CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emmmm

DVD 慳ksi seks pemimpin politik

  [Copy link]
Post time 2-1-2008 08:49 AM | Show all posts
mmg memalukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2008 08:56 AM | Show all posts
sedangkan pemimpin yang 'membunuh' pun boleh terlepas..
inikan pula setakat video lucah
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 08:57 AM | Show all posts
ye ye ckp bukan saya yg buat video tu..does it really matter sape yg buat.. u urself dah mengaku buat press conference lagi..as if statement tu ada effect konon dia tak buat video tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 08:59 AM | Show all posts
hahahah...padan muka.....dah terang2 mengaku.....tapi buat muka tak malu lak tak nak letak jawatan...:@

kalo pak lah tak wat apa2.....memang nak kena la.....:@
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 09:00 AM | Show all posts
I'M THE MAN....

Ayat Power Penghabis 2007
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 09:03 AM | Show all posts
Isteri maaf Dr Chua
Oleh Mohd Farid Noh


http://www.bharian.com.my/Wednes ... 80101222254/mainpix
KUALA LUMPUR: "Saya dan keluarga menerima permohonan maaf serta kekesalan beliau," kata isteri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Datin Seri Wong Sek Hin (gambar).

Beliau berkata, Dr Chua sudah meminta maaf kepadanya dan keluarga berhubung insiden rakaman perlakuan aksi seks menteri itu dalam cakera video digital (DVD) yang kini tersebar dan mereka memaafkannya.

Sambil menyifatkan perkara itu sukar untuk diterima oleh keluarga, Wong berkata Dr Chua adalah seorang suami dan ayah yang baik serta tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya terhadap isteri dan anak-anak.

"Ini masa paling sukar buat kami sekeluarga tetapi kami menerima permohonan maaf beliau," katanya dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Berita Harian semalam.

Wong berkata, walaupun apa yang berlaku itu amat sukar untuk diterima, beliau dan keluarga memutuskan untuk terus bersama dan menyokong Dr Chua dalam menghadapi tempoh yang suram ini.

BeritaHarian
---------------------------------------------------------

Isteri maafkan Soi Lek

KUALA LUMPUR 1 Jan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2008 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by ilya at 2-1-2008 09:00 AM
I'M THE MAN....

Ayat Power Penghabis 2007


bukan ayat penghabis 2007, tp ayat pembukaan 2008...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by Maid_fr_Venus at 1-1-2008 05:35 PM
hohoho naper dia nak letak jawatan?????

takat beromen having sex bukan salah pun... dia bukan islam... kalu islam lain citer lah

hat islam pun ramai beromen sakan... tak malu dok amik video ...


i agree. we can't judge by our standards and belief system.

dalam masyarakat cina, this is nothing shocking. many chinese men - poor or rich, regardless - have mistress/es.

yang lebih penting to me is how people can be so disrespectful ie callous towards the privacy of a fellow being. sanggup mengaibkan orang semata-mata kerana kepentingan diri sendiri. it's one thing to hang out other's skeletons in the closet but it's another to scheme macam ni to throroughly jatuhkan air muka dia. siapa yang buat ni should be punished. as well as those who help distribute the clips.

today, it's the minister. tomorrow ... any dick or harry. maybe it'll become a sport now for some. kalau dulu setakat sekodeng 'illegal' couples ... now mungkin 'legal' couples pun dah tak 'selamat'. sapa tau esok muka hangpa yang dok ada dalam DVD blue!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2008 09:19 AM | Show all posts
apapon, tgkla kalau sokong lagik, bermakna kita menyokong seks bebas. ini nak dijadikan pemimpin.anyway, menteri kesihatan kita pakai kon**m tak..tak takut HIV ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by cutebaby5907 at 2-1-2008 09:06 AM


bukan ayat penghabis 2007, tp ayat pembukaan 2008...

eh... tahun baru dah ek...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 09:28 AM | Show all posts

Reply #126 yipun78's post

As a wife, sukar memang sukar..

tapi sebagai rakyat... lagi Sukar nak terima..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:02 AM | Show all posts
pak lah masih terima lg ke dia sbg menteri kesihatan..
secara logiknya leh kena terminate kan..
tp bgs arr dia ngaku..
famili dia pon leh maafkan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #132 fifie_olin's post

ala...depan rakyat leh r kata maafkan segala...kt umah...kita xtau aper cter...saper yg snggup beb!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:29 AM | Show all posts
masalahnyer,tukang rakam cctv tu...obvious sgt mcm nak perangkap dia...pas tu kasi tau pasal DVD ni masa nak dekat2 pilihanraya..sama mcm DVD peguam yg telepone tu....ni sume tektik le....nak pilihanraya
sungguhpun perbuatan Dr cia tu salah,tapi wa blame org yg merakamkan aksi tu....dah takde keje lain ke...kat hotel plak tu....so sape2 yg tido hotel,laki bini atau couple...hati2 le,kang ada pengarah nak buat filem blue free....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:35 AM | Show all posts

Reply #131 ilya's post

mungkin wife dia bagi blessing" utk have sex with that lady. wife dia ada masalah mungkin? mana la kita tau. cuma datok chua is a chienese man, dalam budaya cina, tinggal serumah tanpa nikah, no problem maaa....bukan yg buat tu org politik melayu/islam, so what's the big deal? Itu hal dia l... have some respect towrads him la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #119 yipun78's post

SEBAGAI ORANG YANG BEKERJA DI BWAH KEMENTERIAN KESIHATAN AKU BETUL2 BANGGA DENGAN MENTERI AKU KERANA:

SATU TELAH MENGUBAH SLOGAN: AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT KEPADA AMALKAN GAYA SEXS BEBAS

DUA: DIA NAK TUNJUKKAN KEPADA RAKYAT AKAN PEMAKAIAN KONDOM..PERBUATANNYA SAH JADI IKUTAN SEMUA

KETIGA: ESOK ADA PERHIMPUNAN.HARAP VCD TU DISIARKAN DLM DEWAN TU HAHAHAHAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2008 10:49 AM | Show all posts
pd pandangan aku...

die dh mengaku,and i think itu yg terbaik setakat ini.but die tak letak jawatan,itu xleh diterima.sepatutnyer die letak jawatan.klu die letak jawatan,he will walk out like a free man.die bukan islam..xde per nk dibesar2kan.jd lebih baik die turun dr takhta die skrg as a normal man.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by syahid83 at 2-1-2008 09:19 AM
apapon, tgkla kalau sokong lagik, bermakna kita menyokong seks bebas. ini nak dijadikan pemimpin.anyway, menteri kesihatan kita pakai kon**m tak..tak takut HIV ker?



Mestilah pakai kondom, kan dia yg melaung-laungkan nak bagi kondom n jarum free dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 11:07 AM | Show all posts
Menteri Kesihatan sambut hari lahir ke-61 hari ini

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang akan menyambut hari lahir ke-61 hari ini memulakan karier politiknya pada 1982 dengan memegang jawatan Ketua MCA cawangan Zabedah Timur sebelum dipilih mengetuai MCA Bahagian Batu Pahat.

Beliau kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi MCA Johor sebelum menjawat jawatan Timbalan Pengerusi MCA Johor pada Ogos 1993 dan seterusnya menerajui MCA Johor sebagai Pengerusi pada 2002.

Dr Chua memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram selama empat penggal bermula 1986 dengan majoriti 3,990 undi mengalahkan calon DAP, Gan Ah Liong. Beliau mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum 1990 dengan majoriti 4,108 undi mengalahkan calon DAP, Lim Hwah Beng.

Dengan majoriti undi yang semakin meningkat, Dr Chua menjadi calon pilihan terbaik untuk kerusi berkenaan apabila menang pada pilihan raya umum 1995 dan 1999 masing-masing dengan undi majoriti sebanyak 14,037 undi dan 13,460 undi.

Beliau kemudian dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Labis pada pilihan raya umum 2004 dan menang dengan majoriti 10,729 undi menentang calon DAP, Tee Gey Yan.

Dr Chua dilantik Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor bertanggungjawab terhadap portfolio Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri pada Oktober 1990 sebelum bertukar portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna negeri pada Januari 1992.

Beliau kemudian dilantik sekali lagi sebagai Pengerusi Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna selepas memenangi kerusi sama dalam pilihan raya umum 1995 dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pelancongan Johor (1999-2004) sebelum menang kerusi Parlimen Labis pada pilihan raya umum 2004.

Jawatan Menteri Kesihatan dipegang beliau bermula 27 Mac 2004. Dr Chua dilantik sebagai Ahli Lembaga Disiplin MCA pada Jun 2004. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua MCA Bahagian Batu Pahat.

Pada Ogos 2005, beliau menang jawatan Naib Presiden MCA dengan 1,398 undi. Hasil perkongsian hidup dengan Datin Seri Wong Sek Hin, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata termasuk dua lelaki.

Anak kelahiran Batu Pahat itu, memulakan tugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Johor Bahru pada 1973 selepas menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya (UM).

Beliau kemudian menjawat jawatan Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Batu Pahat sebelum memilih menjadi pengamal perubatan persendirian pada 1976.

Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) itu juga menjadi satu-satunya Menteri Kesihatan di rantau ini yang dianugerahkan fellowship oleh Kolej Diraja Ahli Fizik Ireland (RCPI) ketika lawatan beliau ke negara berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 11:18 AM | Show all posts
fuh.. hadiah besday
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.105681 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list