oleh Adib ZA
Bila kreativiti mengatasi segalanya, maka makanan pun dihasilkan dengan cara lebih unik dan berbeza.
Itulah yang dilakukan terhadap kek cawan yang satu ini. Ia mendapat perhatian di laman sosial bila ramai yang memuji dan tak kurang juga yang berasa geli dengan hasil dekorasi pada kek ini.
Opps..ia bukanlah lucah seperti yang disangka setengah orang, namun sebenarnya kek cawan ini diinspirasikan daripada jerawat yang telah 'masak' dan tinggal masa untuk dipicit.
Mengapa pula sedemikian? Sebenarnya, kek cawan ini merupakan hadiah istimewa untuk Dr Sandra Lee, seorang pakar kulit.
Dr Sandra dikenali sebagai Dr Pimple Popper dan telah banyak melakukan rawatan terhadap kulit berjerawat.
Topping atau dekorasi kek yang menggunakan fondant ini direka oleh Blessed by Baking, sebuah kedai bakery di California, Amerika Syarikat.
Bagaimana? Selera tak makan kek cawan berjerawat ini? - CARI
Sumber foto: Bored Panda/ Merdeka
|