CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 8-12-2009 08:30 PM | Show all posts
cukupla kot utk mlm ni...
esok2 sambung lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 09:58 PM | Show all posts
ala...fizzi..baru nak layannnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 10:03 PM | Show all posts
81# fizziany
Okeh bsk haku tuntut janji ko fizz...

Wehhh sakit perut haku ketawa baca di raja nak nyanyi lagu tamil..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 09:00 AM | Show all posts
thanks...
sekali letak n3 byk tue...
kalu free letak lagi n3 k...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 10:35 AM | Show all posts
wahhh..thanks fizzi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 12:53 PM | Show all posts
81# fizziany
Okeh bsk haku tuntut janji ko fizz...

Wehhh sakit perut haku ketawa baca di raja nak nyanyi lagu tamil..
qimi08 Post at 8-12-2009 22:03


1 Malaysia katakann
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2009 02:15 PM | Show all posts
adoi fizi...jenuh aku kontrol gelak depan pc ni...Raja Kapoor ...lagu tamil ...1 malaysia  ..macam ni lah aku depan pc...dok tutup mulut ngan tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:55 PM | Show all posts
Cepatlah smbg fizz...smlm ko dah janji ni haku tuntut arrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2009 09:21 PM | Show all posts
adeeiii...
sabo....
aku baru habis makan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 09:23 PM | Show all posts
Cuti semester akan bermula esok. Petang itu sahaja, berpusu2 pelajar2 institusi itu keluar dari asrama dengan beg balik kampung sebesar guni. Farid bertenggek di tangga perpustakaan seorang diri sambil meninjau setiap pelajar yang lalu lalang di depan perpustakaan. Kalau tidak silap dia, Diana ada kelas depan bilik kuliah depan Perpustakaan.

Jam di tangan diteliti sekali lagi. Resah menunggu jam tepat ke pukul 5.00 petang.Sebaik pintu bilik kuliah di depan perpustakaan terbuka, pelajar2 keluar dari bilik itu macam lembu keluar kandang. Masing2 tak sabar nak pulang ke kampung agaknya. Cuti seminggu. Puas melompat!

Farid merenung pelajar2 yang keluar. Sebaik ternampak kelibat Diana, bibirnya mengukir senyum. Diana sedang keluar sambil berjalan macam orang tak tahu apa2. Selamba badak aje. Memang macam tulah perangainya. Dia memang tak pedulikan orang!

Sebaik Diana menghampiri tangga perpustakaan, Farid melompat bangun dari tangga itu.

“Di!!!”laungnya. Malangnya, sedikit pun Diana tidak menoleh. Farid mendengus. Pekak badak budak ni!!! Farid cepat2 berlari2 anak menghampiri Diana.

“Di!!!” panggil Farid sekali lagi. Barulah Diana menoleh.

“Kau nak apa panggil2 aku?” soal Diana sambil berjalan beriringan dengan Farid.

“Aku panggil kau, kau tak dengar ye tadi?” soal Farid.

“Dengar..” balas Diana.

“Habis tu…kenapa tak menoleh?” Farid mengerutkan keningnya.

“Saja…”balas Diana bersahaja. Farid mengetap bibir. Aku hempuk jugak budak ni dengan beg aku ni!

“Apa hal?” soal Diana lagi.

“Aku dah nak balik kampung aku..” kata Farid.

“So?” soal Diana. Langkahnya masih laju.

“Aku nak bagi kau nombor telefon aku.” Kata Farid.

“Buat apa?” soal Diana pula.

“Buat kari ayam…” balas Farid geram.Bodohnya soalan…

“Kau call aku. Senang2, bila boring kat kampung nanti, kita sembang2 la..” kata Farid pula.

“Mmm..bakla. Tapi, aku tak janji akan call kau. Aku maybe busy sikit tolong parents aku,” kata Diana. Farid dan Diana berhenti seketika ditepi pintu pagar asrama Diana. Farid menulis beberapa nombor di sekeping kertas.

“Nah..call aku bila kau senang,” kata Farid. Diana angguk.

“Insya-Allah. Tak janji tau…”kata Diana lalu memasukkan nombor itu ke dalam beg sandangnya.

“Jangan hilang pulak..Nombor tu aku bagi kau je tau..” kata Farid dalam nada bimbang.

“Aik..apasal kau bagi aku aje?”soal Diana.

“Err…aku ada 2 nombor. Ini, nombor untuk family aku je…” kata Farid lagi. Diana mengerutkan keningnya.

“So..kenapa bagi aku?” soalnya pelik. Farid makin kalut. Banyak tanya pulak…

“Sebab kau classified…”kata Farid. Habis cerita!

“Classified? Classified tu apa?” makin Diana tidak faham. Farid menggaru2 kepalanya.

“Jangan banyak tanya lah!!Call aje!!” kata Farid. Dia mula tidak senang dengan soalan2 Diana. Diana menjungkit keningnya lalu beredar tanpa mengucapkan sepatah kata kepada Farid. Farid Cuma merenung pemergian Diana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 09:23 PM | Show all posts
“Alaa…cuti seminggu takkan asyik nak buat rutin yang sama hari2? Tak adventour langsung!!” rengek Diana. Daniel menjuihkan bibirnya. Meluat pula dia dengan karenah adiknya itu.

“Kalau rajin sangat, pergilah menyangkul depan rumah tu..” kata Daniel. Pagi2 lagi adiknya sudah memekik mahu balik kampung neneknya di Johor.

“Tak nakk….Di nak balik rumah nenek…”sangkal Diana sambil merenung abangnya yang sedang meneguk minuman.

“Kalau macam tu, pergilah balik sendiri..” kata Daniel.

“Abang jangan cabar Di. Nanti Di naik bas kat puduraya sendiri..” gertak Diana.

“Pergilah…” kata Daniel. Diana terdiam merenung abangnya. Kecewanya dia bila Daniel tidak mahu menghantarnya pulang ke kampung.

“Fine. I’ll go by myself..” Diana beredar dari dapur. Pintu biliknya ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Diana membuka almari bajunya, sehelai-dua baju dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Sekejap lagi dia berkira2 mahu keluar mencari teksi, menuju ke puduraya. Apa, ingat aku tak boleh berdikari ke?Huh!

Tok! Tok!Pintu bilik diketuk.

Diana menoleh, merenung pintu dari dalam biliknya.

Tok!Tok!Kali kedua pintu diketuk, Diana sudah membuka pintu. Daniel sengih diluar pintu.

“Siap2 la..Abang hantar ke Pudu. 5 minit saja ya. Abang tunggu kat kereta,” kata Daniel lalu berlalu turun ke bawah. Diana melopong sambil merenung pemergian abangnya. 5 minit???Oh! Goshh!!!Kelam kabut Diana bersiap.Tanpa mandi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 09:24 PM | Show all posts
“Mana galah nek?” laung Diana seraya terbongkok2 mencari galah yang dimaksudkan oleh neneknya tadi. Buah rambutan kuning yang memancar serinya meluyut ditiup angin membuatkan  air liur Diana berkecur.

Nek Lijah segera mengatur langkah perlahan2 menuju ke bawah pokok ranbutan yang terletak di depan rumah kampungnya.

“Itu apanya? Galah pun dah tak kenal?” laung Nek Lijah sambil menuding jarinya kepada sebatang buluh panjang yang bersandar pada pokok mangga ditepi pokok rambutan.

“Oh…ya..”mata Diana menyinar lalu dia segera berlari anak mendapatkan galah yang tinggi melayut itu. Galah ditatang lalu dibawa ke pokok rambutan. Nek Lijah hanya memerhati tindak tanduk Diana mengait buah rambutan.

Sesekali, orang kampung yang melalui jalan kampung dengan motorsikal masing2 membunyikan hon menyapa Nek Lijah yang berada di depan rumah. Tiap kali itulah juga Nek Lijah akan melambai tangannya sambil tersenyum.

“Nenek ni dah macam Miss World….terlambai2 kat orang..” Diana ketawa kecil sambil mencuba untuk menjatuhkan buah rambutan sebanyak mungkin. Nek Lijah mendengus. Ada2 saja budak ni….

“Cucu ke Kak Lijah?” sapa seorang perempuan separuh umur yang sedang berbasikal. Dibelakang basikalnya, setandan pisang sedang dibawanya. Nek Kiah senyum.

“A’a…cucu aku. Anak si Nariah…baru sampai semalam…” Nek Kiah dan perempuan itu saling tersenyum. Diana mendengus kecil di dalam hati.Cukup seminggu, aku akan jadi gadis paling popular di kampung ni kalau nenek terus jadi mamarazzi macam ni.

“Dah jatuh buahnya?” soal Nek Lijah.

“Kejap! Kejap!” Diana menarik hujung pulai buah rambutan yang sarat. Sekali tarik, terus rambutan yang berangkai terus jatuh ke tanah. Bersinar mata Diana memandang.

“Yea!!!Dah jatuh!!!” pekik Diana sambil terlompat2. Nek Lijah senyum. Diana mencuba lagi. Dia mahu ,menjatuhkan serangkai lagi. Tiba2 ingatannya terbang kepada Farid…apa mamat tu buat sekarang ya??? Dia suruh aku call dia…Aneh..kenapa dia kata dia bagi nombor telefon tu kat aku je? Apa yang membuatkan aku classified??? Classified tu macammana ya?

“Tarikla cepat!!!” tersentak dengan laungan Nek Lijah, Diana terus melompat, sekaligus menjatuhkan serangkai rambutan ke tanah. Bukan itu saja, Diana dan galahnya turut tumbang sekali.

“Adusss…” Diana menggosok2 punggungnya yang sakit terjatuh di tanah. Sakit sehh…ini semua kau punya pasal Farid…Classified konon…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 09:24 PM | Show all posts
Farid merenung telefon bimbitnya. Seminggu cuti dimanfaatkan olehnya untuk menemani ibunya yang tinggal bersama kakaknya yang ketiga. 2 anak saudaranya sudak ke sekolah. Kalau ada budak2 tu…telinga aku yang sedia pekak ni boleh bernanah. Kedua-dua anak kakaknya yang ketiga ini perempuan, tapi mulut mereka mak oi…mengalahkan murai tercabut ekor.

Itu belum dicampur kalau dua beradik itu bergaduh berebut barang, lagi gamat rumah itu jadinya. Namun, keriuhan itulah yang membuatkan ibunya lebih suka menetap bersama kakaknya itu.

Mana si Di ni…kan aku dah suruh telefon…cuti dah nak habis, apsal tak telefon2 lagi? Farid menggaru2 keningnya. Serabutnya aku.

Berlagak betul kau ya…aku suruh telefon, kau buat derk je.Nanti kau!! Baik kau jauhkan diri kau dari pandangan mata aku…kalau tidak…Hmhh…Farid menggumam di dalam hati.

“Apa yang hang ramas2 telefon bimbit tu?” hampir2 terlompat Farid bila Mak Kiah tiba2 datang menyapa dari belakang.

“Eh..mak…” cepat2 Farid membetulkan duduknya. Mak Kiah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Farid.

“Tak delah mak…telefon ni tadi…sengal sikit…tu yang adik urut2 tu… “ cepat2 Farid cuba membetulkan keadaan. Tidak mahu si ibu menyangka yang bukan2. Mak Kiah senyum meleret.

“Awat adik tak pi  jumpa Ke’on? Selalunya kalau cuti semester, selalu lepak dengan dia..” Mak Kiah meyuarakan kehairanannya. Farid tersengih.

“Adik tak larat la mak…bahu ni sengal la. Lagipun, tak bestla lepak dengan depa. Lepak dengan mak lagi best…” senyuman Farid dilebarkan sepanjang 50 KM. Mak Kiah mencebik. Budak ni, dari kecil memang suka membodek aku…

“Adik tunggu siapa telefon sebenarnya? Telefon tu, mak tengok tak lekang dari tangan…” soal Mak Kiah memancing.

“Isk..mak ni. Mana ada tunggu sapa2 call. Saja pegang…telefon mahal ni….adik takut kalau si Elly tu jumpa, nanti habis telefon ni dia buat main…Mak bukan tak tahu si Elly tu…dapat benda macam ni…habis dia kopak..silap2 dia baling2 buat bola..” Farid segera teringatkan anak sulung kak Etonnya yang berumur 5 tahun itu. Perempuan, tapi nakalnya sama darjah celcius dengan budak lelaki.

Mak Kiah senyum meleret. Iyalah tu…..si Elly jugak yang jadi mangsa….senyuman Mak Kiah melebar lagi. Farid mula tidak selesa dengan situasi itu. Cepat2 dia bangun.

“Adik nak pergi simpan telefon ni kejap…” tangannya tergawang2 menunjukkan telefon bimbit ditangannya. Mak Kiah angguk. Pemergian Farid diiringi senyuman penuh makna dari bibirnya. Sekilas ikan di laut, aku tahu jantan betinanya….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 09:26 PM | Show all posts
Diana memperlahankan motorsikal milik arwah datuknya yang agak usang. Tapi, masih boleh digunakan lagi.  Sawah padi yang terbentang luas di depannya ditatap puas2. Esok, dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Lusa, dia perlu pulang semula ke kampus. Masa yang berlalu begitu pantas, hingga kadang2 kita sendiri yang tidak sedar. Tahu2, kita ditinggal masa.

Sawah padi yang terbentang menghijau didepannya begitu bening di matanya. Kehijauan yang menjernihkan mata hatinya kala itu. Nun jauh di petak sawah yang padinya tumbuh agak jarang, Diana dapat lihat ada bangau2 yang sedang mencari makan. Indahnya alam. Ion-ion negative yang dibebaskan oleh alam semulajadi menjadikan Diana terasa lebih segar dan sihat.

Diana merenung jauh di ufuk barat. Matahari jam 6 petang mulai tergelincir dari paksinya perlahan2. Remang senja mula tenggelam disebalik limpahan banjaran gunung yang menghampar di hujung pandangan.

Hadi!!! Nama keramat itu terdetik di hatinya. Nama yang takkan dilupakan olehnya buat selama2nya.

Hadi lambang kegagalannya sebagai perempuan. Hadi lambang  kehancurannya sebagai gadis. Hadi lambang kekecewaannya sebagai adik. Hadi lambang  kedurhakaannya sebagai anak. Hadi lambang kebodohannya sebagai wanita. Hadi!!!!

Hati Diana remuk rendam. Bibirnya berketap. Bertahun cuba dilupakan. Bertahun cuba dikuburkan semua memori pahit nan hitam itu. Bertahun dia melawan perasaan. Kalaulah tidak ada sokongan dan dorongan dari keluarganya, dia sudah tidak lagi berdiri di sini saat ini. Dia mungkin tidak dapat melihat cantiknya remang senja sebegini.

Tatkala perasaan cinta mula berbunga di hati, siapa2 saja akan merasakan indahnya dunia. Tapi, kala cinta yang menggunung berkecai tiba2, kecewanya usahlah dikira. Lukanya tak terubat dengan apapun.

Kalaulah dia bisa menuturkan kata2 itu didepan Farid dulu…senangnya hati aku kini. Diana mengulum senyum, Farid…kawan yang agak aneh. Lagaknya selamba. Lain dari lelaki lain. Otaknya masuk air sikit…bak kata Afdlin Shauki. Paling penting, berkawan dengan dia buat aku rasa selesa. Bercerita dengannya, buat aku rasa tenang. Diana senyum sendirian. Harap2, aku dan Farid dapat berkawan dengan baik. Aku pun jarang ada kawan baik…

Diana senyum lagi. Eh…kat mana aku simpan nombor telefon Farid yang dia beri tempohari? Alamak! Diana menggaru kepalanya. Dah hilang ke??? Diana betul2 lupa. Mampus kalau budak tu tahu yang aku dah terhilangkan nombor telefon dia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:49 PM | Show all posts
Chop chop...fizz zaman ni h/p dah ada kan awat farid or diana xbuat miss calll nk save no....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 08:22 AM | Show all posts
oooooooooo, ader kenangan pahit rupanya si diana tue, patut la dia cam tue,,, kasarnya...hehehehe...
anyway cter yang best...
smbung lagi yer fizy...., versi pagi la plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 04:28 PM | Show all posts
fizz haku dok tungo ni ko punyer post
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:14 AM | Show all posts
BILA FIZY NAK BUH N3 NIE...
CEPAT LA, DUK TUNGGU NIE...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:42 AM | Show all posts
Fizz smlam gi Sales Alaf 21 Shah Alam ...
jumpa Bikash, Aleeya, Ramli, Wan dan Aisya sofea...... dan jeng jeng jeng jumpa muzri penulisan2u borak lama dgn dia .....ha ha ha ha psst....
qimi08 Post at 6-12-2009 23:04




wah... bestnya Qimi dpt jumpa penulis tu... jaza minat Aisya Sofea tu...
En. Muzri pun ada ka.... ....

Fizzi next..next...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:44 AM | Show all posts
ko tryla search dia kat fb...mana tau jumpa ke....
ko layan fb tak?
chengkeh Post at 3-12-2009 07:40



chengkeh.... at opis tak leh layan FB... sbb kena block...
sib baik leh layan CARI.......
aku harap saru hari nnti aku akan jumpa depa2 tu semua....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.364243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list