CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khys

1957 - HATI MALAYA [HEART OF MALAYA]

[Copy link]
Post time 29-10-2007 11:29 PM | Show all posts
tgk cerita ni utk PENGISIAN, LAKONAN dan MESEJ yang cuba disampaikan
ITU SAHAJA
efek, directing, kostum, pelakon tambahan, skrip...agak tumbang terbalik
tapi aku lupakan semua tu utk cuba garap isinya
lagipun lakonan pelakon yg jadi Dato Onn dan Tunku tu menyebabkan punggung aku melekat dkt seat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 12:24 AM | Show all posts
dato' onn & tunku abdul rahman memang superb acting diorang !!!

memang berjurai2 gak ler air mata bila part tunku nangis & masa time orang ramai serah barang kemas & duit.

pada aku layar lara masih masterpiece shumi. filem ni second lah.

budak2 sekolah patut tengok filem ni...biar diorang lebih faham sejarah malaysia. kalau nak harap imagine dari buku teks je susah nak tangkap. bila convert jadi filem, lebih senang nak imagine dan visualize.

aku tak concenrate sgt tgk filem ni pasal pawagam sejuk nak mati pasal pawagam yang besar ada 9 orang je.

apa lah nak jadi kat malaysia, filem otai tu penuh plak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:09 AM | Show all posts
yep2 setuju pasal watak rusdi ramli ke maya karin ke kavita ke..cam tak relevan diorang ada dalam citer nih..rasa kalau takde cintan cintun tu pun takpa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:15 PM | Show all posts
berapa jumlah kutipan stakat arini senyap jek..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:45 PM | Show all posts
testing 1234567890
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:28 PM | Show all posts
baru tengok filem ni tadi kat klcc...
takla ramai sangat orang, 3 slot je sehari, padahal baru seminggu je kan filem ni tayang...terkejut gak ada 2 laki omputih around 50's layan filem ni...sentap la kot diorang dengar maki hamun orang melayu kat inggeris...

to be honest, this film would be much2 better kalo adegan sampah maya karin & geng (utk kedua-dua zaman 50-an & latest) ni takde langsung...ape yg shumi risau sangat ntah orang boring kalo tengok citer pasal tunku & dato' onn, memang itu la pun orang nak tengok, bukannya dialog cinta laksana najis mcm "kau masih mau aku", "aku cintakan kau, aku mau jadi suami kau", di tengah2 orang tengah semangat nak tengok ape jadik konflik antara tunku & dato' onn...ada kisah cinta pun orang tak datang tengok jugak...

yg paling menyakitkan jiwa, scene merdeka (yg dikira klimaks) bukan scene klimaks...pas merdeka tu ada lagi la tunjuk kisah cinta 2 ekor memerang utk kedua2 zaman ditunjukkan, padahal masa tu orang dah boring sebab takde ape nak tengok...tak tertunggu2 pun ape jadik dgn 2 ekor tuh...dahla bergaduh berebut pompuan, kelakar sungguh aku, ape pentingnye aku pun tak tau..

dari segi acting, zaefrul nordin & kamaruzzaman tu memang bagus...tenggelam setenggelam tenggelamnya watak maya karin & the gang...tak kisahla diorang di'tua'kan...watak2 penyokong yg lain pun ok, kecuali watak tun sardon jubir tu, anak ngasri tu..ape cam bangang sangat ntah, tak abis2 emotional...mcm tu ke perangai tun sardon? aku tak rasa camtu..kalo btol la dia tengking dato' onn masa perhimpunan agung umno tu, takdela se'kanak2' mcm tu...masa 1951 umur tun sardon 34 dan dia adalah lawyer utk mak angkat natrah (ada sebut dlm filem ni tapi nape tak highlight benda ni?), tan sri ahmad ibrahim pulak lawyer natrah, takkan perangai lawyer mcm budak2, asik2 tengking, asik2 nak ngamuk..

pastu aku mcm musykil gak masa merdeka tu, bendera malaya naik, ada pasang lagu negaraku ke? serasa2 aku datuk hassan azahari yg azan masa bendera dinaikkan tu...bagus pulak orang2 kat padang tu semua dah hapal lagu negaraku...

skor muzik bagus, nampakla moments yg genting tu, rasanya 1st time sharon paul buat skor muzik, not bad...tapi cgi & special effects memang fail...ni la yg paling teruk aku tengok dlm banyak2 filem shumi...gila2 punye fake, mcm ditampal2, sakit pulak mata aku tengok...nak marah shumi pun takleh gak, tapi kalo ada optionla, dari buat filem tak sepuas hati, baik tunggu 2-3 tahun tambah modal lagi utk filem ni, alang2 buat biarla bersungguh kan...dapat bajet lagi sejuta utk btolkan cgi yg maha buruk tu pun berbaloi...ni cgi pun cikai malu la...kalo 2-3 scene mcm waris jari hantu tu takpela, ni bole kata 30-40% scene ada je cgi, sampai kat kedai makan pun pakai cgi, tapi kantoi sbb obvious sangat..

overall bagusla filem ni...tolak scene karut marut maya karin & gang (tahun 50'an rambut karat kavita sidhu tanak kalah gak tu), tolak cgi hampeh, bole dapat 4/5..tapi sebab ada semua tu 2.5/5 aku bagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2007 09:40 PM | Show all posts
lupe nak tanye, ape ek 5 scene yg shumi beriya2 nak buat tapi tak dapat sebab tak cukup bajet tu?

yg aku tau 1, scene pegi london, sign agreement bagai, ni buat dlm studio pun bole...elok gakla dia tunjuk footage je, jimat kos..setakat nak tunjuk pemandangan london tu, dah jadik 1 kejer lain pulak nak carik gambar2 london tahun 50'an...

pastu kalo nak kira save bajet kan, watpe betty benafe tu menyibuk dlm scene tunku mintak derma tu...bukan watak sape2 pun, masa ending credit watak dia "kawan sal" (sal ape ntah, watak maya karin tu)

opening filem dah cukup cantik dah tunjuk waktu2 kritikal raja2 melayu, tiba2 terus beralih ke zaman moden dgn muzik latar yg bingit memang btol2 potong stim
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:42 PM | Show all posts
Nak yengok ker taknak ek? Ada good review n bad review....so?

Better aku g nengok sendiri n wat review sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 10:31 PM | Show all posts
Aku Lagi Suka Tengok Filem Pendek '' 10 Tahun Sebelum Merdeka '' Arahan Fahmi Reza berbanding dengan 1957 - Hati Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 03:24 PM | Show all posts
pi la tgk sendiri..tapi mmg betul sesangat pasal maya karin and the gang tu mmg tak perlu laaa... best tgk tunku and dato onn..
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 4-11-2007 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by sultanmuzaffar at 30-10-2007 00:24
dato' onn & tunku abdul rahman memang superb acting diorang !!!

memang berjurai2 gak ler air mata bila part tunku nangis & masa time orang ramai serah barang kemas & duit.

pada aku layar la ...



part ni la yg sedih..sebab mengenangkan pengorbanan nenek moyang kita utk merdeka..sanggup lucut segala barang berharga kat badan demi Medeka..
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 4-11-2007 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 30-10-2007 22:31
Aku Lagi Suka Tengok Filem Pendek '' 10 Tahun Sebelum Merdeka ''  Arahan Fahmi Reza berbanding dengan 1957 - Hati Malaya


Filem pendek yg paling bagus pernah aku tengok..cuma persolan sikit..masa pakcik kat Hulu langat tu cakap..Dr Burhanuddin Helmi keluarkan PKMM dari UMNO kerana Dato Onn mau letak keris di bendera Sang Saka...tak jelas kenapa Kiyai Burhanuddin buat begitu..patut pak cik terangkan la kenapa dia menentang Dato Onn letak gambar Keris kat Sang Saka..dah tergantung ..tapi...memang bagus cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 03:30 PM | Show all posts
baper kutipan terkini ek ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 05:09 AM | Show all posts

1957 Hati Malaya - 2 dalam 1



RUJUKAN: STORY by Robert Mckee [ms.83 & 84]

Historical Drama - History is an inexhaustible source of story material and embraces every type of story imaginable. The treasure chest of history, however, is sealed with this warning: What is past must be present. The best use of history, and the only legitimate excuse to set a film in the past and thereby add untold millions to the budget, is anachronism - to use the past as a clear glass through which you show us the present. Many contemporary antagonisms are so distressing or loaded with controversy that it's difficult to dramatize them in a present-day setting without alienating the audience. Such dilemmas are often best viewed at a safe distance in time. Historical Drama polishes the past into a mirror of the present.

Biography - this cousin to Historical Drama focuses on a person rather than an era. Biography, however, must never become a simple chronicle. That someone lived, died, and did interesting things in between is of scholarly ineterest and no more. The biographer must interpret facts as if they were fiction, find the meaning of the subject's life, and then cast him as the protagonist of his life's genre.

Salaam..

Filem ini ada '2 dalam 1' serba-serbinya. Dua genre: historical drama dan biography. Dua time-frame: era pra-merdeka [dahulu] dan era post-merdeka [sekarang]. Dua protagonis [ensemble cast]: Datuk Onn Ja'afar dan Tunku Abdul Rahman. Dua naratif yg bergiliran: penubuhan UMNO [oleh Onn] dan penubuhan Parti Perikatan [oleh Tunku]. Bahkan juga, dua jejaka: Zahari dan Rozhan berebutkan satu wanita: Normala. Kesemuanya bagai berpasangan yg hampir sempurna!

Saya berani menyatakan bahawa ia adalah yg terbaik setakat ini bagi sebuah filem sejarah tanahair. Maklumlah ia ialah adik bongsu kpd Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh, Embun dan Bilut. Sudah tentulah hasilnya mesti terkini dan mendahului dari segi teknologi pembikinannya.

Sehabis menonton penuh filem ini, sekilas pandang ia dipecahkan kpd dua naratif secara sekuen berturutan: Onn dan Tunku. Selang-seli Malaysia terkini [Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee] dengan flashback Tanah Melayu/Malaya disulam untuk menyedapkan penceritaan kerana sekiranya filem ini dibikin 100% dalam era klasik, mungkin penonton akan cepat lemas dengan 1001 exposition yg diberitahu satu-persatu. Inilah risiko sebuah filem sejarah yg banyak fakta, tarikh, nama, lokasi, masa dan sebagainya yg terpaksa disumbatkan dalam bentuk 'tulisan' [title] di kiri-bawah skrin! Saya sukakan cara Rafik [Adlin] memberitahu exposition kpd penonton secara tanpa disedari dengan membuat kuiz Q&A kpd rakan2nya. Saya juga terkejut dengan keberanian Shuhaimi untuk menyunting filem sebegini menggunakan split-screen dan multi-angle ala2 siritv '24'.. mungkin ia salah satu cara untuk mengelakkan kebosanan mata dan telinga penonton! Bagus!..

Saya juga tertarik dgn penggantian cerita Onn kpd Tunku di pertengahan filem ini. Selama ini saya beranggapan bahawa Tunku ialah tunggak utama kemerdekaan negara kita, tetapi setelah menonton filem ini barulah saya sedar bahawa Datuk Onn ialah pencetus mulanya dgn pembentukan UMO [kemudian menjadi UMNO]. Filem ini berjaya meringkaskan rentetan sejarah yg panjang dgn membahagikan dua fasa naratif. Kisah konflik Onn dan sekutunya dipersembahkan 50% di awal cerita dimana Onn menjadi protagonis yg diikuti oleh penonton.

Di pertengahan cerita, kisah konflik Tunku mengambil alih 50% lagi sebagai protagonis sehingga sudahnya filem ini. Secara tidak langsung, di pertengahan filem kisah Onn dlm IMP [Independence of Malaya Party] 'terlindung' di belakang naratif Tunku yg mengambil alih sebagai Presiden UMNO sehinggalah merdeka! [fuyooo! ulasan aku ni pun dah macam buku sejarah!.. huhu!]

NOTA: [beberapa kekeliruan]
1. naratif Muzafar [Bront] yg didera semasa dlm penjara seakan tergantung dan tidak dikembangkan [mungkin dipotong?]
2. Chin Peng [Fred Lim] hanya muncul sbg cameo semasa kredit akhir? [juga mungkin dipotong?]
3. adakah Zahari ialah datuk/bapa Hali?
4. kenapa Khalilah [Kavita] berambut perang?.. huhu!

KESIMPULAN
Filem ini perlu ditayangkan kpd semua murid2 sekolah sbg bhn rujukan tambahan subjek sejarah Malaysia! Saya juga minta Shuhaimi utk menerbitkan betul2 buku '1957 Hati Malaya' spt dlm filem ini! [ker dah ader jual?]

*TAHNIAH secara peribadi saya kpd 2 org pelakon baru [yg bakal mletops lepas nih!] yg betul2 berjaya menghidupkan filem ini iaitu:
1. Zaefrul Nadzarine Nordin - Datuk Onn Ja'afar
2. Mohd Kamarulzaman Taib - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

[ Last edited by  ajami at 11-11-2007 11:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 05:45 AM | Show all posts

Reply #106 iscol_klang's post

"pas merdeka tu ada lagi la tunjuk kisah cinta 2 ekor memerang utk kedua2 zaman ditunjukkan,"

komen paling mcm kesiyal gampunk kau!.. in a way klakar nak mamposss!!!   me likey!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 01:19 PM | Show all posts
Layar Lara masih filem Shuhaimi yang terbaik setakat ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2007 11:04 AM | Show all posts
aku tgk hati malaya dua kali!!huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 01:18 PM | Show all posts
Did the film show how the demonstrators had to ask permit from the British?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by movieman at 11-11-2007 01:18 PM
Did the film show how the demonstrators had to ask permit from the British?

scene tu akan masuk dalam filem lain...tajuk : "Not another Historical-based movie" (working title)
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 02:20 PM | Show all posts
Korang rasa sesuai ke Iqram Dinzly diberikan watak sebagai Datuk Ahmad Badawi?

Takder gaya seorang tok lebai langsung la dia tu.

Tapi aku setuju sangat la Datuk Rahim Razali diberikan watak sebagai Sheikh Abdullah Fahim.

Apa agaknya komen Pak Lah kalau dia menonton filem yang memaparkan watak datuk dan bapa dia tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.062569 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list