CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KUDABELANG

RE: Buku 2: edisi Salleh Yaacob bengang!! page 6 kesiannnn

  [Copy link]
Post time 17-6-2011 10:09 PM | Show all posts
nmpak wak salih n wife baru kt Maharaja Lawak...
balik kampung agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 10:11 PM | Show all posts
SY bwk binik muda tgk ML.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:12 PM | Show all posts
si emi ni dok pelok tgn anak bujang SY ka....sori kalau aku salah tgk....
burberry Post at 17-6-2011 22:06



    betul ler gamaknya...anak tiri dia ler tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:14 PM | Show all posts
betul ler gamaknya...anak tiri dia ler tu...
keeah Post at 17-6-2011 22:12



    huhuhu dah mcm pakwe mak we aku tgk.....kalau aku segan kot anak tiri sebaya nak bergambar begitu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:18 PM | Show all posts
huhuhu dah mcm pakwe mak we aku tgk.....kalau aku segan kot anak tiri sebaya nak bergambar ...
burberry Post at 17-6-2011 22:14



    takpelaa...Emi dan anak tiri dia x segan...mungkin sebelum ni depa dah kenal kenal ....kita pun segan gak...tp ntah ler kita tak lalui tak tau nak ckp segan ke idak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:21 PM | Show all posts
takpelaa...Emi dan anak tiri dia x segan...mungkin sebelum ni depa dah kenal kenal ....kit ...
keeah Post at 17-6-2011 22:18



    ye la..mgkin kot dorang dah kenal ek.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 10:51 PM | Show all posts
more pics..................
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:51 PM | Show all posts
bengong je memasing dok merapu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 10:52 PM | Show all posts
isk.. tak best nye honeymoon ramai2...
pasangan2 yg dah berusia pon kalu gi honeymoon tinggal anak cucu, ni yang baru kawin dah terpaksa kena gi skali ngan madu2 dan anak2 tiri....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 02:11 AM | Show all posts
saya rasa takut dengan posting forumer eiman..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 04:27 PM | Show all posts


Yang batik ijau kanan sekali tu siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 06:02 PM | Show all posts
tourist guide kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 06:14 PM | Show all posts
kurang2 dpt gek pi honeymoon!..walau berbelas org...bahagia mereka bkn leh ukur dgn cara gitu...yg empunya diri jer yg taw bahgia ker x kan! kita2 ni tumpang tngk gambo jer...xyah nak selam dalam2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 08:28 PM | Show all posts
chaiyorkkk...!!! terbaek dr SY
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 01:22 PM | Show all posts
sungguh adil dan saksama sampai lengan pon leh jadi panjang pelok seme isteri2 beliau
ladida Post at 16-6-2011 02:00


tgk la badan bini2 dia noks...kalu 4-4 badan cam adibah noor, xtau leh sampai ke x nak pelok 4-4 sekali tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 01:25 PM | Show all posts
semoga bahagia...seronok tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2011 01:43 PM | Show all posts
kurang2 dpt gek pi honeymoon!..walau berbelas org...bahagia mereka bkn leh ukur dgn cara gitu...yg e ...
menjad Post at 18-6-2011 18:14


btol tu...rezeki memasing...yang laki bini anak sorang pon lom tentu dpt gi sabah sarawak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2011 04:00 PM | Show all posts


salleh yaacob n emi kat maharajalawak jb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2011 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 03:50 PM | Show all posts

RE: Buku 2: edisi Salleh Yaacob bengang!!

Salih bengang!
                               

Font: [ [url=]BB[/url] [url=]B[/url] [url=]M[/url] [url=]S[/url] ]  

                               

                                        •Hiburan                                        •Hip                                        •2011-06-29 10:10                                        •Click: 363                                        •Disediakan oleh Berita Harian                                                                       

                                                                                                       

■ KELUARGA besar Salih.

■ SALIH dan Mek dalam selingan Maharaja Lawak.

Kisah perkahwinannya seperti tidak dihormati, jadi bahan senda dan jenaka berlebih-lebihan

LEMAH nada suaranya di hujung talian. Jika sebelum ini tutur bicaranya sering disulami dengan lawan jenaka, tetapi ketika dihubungi Hip Isnin lalu, hanya keluhan yang kedengaran.Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu. Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.

Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.

Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.

Menurut Salih, ketika dia diundang untuk menjayakan slot itu, tujuan asalnya adalah untuk memperkenalkan buah tangan terbarunya itu kepada khalayak. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya tak kisah isu perkahwinan saya itu diperkatakan, tetapi apabila ia sampai menenggelamkan tujuan asal segmen selingan itu dibuat membuatkan saya bengang dan kecewa.

“Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.

“Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?” pertikai Salih kembali.

Disebabkan sikap tidak peka mereka itu, Salih dalam getar suara penuh rajuk itu menegaskan dia seakan serik jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan programnya itu.

“Bayangkan, saya diberikan lebih kurang lima minit untuk mempromosikan program SY I Follow, tetapi disebabkan itu, kesempatan berkenaan tidak ada dan saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pengacara AC Mizal muncul dan menyebabkan objektif slot selingan itu gagal mencapai matlamatnya.

“Saya sudah lama dalam bidang ini dan apabila diperlakukan seperti itu, saya terasa seperti pengalaman yang saya ada tidak dihargai. Terus terang, selepas ini saya sudah tawar hati jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan program saya itu. Kalau ada, adalah, saya tidak mahu terlalu mengharap,” katanya yang tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Melihat kepada gandingan Salih dan Mek, ternyata gabungan itu tidak begitu sesuai dan tiada keserasian antara keduanya. Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, lelaki berusia 50 tahun ini akur dengan kenyataan itu.

“Mek muncul dalam segmen itu bersama saya kerana dia juga terbabit dalam program SY I Follow itu. Begitupun, kalau hendak diikutkan, saya lebih suka jika digandingkan dengan Kak Engku ataupun Amy Mastura kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi produksi yang pilih, saya tidak boleh kata apa,” ujarnya sambil mengakui tidak mahu menonton kembali rakaman segmen selingan itu dek terlalu kecewa dengan hasilnya.

SY I Follow hasil populariti di radio

TIADA siapa yang dapat menafikan  pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.

Disebabkan populariti watak itu yang semakin mencanak, karakter lucu itu akan dapat disaksikan di dalam program terbitan Global Station yang akan disiarkan di saluran Astro Warna, setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula 8 Julai depan.

Bercerita panjang mengenai program itu, Salih berkata idea untuk menghasilkan sebuah program bual bicara seperti itu sudah lama ada dalam kepala, namun kesibukannya membuatkan hasrat itu terbantut begitu saja.

“Sebelum ini memang ramai yang minta saya hasilkan sebuah program bual bicara yang ada kaitan dengan diri saya sendiri. Jadi berdasarkan populariti karakter yang saya tampilkan dalam radio ditambah sambutan yang hangat diberikan oleh pendengar membuatkan saya rasa adalah elok jika karakter itu saya wujudkan dalam program ini,” katanya.

Terdapat beberapa segmen dalam program itu seperti I Follow, Betul Tak? Kembang Sa-Taman, Corat-Coret dan Lagu Merapu dan juga terdapat segmen yang akan memperkatakan topik semasa. Rancangan ini lebih berbentuk santai.

“Seperti judulnya SY I Follow, program ini lebih kepada untuk mengajak penggemar saya mengikuti apa saja perkembangan saya serta apa yang saya lakukan,” katanya yang turut mengundang selebriti dan personaliti popular sebagai tetamu undangan programnya itu.

Antara selebriti yang diundang termasuklah Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn.

Selain terbabit dalam industri hiburan dan  penyiaran, Salih berkata, dia kini sedang berjinak-jinak dalam dunia motivasi apabila sering diundang untuk menyampaikan ceramah.

“Sejak kebelakangan ini memang saya sering diundang untuk menyampaikan ceramah mengenai kehidupan berumah tangga dan amalan poligami. Saya tak kisah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka kerana ia juga adalah satu cabang ilmu yang perlu dikongsi bersama.

“Saya juga mahu serius dalam bidang ini kerana sudah sampai masanya untuk saya mencari bidang baru selain bidang penyiaran yang saya ceburi ini. Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan. Saya masih perlukan kedua-duanya,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.081086 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list