CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

TIPS BERHENTI MEROKOK -

[Copy link]
 Author| Post time 27-5-2007 05:57 PM | Show all posts
Terapi merokok

Rawatan farmakologikal, perlakuan mampu rawat ketagihan nikotin

SINDROM tarikan atau gian adalah cabaran paling hebat yang perlu dihadapi apabila hendak meninggalkan tabiat merokok.

Perokok berasa seolah-olah kehilangan sesuatu. Segala-galanya tidak kena, makan tidak sedap, sembelit, berdebar-debar, letih, cepat mengantuk, batuk, sakit dada, tidak fokus dan lebih teruk, sukar mengawal perasaan dan cepat marah.

Perunding psikiatrik dan pakar ketagihan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mohamad Hussain Habil berkata, seorang pesakitnya memberitahu hanya memerlukan kemahuan yang kuat untuk berhenti merokok.

Katanya, pesakit itu datang semula seminggu kemudian dan memberitahu bahawa isterinya menyuruh dia menghisap semula rokok kerana tidak tahan dengan perangai panas baran apabila dia berhenti merokok.

揇ia menyangka `will power

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 16-6-2007 06:00 PM | Show all posts
650 juta diramal mati akibat rokok
16-06-2007

KUALA LUMPUR:  Kira-kira 650 juta orang diramalkan akan mati dalam beberapa tahun ini akibat tabiat merokok  penyebab kematian kedua tertinggi di dunia, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek hari ini.

" Paling membimbangkan ialah ribuan orang yang tidak pernah merokok akan mati setiap tahun akibat penyakit kerana menghidu asap rokok.

"Rokok membunuh 50 peratus pengguna setianya dan turut mengancam orang lain yang berada di sekeliling mereka," kata menteri itu.

Beliau memberikan gambaran ini dalam ucapannya pada pelancaran Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2007 peringkat kebangsaan di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian berkenaan, Datuk Dr Hasan Abd Rahman mewakili beliau pada majlis itu.

Dr Chua juga berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan bahawa tembakau kini adalah penyebab kematian kedua tertinggi di dunia.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran, Dr Hasan berkata, kementerian mengenakan kompaun bernilai RM106,320 ke atas 2,386 orang kerana merokok di kawasan larangan dalam empat bulan pertama tahun ini.

Di samping itu, katanya, sebanyak 506 kes dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama dan dari jumlah itu, 117 dikenakan denda berjumlah RM25,000.

Beliau berkata mana-mana individu yang didapati bersalah merokok di kawasan larangan boleh dikenakan kompaun dari RM100 hingga RM5,000.

Dalam pada itu Dr Hasan tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti menghisap rokok diharamkan sama sekali di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan "Kempen Tak Nak" yang akan diteruskan kementerian sejak dilancarkan tiga tahun lalu

------------------------------------------------------------------

kempen yang gagal sebenarnya -
kalau parents kat rumah pun merokok -
tak payahlah nak nasihatkan anak -
sampai bila2 pun susah nak stop --
kesedaran ada dengan membaca dan ada
knowledge tentang nicotine ni - dan banyak
minum air dan exercise -- berhenti bukan sebab
orang suruh - tapi memang bertekad nak stop --

that's a lot of people to die cuz of smoking habit ni -
yang second hand kena hidu asap pun bahayakan
kesihatan juga --
macam2 penyakit nanti --

increasekan price rokok ni -
tax yang tinggi -
hadkan dan minimizedkan tempat yang dibolehkan smoking -
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:29 PM | Show all posts
lagi tips tuk berhenti merokok

1.Tetapkan bila

Sebaik membuat keputusan, anda perlu menetapkan segera bila masanya anda mahu berhenti merokok. Jika gagal berbuat demikian, ia akan menggalakkan anda melambat-lambatkannya. Berhenti secara terus adalah digalakkan kerana jika anda hanya mengurangkan merokok, peluang anda untuk kembali merokok seperti sebelumnya agak cerah.

2.Tandatangani `Kontrak Berhenti Merokok'

Mungkin agak keterlaluan tetapi perlu dilakukan jika anda betul-betul serius. Buat dan tandatangan `Kontrak Berhenti Merokok' bersama ahli keluarga atau rakan rapat dan pastikan semua kenalan anda tahu hasrat anda itu. Jika boleh, letakkan tanda Dilarang Merokok dalam rumah, pejabat dan kereta anda. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berjaga-jaga.

3.Buang segala berkaitan dengan rokok

Menyimpan barang berkaitan dengan rokok yang besar kemungkinan boleh membuatkan anda kembali merokok. Jadi buang segala-galanya seperti rokok, bekas habuk rokok dan pemetik api. Mungkin anda perlu mengecat semula rumah untuk menghilangkan bau rokok dan mendapat persekitaran baru. Ia mampu membuatkan anda lupa terus kepada rokok.

4.Ganti ketagihan

Merokok adalah satu ketagihan. Namun anda boleh hilangkan ketagihan itu dengan mengunyah gula-gula getah atau gula-gula dan makan sayur-sayuran. Jika masih terasa hendak merokok, minumlah banyak air atau tarik nafas untuk kelegaan.

5.Tukar rutin harian

Mengambil keputusan untuk berhenti merokok menandakan akan bermula satu era baru dalam kehidupan anda, jadi rutin harian anda juga perlu ditukar. Sekiranya anda sering menghisap rokok selepas makan atau ketika buang air besar, jangan amalkannya lagi. Cuba tukarkannya dengan membaca surat khabar, majalah atau novel.

6.Jauhi perokok

Ini bukanlah bermaksud anda perlu meninggalkan terus rakan anda yang merokok, tetapi cuma jauhi tempat dibenarkan merokok yang sering dikunjungi bersama sebelum ini seperti restoran dan kelab. Paling baik jika berkunjung ke restoran, duduk di kawasan yang dilarang merokok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:49 PM | Show all posts
Betulke yang sakit tu semata-semata disebabkan rokok atau ada sbb lain lain mcm ketagihan alkohol. Dah banyak kajian yg menunjukkan alkohol lebih merbahaya dr rokok tp tekanan dikenakan pada rokok.

Kenapa tak adakan kempen taknak serentak dengan rokok. Taknak Minum Arak! Kelas berhenti Minum Arak.
Tapi arak hanya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 03:51 PM | Show all posts
Merokok antara punca semput, saluran pernafasan sempit

Ini ialah penyakit penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD). COPD terbahagi kepada dua keadaan iaitu emfisema dan bronkitis kronik.

Dalam keadaan emfisema, pelampung paru-paru (alveoli) bercantum antara satu sama lain dan mengembang manakala dinding pelampung ini menebal akibat jangkitan yang berulang. Dengan ini penukaran gas oksigen dan karbon dioksida terjejas. Ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas yang kronik dan mudah semput.

Bronkitis kronik pula adalah keadaan yang memperlihatkan sel-sel dinding saluran pernafasan (bronki) menebal dan mengeluarkan kahak yang banyak. Ini mengakibatkan saluran pernafasan itu menjadi sempit. Pesakit akan mengalami batuk berkahak yang berpanjangan dan mudah semput. Pesakit juga mudah mendapat jangkitan paru-paru disebabkan oleh takungan kahak yang banyak.

Antara penyebab keadaan ini adalah tabiat merokok, jangkitan saluran pernafasan yang berulang atau kronik selain pendedahan yang berpanjangan kepada bahan alahan dan jerebu.

Lazimnya penyakit ini muncul apabila berlaku jangkitan paru-paru. Kerosakan pada saluran pernafasan ini adalah kekal. Ia akan berlarutan dan berkembang kepada kegagalan sistem pernafasan.

Cara merawat keadaan ini adalah dengan mengambil ubat pengembang saluran pernafasan (bronkodilator) seperti ventolin atau ipratropium bromide yang berkala, ubat cairkan kahak (mukolator).

Perlu juga untuk pesakit melakukan rawatan fisioterapi paru-paru untuk memudahkan kahak dikeluarkan. Bila berlaku jangkitan, pesakit perlu mengambil antibiotik. Bila keadaan menjadi tenat pesakit akan memerlukan oksigen berpanjangan secara berterusan.

Kita juga perlu mengambil rawatan pencegahan daripada mendapat jangkitan paru-paru seperti mengambil antibiotik secara pencegahan dan vaksin selesema dan pnuemococcus. Jauhi daripada terdedah kepada jerebu, debu, khalayak ramai yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan saluran pernafasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 03:54 PM | Show all posts
Ramadan masa sesuai henti tabiat merokok
Oleh Hafizah Iszahanid

Individu tahan diri daripada rokok ketika puasa bukan dipengaruhi nikotin tetapi kawalan tingkah laku

BULAN Ramadan adalah masa terbaik untuk berhenti merokok. Bagaimanapun, tidak semua orang 'berjaya' dalam perjuangan itu kerana ada yang kembali merokok sebaik saja azan subuh 1 Syawal berkumandang. Tidak kurang juga yang berbuka puasa dengan merokok.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata ada tiga jenis ketagihan yang mencengkam perokok, iaitu nikotin, psikologi dan tingkah laku.

Beliau berkata, ketagihan nikotin mempunyai kesan besar terutama di kalangan perokok tegar.

"Ia boleh disamakan dengan ketagihan heroin, cuma tidak sehingga seseorang perokok itu menggigil. Bagaimanapun, mereka yang ketagihan pada nikotin mengalami gejala tarikan antaranya resah gelisah, cepat marah dan hilang tumpuan," katanya.

Dr Sallehudin berkata, ketagihan bersifat psikologi pula bergantung kepada persepsi perokok kerana sesetengah orang menghisap rokok untuk menghilangkan rasa mengantuk atau senang membuang air besar.

Beliau berkata, ketagihan secara psikologi mudah diatasi kerana apabila tiba bulan Ramadan, secara automatik semua perokok bersedia bukan saja untuk berlapar dan dahaga malah untuk menahan diri daripada merokok pada siang hari.

Katanya, contoh ketagihan dari segi tingkah lagu ialah apabila waktu berbuka, perokok yang mengalami ketagihan akan kembali merokok.

"Jika bukan bulan puasa, setiap kali selepas makan secara automatik, rokok sudah jadi satu kemestian untuk dihisap selepas makan. Jadi apabila bulan puasa, ketika berbuka mereka akan merokok sepuas-puasnya," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mengalami ketagihan teruk akan berbuka puasa dengan rokok kerana nikotin sudah mengawal seluruh fungsi otak. Tanpa nikotin mereka seakan tidak boleh berfikir kerana itu mereka yang merokok lebih suka tidur pada bulan puasa.

Dr Sallehudin berkata, oleh itu adalah jelas seorang perokok sukar berhenti merokok kerana ketagihannya merangkumi tiga komponen iaitu nikotin, psikologi dan tingkah laku.

Bagaimanapun, katanya ia bukan sukar dilakukan apatah lagi jika seseorang itu berupaya menahan diri untuk tidak merokok sepanjang Ramadan.

"Rokok, kalau dapat ditinggalkan sepanjang Ramadan bermaksud ia boleh ditinggalkan terus. Ini kerana gejala tarikan biasanya sudah mulai surut menjelang dua atau tiga minggu berpuasa," katanya.

Menghisap sebatang rokok bermaksud tidak kurang 3,800 jenis racun disedut ke dalam tubuh. Bayangkan jumlah racun yang ada dalam badan jika seseorang itu merokok sekotak sehari.

Dalam keadaan biasa, Dr Sallehudin berkata, tahap maksimum seorang perokok tegar menghabiskan 80 batang rokok sehari dan apabila tiba bulan puasa memang agak sukar berhenti jika diambil kira faktor tarikan nikotin.

Bagaimanapun, katanya, terapi nikotin disediakan bagi mereka yang sukar menghentikan ketagihan terhadap nikotin dan ia berbentuk tampalan serta boleh berfungsi sama ada untuk 24 jam atau 16 jam.

"Selain boleh diperoleh di klinik kerajaan, terapi nikotin untuk mereka yang mahu berhenti merokok ini juga boleh dibeli di farmasi," katanya.

Dr Sallehudin berkata, untuk kekal tidak merokok selepas bulan puasa, pastikan selepas berbuka jangan terus merokok, sebaliknya jauhi kebiasaan itu dengan berwuduk atau menggosok gigi. Ingatan pada rokok juga dapat dikurangkan.

"Ambil peluang berhenti merokok pada Ramadan ini kerana ketiadaan nikotin mudah membuat seseorang itu berhenti merokok," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2007 10:11 PM | Show all posts
2007/11/11
Snap! You wake up ciggie-free
By : Tan Choe Choe

Smokers may opt for hypnosis by a qualified hypnotherapist to quit the habit.

Sleep' an hour and wake up a non-smoker? Can it really be that easy? A doctor and a couple of hypnotherapists tell TAN CHOE CHOE that this is true

KUALA LUMPUR: He had been puffing away for over 30 years and tried desperately to stop for the last 10.

Nicotine patch, mints, nicotine gum; you name it, Dr Omar Abdul Hamid has tried it all.

Each Ramadan, he'd renew his efforts to stop smoking.

"The longest I managed to stay away from ciggies was a mere two weeks. That was during last year's fasting month," said Dr Omar, 53, the managing director of Darul Ehsan Medical Centre in Shah Alam.
But he was desperately craving for a cigarette fix in that "seemingly never-ending two weeks".

On top of it, he was becoming a "grumpy bear" to those around him.

"I had terrible withdrawal symptoms - I was restless, irritable, easily angered, and I couldn't sleep or think properly!"

Inevitably, he succumbed to the craving and started to smoke again.

But all that became history when he took up a friend's advice and tried hypnotherapy to stop smoking about two months ago.

"My best friend, who is also a physician, introduced me to hypnotherapy. He told me he was taking a course in clinical hypnosis at this school in Pusat Bandar Damansara."

Dr Omar said that he was keen to try anything at that point.

"I was sceptical but also desperate, so I thought 'why not?'"

With that in mind, he met Sheila Menon, the principal of the Malaysian branch of the London College of Clinical Hypnosis, where his friend was studying.

"Dr Omar came to us with a high desire and motivation to stop smoking.

"On a scale of one to 10 - with one being 'no, I like my smoking habit and I want a cigarette now' and 10 being 'I want to quit this very minute' - he told us he was a nine," said Sheila.

So she recommended that he try the one-session-stop-smoking therapy - which takes no more than two hours - with Peter Mabbutt, a hypnotherapist and founder fellow of the British Association of Medical Hypnosis.

"Seven to eight out of every 10 patients who have gone for this therapy session will stop smoking. Dr Omar and my own husband are good testimonies of its efficacy," said Sheila, whose college is also the first of its kind in Asia.

So how does it work?

The founder of this technique, Michael Joseph, the principal of LCCH in London, said it works uniquely for each individual.

"The therapist first obtains information from the patient about his or her smoking pattern, then while hypnotised, employs (usually strong, direct) suggestions that he stop the habit."

Sheila describes the process as "bringing back the non-smoker that is within the patient" - the feelings and memories before the person first started smoking.

Joseph has been employing this one-session-stop-smoking technique for over 30 years.

"People were sceptical at first, some even hostile. But since those early years, LCCH has trained thousands of practitioners, many of them doing sterling work in the community now."

Before starting, Sheila said it's important to understand what a patient associates a cigarette with - like the feelings of absolute control when lighting up; personal reward after a successful deal; or momentary freedom from a boring meeting.

"Most people don't smoke because of nicotine - you can get that in the first few puffs. Yet why do smokers hold to that last drag?

"It's due to psychological, social or emotional problems, or just simple habit."

Sheila said Joseph's technique worked by helping the patients rationalise the reasons behind why they were smoking and to point out the logic behind the reasons why they could not stop the habit.

"We're using the memory that they have of themselves as a non-smoker and using it to help build a new image of themselves today as a non-smoker, replacing (their smoking) habits with new healthy habits."

Then the hypnotherapist will suggest to the patient during hypnosis to utilise that image when thinking of himself in the future.

Dr Omar's session lasted about two hours but he was only hypnotised for less than an hour - about 45 minutes.

"We spent the early part of the session talking about my habit, my smoking history. Then Peter (Mabbutt) told me he would hypnotise me and gently told me to go to sleep.

"It was strange because I did go to sleep, yet I was aware. I still remember what he said to me before and during the hypnosis, not all, but bits and pieces of it.

"But mostly, I remember thinking that I could hear him, although I couldn't move and my eyes were closed. You have to try it to know what I'm saying," said Dr Omar of his experience.

He hasn't picked up a cigarette for over two months - not even during the most tempting time of the year, the Hari Raya holidays.

"To friends who offered me a ciggie, I just told them what Peter suggested: 'Thank you, (but) I'm not a smoker'."

And best of all, he's experienced no withdrawal symptoms whatsoever.

"I also don't suffer from insomnia any more. I'm sleeping better, eating better, and I feel great."

Joseph, who was in town to attend the Master Class in Smoking Cessation Through Hypnosis, especially for doctors, healthcare professionals and students of LCCH, Malaysia, said thousands of people stopped smoking every year, with or without any help whatsoever.

He said everybody already had, within themselves "all the strength and willpower they need to become non-smokers".

"It is the skill of the therapist to find and liberate this 'power' within that will allow them to conquer their habit."

It was important to understand that a hypnotherapist could not "make" anyone do anything they already were not fully capable of doing, he added.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2007 10:13 PM | Show all posts

Post time 14-11-2007 07:20 PM | Show all posts
tips untuk berenti merokok

1) semangat kena tinggi cause rokok ni macam drug jugak cuma legal sebab pengusaha rokok bayar tax.

2) lepas makan jangan hisap rokok

3) masa melepas pun jangan hisap rokok

4) masa tension jangan hisap rokok

5) amalkan makan chewing gum apabila anda rasa ketagih rokok

6) jauhi dgn perokok masa mula mula berenti merokok

7) jangan sesekali cuba sebatang dua rokok lepas anda berenti rokok

8) waktu sejuk/dingin jangan merokok

Selamat mencuba...tapilaa ikut firasat aku manusia ni kalau tak der diserang penyakit dia takkan serik dengan rokok

Last but not list kalau gian sangat nak hisap rokok sampai terkeluar hingus kat hidung tu hisap laa jari ker, puting ker....jangan puting awek cukup laaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:17 AM | Show all posts
39,725 meninggal akibat rokok
Laporan Abdul Razak Raaff

Program Doktor Muda antara usaha kementerian tingkat kesedaran didik pelajar

KUALA LUMPUR: Seramai 39,725 perokok meninggal dunia akibat menghidap kanser paru-paru, jantung dan angin ahmar sejak 2002 hingga tahun ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon, sepanjang tahun lalu, jumlah kematian akibat penyakit itu ialah 8,954 orang.

Beliau berkata, bilangan perokok dewasa pula menunjukkan peningkatan disebabkan pertambahan jumlah penduduk daripada 21.2 juta pada 1996 kepada 24.8 juta tahun lalu.

Bagaimanapun, peratus keseluruhan perokok dewasa menurun kepada 21.2 peratus berbanding 24.8 peratus pada 1996 berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh kementerian itu.

"Peningkatan bilangan perokok bukan bermaksud usaha kawalan tembakau gagal kerana kerajaan memandang serius masalah merokok dan menganjurkan pelbagai program untuk mengawal kadar rakyat merokok," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Nasaruddin Hasim (BN-Parit) yang bertanya jumlah kematian akibat merokok dan mengapa bilangan perokok terus meningkat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini semalam.

Lee berkata, antara langkah membendung masalah itu ialah meningkatkan cukai dan harga rokok, menguatkuasakan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, promosi antimerokok terutama Kempen Tak Nak Merokok serta Kempen Nafas Baru Bermula Ramadan.

Katanya, kementerian juga mengadakan program Doktor Muda untuk mendidik pelajar sekolah berkaitan kesihatan dan memberi kesedaran mengenai kesan buruk akibat merokok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 12:21 PM | Show all posts
yg hairannya wanita banyak yg hisap sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 09:03 AM | Show all posts
kuat kan azam...xyah nak aper2 lagi.....kalo ader azam dan tekad..datang la aper2 dugaan just jentik jauh2........huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2007 08:13 AM | Show all posts
Masalah dalam diri perokok
Oleh SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM

DALAM kita membincangkan mengenai jangkaan kenaikan harga barangan keperluan, kita dikejutkan dengan laporan bahawa sebanyak RM15 juta dibelanjakan sehari oleh 3.1 juta perokok di negara ini kerana mereka membeli sekurang-kurangnya sekotak rokok pada harga purata minimum RM5.

Dan mengikut perangkaan, kira-kira 10,000 perokok meninggal dunia setiap tahun kerana pelbagai penyakit akibat merokok seperti kanser paru-paru, jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit.

Jika sebelum ini ada yang mengaitkan pertalian rapat ataupun hubungan di antara harga rokok dan gejala berhenti rokok namun keberkesanannya masih belum menampakkan jalan positif walaupun ada segelintir yang telah berhenti merokok.

Ini kerana harga yang tinggi mungkin tidak memberi kesan yang besar kepada perokok kecuali dari sudut ekonomi dirinya sahaja. Perokok tegar akan terus merokok walaupun harga semakin naik. Yang penting baginya ialah sebuah kepuasan apabila menamatkan sedutan asap yang terakhir.

Dengan bersandarkan beberapa kempen, iklan, pesanan khidmat masyarakat dan sumber fakta mengenai bahaya merokok yang kian rancak disiarkan di kaca televisyen tempatan, masyarakat sudah tentu faham dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenainya.

Media massa juga telah berperanan besar dalam membantu usaha kerajaan dalam pengisian programnya. Berdasarkan penjelasan di atas, pokok persoalannya tidak lagi menjurus kepada masalah dan risiko merokok. Tetapi yang menjadi dasar kepada permasalahan ini ialah kekuatan dalaman individu yang terbabit iaitu perokok itu sendiri.

Kelemahan untuk mengukur kekuatan diri adalah punca mengapa seseorang perokok itu gagal untuk mengurangkan, berhenti mahupun tidak memulakannya. Mereka gagal untuk membentuk keyakinan diri yang mantap untuk terus menghindari rokok.

Mungkin ada yang kurang bersetuju apabila ada yang mengatakan diri mereka lemah atau tidak kuat untuk membendung tabiat ini tetapi itulah kenyataannya. Mereka tidak percaya bahawa kekuatan yang ada dalam diri mereka masih tidak mencukupi. Mereka cuba untuk berhenti tetapi mereka gagal untuk membendung keinginan itu.

Dan haruslah diakui bahawa kekuatan dalaman individu banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang wujud di sekelilingnya. Mereka akan menjadi kuat apabila persekitarannya menyokong keinginannya dan begitulah sebaliknya.

Tetapi jika mereka berada bersama-sama perokok dan suasana yang memungkinkannya merokok maka di sinilah tahap kekuatan dalaman dirinya akan teruji. Adakah mereka akan tewas ataupun memperoleh kemenangan, semuanya bergantung kepada diri mereka sendiri. Adakah mereka mampu untuk terus berbual dengan rakan-rakan tanpa rokok di tangannya?

Mampukah mereka memandu jauh untuk pulang ke kota selepas bercuti tanpa bantuan rokok yang kononnya untuk menghilangkan rasa mengantuk? Atau mampukah mereka untuk tidak merokok semasa menonton TV lewat malam? Semuanya terserah kepada individu itu sendiri untuk memberikan jawapannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2007 04:06 PM | Show all posts
What happens in a smoke-free environment

    * Air pollution levels go down. Air quality drastically improves because the amount of toxins and fine particles in the air is greatly reduced.

    * There is increased productivity in the workplace and less health and building maintenance and cleaning costs.

    * Workers and employees previously exposed to second-hand smoke have less respiratory illness and symptoms.

    * There are fewer cases of heart attacks, strokes, and asthma attacks.

    * Children grow up healthier, and are less likely to start smoking as they grow older.

    * Even smokers benefit. They may smoke less and less often or quit smoking together.

-----------------------------------------------------------------------------

it would be nice to have such a smoke-free environment -
would be so good for our health

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2007 04:12 PM | Show all posts
Stub out the menace
By : RINA DE SILVA

The Southeast Asia Tobacco Control Alliance is pushing for tougher measures to protect non-smokers from the hazards of second-hand smoke, writes RINA DE SILVA.

THERE are 1.25 billion adult smokers in the world and 10 per cent of these are in South-East Asia.

At 46.1 per cent, Indonesia has the biggest percentage of adult smokers while Brunei has the least at 0.04 per cent.

Malaysia抯 adult smokers make up 2.9 per cent of adult smokers in the region.

Globally, there were almost five million tobacco-related deaths in 2005 compared to 0.3 million deaths in 1950.
The region accounts for 20 per cent of the world's five million tobacco-related deaths.

One in five people die from tobacco-related sickness.

These were the grim facts presented by the Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca) at the recent regional workshop on implementing a 100 per cent smoke-free environment.

Seatca was formed in 2001 to act as a supportive base for government and non-government tobacco control workers and advocates in the South East region and beyond.

It also acts as a watchdog to ensure that countries who have ratified the Framework Convention on Tobacco Control fulfill their requirements to implement measures to curb tobacco usage.

Seatca's purpose at the workshop was to present a case that 100 per cent smoke-free environment was the answer to protect non-smokers from the hazards of second-hand smoke.

The organisation said that second-hand smoke is as dangerous as smoking itself.

揟here is no safe level of exposure to second-hand smoke,
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 11:52 AM | Show all posts
MALUNYA.......

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 5-2-2008 05:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:44 AM | Show all posts
cara paling mudah. jgn jual rokok.. then,x da la org rokok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 08:57 AM | Show all posts
Ketagihan masalah utama

ROKOK dan produk tembakau lain
dinamakan sebagai punca penyakit
yang boleh dicegah utama dunia

HARI Tanpa Tembakau Sedunia 2008 akan disambut untuk julung kalinya pada 31 Mei ini (Sabtu). Bagaimanapun, di manakah kita dalam usaha memerangi rokok dan produk tembakau kini?

Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Zarihah Mohd. Zain menjelaskan maklumat terkini menunjukkan Malaysia kini mempunyai kira-kira 2.73 juta perokok.

揟injauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.61 juta perokok lelaki (95.6 peratus) dan 120,000 perokok wanita (4.4 peratus).

揃ilangan perokok juga lebih tinggi di bandar yang berjumlah 1.56 juta (57.1 peratus) sementara 1.17 juta perokok lagi dari kawasan luar bandar (42.9 peratus),
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.099872 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list