Mod, yg second tu plan rumah ala2 "tiny home" movement kat US/Europe gitu........design diorang memang minimalist tapi tak berapa sesuai cuaca Malaysia......natural air circulation kureng....unless bukak sliding door 24h......tu pasal nak tau jugak sape2 porumer ada pengalaman buat rumah dari kontena kapal tu, tak panas ke tengah hari (sebab material dari besi)?
dalam video bwh ni ada brader yang femes sbb buat rumah kontena tu. mmg selalu dpt soalan "panas ke tak?". start minit 3:15. rumah dia ada letak aircond dan byk sliding windows.
"Pendekatan yang kita gunakan ialah menebat dinding rumah kontena bagi mengelakkan haba terperangkap dan terbina di dalam kontena - buat passive insulation - tidak insulate di sebelah dalam, tetapi insulate di sebelah luar".
Insulation dan Pengurusan Haba.
Benda ni kalau kita letak atau tak terpulang sebenarnya. Kalau tak letak, maksudnya panas lah, so kenalah consider airconditioner. Kalau letak, makanya dependability terhadap aircond berkurangan. Kos elektrik juga dapat dijimatkan.
Setakat ni, elektrik saya sebulan RM90 camtu. Peti, mesen basuh, tv astro streamyx dan aircond 10 jam sehari. Jimat kan? Kalah rumah batu, memanglah, sebab aircond saya set suhu 26 darjah, sedap2 buah je suhunya, dan dia akan auto berhenti bila suhu target dicapai. Kontena kan kecil, jadi dia cepat sejuk!
kayu dia yg mahal.......dulu pernah baca ada satu kontraktor hantar tender free ke dua tiga ratus hengget je untuk robohkan bangunan2 lama kayu berek askar..........rupenye harga kayu2 buat bangunan tu lagi mahal, tu sebab member sanggup hantar tender murah sebab nak dapat kontrak tu, kayu tu jual sekenhen/treat boleh guna balik......dulu pernah survey cari laminate wooden floor, ada satu company local ni, dia ada buat buyback laminated flooring yg dia jual kalau customer dalam 5-6 tahun lepas tu nak tukar, tokey dia bagi tau, makin lama makin mahal, diorang boleh buyback, treat balik dan jual as refurbished laminated wooden flooring masih boleh untung........cari laminated wooden flooring tu dulupun sebab ada kontraktor bagi idea buat rumah batu je bentuk kampung (lantai simen), atas simen baru guna laminated wooden flooring tu......rumah org lain, bukan rumah sendiri..........................
ya betul...wooden flooring memang mahal
dulu rumah kat kampung kena roboh sebab dah tak duduk situ
lagipun tapak tu tanah orang lain..
berebut orang nak beli papan tu, dari kayu cengal..jendela pun masih cantik....masih elok..