View: 9507|Reply: 46
|
5 Fakta Wanita Suka Bercinta Dengan Suami Orang
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Isu mengenai wanita yang suka bercinta dengan suami orang tidak akan berkesudahan. Jika difikirkan secara waras, kenapa perlu merampas kebahagiaan wanita lain? Belum terkena pada batang hidung sendiri, sudah tentulah tak merasa sakit peritnya kan?
Apa juga teori, sebab musabab mahupun alasan jawapannya tak boleh. Tak payahlah nak kata, bercinta kembali ini sebenarnya suratan dan dah ditentukan oleh Tuhan.
Jadi pembaca di luar sana yang telah berkahwin dan sedang dalam proses percintaan atau sedang memikirkan mahu berskandal sulit dengan suami orang hentikanlah.
Fakta dan teori yang sering terjadi jika bercinta dengan suami orang :
1) Cari kembali right pathway walaupun terpaksa melalui highway yang panjang. Jangan sesekali kata ‘No way to step back cause this is my way.’ Jika diteruskan berada dalam situasi yang tak terampun dosa akibat menduakan suami atau isteri, berdosa hukumnya.
2) Fikir dulu sebelum kata “out of my way” “I know that is wrong but I don’t care, who care”. Bila nak kena tangkap khalwat, keluarga juga yang malu. Hubungan sulit isteri dan suami orang ini adalah satu pengembaraan cerita yang panjang dan penerokaan yang tiada bernoktah. Antara sebab-sebab berlakunya hubungan sulit adalah kerana hubungan sudah dibina sejak sekian lama. Bermula sejak belum kahwin lagi tapi takdir menentukan jodohnya bukan pada kekasih hatinya.
3) Desakan keluarga, tekanan kerja dan masa serta keadaan hidup telah memisahkan dua hati yang lara. Masing-masing berkahwin dengan pasangan sedia ada. Masa berlalu akhirnya terserempak kembali di pusat membeli belah atau sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah.
4) Tiba-tiba muncul orang yang sudah berubah fizikal dan wajah. Senyumannya masih saling tak tumpah dan setelah berbual-bual sekejap. Hubungan berterusan di telefon, Facebook dan face to face. Setelah saling berhubung, akhirnya kasih yang terpisah bertaut kembali.
5) Hubungan rakan sekerja yang telah lama terjalin, akhirnya lama kelamaan, barulah perasan dalam hati ada taman berbunga. Jika tak nampak dia, hati dan minda mula rasa layu dan lesu. Pintu hati pun dibuka untuk teman sekerja yang juga hampir seusia dengan kita. Bila dah semakin terserlah rasa cinta, apa lagi outstation bersama, mesyuarat luar pergi berdua, siapkan projek bersama akhirnya projek lain dibina dan terserkup di kamar hotel.
Bukan senang nak bagi nasihat tentang hubungan sulit, tapi fikirlah membina hubungan sulit akan menyulitkan kehidupan dan menyeksa masa depan.
Sumber : Info & Psikologi MW
|
|
|
|
|
|
|
|
belum gila lagi nak amik @ rampas hak orang lain..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni thred bercinnta suami org atau isteri org |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak suka mengganggu hak orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Byk laki org suka makan luar uollss.. salah satu sbb rasa diri dia powerful sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa dah benda macam ini sekarang. Isteri makan luar dgn bujang atau suami orang. Laki makan luar dengan single lady atau isteri orang. Tak tahulah mana lagi elok dengan pasangan swingers or open relationship. Zaman dah moden agaknya?
Tak apalah gamaknya sharing is caring. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki orang ni tak tasty pd iolss |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu, elakkan le kawen dgn duda yg ada anak lelaki
sbb kalo laki tu mati, tak pasal2 kene rebut2 lak harta faraid dgn anak tiri lelaki tu
eeii kowser la nak rebut2 harta dgn anak tiri nih
kalo nak sgt duda, cari je duda yg takde anak
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam satu tinjauan yg dilakukan berkenaan pendapat forumers2 cari, didapati bahawa laki2 org ni wangi manakala laki2 bujang busuk..
ada kemungkinan ko lebih suka lelaki busuk berbanding lelaki wangi??
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 11-8-2016 11:37 AM
dalam satu tinjauan yg dilakukan berkenaan pendapat forumers2 cari, didapati bahawa laki2 org ni w ...
Betoi ka? Hahah.. Busyuk pn busyuk lahhh janji bkn laki orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
wangi laki orng tang pandai buat ayat manis jer, tapi hakikatnya temberang n pembohong belaka...
busyuk2 yang bujang keje kita la nak wangikan
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..
anda berpotensi besar utk tidak menjadi seorg perampas.. sanggup menerima barang yg busuk
|
|
|
|
|
|
|
|
manakala.. dalam satu tinjauan yg lain pula mendapati banyak juga bilangan perempuan yg memilih untuk berkongsi dan merampas kasih perempuan yg lain disebabkan ayat2 manis yg dilontarkan ke gegendang telinga mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 12-8-2016 12:12 AM
tahniah..
anda berpotensi besar utk tidak menjadi seorg perampas.. sanggup menerima ba ...
Yg busyuk dpat kat i, i sental bg wangi dan putih pakai clorox |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 12-8-2016 12:17 AM
manakala.. dalam satu tinjauan yg lain pula mendapati banyak juga bilangan perempuan yg memilih un ...
Banyaknya tinjauan uols.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak putih je.. yg hitam taknak..
huh.. double standard sungguh uols
|
|
|
|
|
|
|
|
pompuan bodoh jer yg termakan ayat manis jantan haprak ni..
pas dah masuk perangkap baru sedar,menyesal pun xguna,,
kalau dapat yang poket tebal xde masalah,
tapi dapat yang jenis berlagak kaya dengan harta bini mcm zul tisna 5k tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|