CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KoSe

NoRaNiZa IdRIs:SaWo MaTaNG: Tahniah ] Persembahan Terbaik AJL04

[Copy link]
Post time 7-9-2004 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 7-9-2004 11:44 AM:
pelancaran album dan SHOWCASE SAWO MATANG telahpun selamat berlangsung dengan jayanya di MINI MALAYSIA/ASEAn AYER KEROH pada 3-5 SEPTEMBER yg lalu...pelancaran album tersebut telah dirasmikan oleh  ...


terima kasih dan tahniah diatas liputan secara langsung ni...:tq::tq::tq:

aku bagi ko 10 bintang KOSE...phewitttttttttttttttttt!!!:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2004 09:56 AM | Show all posts
fuhhhhhh

CAYALAH KOSE!!!!!!!!
:pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 04:49 PM | Show all posts

Zahid(Hamidi) turun padang demi SAWO MATANG

dipetik dari berita harian online
tulisan : AMIR MAMAT

ALBUM terbaru Noraniza Idris, Sawo Matang menampilkan konsep etnik yang disusun melalui gabungan penyesuaian rentak etnik ke dalam rentak moden dan agak berbeza daripada albumnya sebelum ini.

Bagaimanapun, teras etniknya tetap jelas kedengaran melalui corak nyanyian dan penggunaan alat muzik tradisional yang menjadi identiti meskipun suntikan gabungannya agak menonjol.

Sawo Matang menampilkan 12 lagu iaitu lima lagu baru, lima lagu yang pernah popular suatu masa dulu dan dua lagi lagu bonus yang dialih bahasa ke bahasa etnik sepenuhnya. Lagu itu ialah Sama Tak Serupa, Hatinya Tak Tahan, Penawar Rindu, Rajuk Rindu, Dondang di Sayang, Aline Ora Tahan, Ayuh...Larangan nf:nf:, Zapin Beradat, Disebut Jangan Dikenang Jangan, Puteri Ledang, Indung Anak Melayu dan Laklah Gara Abe. nf:nf:nf:

Noraniza (Ani), berkata lagu yang dijangka hit selain Hatinya Tak Tahan ialah lagu duet bersama anggota kumpulan Alleycats, David Arumugam melalui single keduanya iaitu Sama Tak Serupa.

:pray::pray::pray::pray:

Lagu yang dinyanyikan bersama David itu adalah lagu joget dan latin ciptaan komposer Raja Kobat Sallehudin manakala lirik ditulis Darwish dan Nurul Asyikin.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kerana kali ini Ani memilih artis yang tidak membawa konsep etnik sepertinya. Malah tidak kurang pula yang berasakan apakah David mampu menyanyikan lagu etnik ini dengan baik.

“Yang pasti gabungan ini memang padan dan cukup unik berdasarkan kesesuaian melodi dan susunan muziknya begitu segar malah mengikut identiti dan keupayaan vokal kami,” katanya.

Pelancaran album Sawo Matang disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Pentas Teja, Taman Mini Malaysia & Mini Asean Ayer Keroh, Melaka, Jumaat lalu.

Pelancaran itu dilakukan serentak dengan perasmian Festival Taman Mini Malaysia 2004. Hadir sama Speaker DUN Melaka, Datuk Mo'min Abd Aziz dan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Wira Amid Nordin.

Acara gilang-gemilang serta berwarna-warni menghiasi malam pelancaran berkenaan dengan dimulakan dengan ucapan perasmian seterusnya upacara memotong riben menandakan pelancaran album Sawo Matang.

Mengulas album itu, Ani melahirkan rasa syukur kerana sejak dipasarkan 4 Ogos lalu, albumnya mendapat sambutan menggalakkan.

“Seminggu berada di pasaran, Universal Music yang bertindak sebagai pengedar melakukan ulangan cetak sebagai buah tangan kepada peminat setia.

“Jika sambutan ini berterusan, kami bercadang memasarkannya ke Indonesia kerana konsepnya begitu sesuai dengan genre muzik popular di sana,” katanya. :pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 04:51 PM | Show all posts
wartwan yg menulis nie sesuka hati dia menukar tajuk lagu kak ani..

nf:nf:nf:

tapi kena terima kasih gak bebanyak sebab dtg ke melaka semasa perasmian album sawo matang...klu tak dtg langsung artikel ni pasti tak keluar kat paper..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 04:53 PM | Show all posts





[ Last edited by KoSe on 14-9-2004 at 04:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 05:31 PM | Show all posts

Sama Tak Serupa

sekarang ni lagu Sama Tak Serupa agak kerap diputarkan di ERA...

lagu ni juga telah menjadi juara CARTA BARU DI ERA selama beberapa minggu..:clap::clap:

KEDUDUKAN CARTA BARU DI ERA MINGGU LEPAS

1 Sama Tak Serupa - Noraniza Idris/David
2 Penisilin - Exists
3 Suatu Kenangan - Kristal
4Ampunkan aku - Deb Gef C
5 Selamanya Cinta - Siti Nurdiana
6 Belum Terpisah - Coco
7 Bagaikan Sakti - M.Nasir/Siti Nurhaliza
8 Nazam Berkasih - Syura
9 Tassamaqu - AC Mizal
10 Satu Cerita Tentang - Elements
11 Menanti Gerak Hatiku - Puteh
12 Cinta Biola - Lestari
13 Go Away (Pergilah) - Yana
14 Cinta dan Dicintai - New Boys
15 Asmara Rindu Setia - Nija
16 Without The Cause - Pop Shuvit
17 Salahkah AKu? - The Muffins
18 Terserahlah - Shima
19 Itu Aku - Sheila On 7
20 Cobalah - Shaden
21 Kunanti-nanti - Haizi Rani
22 Bukan Harimau Kertas - Shashi Govind
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2004 05:34 PM | Show all posts
kedudukan CARTA BARU DI ERA pada tarikh 5 SEPTEMBER 04

1 Sama Tak Serupa - Noraniza Idris/David
2 Tassamaqu - AC Mizal
3 Ketika Kau Menyapa - Marcell
4 Ibunda - Andre/Katon/Nugie
5 menanti Gerak Hatimu - Puteh
6 Itu Aku - Sheila On 7
7 Pahit Manis Masin Tawar - Puteh
8Joget Tari Lenggang - Amuk
9 Ku Nanti-nanti - Haizi Rani
10 Satu Cerita Tentang - Element
11 Cobalah - Shaden
12 Masih - Evenstar
13 Go Away (Pergilah) - Yana
14 Without A Cause - Pop Shuvit
15 Salahkah Aku? - The Muffins
16 Bukan Dirimu yang Bersalah - Shahrul Gunawan
17 Ayu - Spin
18 Nanie - Mr. Chubby
19 Nazam Berkasih - Syura
20Bercelaru - Bumi
21 Cinta dan Dicintai - New Boyz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 05:35 PM | Show all posts
kedudukan CARTA BARU DI ERA pada tarikh 29 AUGUST 04

1 Sama Tak Serupa - Noraniza Idris/David
2 Menjauhkan Diri - Fauziah Latiff
3 Terserahlah - Shima
4 Suatu Kenangan - Kristal
5 Memanggil - Waheeda
6 Bicara Cinta - Ruth Sahanaya
7 Cobalah - Shaden
8 Ku Nanti-nanti - Haizi Rani
9 Salahkah Aku? - The Muffins
10 Bukan Harimau Kertas - Shashi Govind
11 Nanie - Mr Chubby
12 Inayah - Mestica
13 Mamat - Seminit Bagiku
14 Tassamaqu - AC Mizal
15 Nazam Berkasih - Syura
16 Selamanya Cinta - Siti Nordiana
17 Go Away (Pergilah) - Yana
18 Without A Cause - Pop Shuvit
19Ibunda - Andre/Katon/Nugie
20 Bercelaru - Bumi
21 Cinta dan Dicintai - New Boyz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2004 05:38 PM | Show all posts
kedudukan CARTA BARU DI ERA pada tarikh 15 AUGUST 04

1 SAMA TAK SERUPA - NORANIZA / DAVID ARUMUGAM
2 MENJAUHKAN DIRI - FAUZIAH LATIF
3 BUKAN HARIMAU KERTAS - SHASHI GOVIND
4 RASA - NITRUS
5 BERHENTI BERHARAP - SO7
6 KETIKA KAU MENYAPA - MARCELL
7 PAHIT MANIS MASIN TAWAR - ABOT
8 PUTERI - ZAINAL ABIDIN
9 JOGET TARI LENGANG - AMUK
10 DALAM ALAM CINTA - NAUFARA
11 YAALA BEENA - RABBANI
12 SATU CERITA TENTANG - ELEMENT
13 SUATU KENANGAN - KRISTAL
14 DILEMA - COKLAT
15 AKU INGIN KAMU - SOFAZ
16 MELAYANG - DEWI SANDRA
17IBUNDA - KATON / ANDRE / NUGIE
18 NANIE - MR CHUBBY
19 ADA AKU ADA DIA - ANGELS
20 BERCELARU - BUMI
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 11:51 PM | Show all posts
Bagus album kakak nih kali nihh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2004 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by sg_ganges at 17-9-2004 23:51:
Bagus album kakak nih kali nihh


u dah beli ker?

baguslah

bagilah review sikit yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2004 09:51 AM | Show all posts

Noraniza penggerak Taman Mini Malaysia & Asean

sumber: IKON-BERITA HARIAN ONLINE www.bharian.com.my
tulisan : HASWARI ALI :pompom::pompom:

USAHANYA memperjuangkan khazanah budaya bangsa tidak hanya terhad menerusi lagu berentak tradisional sebaliknya diperluaskan dengan mewujudkan kumpulan Artis Tari Gerak Budaya yang berpusat Taman Mini Malaysia & Asean, Ayer Keroh, Melaka.

Itulah tanggungjawab terbaru Ratu Irama Tradisional Negara, Noraniza Idris yang sudah lebih setahun memegang gelaran Pengarah Urusan Taman Mini Malaysia & Asean, sejak pusat pelancongan itu diuruskan bersama suaminya Fareez Tajudin pada 19 April 2003.

Bermula dengan hanya 12 penari, kumpulan yang diselenggarakan Gerak Budaya (M) Sdn Bhd itu kini sudah mempunyai 36 ahli sepenuh masa yang bukan saja mampu menari, malah bertindak sebagai jurulatih dan koreografer.

Bakat dan kepakaran mereka banyak digunakan bagi menyerikan setiap persembahan Noraniza dan beberapa festival di dalam dan di luar Melaka.

“Di sini setiap penari sepenuh masa bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Setiap daripada mereka dipertanggungjawabkan menjaga 13 rumah tradisional Malaysia secara bergilir-gilir.

“Di rumah itu juga, mereka boleh berehat sementara menyambung semula tugas, di samping menjalankan pelbagai aktiviti kesenian dan memasak makanan tradisional sebagai tarikan pengunjung,” katanya kepada i-Kon.

Noraniza berkata, dua kali seminggu pihaknya turut mengadakan kelas seni bina rumah tradisional sebagai pengetahuan tambahan kepada setiap penarinya.

Tambahnya, persembahan kebudayaan oleh Artis Tari Gerak Budaya diadakan di Pentas Teja taman berkenaan iaitu pada jam 11 pagi dan 2 petang (Isnin hingga Jumaat) serta 11 pagi, 2 petang dan 4 petang (Sabtu, Ahad atau cuti umum).

Katanya, selain mempunyai ruang latihan luas yang kerap digunakan selepas jam 4 petang, kumpulan tarian berkenaan turut dilengkapi pakaian tradisi pelbagai negeri dan budaya.

“Selain menerima gaji bulanan, kami memberi elaun tambahan bagi yang membuat persembahan selepas jam 5 petang dan juga bayaran profesional bagi yang menyertai persembahan di luar.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka yang berminat menyertai Artis Tari Gerak Budaya dengan syarat mempunyai asas dalam bidang tarian,” katanya yang tampil dengan album terbaru Sawo Matang baru-baru ini.

Sementara itu, Noraniza berkata, Taman Mini Malaysia & Asean bakal mencacat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) menerusi aktiviti pembuatan kuih bakar terpanjang pada 3 Oktober ini.


Lokasi

Taman Mini Malaysia & Mini Asean.
Leboh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Tel: 03-232 1331/34
Fax: 03-232 1335
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2004 09:53 AM | Show all posts
DATUK Zahid Hamidi turut memberi sokongan
kepada perjuangan Noraniza.



WARNA-WARNI budaya Malaysia terserlah



TARIAN etnik yang berbaur akrobatik.



:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2004 05:31 PM | Show all posts
tahniah buat kak ani sebab lagu HATINYA TAK TAHAN memang lagu global pilihan di AE2004...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2004 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 28-9-2004 17:31:
tahniah buat kak ani sebab lagu HATINYA TAK TAHAN memang lagu global pilihan di AE2004...


tak sangka kak ani menang dgn mengenepikan 3 lagu SM SALIM...

kak ani citer lepas amik award tu bila balik ke tempat duduk dia..dia nak pi jumpa SM SALIM..tp SM SALIM dah takder..hehehe
berubah betul muka dia masa kamera fokus kat dia..

7 hb oktober ni kitaorg fan kak ani akan dinner ngan kak ani sebagai tanda penghargaan kak ani pd kitaorg...

p/s memang sangat berbaloi jadi fan kak ani..tak dapat chance macam tu ngan artis lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2004 09:53 AM | Show all posts

Kemenangan di AEO4 suntik semangat Noraniza

sumber : berita harian online
tarikh :30 september 2004
penulis :Suraiya Mohd Nor :pompom::pompom:

KEMENANGAN Noraniza Idris (Ani) dalam kategori Lagu Global Pilihan pada malam Anugerah Era 2004 (AE2004) baru-baru ini, menyuntik semangat baru untuk dia terus berjuang dan memperkenalkan lagu berirama etnik di negara ini.

Kemenangan menerusi lagu Hatinya Tak Tahan yang berjaya mengenepikan Bergendindangdong (Tan Sri SM Salim & Siti Nurhaliza), Dua Dalam Bahtera (Waheeda), Entahkan Jadi Entahkan Tidak (Tan Sri SM Salim & Sheila Majid) dan Seloka Cak Kun Cak (Tan Sri SM Salim & M Nasir) adalah sesuatu yang membanggakan dan meninggalkan kenangan paling manis.

Ini berikutan, sepanjang penyertaannya dalam Anugerah Era, ini adalah kemenangan pertamanya.

Ani yang tampak berseri-seri dengan kemenangan itu bagaimanapun berkata, kemungkinan nasib menyebelahinya kerana kebanyakan lagu yang dipertandingkan dalam kategori sama tidak kurang hebatnya.

“Lagu yang dipertandingkan semuanya bagus belaka tetapi mungkin sudah rezeki dan anugerah itu berpihak pada Ani.

“Kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk Ani terus memperjuangkan lagu etnik khususnya untuk diperkenalkan pada generasi muda,” katanya.

Meskipun sibuk mempromosikan Taman Mini Malaysia & Asean di Melaka, Ani tidak berasa penat berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ayer Keroh, Melaka kerana persembahan yang ditampilkan mendapat pujian ramai.

Padanya penghargaan yang diterima daripada pelancong yang menyaksikan persembahan kebudayaan amat bermakna dan membanggakan sekali gus membuatkan dia semakin bersemangat untuk terus memperkenalkan negara ini menerusi kesenian dan budaya.

“Menjadi harapan Ani untuk mencari lagu yang lebih baik untuk dimuatkan dalam album akan datang kerana banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki terutama untuk mengkomersialkan irama ini dan menarik lebih banyak pendengar menghayatinya,” katanya.

Mengenai projek terbaru, ketika ini Ani sedang dalam proses berduet dengan David Arumugam dalam lagu berjudul Sama Tak Serupa.

Sebagai pejuang irama Malaysia, Ani terus gigih berusaha memartabatkan irama berkenaan bagi memperkayakan khazanah budaya.

Harapannya tinggi menggunung dengan sasaran tarikan pada golongan muda agar mereka lebih peka pada seni budaya bangsa. Untuk menarik perhatian generasi muda, pelbagai aktiviti berkaitan diadakan di Taman Mini Malaysia & Asean.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2004 09:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2004 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 30-9-2004 09:41 AM:


tak sangka kak ani menang dgn mengenepikan 3 lagu SM SALIM...

kak ani citer lepas amik award tu bila balik ke tempat duduk dia..dia nak pi jumpa SM SALIM..tp SM SALIM dah takder..hehehe
ber ...


ff:...aku memang dah jangka AE2004 kali ni bnyk kezutttannn...bila lagu pop pilihan dpt kat ZZ, aku dah jangka akan lebih bnyk kezutan lepas tu...ternyata telahan aku tepat...tak sangka cempedak menjadi nangka!!!!
kemenangan kak ani dan misha paling buat aku cukup puas ati malam tu...yg lain tu lantak diaorg la....:bgrin:

apa2 pun KOSE jgn lupa sampaikan salam aku kat kak ani...aku pun sokong dia...:bodek:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2004 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 30-9-2004 10:53:


ff:...aku memang dah jangka AE2004 kali ni bnyk kezutttannn...bila lagu pop pilihan dpt kat ZZ, aku dah jangka akan lebih bnyk kezutan lepas tu...ternyata telahan aku tepat...tak sangka cempe ...


khamis lepas kitaorg dinner buffet ngan kak ani..aku dah pun sampaikan salam ko tu..kak ani kim salam kat semua fan di tenet dan cakap terima kasih bebanyak atas sokongan yg diberi..

banyak benda yg telah dikorek masa berbual2 ngan kak ani n abg fareez..
bestnya..beruntung jadi fan kak ani..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2004 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 11-10-2004 09:01 AM:


khamis lepas kitaorg dinner buffet ngan kak ani..aku dah pun sampaikan salam ko tu..kak ani kim salam kat semua fan di tenet dan cakap terima kasih bebanyak atas sokongan yg diberi..

banyak  ...


lagi sekali kau berjaya buat aku jeles!!!..:geram::geram::geram:

apa2 pun tqs sebab sampaikan salm aku...:hug:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066361 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list