dan sering digunakan bagi tujuan propaganda pihak tertentu. Seorang pendakwah kelahiran Somalia, Sheikh Said Rageah menyifatkan media popular tersebut mempunyai elemen yang boleh mencetuskan emosi negatif secara berterusan.   
Imam Pusat Islam Abu Huraira, Toronto, Kanada itu menyatakan demikian ketika ditanya dalam satu sesi dialog di Scandinavia, baru-baru ini.
   
Berikut sesi dialog itu:

Apa pandangan Sheikh terhadap medium filem?

Sheikh Said: Secara umumnya, pembuat filem akan memasukkan elemen tertentu yang bertujuan merangsangkan perasaan atau emosi para penontonnya.


Apakah elemen itu?
Antara yang menjadi keutamaannya adalah elemen muzik. Para penonton tidak akan menangis semata-mata mereka melihat seseorang pelakon bersedih atas sebab putus cinta atau kematian. Kesan yang merangsangkan emosi itu adalah alunan muzik latar yang dimainkan semasa kejadian berkenaan.
Pembuat filem itu menggunakan elemen itu kerana minda  penonton ketika itu tanpa disedari terpanggil untuk menghayati emosi pelakon dalam filem tersebut. Dalam masa sama, elemen berkenaan penting untuk memastikan penonton terus menonton babak ke babak berikutnya.
   
Adakah ia berfaedah kepada Islam?

Secara umumnya, saya menyifatkan medium filem, khususnya kepada kaum lelaki Muslim, mampu merangsangkan suatu tarikan yang kuat terhadap jantina berbeza.
Kita mungkin tidak mahu melihat satu babak yang memaparkan seorang wanita berpakaian seksi atau mendedahkan auratnya tetapi disebabkan tarikan yang kuat itu, kita akan tetap menyaksikan keseluruhan badan wanita berkenaan walaupun sekali pandang.
Satu lagi, saya berpendapat menonton filem di pawagam  membazirkan masa dan wang kerana ia melibatkan banyak perkara lain yang perlu kita buat sebelum, semasa dan selepas menonton.
   
Jadi, apa nasihat tuan?
Saya berpendapat adalah lebih baik jika kita menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk mempelajari serta meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT, tentang syariah dan lain-lain.
Satu hadis baginda Nabi SAW bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang,” - Riwayat Bukhari.
Jadi, adalah lebih baik masa untuk menonton filem atau mencari pawagam itu ditukar kepada perkara lain yang lebih berfaedah. Ini kerana, kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap kali kita pergi ke pawagam dan membayar untuk menonton filem berkenaan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2016 10:08 PM | Show all posts
Dipertanggungjawabkan. Maksudnya?

Satu hadis Rasulullah SAW dalam sahih Muslim ada menyebut bahawa Allah SWT tidak menyukai tiga perkara dan satunya adalah membazirkan wang.

Ini kerana menyokong golongan berkenaan dengan menonton filem mereka atau membeli video cakera padat (VCD) menunjukkan tanda sokongan kita agar elemen kejahatan itu berterusan sampai bila-bila. Sebagai seorang Muslim, kita perlu berusaha mengurangkan perhatian kita terhadap medium media berkenaan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.JTfWt3e7.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 10:18 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 7-8-2016 04:32 AM

well my comments :

I like watching films , and i know why i am watching them . Yeah i won t be defensive as to say  the settings - cara tatasususn theatre tu syariah complaint - tidak pun.

kalau ada segregataion bagus jugak - tapi ni setting wise.

untuk reduce benda yg tak syariah compliant -  boleh je buat  lady only days as some  theatres / cinemas buat.
i sokong itu. I dont mind and quite open about it.

tapi nak katakan semua film membawa mesej negatif

well kat sini tricky - sebab?

Pada saya - say atahu mengapa saya mahu menonton film itu  - ini may be pada  mesej yg saya ingin selidiki, ciri ,unsur unsur sesuatu yg saya ingin lihat pada sesetengah film  - yg actually merupakan satu manifestasi yg baik  terhadap sesiapa yg peka pada perbuhan nilai dan unsur unsur polisi , geopolitik.

tak semua film manfaat - diakui dan tak semua film tak bagus.

tapi unsur tak soleh tu - again kita tak lah nak bersikap defensive  yes dan wujud dan ingin bergantung pada masing masing nak menjaga mata dan pandangan - yups susuah.

tapi menonton film ni bagi sesiap ayg suka memerhati and observant , actually banyak benda yg boleh kita aware tapi kita kena aware dulu apa aspek apa yg ingin kita lihat - selalu mesej tersurat / tersirat dan apa yg berlaku dlm dunia masa kini , and how would this affect the  value system.

tapi diri tu.

macam good will hunting
film macam bourne tu tell us a lot about the director
film bercorak scie fi - yg transcendence tu - on brain , mind behaviour
- it will give us some insights on the concept of mind, akal dan ruh ...in a way - the martian - u know, yes ada adegan yg taksoleh but more to other positive stuffs
- macam Da Vinci's code - yes - dari novel samapi film ada unsur  yg isoterically interesting.

so u know

apa apa pun  equip yourself with knowledge.

of courselah kita tak nak just semata mata  tengok film tu  sebab sebab yg superficial.

even zootropolis tu pun ada maksud tersirat ...bagi yg peka sistem nilai.
nampak hahaha je kan?


so yes - some films are bad  and useless and complete waste of time. so taubat jelah...macam deadpool tu completely rubbish to me.

some films are good.

cuma kalau nak lebih practical the settings or suggestion untuk buat family day or  specific days for ladies pun best gak.
so i tak menolak hukum. i terima pendapat islam itu cumanya ada pendapat tentang ada aspek aspek  tentang film yg bukan semuanya tak elok tetapi kekadang ada manfaat untuk yg peka memerhati unsur unsur tertentu dan menilai.




Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 03:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2016 04:08 AM | Show all posts

boleh bagi sikit sintesis dan kesimpulan ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2016 04:10 AM | Show all posts

what do think about film and sistem nilai?


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.079179 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list