CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15744|Reply: 206

Maha penyayang lagi pengasihani

 Close [Copy link]
Post time 26-5-2016 04:39 PM | Show all posts |Read mode
assalam Dan Salam sejahtera..
tujuan aku buat benang ni,aku Nak kan pandangan berkenaan sifat tuhan yang dikata maha penyayang lagi pengasihani.aku dh baca buku la Tahzan berkali kali rasanya,tapi aku masih tak Dapat Terima.terlebih dahulu ingin aku maklumkan aku tak suka penerangan bersifat menghakimi Dan Kau kena Terima,ikut je padahal Kau sendiri pun tak Tahu Dan faham sebenarnya apa Kau terangkan,apa aku Nak penerangan yang Boleh memberi aku keyakinan semula kejalan yang betol2 benar.

Bermula cerita Sejarah hidup aku yang teruk Dari kecil,kebanyakkan sedih pedih,hingga Sekarang aku menangis sendirian Kalau mengenangkan.kalau yang pernah baca Kisah aku paham lah.aku dr kecil mmg dapat pendidikan agama,sekolah agama (madrasah),belajar hadis,alquran,Hafal Surah alquran.aku memang rindu kan diri aku pada zaman kecil,yang mana walau bersendirian aku tak pernah Lupa tuhan (aku menaip ni menangis,sbb aku benar2 rindu diri aku pada waktu tu) tiap kali Musibah Timpa memang aku tak pernah Lupa solat hajat,solat sunat,mengaji.walau sekolah rendah,sebarang masalah aku Akan bercakap Dan bertanya,mengadu dengan tuhan,Hingga aku belajar di U Kekuatan Dan kepercayaan aku tak pernah luntur.sebab aku percaya semua Ada Hikmah.

Tapi hingga umur aku 28 Tahun ni kepahitan yang terpilit Dari kecil tak pernah henti.hingga aku penat Dan aku mula mempersoalkan kewujudan tuhan.kenapa tuhan pilih aku?kenapa tuhan jdkan Budak kecil yang tidak berdaya waktu kecil tu sebagai mangsa?mana sifat penyayang?mana sifat pengasihani.bertahun aku Cuba Terima,Cuba Abaikan persoalan tu,tp aku nakkan jawapan kenapa tuhan buat macam tu.aku pikir balik,Cuba Kaitan .Bayi kecil yang tidak berdosa,tiada Akal lagi Daya,tuhan lahir kan Dalam Keadaan cacat,sakit,menanggung derita kemudian mati kan.untuk apa?mana sifat pengasihani tuhan?sifat penyayang?

Aku memang sentiasa suka mendengar ceramah agama.tapi Sampai satu Tahap aku rasa kan mereka semua Hanya pandai bercakap.Alhamdulillah solat aku tak pernah tinggal,baca alquran,amalan sunat.tapi Sekarang semua jadi tanda Tanya semula untuk diri aku.aku tak tipu kadangkala aku solat memang tak da jiwa. Aku rasa aku solat tinggal solat dengan pikiran yang kosong,sekadar baca Dan pergerakkan tapi tak da jiwa.aku Sampai nangis kadangkala.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2016 04:50 PM | Show all posts
Edited by fire_place at 26-5-2016 04:52 PM


Macam soal agama Sebab aku Ada ilmunya Sikit,walau tak sebanyak mana tapi  aku banyak ajar Suami aku begitu juga mengaji Dari segi Tajwid aku ajar Suami Dan anak aku.kadangkala aku luahkan kekesalan perasaan aku pada Suami aku.tapi Suami aku ingat kan Balik apa aku ajar dia,

Masalahnya kepercayaan aku yang dulu hilang mcmtu dengan beribu persoalan tentang tuhan,aku masih ajar anak aku mengaji,solat,baca taalim.tapi aku rasa aku tak da jiwa.aku rasa setakat berikan ilmu apa aku Tahu.tapi jiwa aku tak da.aku sentiasa solat,Sampai Sekarang aku paksa diri aku Bangun tengah malam bertahajjud.tapi aku rasa kosong.aku persoalkan Balik kenapa aku buat semua n,sedangkan tuhan tak pernah sayang aku.kalau dia sayang aku kenapa dia buat aku lalui jalan yang berliku-liku Dari kecil.

Ada beberapa kali aku berazam aku Malas Nak solat.tapi aku rasa tak Boleh pula Nak tinggalkan,buat-buat Lupa.sekarang aku bersolat tapi tanpa jiwa. Aku benci perasaan mcmtu,aku rindu mcm aku masih kecil tapi Dalam masa yang Sama mana sifat penyayang Dan pengasihani tuhan.perasaan belah bahagi ni buat kan aku menangis sendiri.kadangkala umpama mencabar diri aku untuk melakukan dosa yang Lebih besar.


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kan, tak rasa pelik? Kenapa kita baca ayat Ar-Rahman Ar-Rahim 2 kali dalam surah Al-Fatihah. Agaknya semua tu utk Allah ke untuk manusia?

Tapi kan, rasanya utk Allah. Pasal zaman ler ni, ramai manusia dah perangai mcm haiwan. Hati serigala! Macam dalam hadis Rasullullah.

Bagi saya, zaman ni "rosak teruk". Tunggu diazab Allah aje. Yang hint2 tu cuma ujianNya aje (Pandangan peribadi saya ler).
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun, tajuk best! Praktikal from hero to zero.

Letak seringgit atas jalan raya tengok, semua masuk kocek aje.

Hehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 06:35 PM | Show all posts
fire_place replied at 26-5-2016 04:50 PM
Macam soal agama Sebab aku Ada ilmunya Sikit,walau tak sebanyak mana tapi  aku banyak ajar Suami a ...

Wa alaikumsalam warahmatullah.

Saya menulis mengikut apa yang saya faham dari post puan.

Saya rasakan iman puan sangat kukuh.  walau pun bermacam ujian datang dalam bentuk fikiran, puan masih lagi bangun bertahajjud.  Kalau orang yang tipis iman dah lama dah dia tinggal semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 06:56 PM | Show all posts
ibnur replied at 26-5-2016 06:35 PM
Wa alaikumsalam warahmatullah.

Saya menulis mengikut apa yang saya faham dari post puan.

Masalahnya saudara ,saya rasa kosong jiwa walau buat tu semua.saya tak rasa keindahan mcm pengabdian pada sang pencipta mcm dulu.saya macam pikir adakah saya buat perkara betol atau sia-sia.antara Sebab lain saya tak tinggal solat sbb saya tak Nak Suami saya berdosa,Sebab saya sayang Suami saya.sebab tu saya masih ajar anak solat Dan mengaji. Saya  Cuma bimbang perasaan saya Sekarang Akan membuatkan saya berhenti terus mempercayai Apa yang saya pelajari Dan percaya.

Saya akui Dalam mengerjakan Ibadah,saya juga banyak membaca buku2 tulisan mereka yang 'free thinker,atheist' Dan saya dapati pendapatan mereka tu Lebih membuatkan jiwa saya Terima.saya tak Tahu adakah satu nikmat tuhan beri saya perasaan sedar ini lalu meminta pertolongan untuk saya mendekati dirinya dan kembali Ke landasan sebenar atau sebenarnya perasaan yang saya rasa skrg ini adalah Jawapan Bagi persoalan saya samada tuhan iTu wujud atau tidak Dan sekaligus menghuraikan wujud atau tidak sifat penyayang lagi pengasihani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2016 07:05 PM | Show all posts
Edited by fire_place at 26-5-2016 07:18 PM

Saya amat berharap Ada yang Boleh menghuraikan dengan memberi contoh yang berlaku pada Dunia nyata kini.

Sebagai contoh Sejak kecil saya pikir tuhan Telah menyelamatkan saya berkali Dari diperkosa bapa tiri,memang banyak kali saya terselamat,pernah saya terlalu geram hingga hampir tikam dia,tp tuhan selamatkan saya dr membuat tindakan tersebut,

Tapi tu dulu,kini saya mula mengaitkan dengan perihal lain.adakah saya terselamat atas nasib saya,atas Sebab diri saya sendiri atau sifat pengasihani Dan penyayang tuhan yg sentiasa melindungi saya?kalau atas sifat pengasihani Dan penyayang dia,kenapa pula Budak kecil yang tidak berdosa,tidak mengenali erti apa2 di biarkan Dan ditakdirkan diperkosa dengan kejam,hingga mati?ujian kepada yang tak berdosa? Mana letak pula Sikap pengasih Dan penyayang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 07:18 PM | Show all posts
alasala replied at 26-5-2016 05:40 PM
Apa pun, tajuk best! Praktikal from hero to zero.

Letak seringgit atas jalan raya tengok, semua m ...

Adoi,awak cakap berkias Ke apa pun saya tak paham lah.maaf ya.


Saya sekarang amalkan konsep berbuat Baik sesama insan Dan haiwan.apa saya rasa sifat saya Bertukar kepada sifat Ikhsan,Contohnya dulu takut kepada anjing,Sekarang saya Mampu menyayangi anjing.saya juga mengambil kebaikkan Dalam pelajaran yang terdapat Dalam agama Buddha,jiran saya banyak terangkan konsep ni,anak saya belajar mandarin,Jd jiran saya Ada mengajar juga perihal kebaikkan Dalam buku amitabha.saya Cuma kadang kala pikir agama merosakkan manusia.

Contoh Paling dekat,saya meragui konsep benarkah konsep tuhan ni wujud atau kita Telah didoktorin oleh pihak tertentu.sebab sebelum ni saya Ada berkawan dgn pemuda arab,dia Dan bapa dia bila siang Berhibur,minum2, Berjudi malam pula taubat.konsep agama bagaimana ya?keturunan raja arab yang mana jdkan tanah mekah suci,tp bila keluar bermaksiat jua.ntahlah banyak persoalan yang berkumpul yang membuatkan saya semakin menjauh,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2016 07:21 PM | Show all posts
@mbhcsf perlukan pandangan Terbuka Dari anda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum kak fire..mcm mna keluarga akak?..ayah tiri dgn adik tiri akak?..harap Allah mempermudahkn perjalanan akak..amin..

Soal maha pengasih,maha penyayang..
Ada dlm diri kita..menyayangi,disayangi,mencintai benda benda yg kita anggap suci..mcm lelaki(suami)..anak kecil,
Walau dipukul tetap kita tangisi dengan perasaan sayang kita..begitu juga Allah..
Setiap curahan kasih sayang dia pada hambanya  yg taat dan beriman itu berbeda tetapi sama rata..walau kanak - kanak itu dibunuh kejam,kita tangisi dan berdoa(agar dia ditempat yg paling baik)rahmat bukan?..walau pun difikir logik,anak kecil itu tak patut mati dengan sadis dan kejam.. Ada dua jenis manusia baik di dunia..satu..seseorg yg dari kecil tak pernah buat jahat,malah ditimpa dugaan hebat,tetap teguh dengan pendirian dgn sifatnya yg tidak berbuat jahat..satu lagi..seseorg dari kecil,nakal,jahat dan bila disedarkn/hidayahnya baru terbuka..dia bertaubat..dan teguh dgn pendiriannya tidak akan berbuat jahat..dimana yg lebih baik?..yg lebih baik itu lah yg pertama..sebab darjatnya tinggi dari yang ke dua..itulah sifat2 yg dimiliki rasulullah..tidak pernah berbuat jahat..sungguh org seperti itu aman dunia akhirat..tak mcm dbell..dah tua baru nak bertaubat..beruntunglah org org seperti itu..nilai dan sifatnya lebih tinggi dari org lain.lebih dipandang Allah..seperti uwais al qarni..tidak pernah berbuat jahat..malah dikenali penduduk langit....adoii..mata masuk habuk..huhuhu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf kak kalau mcm lari tajuk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 07:53 PM | Show all posts
ibnur replied at 26-5-2016 06:35 PM
Wa alaikumsalam warahmatullah.

Saya menulis mengikut apa yang saya faham dari post puan.

saya pun selalu lepas saja time tahajud sebab subuh sini awai sangat . so amat kuat iman tu kalau bangun bertahajjud. i agree with you yg kalau hamba itu  diuji - dan i am sure u and I tahu apa itu 'diuji' kan Ibnur ? hahah adah boleh senyum dah. dan senyum itu  datang dan hadir dengan perasaan yg - yes, i could imagine the hardship but i know sabar sikit je  yg - di sebalik kesusahan ada kelapangan, dan Allah itu amat dekat.


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:10 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-5-2016 08:12 PM

so persoalannya secara sepintas lalu :

kalau Allah itu Maha Penyayang , kenapa ada ujian ?

kalau Allah itu  penyayang mengapa mesti ada kecacatan pada bayi - atau musibah

sebab berlandaskan pemikiran bahawa ; yg Allah sayang dan yg positif tu  adalah ujian yg Allah sayang, ujian Allah yg getir tu dan seemed harsh at first  maknanya  - hidup ini tidak begitu adil ?

okay - ada dua  implikasi  kat sini -  

ujian hidup ni macam mana nak tangai atau coping

dengan dua elemen ini

a) hubungan sesama Allah
b) hubungan sesama Manusia

dalam islam dedua kena ada

so , saya buka kepada yg arif forum agama untuk bersoal jawab.dan kata TT - benda ni penting sebab ia menyentuh status akidahnya ( correct me iF i am wrong )

ada sesiapa yg nak menjawab ?

sebab jawapan ini menuntut penghayatan akan makna teras dalam islam.

so saya bukakan persoalan pada yg arif dalam forum .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 26-5-2016 07:53 PM
saya pun selalu lepas saja time tahajud sebab subuh sini awai sangat . so amat kuat iman tu kalau  ...

Saya tak tahu memang walau saya tak set jam, mesti akan terjaga dalam pukul 4, kadangkala buat bodoh alah lantaklah. Tapi saya rasa macam ada perasaan yang menyapa. Dan oklah2 saya solat. Mcm tu juga duha.

Kadangkala saya marah seolah protes saya cakap pada diri sendiri lantaklah aku malas solat malas pikir, engkau tak bersikap adil pada aku wahai tuhan. Tapi datang perasaan asik tengok jam dan mengingatkan solat.

Apa saya tak suka adalah perasaan berbelah bahagi. Rasa mcm bodoh. Walau sekolah agama, tp masa study saya bukan jenis yang menjaga aurat. Mmg kawan saya cakap saya pelik dedah aurat tapi mengaji, solat. Saya tak tahu sbb dh jd kebiasaan atau apa.

Dan saya tak nak perasaan belah bahagi ni.saya tak suka buat amalan tp tak da jiwa.. Saya rasa seolah hubungan saya dengan tuhan saya marah dia, cuba nafikan dia. Tp saya rindu dia. Kalau tidak mustahil untuk saya menangis saat setiap kali tulis ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 26-5-2016 07:26 PM
Maaf kak kalau mcm lari tajuk..

Hai dumbell terima kasih atas pandangan awak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Syoknya membaca wooo. Peeeewwiiiittt.

Tangkap feeling.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita2 feeling dan marah kat Allah tu, buang aje dalam tong sampah. Itu namanya tak bersyukur.

Apa pun, saya kata aje tangkap feeling, saja nak kata habuan "nak pancing"

Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah Maha Adil. Dia Maha Memelihara. Dia Maha Memusnahkan.

Alah, pemerintah yg Dia tetapkan masih ada. Nak pening buat apa? Bukannya mak bapak budak tu boleh bagi duit "kerana kita kesian pun". Jika kesian dekat budak yg kena dera, gi lah bela budak tu. Apa nak pening2 kepala otak. Jika tak mampu, duduk diam2 ajelah.

Semak tengok ayat tak feeling ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak komen tak membantu pun. Kalau nak bantu, tak perlu komen.

Sikit2 nak fikir itu, sikit2 nak fikir ini. Allah dah bagi kerja berfikir "mengikut job disciption". Sebab tu ada polis, askar, doktor, guru, pekedai dan lain2. Gamak sakit otak, gi jumpa doktor otak aje. Nanti mereka boleh bagi ubatnya. Masing2 dah ditakdirkan atas pilihan. Saya pilih "apa yg sepatutnya saya buat". Lantak ler org nak nilai apa pun, kerana mereka dan saya "tak sama". Kalau keje feeling, tak fikir nak buat sesuatu, gi jumpa pakar pskitari. Hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 09:07 PM | Show all posts
alasala replied at 26-5-2016 08:58 PM
Allah Maha Adil. Dia Maha Memelihara. Dia Maha Memusnahkan.

Alah, pemerintah yg Dia tetapkan masi ...

Mudahnya hidup sedemikian.
Kalau aku bukan jenis org solat org buat ibadah aku buat. Alasan tuhan suruh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084901 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list