CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]
Post time 5-4-2011 09:22 AM | Show all posts
nanti senang2 letak lagi ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2011 10:04 AM | Show all posts
yea en3 baru..lagi2..best..nak tau kisah hanim n singa jadian...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 11:55 AM | Show all posts
nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 12:03 PM | Show all posts
ooooo.... dulu bos sekarang husband ye?
mesti ada sebab ni.. kawin paksa ke?
lps kawin still mcm singa ke?? sbb tu hanim lari???
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 12:48 PM | Show all posts
Sambung byk sikit lah shana x puas nak baca ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 01:53 PM | Show all posts
Hanim merenung skrin computer di hadapannya. Pandangannya kosong. Salbiah hanya memandang. Ingin di tegur namun rasa serba salah pula. Pandangan Salbiah beraleh pada jari jemari Hanim. Terkejut. Baru perasan yang jari itu kosong. Berkerut dahinya apatah lagi bila mendengar keluhan Hanim.

“Tak baik mengeluh…” Salbiah bersuara akhirnya. Bosan melihat wajah Hanim yang sedih itu. Tidak-tidak habis mengeluh.

“Kak Sal…” Hanim tersenyum hambar. Terkejut juga di tegur Kak Sal.

“Sal, Hanim tak nak lunch ke?” soal Maria. Salah seorang pekerja di situ. Di belakang Maria berdiri Mona si penyambut tetamu. Selalunya mereka berempat lunch bersama.

“Nak pergilah ni, nak ajak cik adik yang bersedih ni je..” jawab Salbiah.

“hari ni Nim tak ada seleralah. Kak Sal, Kak Mar n Mona pergi jelah. Nim nak habiskan kerja,” Hanim bersuara perlahan.

“Kenapa ni? Selalunya Hanim yang paling berselera. Demam ke?” Maria bertanya prihatin. Tangannya menyentuh dahi Hanim. Tak panas pun.

“Hanim sihat, Cuma tak de mood. Lagipun Hanim ingat nak diet,” jawab hanim.

“Diet apanya, awak tu dah cukup comel macam ni. Kurus nanti tak cantik,” sampuk satu suara. Serentak mereka berempat menoleh. Masing-masing kaku. Hensome nya…. Bisik hati masing-masing melihat lelaki yang berdiri di hadapan bilik En Aizad.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2011 01:56 PM | Show all posts
Reply 145# qimi08


tengah berusaha dengan gigih nieh
idea kurang coz opis panas n kerja yg banyak.
aircon kat opis ni lak rosak satu. tension
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 03:28 PM | Show all posts
bila dah sejuk..post lah n3 lagi ya..best baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2011 03:43 PM | Show all posts
“Kenapa berdiri macam patung nieh?” Aizad bertanya. Matanya memandang wajah-wajah dihadapannya itu. Lelaki yang berad di sebelahnya hanya tersenyum. Apalagi, makin terpukaulah wanita-wanita di hadapan mereka.

‘kacaknya… geramnya tengok lesung pipit lelaki ni. Siapa dia?’ bisik hati Hanim. Matanya masih terpaku pada wajah kacak dihadapannya. Hanim turut tersenyum bila lelaki itu tersenyum namun senyuman itu berakhir bila memandang wajah Encik Aizad @ singa jadian yang memandangnya. Pandangan tidak puas hati. Hanim tertanya sendiri. Apa salah aku…….
“Errr.. Encik Aizad nak keluar ke?” Tanya Maria.

“Habis tu takkan saya nak jadi penunggu kat sini kot…” jawab Aizad tegas. Apatah lagi bila melihat gelagat pekerjanya yang terlopong memandang Zahir, sahabatnya. Macam tak pernah tengok lelaki hensome, lepastu mulalah nak merenyam.

Hanim yang mendengar hanya diam. Sesekali dia berbalas pandang dengan lelaki di sebelah Aizad. Hanim melihat senyuman sinis lelaki itu. Berbahang hatinya melihat senyuman itu.

‘Kerek betul… macamlah hensome sangat…’ bisik hati Hanim. Padanlah berkawan dengan singa jadian tu. Hanim pantas menarik tangan Salbiah dan Maria. Mona yang masih tersengih-sengih itu turut di tarik tangannya oleh kak Sal. Malas berlama-lama di situ. Nanti banyak pula songeh Aizad. Ada je kerja yang hendak di beri pada Hanim.

“Kenapa dengan staff kau tu?” Tanya Zahir. Kelakar juga melihat telatah staff Aizad. Macam-macam hal.

“Biasalah, pantang tengok lelaki hensome,” jawab Aizad malas. Zahir merupakan sahabat baiknya. Baru sahaja pulang dari US.

“Oh… tapi yang pakai baju kurung pink tu comel. Siapa tu?” Tanya Zahir. Terbayang wajah gadis manis bertudung tadi.

“Setiausaha aku. Kau jangan kacau dia pulak. Budak baik tu,”

“Wow!!! Sejak bila citarasa kau berubah nieh. Dulu bukan semua setiausaha kau mesti anggun, seksi bergaya, up to date…”

“Dahlah… dia je yang boleh tahan dengan angin aku. Kira oklah tu. Kerja pun bagus,” Aizad bersuara. Malas nak layan perangai Zahir. Pantang nampak perempuan cantik. Zahir hanya mengangkat bahu. Tahu Aizad tidak berminat mengenai hal itu. Masih banyak masa lagi nak berkenalan dengan gadis itu. Zahir tersenyum sendiri. Mula merangka idea memikat gadis comel itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 04:23 PM | Show all posts
burung yg susah dipikat tulah yg sentiasa
menjadi buruan mata2 yg liar bak helang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 04:33 PM | Show all posts
cmnelah agaknya HANIM kawen ngan AIZAD...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 01:46 PM | Show all posts
Hanim tahu sejauh manapun dia mengelak, hari itu sampai jua akhirnya. Mujur mak menerima berita itu dengan baik. Dia cuba menguatkan hati, tak mahu kelihatan lemah di hadapan mak. Mungkin sudah takdir, tiada jodohnya bersama-sama Khaer.

Mak hanya diam apabila keluarga Khaer datang memutuskan pertunangan mereka secara rasmi. Hari ini berakhirlah cinta mereka yang bertahun bersemi. Hanim pasrah. Paling penting mak ada disisinya. Biarlah orang nak kata apapun, asalkan dia dan mak tahu siapa dirinya itu sudah memadai.

Dia akui terdengar juga soseh-soseh jiran tetangga bila berita pertunangannya yang putus tengah jalan tersebar. Macam-macam perkara timbul. Namun dia biarkan sahaja. Letih nanti diamlah mereka. Tapi diakui benar juga kata mereka, usia pertunangan yang terlalu lama mungkin telah membosankan Khaer. Memudarkan rasa cinta lelaki itu untuknya.

Salbiah yang mendengar berita itu hanya mampu menasihatkan Hanim. Dia tahu Khaer bukanlah lelaki terbaik untuk Hanim. Sudah beberapa kali dia terserempak Khaer bersama seorang wanita. Gelagat mereka mesra sekali. Bagaikan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta. Cuma dia tidak sampai hati untuk memberitahu Hanim. Lega akhirnya pertunangan Hanim dengan Khaer putus akhirnya. Bukan niatnya mendoakan perpisahan diantara mereka Cuma jauh di sudut hatinya, dia tahu Khaer bukanlah lelaki yang baik untuk Hanim. Hanim layak mendapat seseorang yang lebih baik dari Khaer. Seseorang yang tulus mencintainya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 02:23 PM | Show all posts
sian HANIM...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 02:45 PM | Show all posts
Masa semakin pantas beredar. Hanim makin sibuk dengan tugas-tugas pejabat yang makin bertambah. Bertambah lagi satu gangguan dari Zahir yang kononnya kawan baik Encik Aizad. Banyak pula masa lelaki itu berumah tangga di pejabat ini. Bosan Hanim bila hari-hari terpaksa mengadap muka Zahir. Walaupun wajah lelaki itu kacak (sejuk mata memandang) namun sikap lelaki itu membuatkan hanim pening.

Sikap Encik Aizad juga agak pelik kebelakangan ini. Mesranya lain macam sahaja. Walaupun lelaki itu sudah jarang marah-marah namun renungan dari mata redup milik Encik Aizad membuatkan Hanim tidak senang. Seram sejuk tubuhnya bila dipandang begitu.

Kakitangan di pejabat juga perasan perubahan bos mereka itu. Pelbagai spekulasi dan gosip bertiup kencang apatah lagi bila terdengar ura-ura perpisahan Encik Aizad dengan Linda model terkenal itu. Linda juga sudah lama tidak datang ke office mereka. Lagilah Hanim tak senang hati apabila namanya turut dikaitkan sebagai punca perpisahan mereka.

Geramnya Hanim bila mendengar khabar tersebut. Macamlah dia gatal sangat. Huh… singa jadian tu. Tak ingin Hanim. Makin sakit hatinya bila Encik Aizad makin mesra pula dengan dia. Sibuk je mengikutnya ke hulu ke hilir. Pantang hanim hilang depan mata, mulalah dia mencari. Macam mengiakan sahaja gosip-gosip panas yang melanda. Sakitnya hati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 02:47 PM | Show all posts
Hanim sentiasa diduga dlm perhubungan -
Khaer dan Aizad
Allah sentiasa menduga hambanya tp
Harap2 pengakhiran yg membahagiakan
Hanim dan Aizad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 03:00 PM | Show all posts
Hanim menarik muka sebaik melangkah keluar dari pantry. Kelihatan Zahir dengan selambanya duduk di meja Hanim. Bibir lelaki itu tersenyum lebar melihat kelibat Hanim. Baru satu malam tidak melihat wajah comel ini, Zahir sudah mula merindu. Wajah gadis itu yang masam tidak dihiraukan. Tetap manis dimatanya.

“Encik Zahir nak apa ni? Pagi-pagi buta dah datang sini. Encik Aizad tak masuk lagi,” Hanim bersuara tidak puas hati. Rimas bila mata lelaki itu asyik merenungnya.

“Tak ada apa-apa. Abang rindu kat pujaan hati abang jer… Nim tak rindu kat abang ke?” Zahir bersuara menggoda. Matanya dikelip-kelipkan. Comellah kononnya.

Hanim yang mendengar tersedak. Air milo yang di minum tersembur mengenai wajah Zahir yang berada dihadapannya. Nak termuntah Hanim mendengar Zahir membahasakan dirinya abang. Geli gelman tubuhnya. Erk…

Zahir pantas mengambil tisu. Di lap wajahnya yang penuh dengan milo. Hanim hanya diam kaku dihadapannya. Mujurlah hanya milo suam, kalaulah panas… tak dapat nak bayangkan. Comelnya… hatinya memuji. Langsung tidak ada marah. Makin jatuh cinta adalah bila melihat wajah Hanim.

Hanim yang kaku akhirnya ketawa. Habis wajah dan kemeja Zahir terkena air milo. Berbintik-bintik kemeja itu kotor dengan percikan milo dari mulut Hanim. Bukan salah Hanim, lelaki itu yang pandai-pandai membahasakan dirinya abang sampai hanim tersedak. Hanim hanya membiarkan lelaki itu membersihkan dirinya tanpa rasa bersalah.

“Baju Encik Zahir tu dah kotor. Baik Encik balik tukar baju. Lagipun Encik Zahir ni menyemakkan pandangan mata saya jer… dah la tengah banyak kerja ni,” Hanim berkata selamba. Zahir hanya mendengus. Di sabarkan hati. Dia melangkah pergi. Tak ap, lepas tukar baju boleh datang lagi… pujuk hatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2011 03:13 PM | Show all posts
ada juga lelaki muka tembok cam Zahir tu... org tak sudi masih terhegeh2 lagi...
kalau aku la mau malu setahun bila Hanim ckp "menyemakkan pandangan mata saya jer..."
ada hati nak dtg lagi tu....
itulah lelaki... org jual mahal dia jadi ego... nak juga buktikan satu hari pompuan tu pasti suka kat dia...
bila dah dpt nnti buat hal lak....:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply 157# Jaza2008


    zahir ni ok...(mengikut imaginasi hana)  hana rasa untuk n3 yg seterusnya nanti mungkin akan jatuh cinta ngan zahir yang agak sengal-sengal n poyo tueh...

aizad... hmmm... hana rasa akan ada yg benci n x suka dia :@:@terutama mengenai sebab dia berpisah ngan hanim
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply 158# shana85


    dari posting2 yg lepas hanim exsiden(lupa ingatan).. jaza rasa aizad tu tamak...
cinta dah sayang kat Linda tapi masih nak ikat hanim lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 03:45 PM | Show all posts
sambung lagi kelakar lah hari tu sorang forumer dah lama x masuk
pernah cerita kawan bos dia berkampung kat office dia
org lain x mo layan terpaksa lah dia layan sbb menghormati tetamu bos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.259183 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list