View: 24748|Reply: 126
|
Sedih, dia cintakan lelaki lain- PLU [ GAY ]
[Copy link]
|
|
Edited by anamyraa at 13-6-2016 01:23 PM
Assalamualaikum...
melihat sahabat2 berkahwin..
saya tumpang bahagia..
saya juga baru berkahwin..
melihat mereka tersenyum semoga mereka bahagia..
saya juga tersenyum.. tapi dalam senyum ada luka yang sangat dalam..
Bismillah..
bukan saya buka pekung di dada..
ini kenyataan yang saya tidak pernah terfikir akan terjadi semasa saya di alam remaja dan bujang.
semoga ianya tidak terjadi pada yang akan berkahwin di kemudian hari..
saya berkahwin dengan dia B pada tahun 201_
..kami bertemu secara family macthing..
kami tak kenal.. tak bercinta.. bukan suka sama suka..
lamaran pertama, saya tolak..
sebab tak bersedia..
kemudian atas nasihat kawan2.. dan melihat keadaan sendiri dan keluarga...akhirnya saya terima..
saya terima bukan atas kehendak sendiri... tapi bila saya kata terima, saya ikhlas terima dia..ikhlas untuk belajar cintakan dia.
dalam sebulan selepas terima lamaran, kami bertunang..
dan 2 bulan seterusnya kami nikah.. tambah tolak perkenalan kami hanya 3 bulan.
dalam tempoh bertunang kami langsung tak berhubung..
sehinggalah saya suarakan pada ayahnya..
dan akhirnya dia hubungi saya mungkin kerana ayahnya..
kami berhubung hanya kerana urusan kahwin.
saya cuba menjaga batas apa yang patut dijaga.
selain itu, dalam banyak2 lamaran yang datang sebelum dia.. saya terbuka hati untuk pilih B kerana saya rapat dengan family dia.. dan kerana family dia sangat baik dalam soal agama.
family yang sangat saya kagumi selama ini.
saya sangat berharap dia juga begitu dan membimbing saya.
sangat berharap perhubungan yang terjaga dari maksiat dan di redhai tuhan.
setelah berkahwin Allah uji saya dengan ujian yang sangat berat.
sekarang usia perkahwinan kami tidak sampai setahun..
saya dapat tahu dia mempunyai naluri songsang setelah 7 bulan berkahwin..
dari mula kahwin dia tidak mempedulikan saya.. biarkan saya seorang diri di kamar.
sejak itu, saya mula curiga adakah dia gay?
tapi tak mungkin, dia nampak sempurna seperti lelaki normal. malah bertubuh sasa(sado)..
saya cuba berbaik sangka.. mungkin dia malu atau tidak biasa..
lama kelamaan.. saya semakin curiga.. dia sangat rapat dengan abang angkat dia. handphone dia tidak benarkan saya lihat..
bercakap telefon jauh dari saya.
banyak tindakan dia seperti menyorokkan sesuatu dari saya.
tapi saya masih cuba untuk bersangka baik.
akhirnya sampai satu detik saya terbaca suatu catatan silam. catatan peribadi simpanannya.. tertulis luahan hatinya..
dia boleh teransang apabila melihat tubuh badan lelaki..
dalam ceritanya itu dia sedang memerhati tubuh badan lelaki yang sasa dan tegap yang diminatinya. menggairahkan dia.
dan dia sangat cintakan lelaki itu... katanya dia sangat rindu sayang.. dan suatu hari nanti akan katakan 'i love you' pada lelaki tersebut..
dalam catatannya itu ada beberapa lelaki yang dia sangat suka bukan seorang.
dan dia sangat mengharapkan hubungan yang lebih dari itu..
setelah baca hati nie sangat2 kecewa..
dia tidak pernah kata rindu cinta dan sayang pada saya..
walhal saya tanya pun dia tidak jawab. sanggup bergaduh hanya kerana saya bertanya "awak rindu saya tak?".
tidak layakkah seorang isteri bertanya soalan seperti itu?
tidak layakkah saya?..Allah...
saya tidak berhenti menangis selama seminggu..
betapa terlukanya hati nie..
saya tanya "kenapa awak kahwin dengan saya?"
dia jawab. "sebab saya mahukan anak dan saya tidak berkahwin untuk sebuah penceraian".
adakah benar?
orang berkata, gay berkahwin untuk mempergunakan wanita sebagai cara untuk menutup perbuatan mereka..
adakah untuk menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka adalah lelaki straight (normal)..?
atau tuntutan masyarakat dan keluarga untuk berkahwin?
adakah saya nie hanya mangsa yang diperalatkan..
selepas kantoi..terbongkar sedikit demi sedikit apa yang dia sembunyikan selama ini..
kawan2 dia kebanyakan golongan sepertinya.. berkenalan melalui laman sosial.. kebanyakan umur yang agak berusia (tua)..
jika difikirkan logik.. macam mana la mereka ini boleh berjenalan dan berkawan.. agak meragukan..
dia mengaku..dia pernah oral sex dengan beberapa lelaki gay.. pernah tengok porn.. dan pernah berdating bersama lelaki2 gay. hancur luluh hati saya..
Allahhu Akhbar... (semoga saya terus kuat untuk hadapinya)
sekarang di depan saya dia menangis..
katanya dia tidak minta semua tu terjadi pada dirinya..
naluri pelik tu datang sendiri sejak dari sekolah rendah..
sudah beberapa kali dia usaha untuk buang naluri pelik tu..
dan sekarang dia sedang usaha untuk buang naluri tu..
hari nie bila ditanya, dia menangis lagi katanya susah..
dia tak boleh buang naluri tu tapi dia kata dia boleh cuba untuk bertahan..
saya telah terluka sewaktu awal kahwin, sewaktu dia tinggal jauh dari saya, dia tidak mesej or telefon saya.
tapi dia boleh pulak mesej kawan dia..
sebelum kantoi hampir selalu cakap dalam talian bersama abang angkatnya sangat mesra.. tidak pernah dia layan saya semesra itu..
kebiasaannya,
apabila sekali sudah hilang kepercayaan.. ianya tak akan kembali seperti biasa..
saya sentiasa ragui dia..
sentiasa selidik dan perhati gerak geri dia..
benarkah dia akan bertahan?..
dan sampai bila dia boleh tahan..?
setelah terbongkar siapa dia..layanan dia pada saya nampak perubahan tapi masih dingin..
kami tak macam pasangan bercinta..
sayang kami, hubungan kami seperti adik abang..
dia hanya 'layan' saya penuhi hasrat saya kerana nak penuhi tanggungjawab nafkah batin sahaja..
itu pun macam tak ikhlas.. nampak dari air wajah dia..mimik wajah.
tanpa kasih dan cinta.. emosi yang tidak dipenuhi..
adakah cukup nafkah batin?..
bak kata orang dia sangat pasif terhadap saya..
saya pulak yang terpaksa aktif..
dalam hati rasa sangat malu..
macam kita pulak lelaki..
rasa seperti kita ja terhegeh kat dia..
dulu kaum adam yang datang mendekati..
selalunya saya didekati bukan saya yang mendekati..
sesuai dengan fitrah lelaki..
tahap tertarik pada perempuan dari segi fizikal or seksual lebih dari wanita..
tapi bila ada suami dia tak peduli..
saya tidak selesa.
saya beri penuh perhatian tapi dia tak hargai..
dia layan saya tanpa sentuhan cinta dan kasih sayang..
dalam bermesra, dalam bercinta selalunya saya yang mulakan dulu..
saya malu..
selalu saya ja yang mulakan..
dalam hubungan yang saling mencintai.. mereka selalu berusaha saling melengkapi..
bukan seorang ja kan..?
dari segi nafkah zahir..
rumah saya sediakan.. makan pakai saya semua saya sendiri yang usahakan.. bukan untuk diri saya tapi dia juga..
saya tak nafikan dan saya tahu dia ada usaha juga mengikut kemampuannya..
cuma saya harap dia sedar dia seorang lelaki dan seorang suami dan bakal seorang ayah.
saya berharap dia benar2 bertanggungjawab.
memang dia ada usaha untuk berubah tapi tak nampak bersungguh.. tidak meyakinkan saya..
saya bimbang dia curang di belakang..
bila saya tengok dia sembang dengan lelaki, sangat mesra.. kadang tengok dia tergedik2 pun ada..macam nak menggoda gayanya..
di tempat awam mata dia selalu tengok lelaki.. dan saya tau gay mereka boleh detect sesama sendiri..
mereka saling renung depan saya..
saya perhati dan sakit hati. kecewa teramat..
hubungan kami baik..nampak bahagia di mata orang..
tapi secara dalaman hati saya terseksa..
saya tak tahu sejauh mana dia akan betul2 berubah.
perubahan itu yg sangat saya harapkan..
dia kata dia mampu bertahan
sebab berkahwin dan ada saya..
adakah benar?
ramai lelaki gay diluar sana yang ada isteri dan ramai anak..
saya tak nafi.. dia baik..
solat tak tinggal.
kadangkala berjemaah di masjid.
datang dari keluarga yang sangat jaga soal agama.
saya tak faham. kenapa dia jadi macam tu.?
saya sedih saya dah mula sayang dia..
tapi dia?...
sebab sayang saya susah nak tinggal dia..
ada yang nasihat saya untuk bercerai..
tapi kalau bercerai..
adakah saya akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia..?
adakah benar lelaki straight (normal) juga mengecewakan...??..
dan pandangan masyarakat status janda..?
doakan saya..
semoga diberi kekuatan dan petunjuk.
>>>>>>>>>> harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain.. amiin..
KEPADA GOLONGAN GAY OR PLU DI LUAR SANA............
saya mohon dan merayu sangat2..
jika anda sudah berkahwin dan masih aktif sebagai gay/lesbian/ LGBT atau PLU tidak mahu berubah..
saya mohon tinggalkanlah pasangan anda dengan cara baik..
saya yakin anda bukan seorang yang zalim..
dan..
jika anda seorang yang baik..
janganlah berkahwin..
anda akan menyeksa jiwa pasangan anda..
kecuali anda benar2 mahu berubah...
in shaa Allah usaha baik untuk berubah Allah akan buka jalan........ |
|
|
|
|
|
|
|
sabarlah.. mesti perit kan.. mengandung dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar la tt nie dugaan tt minta berdoa kepada Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Haiiyoh sis,selagi belum mengandung n ada anak, sila lari cepat2..sayangi diri sendiri dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
up to u now..kalau rasa nak cerai, u mmg ada concrete reason pun...u deserve to be happy too.. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah kadang masalah parent zaman sekarang suka sangat kahwin kan anak dgn pilihan sendiri, konon nak jauhkan anak dr benda benda tak elok, habis bila jadi situasi macam ni elok ke utk anak dia?? Tabah la sis, ada hikmah atas semua ni percayalah |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya tt. aku rasa ini lah masa yg terbaik utk tt cari kebahagiaan tt.
berpisah la secara baik.
aku rasa kan tt, dia tak ada rasa sayang kat tt pun |
|
|
|
|
|
|
|
"ada yang nasihat saya untuk bercerai..
kalau bercerai..
adakah saya akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia..?adakah lelaki straight (normal) juga mengecewakan..??"
TT, please jgn ada konsep asal berlaki. You need to be a better you first.
Kahwin mcm ni pun menzalimi diri sendiri je. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simpati pada TT. Semoga terus tabah.
Samada sudah ada anak atau belum, baiknya berpisah sahaja.
Tak perlu menjeruk rasa, menyiksa diri kerana nk menjaga "nama baik" orang lain yg buat kita menderita.
Berterus terang kepada keluarga supaya jelas duduk sebenar dan tidak menjadi fitnah.
Orang kata, hidup di dunia ini sekejap sahaja, pilihlah hidup bahagia.
Semoga dipermudahkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-6-2016 04:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by anamyraa at 2-6-2016 05:11 PM
rosasa replied at 2-6-2016 02:13 PM
sabarlah.. mesti perit kan.. mengandung dah ke?
tak ada rezeki lagi.. belum mengandung.. orang kawin sama tarikh.. dah ada anak dah..tengok mereka..teringin sangat nak ada anak sendiri..
doakan saya yang terbaik untuk saya. |
|
|
|
|
|
|
|
TT... klau dah laki mcm tu pls la jgn beranak.....
pegangan agama pun nmpknya tak cukup
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-6-2016 04:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
antidote replied at 2-6-2016 04:16 PM
kesiannya tt. aku rasa ini lah masa yg terbaik utk tt cari kebahagiaan tt.
berpisah la secara baik. ...
sekarang bila tanya dia cintakan saya ke tak.. dia jawab dia cintakan saya.. tapi tak pernah pun dia sendiri cakap dia cntakan saya.. mungkin lelaki ego.. selama saya kenal dia.. setahu saya la dia tidak pernah berbohong..masa awal kahwin saya tanya dia sayang saya ke tak dia tak jawab.. cinta or rindu ka tak dia tak jawab dan ada kata nanti jawab takut saya kecewa. then dia diam ja. dia akan berterus terang bila ditanya apa2..dan akan diam ja tak jawab jika nak sorok sesuatu dari saya. dia tidak akan menipu. tapi saya tak pasti sejauh mana kejujuran dia. |
|
|
|
|
|
|
|
weh, aku tepuk dahi baca komen TT
TT, focus on the real issue here. Ada anak takkan setel masalah ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ah....sbb dah nmpk byk cth... terutama glgn artis... yg paling obvious pak nil.....
klau menda ni smp kat pengetahuan fam die... harus laki die lari...... die kena lwn perasan tu... psl end up... hidup laki tu takkan kemana......
|
|
|
|
|
|
|
|
Dek
Kau bole stay, kau stay la dek
Tanya diri kau
Kalau dah mengadu domba kat sini maksudnya kau dh tak rela
Apo laie yg ko hadap?
Go find ur own hepiness la
Punya terbentang luas dunia Allah ciptakan penuh dgn berjuta2 lelaki yg baik
Takut apanye? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak memusnahkan r/tangga org , sebaiknya bercerailah....ini cerita benar bekas rakan sekerja kaka..
dlm bidang kami mmg ada bbrp orang yg agak menyerong, especially yg balik dr Middle East, pelikkan? Belajar kat Syria sana, Mesir, Jordan... I donno why..
Sebagai org berpangkat kakak yg tak berpendidikan agama yg mendalam berbanding mereka kakak cuba memahami apa masalah mereka semua. Luaran mmg lelaki sejati tapi ciri-ciri feminin tu tak dapat ditutup tambah-tambah bila dia org berada kat office sbb satu office mmg tak kisah sgt peel kegilaan PLU tu..
Well, one of the guy mmg ada ciri-ciri terlebih PLU sampaikan tak segan silu dtg visit branch bawa anak ikan sekali, handsome pulak tu. Out of sudden dia bagi invitation card dekat kawan-kawan, terkezut habis.. so pergilah dia org ke kenduri yg agak mewah tu. He had 2 weeks honeymoon all over Malaysia in all 5 star hotels. After sebulan kahwin dah bercerai. It was 2 years back. Baru-baru ni jumpa dia masih dgn anak ikan baru siap cakap ex wife new boyfriend call dia nak clarify betul tak selama dia org kahwin wife masih virgin. Dia cakap mana ada, dah namapun bini dia dah trypun...Saja nak cover lah tu..
Tapi dia cakap dia tgh mendekati seseorg yg baru, biasalah kalau pilihan depa mesti semua yg ada kerjaya terjamin, kalau yg gila kerja lagi bagus so tak demand sgt bab-bab sex...see, susah nak buang tabiat nafsu sejenis ni
|
|
|
|
|
|
|
|
anamyraa replied at 2-6-2016 01:57 PM
Assalamualaikum...
melihat sahabat2 berkahwin..
saya tumpang bahagia..
Aku xde nasihat lain je selain mintak fasakh je.ko xperlu bekorban utk org lain sebaliknya berkorbanlah utk kebahagiaan diri.hidup ni sekali je dik....sekali kenalah cari bahagiaz |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xtahu nak kata apa..melainkan mintak ko bersabar n fikir jalan yg terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
anamyraa replied at 2-6-2016 01:57 PM
Assalamualaikum...
melihat sahabat2 berkahwin..
saya tumpang bahagia..
mcm kisah dongeng je cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah pernah terbaca kat bod masalah peribadi nun..
kalau sayalah di tempat tt..minta cerai saja
untuk apa hidup dgn lelaki gini..
ramai lagi lelaki yang baik kat luar sana..
jgn kerana sorang lelaki gini, tt anggap semua lelaki macam tu
sebab saya pernah dengar luahan seorang kawan...
kahwin atas pilihan keluarga..tapi dia dapat tahu, laki dia tu biseks/gay..
lepas dia bersalin, dia nekad nak cerai tapi mak dia bantah sebb tak percaya punya pasal
last2 dia ajak mak dia saksi sendiri
biar mak dia sendiri tengok..
tengahari balik rumah senyap2..ajak mak sekali
kantoi depan mak dia..laki dia tengah projek dengan bf dia dalam bilik tidur dia..huhuhu
so, dia tuntut cerai (fasakh)...
la ni hidup bahagia dengan laki lain..dah ada anak tiga..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|