CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6380|Reply: 36

10 Tanda Suami Anda Tengah "Pokai" Atau Tak Berduit

[Copy link]
Post time 13-7-2016 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Tanggungjawab seorang suami sangatlah besar iaitu sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab menyediakan keperluan harian seperti makan minum dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.


Selain itu, memberi didikan dunia dan akhirat juga menjadi salah satu tugas buat para suami.  Soal kewangan adalah yang selalu menjadi isu besar dalam masalah rumahtangga hingga ada ramai pasangan yang bercerai berai kerana suami tidak mampu menyara si isteri.


Untuk mengelakkan pergaduhan, si isteri perlulah ambil tahu tentang status kewangan si suami setiap masa sebelum memarahi si suami kerana tidak mempunyai wang.


Jadi jika tahu suami anda tengah tiada duit, berehat sahaja lah dirumah dan kurangkan aktiviti luar terutamanya membeli belah. Joms semak tanda-tanda suami anda tengah pokai.



Anda perlu segera bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:








1. Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.


“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.


2. Menonton Online Movie atau Main Video Game di rumah
Saat si dia poket kering, menonton online movie di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa movie sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”


3. Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.


4. Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.


Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”


5. Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”


6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”


7. Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.


Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”


8. Hanya menemani
“Maaf, saya sudah pun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.


9. Whatsapp sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau Whatsapp. Alasannya: “Apa kata kita Whatsapp sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”


10. Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.


Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.


Jadi sebagai isteri, anda perlulah bijak mengawal keadaaan ketika poket suami tengah kering. Sama-samalah bantu membantu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi, dan bukannya hanya tahu membebel saja. - CARI














Sumber: Laman Kongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 11:21 AM | Show all posts
cuti raya dipendekkan.....Tak jadi extend.........

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 06:21 PM | Show all posts
1. Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

- Ada duit ke x de duit ke... hujung minggu mesti keluar bersama 1 family, p la taman ke... tasik ke... habiskan masa bersama family



2. Menonton Online Movie atau Main Video Game di rumah
Saat si dia poket kering, menonton online movie di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa movie sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”

Target tgk wayang hanya utk movie yg tertentu sahaja, yg lain mmg tgk kt rumah aje... selalu kaki donlod ialah carly.... ... husband tukang request...


3. Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

Gerai murah? Makan kt kedai tomyam tepi jalan pun mahal tau.... tp x pe asalkan sedap...


4. Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.

Sekarang carly housewife, habis kerja dia mmg akan akan balik rumah, walaupun kul 11pm



5. Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”


Ok je x de hadiah birthday, hadiah anniversary ni... cukuplah sekadar dia ingt tanggungjawab sebagai ketua keluarga...


6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”


NSK je kot pusat membeli belah... x pun tesco... ataupun kedai runcit kt kawasan rumah... x koser nk angkut anak2 pg shopping complex, takut anak hilang



7. Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Zoo tiket masuk mahai... baik bawa anak2 p taman permainan... depa happy sangat...



8. Hanya menemani
“Maaf, saya sudah pun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

Erk... tanya balik td makan apa? mama x masak pun kt rumah...


9. Whatsapp sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau Whatsapp. Alasannya: “Apa kata kita Whatsapp sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Mmg itu pun caranya kalau dia kuar bekerja, hanya call kalau tetiba ada perkara urgent sahaja


10. Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.

bukan dia yg alert, carly yg akan tanya... tu bunyi apa tu? rasa cam bunyi drive shaft la... apesal break macam x makan aje... awat tetiba itu... tetiba ini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 03:31 AM | Show all posts
ada tak laki bini yg duduk semeja, masing2 tunjuk berapa banyak duit yg ada dlm akaun masing2 dan bersama-sama campur duit masing2 dan sama2 buat kira2 wang perbelanjaan bulanan?  

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 06:13 PM | Show all posts
Hmm..setiap bln time gaji kna wat bajet sama2 la..susah sama susah senang sama2 senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:07 AM | Show all posts
aku rasa kalau zaman bujang dulu mungkinlaa boifren mengelak bg alasan mcmtu.. ni ex2 boifren laa.. ada tu lagi kikis duit lg ada.. hahaha..

tp dah kawin ni, suami aku terus terang je kalau bajet dia x ckup nak bawak kami jalan2, makan2.. dr kami kawan lg dia jenis terus terang, takder malu.. bukan soal maruah tp lebih baik mcmtu katanya dr aku bersgka2 dia kedekut ke apa katanya..
gerai murah, aku dh biasa dr zaman bujang, so apa ada hal bila dah kawin.. kitorg nak celebrate hari2 special jer barulaa makan tmpt spesel atau sedap2 sikit.. selain pd tu, ikut bajet atau ikut tekak.. sama2 tak kisah janji sedap.. hadiah besday atau hadiah anniversary? ada, ada, takder aku x kisah.. asal dia ingat dah syukur sgt2 bg aku.. suami jenis tak biasa beri hadiah, tp sekali sekala dia surprisedkan jgk aku dengan sesuatu.. tu pun dh cukup buat aku happy.. dulu mula2 kawin aku rasa x biasa jgk xdek hadiah, xdek sambut2, just wish2 je..  tp lama2 aku paham cara dia.. tp aku try jgklaa biasakan dia dgn cara aku sikit2 like sambut2, klu tidak, ikut dia, sambut pun xnk.. tp skrg much better laa.. aku x kecik ati, dia pun x rasa bersalah.. haha..

jalan2 tu, kalau tak gi jauh, gi taman permainan bawak anak2 pun dah happy sesangat.. makan aiskrim layan anak, seronok sgt daa.. quality time gitu kan.. perlu ke pergi tmpt yg semuanya pakai duit? suami aku bukan gaji besar so ikut poket masing2.. huhu

shopping? jrg kitorg beli brg2 bawak anak kecuali time memborong (byk mende kene beli) dan shopping baju2, baju harian ker baju raya ke mmg bawak anak sebab senang.. selain drpd tu, salah seorg je keluar tp most of the time mmg suami laa yg membeli.. aku bg list jer, haha..

call? dia mmg jrg nak call atau wasap kecuali hal penting atau sekali sekala.. aku dh biasa dr zaman bercinta lg.. walaupun dulu aku ada terasa pikir dia x syg or igt aku..

most of the time sejak ada umah sendiri ni, kitorg mmg spend time kat umah je, kemas umah sama2, pergi pekan sehari cari pokok2, tanam kat tepi rumah yg tanahnya cuma sekangkang kera..

tengok wayang, start ada anak kecik, stop.. so beli ajer dvd cetak rompak.. xdek nak donlod2.. layan sama2.. sambil layan movie boleh kudap2..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 12:00 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 16-7-2016 03:31 AM
ada tak laki bini yg duduk semeja, masing2 tunjuk berapa banyak duit yg ada dlm akaun masing2 dan be ...

Kalau akaun suami, isteri yang isi sedangkan suami jenis perhambakan isterinya keluar bekerja...suami jenis makan hasil bini....Ada sebab untuk duduk bincang tang akaun me masing Kah?


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 12:04 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 19-7-2016 10:07 AM
aku rasa kalau zaman bujang dulu mungkinlaa boifren mengelak bg alasan mcmtu.. ni ex2 boifren laa..  ...

Wow so cewiiiiiiittttttttt........

Cuma satu jerk manak nak tanya, kalau satu hari nanti come along Anak dara nak Kawen ngan laki hang....dia rela bermadu...Dia sanggup go through what hang goes through....sedangkan Dia punyai kerjaya Yang baik........hang Akan kasi green light kat suami tak?????


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 12:06 PM | Show all posts
Lemon_juice replied at 18-7-2016 06:13 PM
Hmm..setiap bln time gaji kna wat bajet sama2 la..susah sama susah senang sama2 senang

Provided kalau Dua Dua bekerja...Tapi kalau isteri jerk Yang bekerja...suami goyang buah ladom kat rumah.......nak bincang apa????


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 01:51 PM | Show all posts
Mannak3.3 replied at 19-7-2016 12:04 PM
Wow so cewiiiiiiittttttttt........

Cuma satu jerk manak nak tanya, kalau satu hari nanti come a ...

alangkan sara kitorg bertiga pun cukup2 ada ati nak tambah lagi.. a big no no laa.. hahaha..

tapi iols percaya kat en suami iols.. dia pon xmau.. insyaAllah..

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:44 PM | Show all posts
Mannak3.3 replied at 19-7-2016 12:06 PM
Provided kalau Dua Dua bekerja...Tapi kalau isteri jerk Yang bekerja...suami goyang buah ladom kat ...

Hahaha.x yah hidup le kalo cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:52 PM | Show all posts
husband aku senang je.. direct to the point je bila time tgh kering... sbb kitorg akan blk kg every weekend.. so, bila kering, dia ckp je xyah la blk minggu ni, gaji lambat lagi.. sendiri mau paham le.. tp x pernah le dia mintak pinjam duit ke apa.. cuma dr segi bab belanja umah tu lebih berhemah le skit... anak2 pun tau dah.. kalo ujung bulan, no toys or new expensive books.. just buku kaler yg harga 2 3 ringgit je pun dah cukup... maklum le, anak2 ikut perangai bapak yg jenis artsy skit.. kena ada sentiasa buku dan kaler pensil di tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:51 PM | Show all posts
Suami cepat marah bila takde duit
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:10 PM | Show all posts
semoga lebih berusaha utk anak anak isteri dan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
My husband kalo xckup duit,die diam je..smpai i yg geram
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade gak beberapa kali short duit sebelum tiba next gaji. Dgn komitmen dan kdg2 benda emergency. Tp selalunya, dpt gaji settlekan dulu bayar komitmen dan masuk savings. So bersyukur sekurang2nya yg wajib dah bayar dulu. Lepastu sesak2 kemudian, sama2 susah dan backup each other. Semoga murah rezeki ku dan husband ku dan anak2 kami..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2016 05:50 AM | Show all posts
qemon replied at 21-7-2016 09:34 PM
Ade gak beberapa kali short duit sebelum tiba next gaji. Dgn komitmen dan kdg2 benda emergency. Tp s ...

Hang ada pernah dok bincang dgn suami tak?????..agak agak sampai bila hang kena kuar bekerja????

manak rasa Dari penerangan  hang nee...sedangkan berdua bekerja pun.....penyaluran kewangan masih banyak ketika sangkut sangkut...nampak gaya, hang kena sign kontract kerja sampai mati atau pencen...whichever comes first..Kan,Kan,Kan????


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mannak3.4 replied at 23-7-2016 05:50 AM
Hang ada pernah dok bincang dgn suami tak?????..agak agak sampai bila hang kena kuar bekerja????
...

Masalah ko kenapa eh? Ada aku merungut ke?  Memang dua2 keluar bekerja mencari rezeki dan aku pun memang suka bekerja. Kan aku cakap sekurang2nya Alhamdulillaj komitmen2 wajib dpt diselesaikan. Sekurang2nya mampu ada tempat berteduh sebelum usia 30. Biasa la kadang2 ada emergency yg x dijangka. Umur pun muda lg banyak nak belajar dan adjust dan belajar mengenai pengurusan keluarga. Mungkin hidup ko perfect sangat kot xpun Ko ni kurang kasih sayang   
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 04:35 PM | Show all posts
qemon replied at 23-7-2016 04:23 PM
Masalah ko kenapa eh? Ada aku merungut ke?  Memang dua2 keluar bekerja mencari rezeki dan aku pun  ...

Why so worked up????

Since soalan soalan manak hang Tak jawab...manak tanya lagik Yang baru kali ini....

Kalau suami hang sorang sahaja Yang bekerja...hang tak mampu Ada tempat berteduh?????kalau suami hang sorang sahaja  Yang bekerja, adakah   ketidakcukupan  kewajipan asas Yang menjadi kewajipan suami to provide...terus berterusan?????

Or camna????
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mannak3.5 replied at 23-7-2016 04:35 PM
Why so worked up????

Since soalan soalan manak hang Tak jawab...manak tanya lagik Yang bar ...

Sah ko kurang kasih sayang x faham cerita   org kolot camni xlayak dilayan    
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.105662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list